Thursday, 4 April 2013

AL-KISAH PEREBUTAN KERUSI PALING MEMALUKAN BUAT PAKATAN RAKYAT #PRU13 #GE13


DALAM satu-satu pilihan raya, adalah adat satu-satu parti komponen berjuang dan berusaha untuk mendapatkan lebih banyak kerusi bagi parti masing-masing.
Sama ada suka atau tidak, kita kena menerima hakikat yang ‘darjat’ dan maruah sesebuah parti itu tak banyak sikit terletak pada jumlah kerusi yang dimenanginya dalam satu-satu pilihanraya.
Dalam Barisan Nasional (BN) sendiri, perkara yang sama berlaku.
UMNO nak lebih, MCA nak lebih, MIC nak lebih walaupun kerusi yang dipertandingkan itu BELUM TENTU menjanjikan kemenangan.
Jadi bila perkara yang sama berlaku dalam Pakatan Rakyat, kita semua boleh faham dan menerima rasional terjadinya perkara sebegitu.
Namun berbeza dengan Pakatan Rakyat, BN berjaya menyelesaikan isu tersebut dengan cukup teratur, licin dan tidak menjatuhkan maruah mana-mana pihak.
Akhirnya setelah dicampur, ditolak, didarab dan dibahagi….keutamaan diberikan pada calon yang boleh menang (winnable candidate).
Walaupun ada pihak yang ‘makan hati’, semua itu dianggap lumrah dalam perjuangan dan akhirnya semua parti komponen dalam BN menerimanya dengan hati yang terbuka.
Malangnya, konsep yang sama bukan saja gagal dihayati malah turut gagal dipraktikkan dalam Pakatan Rakyat.
Di sebalik konsep ‘kesatuan dan satu hati’ yang kononnya terjalin erat di antara parti komponen dalam Pakatan Rakyat seperti yang mereka sering gembar-gemburkan itu, apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Sebagai contoh, tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak ‘lambat’ mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk membincangkan isu pembahagian kerusi ini namun apa terjadi, Pakatan Rakyat gagal memanfaatkan perkara itu.
Malah sehingga Parlimen dah nak bubar pun, mereka masih ‘berperang’ tentang perkara pembahagian kerusi ini.
Berikut adalah contoh apa yang berlaku.
gaduh johor
gaduhPKr-pas
PR_BANGANG_002
SAM_0225
PR_BANGANG_001
(Pahang tidak akan melepaskan kerusi Parlimen Bentong jika DAP enggan bertolak-ansur untuk menyerahkan dua kerusi DUN sebagai pertukaran, kata Pengerusinya, Datuk Fauzi Abdul Rahman.
Keputusan itu kata Anthony Loke (Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP), telah mendapat persetujuan dari Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Tanya YB (Anthony Loke), comel tak dia datang ke Bentong rumah saya, dia cakap awak tolong keluar, dan saya hendak rumah awak? Jadi patut tak dia buat macam itu?,” katanya
“Saya tidak mahu cakap banyak, nanti saya keluarkan perkataan tidak elok. PKR akan terus pertahankan kerusi Bentong”.
“Dari segi kita (PKR Pahang), kita pertahankan keputusan kita, kalau dia hendak kerusi Parlimen Bentong itu, jadi maknanya kita akan ambil dua kerusi DUN (Ketari dan Tanah Rata) itulah,” katanya.) - 
TERBARU adalah pergeseran antara Pas dan PKR dalam merebut kerusi Parlimen Bera, Setiawangsa, Labuan, Temerloh dan Kangar.
Bayangkan, PKR mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Bera, Setiawangsa dan Labuan iaitu kerusi yang ditandingi PAS pada pilihan raya umum 2008.
Pertukaran kerusi antara sekutu pakatan pembangkang itu terpaksa dibuat berikutan timbulnya bantahan di kalangan penyokong PKR apabila PAS mendahului dengan menamakan calon mereka bertanding di Parlimen Temerloh dan Kangar.
Pengarah Pilihan Raya PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, gantian ketiga-tiga kerusi berkenaan dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.
“Datuk Seri Anwar (Ibrahim) sudah hubungi Datuk Seri (Abdul) Hadi dan saya sendiri berbincang dengan Datuk Mustafa bagi menyuarakan bantahan ahli PKR apabila PAS umum bertanding di Temerloh dan Kangar.
“Bagaimanapun kami ambil keputusan untuk akur dan terima baik perkembangan itu. Jadi PKR akan bertanding di Bera sebagai gantian kerusi Temerloh.
“PKR juga akan bertanding di Labuan dan Setiawangsa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Rabu.
PAS sebelum ini mengumumkan Ketua Pemudanya, Nasrudin Hassan Tantawi bertanding di Parlimen Temerloh selain turut akan meletakkan calon bertanding di Kangar.
Kedua-dua kerusi berkenaan ditandingi PKR pada pilihan raya umum yang lalu.
perebutan-kerusi-pr-negeri-kedah
Begitu juga pergeseran PKR dan DAP dalam isu merebut kerusi Gelang Patah.
Datuk Chua Jui Meng dilaporkan telah ‘menghilangkan’ diri sejak Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengumumkan hasratnya pada 18 Mac lalu untuk bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah.
Chua sebelum ini pernah menyatakan hasratnya untuk bertanding di kerusi Gelang Patah.
Hasratnya itu dikritik Dr Boo Cheng Hou sehinggakan Pengerusi DAP Johor itu menuduh Chua membawa masuk eleman MCA ke dalam Pakatan Rakyat.
Selepas ‘kehilangan’ Chua, kedudukannya sebagai Pengerusi MPN Johor diambil alih sementara oleh timbalannya, Dr Ahmad Faidhi.
Kesimpulannya di sini, PRU-13 sama ada disedari atau tidak benar-benar telah memalukan Pakatan Rakyat dalam erti kata yang sebenarnya.
Baru peringkat pembubaran Parlimen, dah terjadi huru-hara di kalangan mereka…tak tahulah apa lagi yang akan berlaku andaikata kita ‘membenarkan’ mereka memerintah negara Malaysia yang tercinta ini.
Anda ada kuasa, undi anda akan menentukan segalanya…lihatlah dengan mata hati, tanya diri sendiri. – Mynewshub.my

