Tiada lagi projek 16 September
"Projek 16 September" tidak akan berlaku sekali lagi, sebaliknya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, apa yang menjadi keutamaannya kini ialah memenuhi permintaan rakyat untuk memastikan pilihan raya di negara ini bersih dan adil.
Apakah anda sudah lupa pergaduhan Anwar dengan Jutawan John Soh yang memberikan sekurang-kurangnya RM300 Juta untuk membeli YB-YB BN pada tahun 2008? Kata Anwar kepada John Soh, "Kamulah yang menyebabkan aku gagal membeli YB-YB BN!". Dijawab dengan nada tengking kepada Anwar, "Kenapa kamu tidak gunakan wang kamu sendiri berbillion ringgit di luar negara? Kembalikan wang aku...". Anwar terdiam.
Adakah kamu tahu kenapa Anwar tidak guna wang dia sendiri yang disimpan di luar negara? Sebabnya wang-wang itu dalam bentuk not-not RM500 dan RM1000 bernilai lebih RM3 Billion yang Anwar tidak dapat gunakan kerana not-not itu tidak laku di Malaysia! Sebab itulah Anwar berjanji manis kepada Jutawan John Soh!
Menurut Anwar, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak telah menang dalam pilihan raya kali ini dengan penipuan apabila terdapat beberapa dakwaan mengenai "pengundi hantu" serta pembelian undi semasa hari mengundi.
Anwar memang benar bahawa terdapat penipuan undi di Gelang Patah di mana pengundi-pengundi Cina yang tidak tahu berbahasa Malaysia tetapi mengundi? Apakah mereka ini Cina Taiwan? Cina Hong Kong? atau Cina Singapura yang diberikan IC orang Cina Malaysia yang sudah mati yang tidak didaftarkan! Anwar kena perjelaskan isu ini! Kita setuju memang berlaku penipuan seperti ini!
"Tidak (akan berlaku 16 September). Tetapi untuk masa sekarang kamu (kerajaan) perlu memenuhi kehendak rakyat. Kamu (kerajaan) telah curi pilihan raya ini daripada rakyat.
Benar kata Anwar, kamu kerajaan Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan mesti menunaikan janji-janji manis kamu kepada rakyat. Terutama janji-janji manis PRU-12 yang belum selesai seperti wang saguhati setiap bulan kepada ibu tunggal, mahasiswa dan menurunkan sewa rumah kerajaan negeri. Atau hapuskan saja sewa rumah itu! Saya setuju dengan Anwar supaya janji kerajaan Pulau Pinang membuat Tol bawah dasar laut disegerakan, dan janji membina lebuh raya percuma di Kelantan dibuat sekarang ini. Kamu mesti memenuhi kehendak rakyat kata Anwar kepada kerajaan Selangor, Penang dan Kelantan!
"Dan kita mahu, kerajaan sekarang menerima kenyataan bahawa kesahan penubuhan kerajaan mereka akan dipersoalkan. Mereka harus mempertimbangkan untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Pilihan Raya yang bersih dan adil.
Kita rakyat Malaysia bersetuju ditubuhkan RCI mengapa Anwar dan Pakatan menghalang warganegara Malaysia hanya kerana dijadikan oleh Allah SWT berkulit Hitam mengundi dan menuduh mereka orang Bangla? RCI SPR perlu ditubuhkan mengapa warganegara Malaysia keturunan India Muslim yang dipukul, dikurung, diherdik dan dihalang mengundi gara-gara warna kulit mereka gelap seperti orang India dan Bangla!
RCI juga mesti menyiasat terdapat insiden di mana berita Anwar mengarahkan pasukan PKRnya membayar orang Bangla, menghantar mereka ke Pusat Mengundi, memberikan mereka wang ringgit, menyuruh mereka berbaris, dilakukan secara Serentak di seluruh negara....dan tiba-tiba pasukan PKR Anwar berlakon di depan Kamera dan Wartawan kononnya semua itu pengundi hantu. Memang benarlah mereka pengundi hantu, masalahnya mereka dibawa oleh PKR sendiri!!!
"Ini bukan mengenai politik tetapi rakyat amat mahukan perubahan. Mereka berharap dan berdoa tentang suatu jangkaan yang sah daripada rakyat," katanya dalam temubual bersama Malaysiakini.
Rakyat berharap dan berdoa supaya Anwar bin Ibrahim menerimalah Ketentuan Allah SWT bahawa manusia boleh merancang untuk menang pilihanraya, tetapi Allah juga yang menentukannya. Rakyat berharap Anwar bin Ibrahim mencontohi Hj. Hadi Awang yang menyeru ahli-ahli PAS menerima keputusan PRU13 dengan hati yang terbuka. Itu sindiran Hj. Hadi kepada Anwar supaya terimalah dengan hati terbuka, bukan dengan hati tertutup!
Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah tentang kemungkinan berlakunya projek 16 September seperti pada tahun 2008 sekali lagi.
Pada 2008, Anwar membuat pengumuman akan berlaku perubahan kuasa pada 16 September apabila seramai 30 ahli parlimen BN didakwa akan menyertai Pakatan.
'Keputusan amat menyedihkan saya'
Sementara itu, ketika mengulas mengenai kenyataan Najib tentang "perdamaian nasional" serta "tsunami Cina", Anwar berkata, ia seolah-olah menunjukkan tanda "bermurah hati" kerajaan kepada rakyat.
