Friday, 28 February 2014

"Rafizi Budak Jahat" - Zaid Ibrahim



Amalan mengemukakan surat sokongan adalah lumrah bagi orang politik yang menjadi amalan semua pemimpin parti sama ada daripada Pakatan Rakyat (PR) mahupun Barisan Nasional (BN), kata Datuk Zaid Ibrahim.

Zaid pada sidang media di kediamannya di Petaling Jaya hari ini berkata, dakwaan yang dilontarkan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli terhadapnya adalah "politik budak jahat."

"Jika saya memajukan dua emel kepada Rafizi, ia bukan bererti saya melobi.

"Ketika itu Rafizi hanya budak Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang tiada jawatan. Jika saya hendak melobi untuk kepentingan saya, saya boleh terus jumpa dengan menteri besar atau exco, bukan budak pejabat Anwar," katanya.

Sebagai orang politik Zaid berkata, meminta pertimbangan kerajaan bagi pihak orang ramai atau ahli perniagaan yang tidak dikenali, tidak menjejaskan integriti beliau.

"Saya hanya meminta pertimbangan, bukan memaksa kerajaan mengikut kehendak saya. Adakah itu pun Rafizi tidak tahu membezakannya?" soal Zaid.

Zaid turut menegaskan, dalam isu yang didedahkan Rafizi, beliau langsung tidak mempunyai sebarang kepentingan terhadap kedua-dua syarikat tersebut.

"Rafizi koreklah lagi sikit. Banyak sikit. Apa lagi projek saya lobi dengan kerajaan negeri," katanya.

Zaid ketika sidang media itu turut berkata, beliau tidak dibayar untuk menghantar e-mel atau surat sokongan sedemikian, malah beliau sendiri tidak mengetahui sama ada projek berkenaan berjalan atau tidak.

"Semua surat-surat itu saya tidak dibayar pun. Saya tidak tahu apa jadi pada projek itu. Mungkin sekarang kalau berjumpa pun saya tidak kenal mereka.

"Kalau saya ada kepentingan, saya sudah membuat pertanyaan lanjut," katanya, dan menambah,"Rafizi budak jahat, sebab itu beliau ingin memburukkan saya."

Zaid mengumumkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan beliau akan merebut kerusi berkenaan bersama-sama Anwar sebagai calon PKR dan juga Datin Paduka Chew Mei Fun mewakili Barisan Nasional (BN).

Kenyataan Rafizi itu juga jelasnya dikeluarkan kerana pemimpin muda PKR itu terdidik dengan budaya politik Anwar.

"Rafizi tuduh seolah-olah syarikat-syarikat itu saya punya. Ini budak graduate politik Anwar Ibrahim," kata Zaid.

Beliau turut menjelaskan, sekiranya beliau ingin melobi projek berkenaan, adalah lebih baik beliau berjumpa terus dengan Khalid memandangkan beliau mengenali menteri besar Selangor itu lebih lama daripada mengenali Rafizi.

"Jika nak lobi baik saya jumpa Khalid. Saya kenal Khalid lebih lama daripada Rafizi," katanya.

Laporan Asal: Malaysian Insider


RMK: Khabarnya Rafizi sedang tertekan sekarang ni? Tertekan pasal kantoi ke atau kena serangan sihir macam Malaysiakini KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Antara Chew Mei Fun dan Teresa Kok


Tidak salah jika kita katakan bahawa PRK Kajang adalah PRK paling kotor dan membazir dalam sejarah kerana ia diadakan khas untuk Anwar Ibrahim.  Seolah-olah seorang artis yang sudah hampir dilupakan, Anwar menjadikan PRK Kajang sebagai medan untuk mempromosi diri bagi memastikan hayat politiknya tidak terkubur begitu saja.  Apatah lagi dengan rayuan kes liwat yang tampak agak 'sukar' akibat kegagalan mengenepikan Dato' Shafiee Abdullah dari barisan pendakwaan.

Walaupun Anwar ingin menjadikan PRK Kajang sebagai pentas untuk 'memasarkan' dirinya dan kesinambungan partinya, tetapi hakikat sebenarnya ialah PRK ini turut ada baiknya untuk rakyat kerana ia mampu membantu rakyat menilai buat kesekian kalinya, siapa itu Anwar dan apakah jenis parti yang diwakilinya. 

Lebih dari itu, dengan pengumuman dari MCA untuk menyahut cabaran Anwar, maka PRK ini juga sekali gus dapat membantu rakyat menilai kembali komitmen MCA di dalam Barisan Nasional. 