HOT! CERITA SEBENAR DATIN SERI ROSMAH MANSOR DAN CINCIN RM24 JUTA TERBONGKAR!

Harakah 1-4 April 2013 ms F8

Antara edarkan buku biografi Rosmah di sekolah dengan mengangkat seorang peliwat yang Nabi tidak mengaku umat sebagai PM, mana yang lebih gila ?

Apa itu liwat ? Perkataan liwat itu adalah bahasa yang diplomasi. Kalau diterjemahkan kepada perbuatan ianya bermaksud seseorang lelaki memasukkan kemaluannya ke dalam lubang dubur seorang lelaki lain. Jijik tak ? Dengar pun dah rasa nak termuntah.

Betapa Nabi marahnya kepada lelaki yang mengamalkan perbuatan sedemikian , sampai Nabi pun tak mengaku lelaki sedemikian sebagai umatnya. Tetapi di Malaysia ada sebuah parti islam yang dikatakan dipimpin oleh ulama-ulama yang mengaku dirinya ulama pewaris Nabi sanggup berketuakan seorang peliwat. Bukan sahaja sanggup berketuakan seorang peliwat, malah sanggup untuk menabalkan seorang peliwat sebagai PM bagi memimpin sebuah negara yang majoriti rakyatnya orang islam.

Itu tak gila namanya ?

Bukan setakat gila tetapi itu layak dipanggil gila babi....

Antara edarkan buku biografi Rosmah di sekolah dengan menggedarkan Kalimah Allah kepada orang kristian untuk digunakan dalam bible, mana yang lebih gila ?

Dah terang dan nyata dalam Quran dinyatakan Allah itu satu, Allah tidak beranak atau diperanakkan dan tidak ada sesiapa pun yang menyerupai Allah. Dan seluruh dunia dah tahu bahawa tuhan kristian beranak,ada ayah dan ada anak. Tetapi di Malaysia ada sebuah parti islam yang dikatakan dipimpin oleh ulama-ulama sanggup menggadaikan atau merelakan perkataan Allah itu digunakan oleh kristian.

Itu tak gila namanya ?

Bukan setakat gila tetapi itu juga layak dipanggil gila babi....