Anwar tak tahukah PM Najib seorang yang pemurah hati, walaupun masyarakat Cina berjaya dihasut oleh Cauvunis dan Ekstrimis DAP serta tipuhelah Anwar,tetapi PM Najib tetap meluluskan peruntukan membina sekolah jenis kebangsaan, membayar gaji mereka dan sebagainya. Bukan seperti Anwar, semasa Anwar menjadi Menteri Pelajaran tidak mengiktiraf keputusan pendidikan Cina, tidak meluluskan peruntukan kepada sekolah Cina, tidak mengiktiraf Sijil dan Diploma dari pendidikan Taiwan, menukar Gurubesar dan Pengetua Cina di sekolah-sekolah Cina. Orang Cina sudah lupakah itu peristiwa?
Sebaliknya, Anwar berkata, Najib menyalahkan kaum Cina apabila mengatakan berlakunya "Tsunami Cina" selepas mengetahui keputusan pilihan raya umum semalam.
"Itu mungkin nak tunjukkan tanda-tanda bermurah hati tetapi itu bercanggah dengan diri dia apabila mempersalahkan (kekurangan undi BN) akibat tsunami Cina.
Ulangan pertama : Anwar tak tahukah PM Najib seorang yang pemurah hati, walaupun masyarakat Cina berjaya dihasut oleh Cauvunis dan Ekstrimis DAP serta tipuhelah Anwar,tetapi PM Najib tetap meluluskan peruntukan membina sekolah jenis kebangsaan, membayar gaji mereka dan sebagainya. Bukan seperti Anwar, semasa Anwar menjadi Menteri Pelajaran tidak mengiktiraf keputusan pendidikan Cina, tidak meluluskan peruntukan kepada sekolah Cina, tidak mengiktiraf Sijil dan Diploma dari pendidikan Taiwan, menukar Gurubesar dan Pengetua Cina di sekolah-sekolah Cina. Orang Cina sudah lupakah itu peristiwa?
"Dia sepatutnya memahami apa masyarakat Cina mahukan dan kenapa kamu tidak boleh menghadapi isu ini.
Ulangan kedua: Anwar tak tahukah PM Najib seorang yang pemurah hati, walaupun masyarakat Cina berjaya dihasut oleh Cauvunis dan Ekstrimis DAP serta tipuhelah Anwar, tetapi PM Najib tetap meluluskan peruntukan membina sekolah jenis kebangsaan, membayar gaji mereka dan sebagainya. Bukan seperti Anwar, semasa Anwar menjadi Menteri Pelajaran tidak mengiktiraf keputusan pendidikan Cina, tidak meluluskan peruntukan kepada sekolah Cina, tidak mengiktiraf Sijil dan Diploma dari pendidikan Taiwan, menukar Gurubesar dan Pengetua Cina di sekolah-sekolah Cina. Orang Cina sudah lupakah itu peristiwa?
"Saya kesal kerana dia (Najib) membawa isu perkauman. Perkara ini tidak benar dan 'nakal'. Saya tidak akan mendukung aliran perkauman dan budaya (perkauman) ini. Sifat tidak mewakili budaya Melayu dan Islam," katanya.
Pak Syeikh Anwar Al-Juburi (meminjam kata-kata Mat Sabu, dengan izin)...sila hormat sikit. Jangan guna kata ganti nama "dia"...hormat sikit ya. Kena panggil YAB Datuk Seri Najib atau kata gantinama diri ketiga "beliau" untuk orang kenamaan. Hang tak lulus Bahasa Melayu kah masa Tahun 5 (Ujian Penilaian Darjah 5/ hari ini dikenali sebagai UPSR)
Selain itu dalam temubual itu juga, Anwar turut melahirkan kekecewaan dan sedihnya tentang keputusan pilihan raya umum semalam.
Beliau bagaimanapun tidak akan berputus asa, sebaliknya akan terus berusaha bagi mengembalikan kepercayaan rakyat bersama Pakatan.
"Ia amat menyedihkan saya. Tidak dapat digambarkan kekecewaan ini.
Pengajaran : Semasa Rasulullah wafat, Saidina Umar Al-Khatab tidak dapat menerima kemangkatan Baginda Rasulullah SAW. Sambil memegang pedangnya, Saidina Umar Al-Khatab berkata, "sesiapa yang berkata Rasulullah SAW wafat, saya akan pancung dia!". Melihat hal ini, Saidina Abu Bakar menenangkan Saidina Umar seraya berkata, Baginda Rasulullah SAW memang sudah wafat, barulah Saidina Umar tenang dan menerima berita tersebut. Saidina Umar Al-Khatab memang seorang yang ditakuti,malah jika dia marah syaitan-syaitan yang ada di sekelilingnya pun lari lintang-pungkang.
(Tuan-tuan Ustaz, jika saya salah/silap fakta dalam tafsiran sirah Rasulullah ini tolong betulkan. Terima kasih)
"Ya (Pakatan akan kekal bersama). Saya lihat Terengganu juga berpotensi. Kita akan pergi kepada proses dan akan mendesak untuk mempunyai satu sistem pilihan raya yang benar dan bebas," katanya lagi.
Akhirnya, Anwar bin Ibrahim kembali Berbohong dan Menipu rakyat Malaysia. Katanya dua bulan dulu dan empat bulan dulu bahawa jika Pakatan kalah dalam PRU13 ini, dia akan bersara dan kembali ke Tanah Air Keduanya di Amerika sebagai Pensyarah. Nampaknya, dalam umur 65 tahun, Anwar Ibrahim masih bernafsu 40 tahun, melihat Terengganu pula sebagai dara manis. Nafsu oh Nafsu!
Sila baca wawancara yang sudah pasti telah diedit di http://www.malaysiakini.com/news/229343
***Ini adalah bentuk wawancara selepas PRU-13. Jangan persoal bagaimana saya tahu, sebab saya tahu sangat Anwar bin Ibrahim.