Showing posts with label SPR. Show all posts
Showing posts with label SPR. Show all posts

Wednesday 22 May 2013

VIDEO: Pengakuan Seorang Kencur Konon Dia Boleh Mengundi Dua Kali...



Isu seorang pengundi kononnya boleh mengundi dua kali di jelaskan oleh timbalan pengerusi SPR.



Tuesday 30 April 2013

#GE13 KAPT (B) SHARUDDIN OMAR MERAGUI MOTIF NURUL IZZAH DAN KES DAKWAT KEKAL BOLEH DIBASUH - @N_IZZAH #TolakPR

Calon BN bagi kerusi P.112 Kuala Langat, Kapt (B) Sharuddin mengunjungi proses undi awal di TUDM Jugra awal pagi tadi


Timbalan Presiden Bekas-Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Kapt (B) Sharuddin Omar menyifatkan tuduhan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah sebagaimana dinyatakan dalam twitter beliau adalah suatu yang 'boleh dipertikaikan motifnya'.

Terdahulu, Nurul Izzah yang juga calon bagi kerusi P.121 Lembah Pantai telah menghantar satu tweet yang berbunyi seperti petikan gambar di bawah ini:


Kapt (B) Sharuddin memberitahu bahawa siapa-siapa pun boleh membuat sebarang laporan polis berkaitan proses undian termasuklah undian awal atau undi pos.

Tetapi perlulah diingat, kenapa pemimpin besar bertaraf naib presiden begitu bersungguh-sungguh membawa isu ini pada masa kini dan siasatan hendaklah dibuat secara menyeluruh termasuk hubungan anggota keselamatan yang didakwa meragui dakwat yang dikatakan boleh dibasuh dan hilang dengan pemimpin besar PKR yang begitu bersungguh-sungguh meninggalkan proses kempen di kawasannya sendiri semata-mata isu ini (dakwat dikatakan hilang setelah dibasuh).

Kecepatan Nurul Izzah serta Tian Chua sebagaimana yang didakwa oleh ramai pihak membawa isu ini ke balai polis seperti suatu yang sudah dirancang rapi dan 'ini agak memelikkan dan diragui', ujar Kapt (B) Sharuddin lagi.

"Tapi saya secara peribadi menyerahkan perkara ini kepada pihak-pihak berwajib seperti polis untuk menyiasatnya dan percaya mereka (polis) lebih arif dalam melakukan siasatan mereka dan tolong jangan dipolitikkan apa juga dapatan pihak berwajib nanti".

Kapt (B) Sharuddin Omar juga merupakan calon bagi kerusi P.112 Kuala Langat mencabar penyandang terdahulu, Abdullah Sani yang merudum geraf kempennya kerana sabotaj dari ahli parti PKR itu sendiri selain masalah bukan calon 'favorite' atau anak tempatan.

Abdullah Sani turut terpalit dengan imej menceraikan bekas isteri pertamanya demi mengahwini seorang ahli Serikandi PKR yang jauh lebih muda dan hampir sebaya dengan anak sulung beliau sendiri.

Pagi tadi, Kapt (B) Sharuddin Omar sempat mengunjungi Markas Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), Jugra bagi melihat proses pembuangan undi awal oleh anggota keselamatan di sana. 



TMS

Wednesday 10 April 2013

#GE13: TARIKH DAN ANGKA-ANGKA PENTING #PRU13. VOTE FOR A BETTER NATION!


TARIKH PENTING



KELUAR WRIT: 11 APRIL 2013
NOTIS PILIHAN RAYA: 12 APRIL 2013
PENAMAAN CALON: 20 APRIL 2013
MENGUNDI AWAL: 30 APRIL 2013

MENGUNDI: 5 MEI 2013



  • 379 pegawai penguat kuasa dilantik
  • 8789 pusat mengundi
  • 26219 tempat mengundi / saluran
  • 544 pusat mengundi awal
  • 234 905 orang petugas pilihan raya akan dilantik
  • RM 4 juta diperuntukkan untuk laksanakan PRU13


  • Daftar pemilih yang digunakan:
    • Daftar pemilih induk 2011
    • Daftar pemilih tambahan suku tahun pertama , kedua, ketiga dan keempat 2012 tang di ntakan dalam notis 11 apr 2013

