Tuesday 16 July 2013

Kesabaran Orang Islam Kian Pudar - Bhg. 2


Alvin Tan & Vivian Lee mempersendakan bulan Ramadhan dengan gambaran Bak Kut Teh dan logo halal.


Dari Utusan Malaysia [sambungan];

Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam) yang juga Pengerusi Khairul Group, Datuk Khairul Anwar Rahmat pula menegaskan hubungan diplomatik mempunyai hadnya dan seorang duta tidak patut mencabar keimanan orang Melayu.
“Zahirnya memang lemah lembut tetapi keimanan Melayu tebal dalam mempertahankan maruah agama, kita tidak akan benarkan kalimah Allah digunakan sewenang-wenangnya.
“Dalam kes ini, kita boleh usir duta itu, gantung taraf diplomatik dengan negaranya ataupun memutuskan terus hubungan. Bukannya Malaysia tidak pernah putuskan hubungan diplomatik dengan negara yang tidak hormati kita lebih-lebih lagi dalam bab agama," tegasnya.
“Jika secara ‘suka-suka’ mempermainkan Islam, boleh juga diambil tindakan bawah Akta Hasutan kerana mencemar kesucian agama Islam, atau atas tuduhan menghina Raja-Raja Melayu yang memayungi Islam. Mereka juga boleh dituduh menghasut perpecahan kaum kerana jelas ini satu tindakan provokasi yang mahu umat Islam bertindak balas, jika orang Melayu bertindak ‘kasar’ tentu mereka juga akan balas sama," ujarnya.
Beliau melihat soal buta sejarah termasuk ‘Keluhuran Perlembagaan’ dalam Rukun Negara dalam kalangan orang bukan Melayu yang gagal menghayatinya menyebabkan pengorbanan orang Melayu memberi kerakyatan kepada mereka tidak dibalas seperti dijanjikan.
“Muafakat antara kaum juga semakin terhakis apabila bukan Melayu mula menolak Islam sebagai agama Persekutuan, hak istimewa Melayu bumiputera dan asas kontrak sosial lain seperti yang dijanjikan sebelum merdeka.
“Sistem pendidikan kita sememangnya gagal didik orang bukan Melayu mengenai asas-asas ini khususnya toleransi, muafakat dan pengorbanan antara kedua-dua belah pihak," dakwanya.
Khairul Anwar melihat penghinaan terhadap Islam, khususnya oleh golongan muda satu cerminan sikap kurang ajar untuk menafikan siapa tuan punya bumi bertuah ini, apatah lagi selepas Melayu gagal ‘dijatuhkan’ pada pilihan raya lalu. 

RMK: Sudah berpuluh tahun kita hidup dalam keadaan aman dan harmoni dalam situasi pelbagai kaum dan agama di Malaysia. Dalam pada ini rakyat Malaysia dilimpahi dengan kemakmuran dan melahirkan rakyat yang berpendidikan dan hidup selesa. Namun nampaknya pendidikan dan kesenangan hidup tak menjanjikan kematangan dan sensitiviti terhadap rakyat Malaysia sendiri. Entah dimana silapnya, masih ada lagi puak-puak yang langsung tak peduli sensitiviti terhadap amalan keagamaan sesama rakyat Malaysia. Tidak cukup berakalkah mereka ini?

Kesabaran Orang Islam Kian Pudar - Bhg. 1


Duta Vatican City ke Malaysia, Biskop Joseph Marino


Dari Utusan Malaysia;