Berbalik kepada keratan akhbar suara rasmi syaitan seperti di atas. Sejak pilihan raya kecil Ijok tahun 2007 mereka memainkan cerita bahawa Datuk Najib dan isteri terlibat dengan pembunuhan Al Tantuya. Sehingga ke hari ini mereka gagal membawa sebarang bukti jelas untuk menunjukkan perkara berkenaan selain daripada cakap-cakap. Sebaliknya apabila kena kepada orang-orang mereka yang bukti video dan gambar yang jelas depan mata, mereka kata itu fitnah dan beri alasan yang paling lawak dalam dunia bahawa video tak boleh jadi bukti kerana besi.

Itu lagi sekali menunjukkan tahap gila babi mereka yang kronik....

Keratan lidah rasmi syaitan diatas juga menyentuh tentang bab cincin RM 24 juta yang mereka tuduh dibeli oleh Datin Seri Rosmah.

Saya petik apa yang mereka laporkan,
Apabila kerap dipersoalkan dan diragui, Rosmah memberi alasan menabung dari kecil untuk membeli cincin tersebut.

Inikah parti islam ?

Inikah parti yang dikatakan dipimpin oleh para ulama ?

Terang-terang mereka dah melakukan fitnah...

Sehingga ke hari ini tidak pernah sekali pun Datin Seri Rosmah mengeluar ayat bahawa beliau membeli cincin itu hasil menabung dari kecil. Itu semua dilakukan oleh puak-puak mereka sendiri dengan melakukan pengubahsuaian pada muka depan akhbar Utusan Malaysia keluaran 8 Febuari 2008.



Lain kali kalau nak menipu pun biarlah logik sikit. Isu cincin timbul tahun 2011. Janganlah pakai akhbar tahun 2008. Wajah akhbar pun berubah antara tahun 2008 dengan 2011. Baca selanjutnya di sini dan sini

Berbalik kepada isu cincin...

Saya telah membaca apa yang dinyatakan oleh isteri PM dalam buku yang diterbitkan. Isteri PM menafikan dia membeli cincin berkenaan. Bukan setakat menafi malah turut sama bersumpah. 

Datin Seri Rosmah akui cincin berkenaan masuk ke Malaysia dan dialamatkan ke kediaman PM untuk tujuan pameran kepada bakal besannya  (Maira Nazarbayev) yang pada ketika itu berada kediaman PM untuk beberapa ketika bagi membincangkan majlis pertunangan anak mereka. Maira Nazarbayev adalah 'regular customer' kepada Jewellry Jacob & Co New York.

Jacob & Co New York telah menghantar cincin tersebut melalui syarikat penghantaran Malca Amit New York dan masuk ke Malaysia melalui KLIA pada 16 April 2011 . Di KLIA urusan seterusnya termasuk urusan pengishtiharan Kastam dilakukan oleh Airoceanic Express Sdn Bhd. 

Borang kastam 1-Borang pengishtiharan cincin berkenaan masuk ke Malaysia yang bertarikh 16 April 2011

Diringkaskan cerita, cincin tersebut masuk ke Malaysia mengikut lunas undang-undang yang ada walaupun ianya dialamatkan ke rumah PM. Bodohlah Rosmah kalau saat dia diserang tanpa henti-henti tiba-tiba pula beliau import cincin dan melalui pemeriksaan Kastam. Bukankah lebih baik waktu beliau keluar negara beliau beli cincin tersebut dan pakai di jarinya. Tiada siapa yang tahu. Beliau berani ambil langkah tersebut kerana beliau tahu tiada apa perlu disorokkan kerana beliau berada di pihak yang benar. Bukan macam Anwar yang bodoh piang langgar pelacur sampai tak sedar jam kena curi. 

Setelah cincin berkenaan dipamerkan kepada Maira Nazarbaye, ianya dibawa keluar dari Malaysia melalui KLIA dan diuruskan oleh ejen yang sama. Sekali lagi cincin berkenaan melalui prosedur pemeriksaan Kastam sepertimana yang ditetapkan oleh undang-undang negara. Cincin berkenaan keluar dari Malaysia pada 20 April ke Singapura juga untuk tujuan pameran kepada pelanggan Jacob & Co di negara berkenaan. 

Borang kastam 2-Borang pengishtiharan cincin berkenaan keluar dari Malaysia ke Singapura yang bertarikh 20 April 2011

Selepas dari Singapura kita tidak tahu ke negara mana pula cincin berkenaan dihantar untuk tujuan pameran kepada pelanggan-pelanggan Jacob & Co. Yang saya tahu dan sahih cincin berkenaan pulang semula ke New York dari Hong Kong pada 13 Mei 2011. Di Hong Kong mungkin cincin berkenaan dipamerkan kepada pelanggan-pelanggan mereka yang lain. Lebih kurang sebulan cincin berkenaan terbang ke beberapa negara untuk tujuan pameran dan akhirnya kembali ke negara asal. 

