Showing posts with label Pencerobohan Sulu di Sabah. Show all posts
Showing posts with label Pencerobohan Sulu di Sabah. Show all posts

Sunday 24 March 2013

Insiden #LahadDatu: Kenapa Anwar Ibrahim Tak Berani Saman Media Luar Negara yang Dedahkan Dia Dalang??











Rasa pelik sebagai seorang RAJA SAMAN di Malaysia, Anwar Ibrahim hanya berani saman akhbar media perdana. Kini taraf Anwar lebih rendah daripada itu bila hanya berani saman blogger.


Persoalannya, jika menyaman orang lain adalah cara untuk Anwar Ibrahim bersihkan dirinya, kenapa dia tak saman media luar negara? Adakah kerana apa yang didedahkan tersebut adalah BENAR?

*Mohon disebarkan lagi bahan ini.

Sumber: MyMassa

SIVARASA DAN TIAN CHUA BAWA RM20 JUTA KE MANILA PADA 7 FEBRUARI 2012


Pendedahan terbaru daripada blogger MrKinabaluBoy. 



Anwar Turut Jumpa Nur Misuari Di Manila



Manila – Philippine Military Intelligence mengesahkan kehadiran Sivarasa dan Tian Chua ke Manila, Filipina pada 7 Februari 2013, yakni dua hari sebelum pendaratan Pengganas Kiram ke Lahad Datu pada 9 Februari 2013. 

Media antrabangsa seperti Reuters, Inquirer  Manila Times, The Philipine.ABC.CBN, Wikileaks dan Kedutaan Amerika di Manila mengesahkan akan “Pembabitan Individu Pembankang dari Malaysia”. Kemudiannya individu pembangkang ini dikenalpasti sebagai Tian Chua, R. Sivarasa dan Bapa Pengkhiamat Negara Anwar Ibrahim. 

Dua hari lepas, Atik Husin dan Holanda mengesahkan di Mahkamah Tawau bahawa mereka dibayar upah dan wang oleh seseorang semasa di Filipina lagi. 

Pada 8.2.2013 iaitu sehari selepas R.Sivarasa dan Tian Chua bertemu dengan Kelompok-Kelompok MNLF, dipercayai memberikan Sejumlah Wang yang maha besar kepada MNLF untuk mengkucar-kacirkan Sabah menjelang Pembubaran Parlimen kononnya pada 1.3.2013

Perjumpaan pada 7 Feb 2013 merupakan janji manis Buku Jingga ke-2, dua orang pengkhianat kepada penceroboh untuk menceroboh negara sendiri. 

Begitu juga bapa segala pengkhianat negara Anwar Ibrahim turut bersama-sama berada di Manila bertemu Nur Misuari. Ini juga dipantau oleh Philipine Militarry Intelligent dan dilapor oleh media-media cetak antarabangsa. 



Mereka Ke Manila Membawa Wang pada 7.2.2013…2 Hari Sebelum Pendaratan Pertama Pengganas Kiram 




RM 20 JUTA ANWAR BAYAR LAJIM

Ramai orang di luar sana tidak mengetahui bahawa Bapa Pengkhianat Negara Anwar Ibrahim, telah membayar Lajim sejumlah Wang RM20 Juta untuk melompat lagi kepada PKR. Info ini diberitahu kepada kami oleh Salah Seorang Pegawai Tinggi Lajim di Kementerian Perumahan…(Kinabaluboy akan ulas perkara ini kemudian). 

Maknanya, jika Anwar boleh bayar Lajim RM20 Juta supaya melompat parti. Maka anda teka berapa Jumlah Wang yang Anwar usahakan kepada Kelompok MNLF ini? 

Mereka hendak membeli sesiapa sahaja sekarang, bapa Saiful mereka beli, dan cubaan membeli Dato’ Eskay turut dibuat. Sekali lagi janji Buku Jingga Bapa Pengkhianat Negara Nombor 1, bukan sahaja Sabah malahan Sarawak juga mahu dituntut oleh Misuari. Maka terancamlah keselamatan Sabah & Sarawak. Di Sarawak, NDI melalui Global Witness yang dibiayai oleh (George Soros) yang merupakan penyagak matawang turut fokus kepada Sarawak, turut mengkucar-kacirkan negeri Sarawak. 

