Friday, 22 February 2013

PM Najib Berpeluh Bila Dapat Tau Sambutan Puaka terhadap Program Kerajaan Selangor

Seorang rakan baru mengirim kepada RMK beberapa gambar dari program Forum Air Selangor anjuran kerajaan Pakatan Haram negeri. Jangan tak tau puak-puak ni dah lancarkan siri forum air seluruh Selangor bermula 18 Februari lalu. Siri ni akan berlanjutan hingga 28 Februari nanti. Ada 14 kali program, bermakna 14 kalilah peluang diorang nak sebarkan penipuan pada rakyat berkenaan isu air. Gambar-gambar berikut adalah daripada program di Dewan Pandan Indah, Ampang yang berlangsung pada 21 Februari 2013. Anda nilaikan sendiri.





Mesti akan ada puak pencacai yang akan kata gambar diambil ketika program belum bermula atau telah berakhir. Cakaplah apa korang nak. Pada RMK, dalam gambar nampak macam speaker dah mula bercakap. Audiens pula nampak macam sedang mendengar. Amacam?

Rakyat pun dah bosan nak dengar penipuan pembangkang.

Harus Baca! Lahad Datu Conspiracy: Pemimpin Pembangkang Mula Tak Senang Duduk


Artikel MyMassa:

MyMassa ada melaporkan bahawa Tian Chua membuat pertemuan dengan Nur Misuari 4 bulan yang lepas untuk merancang sesuatu di bumi Sabah.


Nampaknya apa yang dibocorkan oleh sumber dalaman PKR memang benar. Kini Askar Sulu mencari pemimpin pembangkang menjanjikan sesuatu kepada mereka. Perkara ini telah dilaporkan oleh agensi berita antarabangsa, Reuters.
Another Philippine military officer said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu - an island group off the southern Philippines - who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues.


Kalau sebelum ini Tian Chua yang keluarkan kenyataan mengaitkan Kerajaan Malaysia 'mencipta' insiden di Lahad Datu, kini Anwar Ibrahim pula terpaksa bersuara. Kenapa Anwar gelabah menyalahkan UMNO sedangkan Reuters tidak menyebut pun pembangkang dari parti mana. Adakah dari PKR, DAP, PAS atau parti pembangkang negeri Sabah seperti SAPP?
Pembangkang Nafi Ada Kaitan Isu Lahad Datu 

Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB 

SUBANG JAYA: Pakatan Rakyat pada Khamis menafikan laporan Reuters yang mendakwa pencerobohan 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu atas jemputan pihak pembangkang. 

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kenyataan itu datang daripada Umno bukan Reuters. 

"Itu Umno punya kenyataan bukan Reuters, siapa yang beritahu? Itu Umno punya," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Institut Rakyat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini. 

Ketika diminta mengulas lanjut berhubung perkara itu, beliau hanya berkata: "Saya tak mahu komen." 

Reuters pada 14 Februari lalu melaporkan seorang pegawai tentera Filipina sebagai berkata bahawa kumpulan lelaki itu merupakan pengikut Sultan Sulu yang telah dijemput ke Sabah oleh seorang ahli politik daripada pihak pembangkang bagi menbincangkan mengenai isu tanah. 

Kumpulan yang dianggotai 100 orang itu diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram, adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, mendesak bertemu 'personaliti' tertentu apabila rundingan tersebut berlarutan. 

Kumpulan berkenaan sebelum ini menuntut pengiktirafan sebagai tentera Sulu daripada kerabat Sultan Sulu, meminta agar komuniti Suluk, yang telah lama berada di Sabah tidak dihantar pulang.


Pembangkang sudah berani mengadakan perjanjian sulit dengan pihak luar untuk mewujudkan keadaan tidak selamat dalam negara. Berita perjanjian 'sulit' antara pemimpin pembangkang dengan 'tentera' Sulu bukanlah dilaporkan oleh Utusan, Berita Harian, RTM mahupun TV3. Tetapi agensi berita antarabangsa Reuters yang menjadi pemecah berita dalam hal ini.


Kalau sebelum ini Anwar boleh menipu pengikutnya dengan menuduh semua media arus perdana sebagai media UMNO, takkan Reuters pun akan menerima nasib yang sama seperti Utusan, Berita Harian dan TV3?


RMK: Permainan Anwar makin menjadi-jadi.

GEMPAR! KATA 'THE ECONOMIST': BN CAN WIN IN THE GENERAL ELECTION!



Economist Intelligence Unit (EIU), sebahagian daripada majalah terkenal berpangkalan di London, 'The Economist', meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) berdasarkan kepada rekod pencapaiannya yang baik, agenda pembaharuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta kepimpinan ekonomi beliau yang berjaya.

