Akhirnya teka-teki tentang siapa yang bakal berdepan dengan DSAI di DUN Kajang pada 23 Mac 2014 sudah terjawab. Baru sebentar tadi TPM mengumumkan Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calon BN bagi PRK DUN Kajang kelak.
Antara pencapaian karier politik Datin Paduka Chew Mei Fun:
- Bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.
- Bekas Timbalan Menteri Wanita Keluarga dan Masyarakat.
- Dianugerahkan pangkat Datin Paduka oleh Sultan Selangor pada tahun 2005.
- Naib Presiden MCA.
- Pengerusi Kebangsaan MCA Wanita.
- Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri Perlis.
- Ketua Skuad Krisis MCA Kebangsaan.
- Pengerusi Wanita MCA Selangor.
RMK: Selamat Berjaya Datin Paduka Chew Mei Fun!