Isu ini Kinabaluboy akan sambung dua tiga hari lagi, krew strategik kami baru sahaja terbang ke Sarawak untuk mendapatkan maklumat eksklusif untuk anda. Sabah & Sarawak adalah fix deposit BN mereka hendak meruntuhkan secara kejam, pertumpahan darah dan menggadaikan negara.

Is Money An Issue? NO. Lihat kepada kesanggupan membayar bapa Saiful berapa juta!. Juga Offer membayar Dato Eskay any amaunt to any account in any country. Bermaksud unlimited budget ditaja oleh siapa? Bersambung…



RMK: Pendedahan selanjutnya menyusul.

Friday 22 March 2013

Insiden #LahadDatu: PENGGANAS AZUMUDIE MATI PADA 10 MAC 2013

TERBUNUH PADA MALAM 10 MAC 2013

Semalam pasukan keselamatan negara kita menafikan laporan kami tentang kematian Pengganas Azumudie di sini http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/newsindex.php?id=936295 dan lain-lain akhbar dan portal. Kami tidak ingin mengulas kenyataan pihak keselamatan, namun kami akan terus memberikan sumber kami sendiri.


Pada 9 Mac 2013 - Pasukan Keselamatan kita yang terdiri daripada pasukan VAT69, komando Angkatan Tentera Malaysia dan pasukan perisai tempur telah memasuki kawasan Kg. Tandou dan Kg. Tg. Batu dalam operasi 'searching' dan 'moping'.



10 Mac 2013 - Pertempuran berlaku di antara pasukan keselamatan kita dengan kira-kira 60 anggota pengawal peribadi Pengganas Azumuie. Terdapat kira-kira 4 dan 6 orang askar dari pasukan MNLF yang dipimpin oleh Nur Misuari. Nur Misuari hanya menghantar anggota terlatihnya untuk menjaga keselamatan Pengganas Azumudie.



Di samping itu, terdapat kira-kira 6 pengganas wanita, pada awalnya terdapat 10 orang wanita, tetapi 4 daripadanya telah terbunuh lebih awal.



Dalam pertempuran malam hari tersebut, 4 tentera MNLF telah mengkhianati Pengganas Azumudie apabila melarikan diri ke kawasan paya dan pantai pada tengah malam. Mereka membawa pengganas-pengganas wanita dan rakan-rakan mereka yang cedera, bersama sejumlah senjata.



Dengan bot berenjin dua (menggunakan enjin lori yang diubahsuai), mereka meluncur lari menuju ke kampung mereka di selatan Filipina.



11 Mac 2013 - Pasukan Tentera Filipina mengesahkan mereka berjaya memintas bot tersebut dan menahan kira-kira 38 Pengganas Kiram tersebut. Tiada Pengganas Azumuide ditemui dalam Bot itu. 



Tentera-tentera MNLF menyatakan Pengganas Azumuide sudah mati ditembak? Siapa Tembak Pengganas Azumuie? Sebelum ini, kami dimaklumkan pengawal elitnya, namun boleh jadi tentera MNLF yang dihantar Nur Misuari yang membunuhnya! Bukti di bawah...



JUMLAH SENJATA

Perkara yang tidak dinyatakan oleh pihak pasukan Tentera Filipina yang menahan 38 Pengganas Kiram ialah jumlah senjata yang mereka bawa bersama-sama semasa mereka melarikan diri.



Telah kami sebutkan sebelum ini, Pengganas Azumudie dikawal ketat oleh kira-kira 60 pengawal elitnya.



Dalam bot laju itu, 38 Pengganas Kiram itu turut membawa kira-kira 60 senjata M16, senapang patah, pistol, senjata tradisional seperti pisau dan parang.



Jumlah-jumlah senjata tersebut menunjukkan askar-askar MNLF yang melarikan diri itu, dan pengganas-pengganas yang cedera dalam bot tersebut telah meninggalkan Pengganas Azumudie yang cedera parah bersendirian dengan pengawalnya yang semakin sedikit. 