Bagi pemerhati antarabangsa, keputusan pilihan raya akan datang sudah jelas, bahawa BN akan menang, kata EIU.
Ia berkata pembangkang Pakatan Rakyat telah membuat 'janji lumayan' untuk mendapatkan kuasa, dan ini merupakan penghalang yang besar. (READ MORE)
Berdasarkan semua ini, Pakatan Rakyat berada jauh ketinggalan, menyebabkan EIU meramalkan BN akan menjadi 'pemenang'.Pencapai Dato'Seri Najib menjadi asas kepada kajian yang dibuat oleh EIU.
Pelbagai kajian khas  dibuat oleh pakar ekonomi EIU berkenaan dengan tahap pencapaian Pakatan Rakyat sepanjang tempoh memerintah 5 Negeri yang mereka takluki sejak tahun 2008 apabila berlakukan tsunami politik Malaysia. 
Jika dibuat perbandingan dengan pencapaian Dato'Seri Najib Tun Abdul Rakzak Perdana Menteri Malaysia , EIU mendapati bahawa terdapat jurang yang terlalu luas corak pemerintahan antara UMNO (BN) dan Pakatan Pembangkang sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya memerintah Malaysia.
Sebagai contoh, menyediakan pendidikan menengah percuma akan menyebabkan kerajaan berbelanja RM43 bilion, dengan memansuhkan duti kereta akan mengurangkan perolehan cukai sebanyak RM4.6 bilion setahun.


Menurut EIU, Pakatan Rakyat telah memungkiri banyak janjinya sebelum ini, termasuk bantuan kewangan bagi pendidikan pra-sekolah, penuntut universiti,warga emas dan orang kelainan upaya; penjagaan kesihatan percuma bagi mereka yang berumur lebih 65 tahun; cukai hartanah yang lebih rendah dan bantuan untuk pembeli rumah.

Jumlah terkumpul kanak-kanak pra-sekolah pada tahun 2012 di negeri Selangor adalah 542,524 orang yang telah dijanjikan oleh kerajaan negeri untuk diberi bantuan sebanyak RM50 seorang setiap bulan adalah diantara manifesto yang telah dijanjikan oleh Pakatan Rakyat ketika berlakunya tsunami politik di Negeri Selangor. Jika dikira mengikut fakta angka jumlah keseluruhan hutang kerajaan negeri terhadap kanak-kanak Pra-Sekolah adalah RM 22,605 ,250.00.

Berasaskan kajian yang dibuat juga,Pakatan Rakyat hanya menabur janji-janji lumayan kepada rakyat,sedangkan janji-janji yang dibuat oleh Pakatan Rakyat secara jelasnya menunjukan bahawa mereka tidak mampu untuk melaksanakan. 

Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN, telah membuat pilihan calon yang menang tumpuan strategi beliau, menjelaskan bahawa BN harus membariskan calon dengan peluang terbaik untuk menang, tanpa mengira parti komponen BN mana yang memegang kerusi sebelumnya.

Satu lagi sebab utama kelebihan bagi parti pemerintah ialah pertumbuhan 5.2 peratus yang negara ini nikmati di bawah kepimpinan Najib, bersama-sama dengan peningkatan dalam pelaburan domestik dan asing.

Dan selain itu, pendapatan per kapita mencecah AS$9,700 daripada AS$7,500 pada tahun 2010.

EIU bersetuju dengan trajektori menaik: "Berikutan pengembangan anggaran daripada 5.2 peratus pada tahun 2012, kami menjangka KDNK berkembang pada kadar yang sama semasa tempoh ramalan 2013-17."

Berlatarbelakangkan keadaan sedemikian, EIU berkata: "Jelas bahawa adalah sukar untuk Pakatan yang kini cuba membariskan satu pembangkang yang bersatu antara pemimpinnya yang sering bertengkar sejurus sebelum PRU13"
  


RMK: Apa kata para penchahai?

EKSKLUSIF!!! Rating Siaran 'Soal Jawab' YB Ustaz Nasharuddin 4.3 juta Penonton!!!



Siaran rancangan berbentuk Siri Rancangan Temubual terbitan TV3, rancangan ‘Soal Jawab’ yang menampilkan Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin Mat Isa daripada parti PAS sebagai tetamu undangan pada 6 Februari 2013 yang lalu seperti tidak disangka berjaya melakarkan sejarah tersendiri menerusi pertumbuhan kadar tontonan yang tinggi dalam Siri Rancangan Temubual televisyen di Malaysia pada tahun 2013 setakat ini.

Rancangan yang dibuat secara rakaman dari studio Media Prima, telah berjaya mewujudkan satu ‘benchmark’ tertinggi bagi rancangan berbentuk Siri Rancangan Temubual bukan saja bagi TV3 tetapi bagi sesebuah produksi siri Rancangan Temubual di Malaysia, apabila berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 4.3 juta (25.9 TVR) atau 72.6% (sumber: A.C. Nielsen Audience Measurement).