Cincin berkenaan tiba semula di New York pada 13 Mei 2011 dengan pesawat Cathay Pacific (CX 888) dari Hong Kong. Format tarikh yang digunakan di borang diatas MM/DD/YY

Borang pengishtiharan Kastam Amerika-Pengembalian produk Amerika tanpa cukai

Kalau Datin Seri Rosmah yang beli cincin berkenaan, apa ke jadahnya cincin tersebut masuk ke rumah PM, kemudian terbang ke Singapura, kemudian terbang entah ke mana-mana negara , kemudian ke Hong Kong dan kembali semula ke New York ?

Kalau ada yang tak percaya kepada dokumen di atas , sila cetak dan bawa pergi ke Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur untuk tujuan pengesahan samada ianya tulen atau palsu. Saya ulang sekali lagi.....bawa pergi ke Kedutaan Amerika, bukannya lari ke Kedutaan Turki. 

Sebagai penutup saya nak ingatkan sekali lagi kepada rakyat Malaysia. Janganlah sesekali kita mengangkat seseorang dari kaum nabi luth atau orang-orang yang bersekongkol dengan kaum nabi luth sebagai pemimpin kita. Betapa hina dan teruknya kaum nabi luth ini sampaikan Nabi junjungan kita pun tak mengaku mereka sebagai umatnya. Kalau kita angkat juga mereka atau orang-orang yang bersekongkol dengan mereka sebagai ulul amri kita, maka kita terimalah bahananya kelak.  Jadikan kisah silam sebagai pengajaran yang berguna.

[TERKINI!] Update #LahadDatu: POLIS BURU SEORANG LAGI 'DATUK SERI' BANTU SIASATAN #OpsDaulat



LAHAD DATU - Seorang lagi lelaki yang bergelar 'Datuk Seri' dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan berhubung Ops Daulat di Sabah.

Lelaki berkenaan dikenali sebagai Clarence Luing Karl @ Muhammad Khali, 57, itu memperoleh gelaran tersebut daripada Kesultanan Sulu.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang dalam sidang akhbar hari ini berkata, lelaki tersebut dikehendaki kerana dipercayai dapat membantu pihak pihak polis menyelesaikan kes berkaitan Ops Daulat.

"Pihak polis berharap beliau segera menyerah diri di balai polis berdekatan," katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung individu tersebut segera menghubungi pihak polis.

Kok Liang berkata, alamat terakhir individu yang dikehendaki itu ialah di Nombor 55, Jalan Ranau Lama, Kampung Bawang, Tamparuli, Sabah.


RM 3 Juta Geran Selangorku Dikeluarkan untuk Projek yang Tidak Dilaksanakan #PRU13 #GE13