Kematian Pengganas Azumudie terjadi pada malam 10 Mac 2013 ketika dia dalam kecederaan melampau yang tidak boleh lagi diselamatkan, dia ditembak sama ada pengawal elitnya atau pengawal MNLF. Itu yang berlaku pada malam itu. 



Kami tidak ingin berbeza pandangan dengan pasukan keselamatan, namun kami ingin membantu dengan memberi sumber bukan tentera.



Sumber kami adalah rahsia!


Sumber: MyMassa

Insiden #LahadDatu: SIVARASA TURUT BERSEKONGKOL?!

SIVARASA


19 FEBRUARI 2013 :
Pada tanggal 19 Februari 2013, di perkampungan Kg. Tandou, Kg. Tg. Batu, Tg. Labian, Sungai Nyamuk sehingga ke Tunku, Lahad Datu sudah berlaku aktiviti pengganas Kiram. Pekerja Kelapa Sawit di kawasan itu ketakutan melihat sekumpulan orang yang aktif beraktiviti ala tentera di kawasan tersebut. Akhbar KOMPAS dari Indonesia turut mengesahkan hal ini!

Pada hari yang sama, 19 Februari 2013,  Sivarasa dengan ditemani Tian Chua telah membuat Press Conference berkenaan situasi tersebut. Mereka bercakap tentang aktiviti pencerobohan seolah-olah mereka sudah tahu dan merekalah perancang pencerobohan tersebut.

SIVARASA

20 FEBRUARI 2013 :
Pada 20 Februari 2013, sehari selepas Sivarasa membuat Press Conference di atas, 3 Orang Wartawan AL-JAZEERA telah cuba memasuki kawasan pertemuran di Lahad Datu!!!

Risikan menyebut, sebelum kehadiran 3 Orang Wartawan AL-JAZEERA itu di Lahad Datu, Sivarasa sudah awal-awal bercakap dengan pihak AL-JAZEERA memaklumkan insiden yang akan berlaku di Lahad Datu.


SIVARASA

28 FEBRUARI 2013:
Menjelang 28 Februari 2013, sehari sebelum serangan pengganas kiram, Pengkhianat Negara Anwar Ibrahim mula mengubah topik lagu "Tanya Sama Pokok" daripada "Sabah Nak Hilang - 2/11/2012, 1/12/2012, 7/12/2013, 29/1/2013" kepada "Sabah Dah Hilang - 28/2/2013Rujuk di mana-mana laman youtube di Galaxy Tab anda.

1 MAC 2013:
Sebagaimana yang kami dedahkan sebelum ini, bahawa pada 1 Mac 2013 Gerombolan Pengganas Kiram telah menyerang dan membunuh Perajurit Negara kita, di mana pada 1 Mac 2013 itu jugalah, Anwar memberi maklumat salah kepada Nur Misuari kononnya Parlimen akan dibubarkan pada 1 Mac 2013. 

Mereka ini, Pengkhianat Negara Anwar Ibrahim, Tian Chua dan Sivarasa berharap dengan Mendaratnya dan Berperangnya Pengganas Kiram dengan Pasukan Keselamatan kita pada hari yang sama Parlimen dibubarkan pada 1 Mac 2013, maka Sabah dikecualikan daripada PRU13.

Bersambung perjumpaan Sivarasa dengan AL-JAZEERA...


Sumber: MyMassa


RMK: Semakin parah ni.

Rafizi Tuduh UMNO Bagi IC Azzimuddie Tahun 1975. Tahun Bila UMNO Masuk Sabah? #LahadDatu #PrayForSabah



Artikel dari laman web Rafizi yang kononnya bijak bestari.



Cakap banyak tak guna. Cuma MyMassa nak tanya Rafizi yang tak habis-habis nak salah kan UMNO.

1.BILAKAH UMNO MASUK SABAH?

2.ADAKAH TUN MAHATHIR DAH JADI PERDANA MENTERI PADA TAHUN 1975?

