Showing posts with label Zionis. Show all posts
Showing posts with label Zionis. Show all posts

Tuesday 16 October 2012

Hebat! Bersihnya Konsert BERSIH!


13 Oktober 2012.





Angan-angannya cukup tinggi. Stadium Kelana Jaya akan menempatkan 10 ribu orang hadirin yang sanggup berhujan berpanas menyaksikan konsert BERSIH yang sudah tentulah dikelolakan oleh Ambiga Sreevanasan, A.Samad Said, Hishamuddin Rais dan beberapa nama lagi. Konsert itu sekadar satu tarikan untuk satu acara lain yang lebih besar iaitu KARNIVAL.
Bayangkanlah 10 ribu orang hadirin yang berpusu-pusu hendak mendengar temberang kroni Zionis dan penjajah seperti Ambiga Sreevenasan dan A.Samad Said, selain stand-up comedian syok sendiri, Hishamuddin Rais. Banyak blog pro-sosialis dan komunis yang cuba meuar-uarkan kehebatan karnival selain konsert berkenaan. Malah banyak juga pengendali blog serta portal Pakatan Rakyat yang begitu berkeyakinan, karnival tersebut akan memberikan tekanan kepada Najib Abdul Razak serta SPR.
BERSIH yang mendapat tajaan daripada beberapa pihak asing yang diketahui merupakan neo-kolonialis termasuklah daripada George Soros, menjadikan isu pilihanraya sebagai medan utama untuk menghentam kerajaan pilihan rakyat. Sudah acapkali BERSIH membuktikan bahawa kewujudan mereka tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mengganggu proses pilihanraya di negara ini.
Walaupun berselindung kononnya di sebalik usaha mendapatkan pilihanraya yang bersih di negara ini, hakikatnya, BERSIH itu sendiri tidak bersih pun. Pilihanraya hanyalah dijadikan sebab untuk satu perancangan yang lebih besar dan lebih menghuru-harakan negara ini.
Menariknya, dalam perhimpunan BERSIH, yang menjadi kuda kayu dan ditunggang adalah para pengikut PAS. Tanpa penyertaan ahli-ahli PAS, maka perhimpunan yang dianjurkan oleh anak-anak buah Zionis ini, akan menjadi hambar dan kosong.
Terbukti apabila Karnival BERSIH yang turut disertai oleh konsert, gagal menarik perhatian pengunjung. Walaupun jangkaan besarnya adalah 10 ribu, manakala portal tajaan Zionis, Malaysiakini pula melaporkan setelah dua hari kononnya karnival dan konsert berkenaan dihadiri oleh 800 orang, hakikatnya yang datang tidak sampai pun 300 orang.
Hishamuddin Rais sudah berulang-ulang kali menyatakan bahawa seandainya Pakatan Rakyat kalah pada PRU13 dan gagal menawan Putrajaya, maka perarakan serta rusuhan besar-besaran di jalanraya akan diadakan. Karnival, konsert dan seumpamanya dengannya yang dikaitkan dengan BERSIH sebenarnya hanyalah satu ‘latihan’.
Dan ini terbukti apabila salah satu lagu yang didendangkan dalam konsert BERSIH yang tidak dihadiri ramai orang itu, terkandung lirik-lirik puitis yang besar kemungkinan ada sentuhan Ambiga, A.Samad Said dan Hishamuddin Rais sendiri.
Bersih! Bersih! Bersih!
Kami menuntut Pilihanraya Bersih!
Jangan anggap kami bodoh!
Tunaikan 8 tuntutan Bersih!
(diulang 2 kali)