Sekiranya rakyat ingin melihat PRK Kajang sebagai pertandingan moral pemimpin, maka calon MCA iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun, bukanlah lawan Anwar.   Chew Mei Fun yang juga Naib Presiden MCA, berkeperibadian baik serta berprinsip.  Untuk itu, beliau turut dipuji oleh media pro-PR sebagai bersih dan berintegriti.  Pendek kata, Chew Mei Fun adalah pilihan terbaik dan tepat sehinggakan tiada siapa pun yang dapat berkata sesuatu yang buruk terhadap dirinya.  Ini menjadikan beliau dengan Anwar bagaikan langit dengan bumi. 

Justeru, adalah tidak perlu rasanya untuk kita membandingkan antara kedua personaliti ini, tetapi melihat PRK ini sebagai kayu pengukur kematangan pengundi dalam memilih calon dan parti. 

PRK Kajang adalah bukti bahawa parti PKR adalah parti yang tidak bertanggungjawab. Sebaliknya MCA pula adalah parti yang bersungguh-sungguh berusaha memulihkan kekuatan dan memperbaharui komitmen dengan BN. 

Strategi PR dalam PRK Kajang adalah jelas iaitu untuk meraih undi berdasarkan sentimen perkauman dan agama.   Ini terbukti apabila Anwar masuk ke gereja untuk berkempen bagi 'memberi harapan' kepada Kristian mengenai isu kalimah 'Allah' dan kemudian berjanji akan mempertahankan kalimah 'Allah' di dalam ceramah lain di hadapan orang-orang Melayu. 

Berbeza dengan MCA, di mana parti itu tidak menyentuh persoalan sensitif tetapi membawa bersamanya seruan perpaduan, semangat setiakawan dan keharmonian antara kaum. 

Walaubagaimanapun, kita tidak boleh menafikan yang faktor 'kaum' tetap menghantui PRK ini. 

Memandangkan pengundi dari kaum Cina menjadi sasaran utama kedua belah pihak, maka dirasakan adalah lebih wajar jika kita membandingkan Chew Mei Fun dengan pemimpin Cina dari PR juga.  Lawan yang paling sesuai, tentulah 'heroin paling bijak' dalam PR buat masa ini iaitu Teresa Kok.  

Teresa Kok kini menjadi antara personaliti paling penting dalam DAP hanya kerana beliau merakamkan video ucapan Tahun Baru Cina dengan cara mengejek-ejek Perdana Menteri dan isteri.   Video tersebut dikecam hebat oleh rakyat Malaysia kerana dianggap tidak sensitif dan tidak matang dalam memikul tugasnya sebagai pemimpin. 

Apa yang menarik ialah, sikap DAP dan keseluruhan Pakatan Rakyat yang tidak melihat sebarang kesalahan dari video Teresa Kok.  Malah, Teresa dibela bersungguh-sungguh sehinggakan pemimpin tertinggi DAP iaitu Lim Kit Siang sendiri dilihat tiada kerja lain selain menulis membela Teresa Kok sejak beberapa minggu lalu di dalam blog beliau.

Perlu diingatkan bahawa Teresa Kok juga telah dikaitkan dengan projek RM1billion dengan syarikat Goldsino dari China.  Oleh itu, integriti beliau dan juga parti DAP serta PR dan PKR Selangor semuanya menjadi tandatanya. 

Berdasarkan hakikat ini, maka tidak salahlah sepertimana yang dikatakan tadi iaitu PRK Kajang bukan semestinya sebuah platform untuk Anwar mencari glamour.  Tetapi, apa yang lebih penting ialah ia merupakan platform untuk kita menilai pemikiran masyarakat Cina sama ada mereka benar-benar mementingkan integriti parti dan pemimpin sepertimana yang mereka laungkan dalam PRU-13 yang lalu. 

Bagi membantu masyarakat Cina memahami pendirian mereka maka mereka mungkin boleh bertanya diri sendiri beberapa soalan ini: 

Dengan sikap pemimpin PR terhadap Teresa Kok, apakah kita boleh mempercayai bahawa PR ingin menyatupadukan rakyat Malaysia? 

Antara Teresa Kok dan Chew Mei Fun, siapakah yang lebih layak diberi kepercayaan untuk membawa keharmonian?  

Antara DAP dan MCA, parti manakah yang layak bercakap tentang keamanan dan patriotisme? 

Antara PKR dan MCA, parti manakah yang menggunakan 'perkauman' sebagai alat kempen dengan hujah berbeza-beza mengikut hadirin? 