3.ADAKAH MENJADI KESALAHAN KEPADA KERAJAAN JIKA SEORANG RAKYAT MALAYSIA MELEPASKAN KEWARGANEGARAANNYA UNTUK MENJADI RAKYAT NEGERI LAIN SEDANGKAN WAKIL RAKYAT DAP, PHEE BOON POH (ADUN SUNGAI PUYU) JUGA SEORANG PENDUDUK TETAP NEW ZEALAND SEBAGAIMANA YANG DIDAKWA OLEH AKHBAR CINA?

Ini baru 3 soalan asas. Ada 20 lagi soalan yang akan menyusul sekiranya Rafizi dapat jawab soalan ini.

Harap UMNO boleh saman Rafizi kerana menfitnah UMNO sebagaimana Tian Chua disaman. 

*Kesian tengok Rafizi yang buta sejarah. Masa Azzimudie jadi ADO, si Rafizi ni pun tak lahir lagi!


Sumber: MyMassa


RMK: Lain kali kalau nak cari kesalahan orang, buat kajian terperinci dulu. Jangan membabi buta je. Kau sendiri yang malu.

TERKINI: Inikah Wajah Pengganas Wanita Sulu Yang Berjaya Diberkas Itu?

TERKINI: Inikah Wajah Pengganas Wanita Sulu Yang Berjaya Diberkas Itu?


DALAM sidang akhbar semalam, kita semua dimaklumkan yang pasukan keselamatan berjaya menembak mati seorang pengganas ketika operasi penggeledahan di Kampung Tanjung Batu pada kira-kira 1.30 tengah hari Rabu, menjadikan jumlah keseluruhan yang maut 63 orang.
Seorang militan wanita berusia lewat 40-an serta tidak bersenjata turut ditahan dalam operasi itu.
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kejadian itu susulan daripada pertempuran yang tercetus pada 11.30 pagi yang menyebabkan seorang anggota tentera cedera di jari kiri akibat terkena serpihan peluru.
“Susulan itu, pasukan keselamatan terus menjejaki musuh dan berlaku pertempuran di mana pasukan kita telah membunuh seorang daripada mereka serta menahan seorang wanita,” katanya.
Ketika ini di Lahad Datu heboh diperkatakan mengenai sekeping gambar yang didakwa pengganas wanita tersebut.
Tubuhnya kelihatan kurus dan tidak bermaya, pucat serta ketakutan.
Sehingga berita ini ditulis, belum ada mana-mana pihak yang mengesah atau menafikan perkara itu.
Difahamkan, pengganas wanita yang diberkas semalam juga dipercayai kuat mengamalkan ilmu hitam seperti mana rakan-rakannya yang lain.
Apapun tak kira sama ada pengganas itu secantik Siti Nurhaliza atau seseksi Angelina Jolie, atau berpenampilan seperti Mak Lampir sekalipun, yang penting dia telah diberkas!
Dia mesti diadili seadil-adilnya dan dihukum seberat-berat hukuman jika terbukti bersalah.
Tahniah pasukan keselamatan negara! - MyNewsHub

RMK: Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

PENGGANAS KIRAM MENGAKU DIUPAH!


Pengganas mengaku diupahANGGOTA polis mengawal rapi ketika pendakwaan kes di Mahkamah Tinggi Tawau, semalam. - Foto NSTP/Mohd Radzi Bujang
8 tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Tawau dengan kawalan ketat

Tawau: Seorang rakyat Filipina memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam dia dibayar untuk menyertai kumpulan pengganas menceroboh Lahad Datu pada awal Februari lalu.

“Saya diminta oleh seseorang dan dibayar. Saya bodoh melakukan perkara ini,” kata Holland Kalbi dalam bahasa Bajau Filipina kepada jurubahasa ketika prosiding memindahkan kes terhadapnya di Mahkamah Tinggi Tawau. 

Mohon ikat jamin 


Holland yang dipakaikan jaket keselamatan khas berwarna putih dengan tangan bergari, menyatakan demikian ketika memohon dibebaskan dengan jaminan.

