Friday, 28 February 2014

"Rafizi Budak Jahat" - Zaid Ibrahim



Amalan mengemukakan surat sokongan adalah lumrah bagi orang politik yang menjadi amalan semua pemimpin parti sama ada daripada Pakatan Rakyat (PR) mahupun Barisan Nasional (BN), kata Datuk Zaid Ibrahim.

Zaid pada sidang media di kediamannya di Petaling Jaya hari ini berkata, dakwaan yang dilontarkan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli terhadapnya adalah "politik budak jahat."

"Jika saya memajukan dua emel kepada Rafizi, ia bukan bererti saya melobi.

"Ketika itu Rafizi hanya budak Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang tiada jawatan. Jika saya hendak melobi untuk kepentingan saya, saya boleh terus jumpa dengan menteri besar atau exco, bukan budak pejabat Anwar," katanya.

Sebagai orang politik Zaid berkata, meminta pertimbangan kerajaan bagi pihak orang ramai atau ahli perniagaan yang tidak dikenali, tidak menjejaskan integriti beliau.

"Saya hanya meminta pertimbangan, bukan memaksa kerajaan mengikut kehendak saya. Adakah itu pun Rafizi tidak tahu membezakannya?" soal Zaid.

Zaid turut menegaskan, dalam isu yang didedahkan Rafizi, beliau langsung tidak mempunyai sebarang kepentingan terhadap kedua-dua syarikat tersebut.

"Rafizi koreklah lagi sikit. Banyak sikit. Apa lagi projek saya lobi dengan kerajaan negeri," katanya.

Zaid ketika sidang media itu turut berkata, beliau tidak dibayar untuk menghantar e-mel atau surat sokongan sedemikian, malah beliau sendiri tidak mengetahui sama ada projek berkenaan berjalan atau tidak.

"Semua surat-surat itu saya tidak dibayar pun. Saya tidak tahu apa jadi pada projek itu. Mungkin sekarang kalau berjumpa pun saya tidak kenal mereka.

"Kalau saya ada kepentingan, saya sudah membuat pertanyaan lanjut," katanya, dan menambah,"Rafizi budak jahat, sebab itu beliau ingin memburukkan saya."

Zaid mengumumkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan beliau akan merebut kerusi berkenaan bersama-sama Anwar sebagai calon PKR dan juga Datin Paduka Chew Mei Fun mewakili Barisan Nasional (BN).

Kenyataan Rafizi itu juga jelasnya dikeluarkan kerana pemimpin muda PKR itu terdidik dengan budaya politik Anwar.

"Rafizi tuduh seolah-olah syarikat-syarikat itu saya punya. Ini budak graduate politik Anwar Ibrahim," kata Zaid.

Beliau turut menjelaskan, sekiranya beliau ingin melobi projek berkenaan, adalah lebih baik beliau berjumpa terus dengan Khalid memandangkan beliau mengenali menteri besar Selangor itu lebih lama daripada mengenali Rafizi.

"Jika nak lobi baik saya jumpa Khalid. Saya kenal Khalid lebih lama daripada Rafizi," katanya.

Laporan Asal: Malaysian Insider


RMK: Khabarnya Rafizi sedang tertekan sekarang ni? Tertekan pasal kantoi ke atau kena serangan sihir macam Malaysiakini KAH KAH KAH KAH KAH KAH

No comments:

Post a Comment