Jika masyarakat Cina sanggup memilih Anwar dan merasakan pemimpin seperti Teresa Kok sebagai lebih baik dari Chew Mei Fun, maka jelaslah bahawa mereka tidak lagi rasional dalam membuat keputusan dan sebaliknya lebih cenderung bertindak atas dasar emosi dan perkauman. 

Laporan Asal: TaipingMali


RMK: Umum mengetahui undi dari pengundi Cina memang memainkan peranan besar dalam PRK Kajang yang bakal berlangsung bulan depan. Berjayakah Anwar mengekalkan kerusi PKR dan seterusnya menjadi MB Selangor baru? Atau adakah akan berlaku "The Bradley Effect" dan memenangkan Datin Paduka Chew Mei Fun? Sama-sama kita tunggu dan lihat kebijaksanaan pengundi DUN Kajang.

Monday, 24 February 2014

result tinjauan Umcedel berat seblah?





kita semua sedia maklum hasil kajian berkenaan PRK DUN Kajang oleh Umcedel di Universiti Malaya Kuala Lumpur pd 20 Februari 2014 lepas oleh Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman. kalo ikut tinjauan tu, katanya kira-kira 59% pengundi di Kajang yang ditemui berasakan PRK Kajang perlu diadakan bagi membolehkan Anwar menjadi menteri besar Selangor..

tp boleh pakai ke survey ni?

kalo ikut ckp ex-bes pren anwar, Zaid Ibrahim, x boleh pakai..

Zaid mndakwa, ketika Lee Chin Cheh berundur sebagai anggota DUN – sekali gus memaksa pilihan raya kecil – Anwar mendapatkan Mohammad Redzuan Othman bagi menjalankan tinjauan segera."Redzuan pengarah Umcedel. Beliau juga kawan Anwar ketika zaman Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim),” kata Zaid dalam blognya hari ini.

“Tidak mengejutkan, tinjauan Umcedel mendapati majoriti pengundi Kajang setuju bahawa pilihan raya kecil tidak membazirkan wang rakyat." katanya lagi.


                                                                                                                    

Dulu Timbalan Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor, Dr. Wan Muhammad Adam, sendiri pon pernah kata, hasil kajian Mohamad Redzuan itu boleh diragui kesahihannya sbb beliau seorang kenalan kepada Anwar. Beliau mengulas hasil kajian UMCEDEL bertajuk Pilihan Pengundi Menjelang Hari Mengundi Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13

Ape die dpt tlg abg non taktau la..tp xyah ckp pun da bleh agak da kut..ngeh ngeh ngeh







Saturday, 22 February 2014

ISU MB KHALID JUMPA TUN DAIM, KENAPA ANWAR NAK MARAH?




22/2/14 – Pada 11 Februari, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diwawancara oleh Terence Fernandez dan Zakiah Koya dari fz.com mendakwa bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin telah mencipta histeria menghalang kebangkitannya di Selangor.

“Umur saya tidak begitu muda, saya telah melalui ‘neraka’ (penjara). Saya di sini bukan untuk berkompromi – untuk membuat wang untuk saya atau Azizah.






“Saya ingin melaksanakan. Saya ingin memastikan perancangan di Selangor, yang dapat dilihat, yang boleh difahami dengan jelas oleh rakyat Selangor dan di Malaysia, iaitu bagaimana sepatutnya Malaysia ditadbir.

“Kita mempunyai agenda yang lebih besar – Selangor dikepung – oleh UMNO, apa yang kita lihat, apa yang kita baca atau apa yang kita dengar hanya sebahagian daripadanya.

“Anda tahu fobia, histeria Anwar akan ke Selangor, saya tahu histeria itu (dicipta) oleh Tun Daim,” kata Anwar.

13 Februari – The Malaysian Insider menyiarkan ‘laporan hantu’ -tanpa nama penulis dan nama sumber bertajuk “Khalid Ibrahim akan selesai hutang USD18 juta Bank Islam lebih murah,” mendedahkan Bank Islam Malaysia bersedia menyelesaikan kes saman hutang bernilai USD18 juta (RM66.67 juta) terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan amaun yang lebih rendah.

“The Malaysian Insider difahamkan, Mahkamah Persekutuan mengadakan pendengaran sampingan di antara kedua-dua pihak semalam selepas diberitahu tentang rundingan penyelesaian yang sedang berjalan.

“Kemungkinan penyelesaian itu mengejutkan ramai pihak termasuk pemimpin tertinggi PKR dan peguam Abdul Khalid. Salah seorang peguam mengatakan beliau mendengar penyelesaian sedang berjalan.