ISU agama merupakan antara perkara sensitif yang tidak sepatutnya dipermainkan mana-mana pihak sama ada individu berlainan agama mahupun penganut yang buta ilmu.
Namun, hinaan demi hinaan terhadap agama Islam semakin kerap dan banyak berlaku sama ada dalam kalangan rakyat biasa, pemimpin komuniti atau politik dan terkini oleh orang luar.
Kenyataan celupar Duta Vatican City ke Malaysia, Biskop Joseph Marino menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini menyebabkan isu yang hampir reda itu kembali panas.
Ditambah pula sepasang kekasih berbangsa Cina menghina bulan Ramadan menyebabkan semakin ramai yang mempersoalkan apa yang akan dilakukan pihak berkuasa khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Walaupun bilangan orang bukan Melayu yang berterusan menghina Islam kecil sahaja, tetapi kerana nila setitik rosak susu sebelanga, janganlah berterusan amaran demi amaran tanpa hukuman untuk mengingatkan orang biasa, pemimpin mahupun orang luar kedudukan Islam di negara ini.
Penghinaan beberapa individu ini boleh menyebabkan perbalahan besar antara kaum, masyarakat Islam juga dikhuatiri melihat kerajaan terlalu lemah dalam mempertahankan agama mereka sementara orang luar akan berterusan mempermainkan kedudukan Islam di negara ini.
Ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi Biro Sosiobudaya dan Warisan, Dunia Melayu Dunia Islam, Profesor Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar membantah keras campur tangan orang luar dalam hal-hal berkaitan agama Islam, khususnya oleh seorang wakil diplomatik.
“Marino itu duta, patut utamakan hubungan diplomatik, bukannya jaga kepentingan agama dia sahaja. Perlu hormati keadaan di sini, Islam agama rasmi dan telah ditetapkan kalimah Allah tidak dibenarkan untuk orang Kristian.
“Saya setuju dengan beberapa cadangan dikemukakan pihak-pihak yang turut membantah sebelum ini, perlu bertindak tegas sama ada batalkan statusnya ataupun hantar balik sahaja," tegasnya.
Tambah Abdul Latiff, jika dibiarkan perbuatan ‘kurang ajar’ sedemikian, orang lain akan melihatnya sebagai lesen besar untuk bermaharajalela menghina Islam tanpa pedulikan ia sensitif dan menyakiti umat Islam di seluruh negara.
Beliau berharap KDN akan betul-betul bertegas kali ini dan jangan terus bermain amaran dengan pihak-pihak yang mempermainkan kesucian Islam sama ada rakyat biasa, pemimpin komuniti atau politik mahupun warga asing.
“Perkara ini boleh menjejaskan pandangan orang di dalam dan luar negara terhadap usaha mempertahankan Islam iaitu agama Persekutuan yang perlu dilindungi kerajaan.
“Walaupun pelbagai peringkat telah tetapkan kalimah Allah eksklusif, tetapi masih ada mempermain isu ini tanpa mempedulikan bahaya apabila rasa tidak puas hati membuak dalam kalangan umat Islam," katanya.
Menurut Abdul Latiff, negara lain seperti China dan Singapura tidak pernah berkompromi dengan isu sensitif seperti mempermainkan agama tetapi di Malaysia sudah ada yang berani hina Islam, apatah lagi orang itu bukan Islam yang bangkit dengan angkuh dan berani.
Beliau sedih melihatkan terlalu ramai yang mempersenda agama Islam tanpa provokasi kebelakangan ini dan dikhuatiri boleh membawa kepada pergaduhan antara kaum dan agama.
“Ini bukan soal hak asasi, liberalisme dan kebebasan bersuara mereka untuk menghina Islam. Jangan ganggu dan permainkan agama kami kerana ia juga satu kesalahan dari segi undang-undang.
“Penguatkuasaan perlu kuat, jangan biarkan orang lain dengan mudah permainkan agama kita. Kes rogol atlet baru-baru ini dalam satu minggu sudah ditangkap, tetapi bila kes perkecilkan Islam lambat pula didakwa," ujarnya.
Abdul Latiff turut mengingatkan pihak berkuasa khususnya KDN agar bertindak tanpa mengira kedudukan pihak yang menghina Islam itu atau hukuman berbeza-beza memandangkan undang-undang sudah ada untuk menyekatnya.
Tegasnya lagi, penguatkuasaan terhadap pihak yang menghina Islam setakat ini sangat lemah walaupun heboh didebatkan tetapi tindakannya lambat, kerap kali berterusan ‘dalam siasatan’ dan akhirnya tiada yang dibawa ke muka pengadilan.
“Jika terus dibiarkan, makin lama semakin teruk mereka akan hina Islam. Jika rasa undang-undang yang ada lemah, gubal akta baharu tetapi pastikan siapa pun yang tidak patuh dan mempermainkan agama diambil tindakan segera.
“Ini sangat sensitif, jika terus-menerus senyap sahaja, lama kelamaan dikhuatiri kesabaran orang Melayu dan Islam akan meletup seperti gunung berapi," katanya.
Petikan dari Artikel Asal


RMK: Sampai bila rakyat beragama Islam harus bersabar dengan kenyataan dan perbuatan biadap sesetengah individu yang beranggapan agama suci ini suatu jenaka dan boleh dijadikan lawak? Demi menjaga keharmonian dan hubungan antara agama, umat Islam sudah terlalu lama bertoleransi terhadap puak-puak pelampau ini. Awas, jangan sampai cacing naik ke mata!




