Friday, 29 March 2013

LIM GUAN ENG BAWA PULAU PINANG KARAM KE LAUT! #savepenang #ubahpenang #tolakPR

Bukan, ini bukan cerita mengenai kerajaan Pulau Pinang yang sibuk nak buat projek mega terowong bawah laut yang RM6.3 bilion itu. Cerita terowong RMK akan kupas dalam entri yang lain. Entri ini adalah mengenai penipuan yang dicanang selama Lim Guan Eng dan DAP memerintah Pulau Pinang sejak lima tahun yang lalu.



Setelah lima tahun DAP mentadbir Pulau Pinang, keadaan sosioekonomi di negeri itu bertambah teruk, dengan kesesakan lalu lintas yang semakin kronik, pembangunan hartanah mewah yang mengabaikan keperluan rakyat berpendapatan rendah, serta keadaan ekonomi yang mengalami defisit yang berkali ganda sejak 2009.

Ramai percaya Lim Guan Eng berjaya kurangkan hutang negeri. Namun, ramai yang tidak tahu itu sebenarnya dibuat dengan bantuan Kerajaan Persekutuan. Hakikat yang semua orang perlu tahu adalah Pulau Pinang mengalami defisit selama 4 tahun berturut-turut di bawah pemerintahan DAP dan Lim Guan Eng!


Baca artikel ini selanjutnya [di sini].


'Pembaharuan' yang dibawa Lim Guan Eng dan DAP hanya menguntungkan golongan yang berpendapatan tinggi tanpa menghiraukan kebajikan rakyat golongan pertengahan, apatah lagi mereka yang berpendapatan rendah. Tertekan dengan kesempitan hidup, tidak hairanlah apabila masyarakat Pulau Pinang mula menyuarakan protes!


Salah siapa?

Kebajikan rakyat negeri pun tak terjaga, lagi kau nak buat projek mega terowong tu. RM6.3 bilion tu kalau baiki infrastruktur awam ke, buat rumah kos rendah ke, sekolah ke, hospital ke? Kan lebih baik? Nampak sangat keangkuhan kau DAP Lim Guan Eng.



Santai Petang: '...Dan Anugerah Aksi Panas Terbaik Jatuh Kepada...'

TEMPAT KETIGA : JAMBAN MAN LAKSA

TEMPAT KEDUA : JAMBAN SENIMAN BUJANG LAPOK


JOHAN KATEGORI JAMBAN TERBAIK






ANUGERAH KHAS JURI

Sumber: Harum Perlis

Pendedahan Anwar Ibrahim Manusia Pelbagai Wajah #TolakPR



Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ini sangat terkenal dengan keupayaan untuk menukar "imej" dan "wajah" dalam banyak situasi. Apabila berhadapan dengan kumpulan Melayu, dia akan kata,"saya Melayu, Islam, takkan saya nak hancurkan Melayu."

Namun bila berjumpa dengan orang Cina dia kata lain pula,"Pakatan berjanji akan mengembalikan hak rakyat termasuk Cina, India, Melayu bila kita tawan Putrajaya." Hilang dah perjuangan Melayu Islam yang dia kata dekat orang Melayu.

Suatu ketika dahulu semasa mengetuai ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) dia begitu bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam, tapi sokong Lina Joy murtad. Paling yang tidak dapat dilupakan adalah ketika ditemubual akhbar Wall Street Journal mengenai mengiktiraf kedaulatan Israel sekiranya PR memerintah Malaysia.

Anwar dengan jelas mengatakan: "Some refuse to recognize the state of Israel,” he said, “but I think our policy should be clear – protect the security [of Israel] but you must be as firm in protecting the legitimate interests of the Palestinians.” (Dipetik WSJ)

("Sesetengah orang enggan mengiktiraf Israel,"katanya, "tetapi saya rasa polisi kita perlu jelas - melindungi keselamatan (Israel) tapi kamu mesti tegas dalam melindungi kepentingan rakyat Palestin.")

Namun bila ditanya Anwar kata dia tidak kata mempertahankan Israel, dasar talam dua muka. Pernah dulu dipaparkan muka Anwar kena tumbuk semasa di Penjara Sungai Buloh dengan lebam-lebam satu muka, dia kata kena suntikan HIV dan sebagainya, tapi sekarang sihat walafiat, siap boleh bejoget atas pentas ceramah.

Semakin hampir dengan PRU13, semakin galak Anwar bersandiwara dan bermuka-muka dengan orang ramai, semata-mata demi undi dan Putrajaya. 