“Saya ada dengar tentang penyelesaian ini dan sedang cuba dapatkan butiran lanjut,” katanya.

“Seorang pemimpin kanan PKR mengesahkan Abdul Khalid memberitahunya perjanjian sedang berjalan untuk hutang ditanggung semasa beliau menjadi ketua pegawai eksekutif Kumpulan Guthrie Bhd bagi pembelian 20% saham syarikat.

“Bank Islam Malaysia membawa perkara itu ke mahkamah pada 2007, setahun sebelum Abdul Khalid dinamakan sebagai menteri besar Selangor,” lapor portal itu.

Pada 20 Februari -Blog pro reformasi, Mohd Sayuti Omar (MSO) dan laman malaysia-chronicle.com mula mengupas ‘laporan hantu’ portal The Malaysian Insider itu.

MSO dengan tajuk “Betulkah Khalid ada hutang RM80 juta?,” mengupas faktor hutang Khalid-Bank Islam yang bakal diselesaikan dengan ‘pihak ketiga,’ merupakan faktor utama Anwar melaksanakan Projek Kajang.

Turut dikaitkan Anwar sukar untuk membuat penjelasan kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana dihalang oleh tokoh tertentu PAS.

Malah, MSO turut mendedahkan dua pimpinan tertinggi PAS yang bermesyuarat secara sulit dan mempertahankan Khalid ada kecenderungan untuk membuat pakatan dengan UMNO.

Namun, artikel MSO ditarik balik daripada blognya pada keesokan harinya.

Baca selanjutnya; “Kem Anwar Guna Isu USD18 Juta ‘Bunuh’ Khalid,” dan “Mengapa MSO Tarik Balik Artikel Betulkah Khalid Ada Hutang RM80 Juta?.”

Laman malaysia-chronicle.com dengan tajuk “Accusations grow MB Khalid may have SOLD OUT TO DAIM ZAINUDDIN,” mendedahkan pihak ketiga yang dimaksudkan MSO itu ialah Tun Daim Zainuddin.

“Ia adalah pengetahuan umum dalam ‘circle’ perbankan bahawa penyelesaian di luar mahkamah adalah diusahakan oleh Rashid Manaf yang terkenal dengan hubungan sebagai bekas peguam Daim dan kroni Umno melalui Renong dan transaksi lain.

“Apa yang mungkin tidak diketahui ialah bagaimana Khalid Ibrahim telah benar-benar mengamalkan semua perbincangan mengenai penyelesaian dari peguamnya, Malik Imtiaz yang tidak tahu,”lapornya.

21 Februari – Malaysiakini.com dengan tajuk “Saya langsung tak ada hubungan dengan Daim” melaporkan Khalid menafikan beliau mempunyai hubungan langsung dengan Daim.

“Orang yang kata saya dipergunakan Tun Daim itu kena tanyalah sendiri kepada Tun Daim sama ada saya dipergunakan. Saya tidak ada hubungan langsung dengan beliau,”kata Khalid.

KiniTV dengan tajuk “Dakwaan jual diri kepada taikun Umno: Khalid Ibrahim tersenyum,” menyiarkan rakaman penafian Khalid tersebut.





Malaysiakini.com turut menyiarkan desakan Ahli Parlimen PKR Kapar, G Manivanan supaya Khalid menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai individu yang dikatakan terlibat dalam rundingan penyelesaian luar mahkamah hutang dengan Bank Islam.

“Manivanan meminta Khalid menjelaskan sama ada individu berkenaan seorang individu yang rapat dengan Daim,” lapornya.

sumber : mymassa

Friday, 21 February 2014

Calon BN PRK DUN Kajang: Datin Paduka Chew Mei Fun


Akhirnya teka-teki tentang siapa yang bakal berdepan dengan DSAI di DUN Kajang pada 23 Mac 2014 sudah terjawab. Baru sebentar tadi TPM mengumumkan Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calon BN bagi PRK DUN Kajang kelak.

Antara pencapaian karier politik Datin Paduka Chew Mei Fun:

  • Bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.
  • Bekas Timbalan Menteri Wanita Keluarga dan Masyarakat.
  • Dianugerahkan pangkat Datin Paduka oleh Sultan Selangor pada tahun 2005.
  • Naib Presiden MCA.
  • Pengerusi Kebangsaan MCA Wanita.
  • Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri Perlis.
  • Ketua Skuad Krisis MCA Kebangsaan.
  • Pengerusi Wanita MCA Selangor.


RMK: Selamat Berjaya Datin Paduka Chew Mei Fun!