Secara purata, rancangan berbentuk temubual atau bual bicara hanya mencatatkan rekod 300,000 penonton sahaja. Namun atas faktor kekuatan tetamu undangan pada 6 Februari lalu, iaitu Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang baru sahaja digugurkan daripada Majlis Syura Ulama PAS oleh pimpinan tertinggi PAS pada 14 Januari 2013, jumlah penonton yang menonton rancangan tersebut meningkat mendadak sebanyak 4 juta kepada 4.3 juta penonton.

Secara kesimpulannya, kadar tontonan keseluruhan rancangan Soal Jawab pada 6 Februari lalu telah mencipta rekod baru dengan tontonan sebanyak 4 juta penonton, iaitu hampir ‘sebaris’ dengan jumlah penonton Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 27 yang telah diadakan pada 6 Januari 2013 lalu iaitu sebanyak 6 juta penonton.

Fenomena ini dilihat sebagai satu keadaan di mana medium televisyen di Malaysia telah dibuka luas untuk pemimpin politik berbicara mengenai kempen-kempen menjelang Pilihanraya Umum ke 13 tidak lama lagi. Kemunculan tetamu undangan pada hari tersebut tidak perlu disangkal lagi kerana kemunculannya amat dinantikan oleh penganalisis dan pengikut politik tanahair yang sarat dengan isu semasa dan sensitif, seperti isu perpaduan kaum Melayu Islam di Malaysia, isu penggunaan Kalimah Allah, isu keakraban beliau bersama Perdana Menteri Malaysia dan isu kemasukan beliau ke dalam UMNO. Bukan sahaja melalui kaca televisyen, pendedahan oleh Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin pada malam itu juga dipancarkan menerusi laman web rasmi TV3 dan di laman web tonton.com.my .

Jumlah audience yang menonton secara online pula mencecah 95,312, juga menjadikannya satu rekod baru tontonan Siri Rancangan Temubual melalui online di Malaysia. Ditambah dengan adanya kemudahan internet mudah alih dan smartphone, tontonan secara ‘live streaming’ mencapai angka tertingginya pada permulaan rancangan tersebut, iaitu tepat pada jam 10.03 malam dengan 18,598 hits berbanding hanya 6,109 pada penghujung rancangan. Malaysia mencatatkan tontonan online tertinggi sebanyak sebanyak 98,435 tontonan, diikuti negara-negara lain seperti United Kingdom (4,542), Arab Saudi (3,431), Amerika Syarikat (3,068), Australia (2,956), Singapura (2,158), Indonesia (1,132) dan Brunei (1,009).

Bacaan tontonan yang dibuat ini tidak termasuk dengan jumlah siaran yang telah direkodkan oleh pengguna stesen televisyen berbayar Astro melalui dekoder Astro dan tontonan rakaman yang telah dimuatnaik ke laman web di internet, terutamanya Youtube dan blog-blog yang berunsurkan politik.

Rancangan Soal Jawab pada 6 Februari lalu telah membawa satu dimensi baru dalam penyiarannya yang menampilkan Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin Mat Isa sebagai tetamu undangan yang datangnya dari pihak pembangkang di Malaysia. Siaran bertemakan "Nasharuddin - Berjuang Dalam Kontroversi" ditayangkan selama satu jam tersebut dilihat memberi satu impak negatif kepada barisan parti pembangkang, khususnya menjelang Pilihanraya Umum ke 13, apabila banyak pendedahan dibuat oleh tetamu tersebut yang menjawab kepada segala persoalan isu-isu semasa tanahair. Keberanian beliau selaku wakil parti politik daripada pihak pembangkang yang secara berani menerima jemputan bagi ditemubual oleh TV3 dengan membincangkan masalah dalaman parti secara terbuka di kaca televisyen, yang ditonton oleh masyarakat di seluruh dunia. 

[Sumber: besorsebelah]

RMK: Mesti ramai yang tengok tu penyokong PAS kan? Haha padan muka penchahai pembangkang, Ustaz Nasha bongkar semua!

[Gambar] Ceramah Hasan Ali Lengang?!

Di Ampang semalam...








Nampaknya semakin ramai datang untuk mendengar pendedahan Hasan Ali tak kira di mana saja jelajah ini diadakan. Ramai yang dah tak tahan dengan penipuan Pakatan Haram gamaknya. Antara isu yang ditimbulkan  malam tadi adalah berkenaan LGBT, kalimah Allah dan juga perpecahan dalam PAS. Semoga siri pendedahan ini diteruskan dengan istiqamah dan berjaya membuka mata mereka yang masih degil nak menyokong pembangkang.