Ramai orang bertanya siapa Anwar Ibrahim yang sebenarnya? Apakah dia seorang pejuang Islam atau sememangnya seorang yang munafik? Atau apakah dia sememangnya seorang patriot yang cinta hanya pada negara yang sanggup mati memperjuangkan hak bangsanya?

Atau apakah dia sebenarnya seorang pengkhianat yang sanggup memperjudikan masa depan negara dan bangsa serta agama sehingga sanggup menjadi tali barut kuasa asing, semata-mata untuk merebut tempat di Putrajaya?

Pada hakikatnya, makhluk bernama Anwar ini sebenarnya memakai banyak topeng yang beraneka warna untuk disesuaikan dengan golongan masyarakat yang ingin mengenalinya dari dekat. Disebabkan terlalu banyak topeng yang digunakan maka akhirnya dengan kuasa Allah SWT, kini dia sendiri secara sedar atau tidak telah melondehkan semua tembelang yang dilakukannya itu.

Pemimpin Pembangkang Ini sedang Dibukakan Pekungnya




Semalam, PKR dan Anwar Ibrahim terkantoi besar apabila perancangan jahat mereka untuk membuat kucar-kacir pada hari pengundian PRU-13 telah dibongkarkan oleh seorang hamba Allah. Mungkin beliau tidak sanggup lagi bersubahat dengan gerombolan manusia yang begitu tamakkan kuasa, sehingga sanggup mempertaruhkan keselamatan rakyat dan menggadaikan kedaulatan negara demi untuk memenangi satu undi. PKR dan Anwar Ibrahim sering lupa yang Allah SWT itu Maha Besar lagi Maha Berkuasa. Dia mampu mendatangkan hidayah kepada mereka yang dikehendakiNya untuk mendedahkan niat jahat musuh-musuhNya tanpa perlu UMNO bersusah-payah menghantar perisik pun.

Hari ini kami ingin memperincikan lagi 13 rancangan jahat Anwar Ibrahim dan PKR bagi memastikan mereka boleh mencapai kemenangan pada PRU ini, walau dengan apa cara sekali pun. Sebar-sebarkan kepada sahabat handai, rakan taulan dan saudara-mara bagi memastikan kita semua bersedia dari segi mental dan fizikal untuk turun mengundi pada PRU ini nanti.


  











Kredit: MyMassa

RMK: Kalau difikirkan memang semua perkara yang disenaraikan ini tidak mustahil akan dilakukan oleh orang yang pangjang akal seperti Anwar Ibrahim, terutama sekali apabila terdesak. Yang dipaparkan di atas ini adalah lanjutan daripada entri yang pernah RMK post sebelum ini. Dalam entri itu, YB Zulkifli Noordin sendiri yang mendedahkan taktik-taktik yang Anwar Ibrahim ini. YB Zul adalah seorang yang sangat rapat dan adalah trusted man Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu. Sudah semestinya beliau tahu cara pemikiran dan kemampuan Anwar Ibrahim. Lihat video pendedahan tersebut [di sini].

PM Najib Razak Yakin BN Menang Majoriti 2/3 #BNBagus



Financial Times dan Reuters membawa berita baik untuk rakyat Malaysia iaitu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib, telah menyatakan keyakinannya bahawa Barisan Nasional mampu memenangi majoriti 2/3 di dalam Pilihanraya ini. Keyakinannya amat bererti bagi kebanyakan golongan peniaga, terutamanya, kerana golongan inilah yang amat gusar dengan kredibiliti dan kebolehan pembangkang dalam menerajui ekonomi. 

Hakikat bahawa Anwar Ibrahim juga menyatakan bahawa ini adalah peluang terbaik baginya untuk menang, dilihat sebagai satu kenyataan politik semata-mata daripada seorang yang asyik tertembak kaki sendiri di saat-saat genting ini. 

Dengan mengenepikan skandal seksnya, rakyat Malaysia kini memerhatikan Anwar secara ‘dekat’ apabila namanya berkali-kali disebut dalam penyiasatan pencerobohan pengganas di Lahad Datu. Sehingga ke hari ini, Anwar gagal menjelaskan kenapa beliau berjumpa dengan pemimpin MNLF beberapa kali dan apa yang dibuat oleh ‘orang-orangnya’ di Filipina beberapa hari sebelum pencerobohan tersebut. 

Ia tidak mungkin satu kebetulan untuk Anwar membangkitkan isu Malaysia akan kehilangan Sabah dan membuat bising mengenai pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah tanpa mengikut prosedur, sebelum peristiwa berdarah tersebut tercetus di Sabah. 