Friday 12 July 2013

Husam Mengaku Sukar untuk PAS Rampas Kerusi DUN Kuala Besut


JERTEH: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mengakui sukar untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu pada Pilihan Raya Kecil 24 Julai ini. 

"Walaupun kita kemungkinan boleh menang kali ini, tetapi ia cukup berat untuk dilaksanakan," katanya ketika ditemui di pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut di sini, sebentar tadi. 


Beliau yang juga Pengarah bagi Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut PAS bagaimanapun menyatakan sebarang kejayaan kali ini adalah usaha yang akan dilakukan calon dan jentera parti. 

[Sumber]


Terdahulu:

PRK Kuala Besut: Calon BN, PAS serah borang pencalonan

PRK Kuala Besut: Calon BN, PAS serah borang pencalonan CALON Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman (kanan) bergambar bersama calon PAS, Azlan @ Endut Jusoh pada proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Kompleks Rakan Muda Daerah Besut, pagi ini. - Foto Yazit Razali
KUALA BESUT: Calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon PAS, Azlan @ Endut Jusoh sebentar tadi menyerahkan borang pencalonan masing-masing bagi bertanding pilihan raya kecil DUN Kuala Besut, sebentar tadi.

Borang pencalonan itu diserahkan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya, A Rahim Jusoh di pusat penamaan calon di Kompleks Rakan Muda, di sini. - Berita Harian

RMK: Semoga PRK Kuala Besut bermula dari kempen sehingga hari pembuangan undi berjalan dengan berhemah dan tanpa berlakunya sebarang perkara ekstrem. Ingat, kita dalam bulan Ramadhan. Sila hormati kesucian bulan ini. Wallahua'lam.

Friday 5 July 2013

Pembeli Tanggung Sengsara!

Laporan Utusan Malaysia:

Kerajaan negeri terus didesak tunai janji 276 pembeli Blok  E, PJS 1



SHAH ALAM 3 Julai - Seramai 262 pembeli Blok E projek perumahan mampu milik dan kos rendah di Petaling Utama, Petaling Jaya Selatan 1 (PJS1) mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyelesaikan projek tersebut yang didakwa gagal disiapkan hampir tujuh tahun lalu.

Selain menyelesaikan kelewatan tersebut, mereka yang berhimpun di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini pagi ini turut meminta kerajaan negeri melunaskan janjinya yang menawarkan projek perumahan tersebut pada harga RM35,000 daripada harga asal RM70,000 seunit.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pemberi Blok E PJS1, S. Sugumaran mendakwa, tawaran itu dibuat setelah pihak pemaju gagal menyiapkan projek tersebut mengikut tempoh yang ditetapkan selepas pihaknya menandatangani perjanjian sewa beli pada 2004.
Menurutnya, selain pengurangan harga rumah, kerajaan negeri turut menjanjikan penolakan kos tanggungan pembeli, sementara projek tersebut disiapkan.

"Asalnya, kami menandatangani perjanjian jual beli projek perumahan kos rendah di Blok E ini pada tahun 2004 dan jika diikutkan perjanjian tersebut, pemaju perlu menyiapkan projek itu dalam tempoh 36 bulan.
"Namun sejak 2007 hingga ke hari ini, Blok E gagal disiapkan oleh pemaju. Bagaimanapun pada 16 Jun 2011, dua Exco kerajaan negeri telah berjanji untuk membina rumah mampu milik dengan tawaran RM35,000,"katanya ketika ditemui bersama-sama 100 pembeli lain di sini hari ini.

Tambah Sugumaran, sebelum ini pihaknya telah mengemukakan masalah tersebut kepada kerajaan negeri tetapi sehingga kini kerajaan negeri belum mengemukakan sebarang langkah penyelesaian bagi membela nasib para pembeli projek perumahan tersebut yang rata-ratanya terdiri daripada golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Malah beliau turut mempersoalkan status sebenar rancangan kerajaan negeri untuk mengambilalih tanah projek tersebut daripada pihak pemaju bagi membolehkannya diteruskan, sekali gus menyelesaikan masalah yang dihadapi para pembeli.