Selain daripada menerima dana asing negeri Selangor dan Pulau Pinang juga diminta menyediakan dana yang mengcukupi untuk bekalan DAP, PKR dan PAS bagi menghadapi PRU ke 13. Ini kerana kedua-dua negeri berkenaan mempunyai hasil yang lebih berbanding Kedah dan Kelantan.
Di Selangor selain hasil daripada kelab-kelab malam dan rumah-rumah urut yang hasilnya diuruskan oleh Ronnie Liu, lombong pasir turut menjadi penyumbang utama kepada dana pilihan raya mereka. Tidak ketinggalan juga kaedah round tripping penyelesaian hutang Talam yang dilakukan Khalid Ibrahim. Kemudian hasil berkenaan diletak nama Geran Selangorku untuk mengaburi mata rakyat.
klang_gate_02Dana Geran Selangorku yang berjumlah RM 300 juta dikendalikan sepenuhnya oleh Pejabat Menteri Besar dan tidak melalui Pegawai Kewangan Negeri. Segala keputusan ditentukan oleh Khalid Ibrahim seorang diri. Di sini pun sudah cukup untuk menunjukkan kepada kita bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan geran berkenaan. Tidak lain tidak bukan ianya untuk dana politik mereka.
Untuk menghalalkan kegiatan mereka rakyat dikelirukan dengan kerja-kerja penurapan jalan atau kerja-kerja kecil lain di setiap Dun untuk menunjukkan mereka benar-benar menggunakan dana berkenaan untuk rakyat. Namun ada perkara yang rakyat tidak tahu apa yang berlaku di sebalik geran berkenaan, dan wangnya digunakan untuk apa.
Hari ini kami di sel13.com akan mendedahkan salah satu kaedah yang mereka gunakan bagaimana wang berkenaan boleh menjadi dana politik mereka.
Tahun 2012 sebuah syarikat, Rozz Niaga Enterprise telah menghantar satu kertas kerja projek yang bertajuk REMAJA UNGGUL NEGERI SELANGOR. Motif projek berkenaan adalah melatih remaja-remaja negeri Selangor mengenali potensi diri dan memantapkan mereka agar dapat bersaing dalam arus cabaran masa kini. Selain daripada itu program berkenaan dirangka khusus untuk melengkapkan dan menggerakkan penyertaan remaja untuk menilai kemampuan diri serta menetapkan hala tuju masing-masing bagi melahirkan insan yang berkualiti.
Berdasarkan kertas kerja yang dibentangkan, projek ini didapati cuba menerapkan idealogi pembangkang kepada pelajar sekolah. Kumpulan sasaran projek ini adalah pelajar tingkatan 3-5 seluruh Selangor dengan kapasiti 80 pelajar bagi setiap siri.
Projek berkenaan dijalankan secara usahasama antara syarikat berkenaan dengan Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan Negeri Selangor. Projek berkenaan diadakan di setiap Dun di negeri Selangor yang berjumlah 56 Dun. Setiap Dun diberi peruntukkan RM 60,400.00 untuk program berkenaan. Untuk 56 Dun jumlah projek ini bernilai RM 3’382’400.00.
Projek berkenaan sepatutnya bermula pada Mei 2012. Malangnya walaupun telah hampir setahun berlalu sehingga kini projek berkenaan belum berjalan, tetapi wang peruntukkannya telah dikeluarkan.
Mengikut maklumat yang kami terima wang berkenaan telah disalurkan kepada pihak-pihak tertentu untuk dana pilihan raya mereka. Inilah kaedah mencairkan wang yang dilakukan Khalid Ibrahim untuk menghalalkan wang tersebut melalui projek yang hanya on paper sahaja tetapi tidak dilaksanakan.
Itulah sebabnya Geran Selangorku dikawal sepenuhnya oleh Pejabat Menteri Besar tanpa membabitkan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri. Supaya senang untuk mereka melakukan kerja-kerja menyebat.
IMG_1162
IMG_1160
IMG_1161

#PRU13 : Aishah Bertanding Parlimen Jempol



Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini mengumumkan penyanyi terkenal tanahair, Aishah sebagai calon bertanding kerusi Parlimen Jempol.

Beliau mengumumkan perkara tersebut pada ceramah 'Amanat Penting PRU13 - Tipu Pilihanraya Turun Padang' anjuran PAS Bukit Bintang di Markas PAS Taman Melewar, malam tadi.

Bagaimanapun Aishah yang ditemui selepas pengumuman tersebut berkata beliau masih belum bersedia untuk bertanding pada pilihan raya kali ini.

"Berderau darah saya. Tetapi ini keputusan PAS Pusat. Walaupun ikut kata hati saya, tunggulah sepenggal dua lagi (untuk bertanding)," katanya kepada Antarapos.

Ditanya berkenaan karier nyanyiannya, Aishah menambah, beliau tetap akan meneruskan kerjaya yang sudah menjadi darah dagingnya sejak 25 tahun lalu.

"Sekarang pun walau sibuk berceramah saya tetap menerima undangan nyanyian yang sudah 25 tahun sebati dengan diri saya," katanya.

Aishah adalah artis pertama dari Pakatan yang diumumkan sebagai calon untuk bertanding pada PRU13.

Antara artis lain yang menyertai Pakatan adalah Bob Lokman, Hairie Othman, Abby Abadi dan Yassin.

Nota: Akhirnya tercapai juga cita-cita penyanyi yang dah tak laku ni menjadi calon Parlimen... cuma nasib rakan-rakan seangkatan dengan Aishah masih belum diketahui lagi... Apa-apa pun tahniah dan selamat menjadi mangsa KORBAN....