Tetapi, kesilapan Anwar yang paling besar dalam menangani isu ini ialah beliau cuba menutup mulut media dari mengorek cerita sebenar darinya dengan cara mengugut untuk menyaman jika mereka bertanyakan kenapa beliau tidak menyaman pihak yang pertama sekali mendedahkan pendalangannya iaitu Reuters dan media Filipina? 

Beliau mungkin meraih keuntungan politik jika berbuat demikian, tetapi hakikat bahawa beliau tidak melakukannya, menunjukkan yang laporan tersebut pastinya berasas. 

Tiada siapa yang waras akan mengundi seorang yang tidak tahu menghargai nyawa manusia. Tiada siapa yang sanggup mengundi seorang yang sanggup menggadaikan sebuah negeri kepada pengganas demi untuk menjadi Perdana Menteri. 

Negara jenis apakah yang Perdana Menterinya sendiri seorang pengkhianat?

Seperti juga masalah-masalah lain yang menimpa Anwar, tiada siapa yang menganiaya dirinya melainkan dirinya sendiri. Ini adalah masalah biasa bagi seorang yang begitu terdesak, tidak tertahan-tahan, teruja dan tergila-gila untuk berkuasa. 

Anwar boleh saja berjuang dengan cara yang betul, iaitu bekerja bersungguh-sungguh untuk membuktikan kredibiliti partinya dan berkhidmat kepada rakyat di kawasannya dengan baik. Dengan cara ini, tidak mustahil suatu hari nanti beliau akan berjaya memenangi hati rakyat Malaysia di mana mereka mungkin akan melupakan segala kisah-kisah buruk, jijik lagi membusukkan mengenai dirinya. 

Tetapi, beliau memilih untuk berjuang secara kotor, menggunakan pintu belakang dan mencetuskan suasana tidak aman. Malah, ‘Arab Spring’ merupakan impiannya, lalu bagaimana kita tidak melihat adanya hubungan antara dirinya dengan pertumpahan darah di Lahad Datu?

Sedang Anwar sentiasa berada di dalam ‘mode’ menyerang kerajaan dan apa saja yang berbunyi BN, Dato’ Seri Najib pula amat bertentangan dengannya. 

Berbeza dari Anwar, Perdana Menteri lebih suka bercakap mengenai pencapaian kerajaan daripada menyerang musuh politiknya. 

Di dalam wawancara dengan Financial Times, misalnya, Dato’ Seri Najib jelas begitu bersungguh-sungguh bekerja sebagai Perdana Menteri mahupun sebagai pemimpin parti. Beliau menjelaskan bagaimana sebuah kerajaan yang kuat amatlah perlu bagi mempercepatkan proses transformasi bagi negara ini. Beliau juga menekankan bagaimana beliau telah melakukan perubahan dari segi undang-undang di dalam UMNO begi memudahkan ahli untuk mengetengahkan pemimipin yang berpotensi. 

Sebenarnya, beliau tidak perlu bercakap besar pun kerana angka-angka yang tercatat, dengan sendirinya membuktikan kesungguhan beliau bekerja. Malaysia kini didorong oleh sebuah program ekonomi yang dilancarkan pada 2010 bagi menggandakan pendapatan perkapita sehingga RM15,000 menjelang 2020. Ini membawa kepada peningkatan keyakinan pelabur asing di mana pegangan asing meningkat kepada 550% kepada RM215 billion (USD69 billion) sejak 2009, mengikut laporan HSBC. 

Satu-satunya perkara yang Perdana Menteri sebut mengenai pembangkang dalam wawancara tersebut ialah beliau merasakan bahawa ia merupakan satu risiko yang besar untuk menaruh keyakinan kepada Pakatan yang tidak punya hala tuju yang jelas dan dengan manifesto yang tidak ada kredibiliti. 

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa adalah tidak perlu bagi sesiapa untuk melihat kepada angka-angka, tetapi melihat kepada personaliti kedua-dua pemimpin ini sahaja sudah cukup bagi rakyat untuk membuat pilihan. Anwar adalah seorang yang tidak patriotik, tidak sensitif, pengkhianat dan selamanya tergila-gila kuasa manakala Dato’ Seri Najib pula adalah seorang yang tenang, rasional, elegan dan bijak. 

Justeru, tidak syak lagi, majoriti 2/3 bukanlah satu masalah bagi Barisan Nasional.