"Maka sebab itu kita berhimpun pada hari ini meminta kerajaan negeri dan Menteri Besar memberi perhatian terhadap masalah ini termasuk janji-janji yang dibuat sebelum ini.
"Malah kita menuntut satu tarikh daripada Menteri Besar supaya perbincangan mengenai perkara ini dapat diadakan secepat mungkin," jelasnya yang mengemukakan tuntutan itu kepada Setiausaha Sulit Menteri Besar, Mohamed Yasid Bidin.

Sementara itu, Mohamed Yasid menegaskan, pihaknya akan mencari tarikh sesuai supaya pertemuan itu dapat diadakan selain menyatakan kerajaan negeri sebenarnya telah maklum mengenai masalah yang dihadapi 276 pembeli tersebut.
Selain itu, jelas beliau, kerajaan negeri juga sebelum ini telah membawa perkara itu ke mahkamah berhubung pengambilalihan tanah tersebut supaya projek berkenaan dapat diteruskan oleh kerajaan negeri.

Bagaimanapun pada 15 Mei lalu katanya, mahkamah telah membuat keputusan tanah tersebut tidak boleh diambil alih oleh kerajaan negeri dan kekal di bawah pihak pemaju.




RMK:  Ni tipikal la orang Pakatan Haram ni.. Janji bulan bintang tapi haram nak buat! Ape jadi dgn manifesto rakyat? utk negeri yg diorg menang xkan xbleh nak buat? owh lupe manifesto bukan janji kan..Ckp je da meningkatkan rezab berjuta-juta.. tp bende2 cmni still tak bleh nak settle. Sama ada peningkatan rezab ni ade ntah tidak or duit rakyat ni guna utk bende-bende lain i.e. demo jalanan? 

Isu Tanah Mendap di Seksyen 7 Shah Alam. KENAPA KERAJAAN NEGERI DIAM SERIBU BAHASA?




Laporan Utusan Malaysia:
Tanah mendap di Seksyen 7: Kerajaan negeri digesa beri tumpuan selesai masalah

SHAH ALAM 3 Julai - Ketua pembangkang negeri, Datuk Mohd. Shamsudin Lias mahu kerajaan negeri khususnya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memberi tumpuan serius terhadap masalah tanah mendap yang dihadapi oleh 48 pemilik rumah di Seksyen 7 di sini. 
Katanya, masalah tersebut berlarutan sejak 2005 dan kerajaan negeri perlu mengambil satu pendekatan konkrit kerana masalah itu bukan hanya melibatkan kerugian besar, tetapi juga melibatkan soal keselamatan penduduk. 
Tegas beliau, meskipun PKNS difahamkan telah menawarkan pembelian balik 48 rumah berkenaan sebanyak RM400,000 hingga RM450,000 seunit sebagai langkah penyelesaian pada minggu lalu, jumlah itu dilihat tidak memadai kerana tidak mengikut harga pasaran semasa. 
"Sebagai sebuah kerajaan negeri manakala PKNS adalah anak syarikat kerajaan negeri, kedua-dua pihak perlu mengambil kira aspek sosioekonomi dan kebajikan rakyat di Seksyen 7. 
"Masalah tanah mendap yang dihadapi pemilik rumah Seksyen 7 itu bukan perkara baru. Sepatutnya kerajaan negeri dan PKNS telah pun mempunyai pelan penyelesaian bagi mengatasi masalah tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 
Lagi [di sini].

Penduduk Shah Alam tidak lupa insiden yang berlaku tahun lepas. Baca [di sini] dan [di sini]. 

Soalan RMK kepada kerajaan negeri, terutamanya kepada ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad adalah mudah. Kata nak jaga kebajikan rakyat. Jadi apa tindakan anda dalam hal ini? Aduan telah banyak dilakukan, takkan senyap sahaja?

Keadaan ini melibatkan nyawa manusia. Takkan tunggu sampai insiden yang melibatkan kematian seperti [ini] berlaku lagi baru nak buat tindakan??