  • 13, 268 002 orang pemilih untuk PRU13
  • semakan daftar pemilih:
    • www.spr.gov.my
    • portal PRU13: www PRU13.gov.my
    • SMS: SPR [space] semak [No. K/P] hantar ke 15888 mulai 15 April 2013



Sumber: Siaran langsung Press Conference SPR, Astro Awani

Thursday 24 May 2012

Terima Kasih The Star Kerana Mendedahkan Nama-Nama Pelik Pengundi


Jika The Star tidak mendedahkan beberapa nama pelik yang terkandung dalam senarai pengundi berdaftar, pasti pembangkang dan BERSIH akan meroyan lagi kerana tidak percaya bahawa nama-nama tersebut adalah sah. Sekali pandang, nama-nama pelik tersebut memang kelihatan seperti ‘main-main’ atau rekaan.  Antaranya, ‘S’, ‘Atas Jalan’, ‘Tepi Jalan’, ‘Machine Gun’, ‘Boeing’, ‘Elvis Presley’ dan macam-macam lagi.   

Namun, menurut SPR, nama-nama tersebut benar-benar wujud kerana terdapat rekod kad pengenalan yang sah. Selain itu, SPR mengakui bahawa terdapat lebih kurang 15,000 nama di mana rekod pendaftaran undi dengan rekod kad pengenalan mereka adalah tidak sama.  Bagi kes seperti ini, SPR tidak ada hak untuk membuang mereka dari senarai pengundi selagi mereka berdaftar sebagai warganegera yang sah.      

Begitu juga dengan masalah di mana terdapat lebih kurang 1,000 pengundi yang berumur lebih 100 tahun yang menimbulkan berbagai keraguan dan tandatanya. Bagaimanapun, SPR tidak berhak untuk membuang nama mereka dari senarai pengundian selagi tiada rekod kematian yang dikemaskini oleh waris mereka. Menurut SPR juga, kini terdapat lebih kurang 3.7 juta warga yang layak mengundi tetapi belum berdaftar dengan mereka.  

Apa yang pasti SPR telah melakukan segala-galanya bagi memastikan senarai undi benar-benar bersih namun beberapa perkara seperti yang disebut di atas telah menyukarkan kerja-kerja pembersihan ini. Walau apapun, ini adalah perkara biasa bagi semua negara demokrasi di dunia menghadapi kesukaran memastikan senarai undi benar-benar bersih.  

Memandangkan pengundi berdaftar masa kini adalah berjumlah 12.5 juta, maka jumlah senarai yang meragukan iaitu 15,000 – 16,000 adalah amat rendah sekali. Lebih-lebih lagi, bukan semua pengundi tersebut berada di daerah yang sama. Selain itu, dengan meletakkan status sebagai ‘senarai meragukan’ tidak bermakna kesemua 15,000 – 16,000 itu adalah benar-benar tidak sah.  

Kerana itulah kita menyatakan bahawa tindakan membawa perjuangan BERSIH ke jalanraya adalah satu tindakan yang tidak masuk akal atau lakonan yang berlebihan.  Lebih pelik lagi bila kedengaran laungan untuk menjatuhkan kerajaan dalam perhimpunan BERSIH 3.0. Apakah logik untuk menggulingkan kerajaan hanya kerana terdapat 15,000 – 16,000 nama yang meragukan dalam senarai undi?  

Apakah pembangkang yakin yang mereka boleh menang dan menjadi pemerintah sekiranya dapat mengesahkan bahawa kesemua 16,000 orang itu tidak wujud? Hakikat yang perlu pembangkang terima ialah SPR telah melakukan yang terbaik dan sekiranya pembangkang kalah lagi dalam pilihanraya kali ini, ia adalah kerana rakyat semakin muak dengan lakonan keterlaluan pemimpin-pemimpin pembangkang dan menyampah dengan BERSIH.  

Jika pembangkang ingin menang pilihanraya, sebenarnya mereka tidak perlu berdemonstrasi atau menuduh polis, SPR dan kerajaan itu dan ini. Apa yang mereka perlu lakukan ialah tunjukkan kematangan, bekerja dengan sopan dan cakaplah serupa bikin.  Sebaliknya, sikap pembangkang terhadap SPR dan kerajaan telah menjauhkan lagi rakyat dari mereka. Justeru, walaupun senarai undi dapat dibersihkan seratus-peratus kita tidak yakin yang mereka akan mampu menang pilihanraya.  

Sumber: The Star