Dia dan lima lagi tertuduh, Habil Suhaili, Timhar Hadir, Lin Mad Salleh, Atik Hussin Abu Bakar dan Basad H Manuel, didakwa menjadi anggota pengganas di Kampung Tanjung Labian, Jalan Kastam Lama dan Kampung Tanduo, dalam daerah Lahad Datu, antara 9 Februari dan 4 Mac lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Atik Hussin dan Basad juga masing-masing didakwa dengan satu lagi pertuduhan, iaitu melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong di Kampung Tanjung Labian dan di Kampung Tanduo, antara 9 Februari dan 3 Mac lalu. 
Mereka didakwa mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, atau penjara seumur hidup dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Selanjutnya di Berita Harian.


RMK: Pengganas Kiram mengaku diupah. Siapa yang upah?


More on this coming soon.

Wednesday 20 March 2013

BERITA TERKINI: PENGGANAS KIRAM AZUMUDIE DIBUNUH PENGIKUT SENDIRI

PENGGANAS AZUMUDIE: LAPORAN DIBUNUH PENGAWALNYA SENDIRI


Berita yang kami terima, Pengganas Azumudie yang mengepalai lebih kurang 250 pengganas Kiram dilaporkan telah terbunuh. Ianya sesuatu yang sukar dipercayai apabila kematiannya bukan disebabkan oleh tembakan pasukan Perajurit Negara kita, sebaliknya kematian Pengganas Azumudie kerana ditembak oleh salah seorang pengawalnya sendiri.

Tidak ramai yang tahu, Pengganas Azumudie yang menggunakan Tangkal bersaiz besar di lehernya dikelilingi oleh kira-kira 60 pengawal peribadinya yang lengkap berpakaian tentera dan bersenjata. Tiada siapa boleh mendekatinya.

Kepungan oleh pasukan Perajurit Negara telah membunuh semangat mereka. Semangat pengawal elit Azumudie jatuh menjunam kerana perancangan awal mereka semuanya tidak menjadi.

Sebelum kematian Azumudie, diberitakan kepada kami bahawa pengawal elit Azumudie terlebih dahulu menembak mati anggota-anggota mereka yang belot dan ingin menyerah diri. 

Terdapat banyak kubur-kubur besar dan sederhana besar dipenuhi mayat-mayat mereka, sama ada mati semasa pertempuran atau mati kerana dibunuh oleh mereka sendiri.

Segala Mitos kononnya Azumudie boleh berjalan di atas air laut menyeberangi lautan ke pulau-pulau di selatan Filipina hanya kepercayaan kurafat. Semuanya tidak menjadi.

Sehingga kini tiada siapa tahu di mana mayat Azumudie. Sama ada dia telah ditanam di mana-mana kawasan hanya diketahui oleh 60 pengawal elitnya yang kini berpecah-pecah menjadi kumpulan kecil 10 dan 15 orang.

Jika sumber kami ini benar, maknanya Perang ke atas pengganas Kiram sudah sampai ke kemuncaknya. Perjuangan mereka sia-sia sahaja.

SALAH PERKIRAAN
Rancangan Pengganas Azumudie ialah, apabila dibubarkan sahaja Parlimen pada 28 Februari 2013 atau 1 Mac 2012, mereka akan melakukan serang hendap ke atas kedudukan strategik seperti Balai Polis Lahad Datu dan Balai Polis Semporna. 

Rancangan asal mereka ialah untuk mencolek seberapa banyak tokoh-tokoh politik untuk dijadikan tebusan dalam tuntutan mereka kelak. 

Pada 19 Februari 2013, mereka mula menaikkan bendera kononnya kerajaan Jamalul Kiram di pesisir Kg. Tandou, Tg. Batu, Tg. Labian dan sekitar Sungai Nyamuk. Mereka mula berlatih berkawad. 

Namun begitu, berlaku kesilapan apabila Parlimen tidak dibubarkan pada masa mereka mendarat.

Di pihak Anwar, kesilapan turut berlaku bila mana Rancangan Anwar mahu melihat Porak-Peranda berlaku di Lahad Datu menjelang Pembubaran Parlimen pada 1 Mac 2013 tidak menjadi.

Anwar mendapat maklumat yang tidak tepat tentang tarikh pembubaran parlimen.

Anwar tahu, untuk berkuasa beliau mesti Menghuru-harakan Sabah kerana Sabah merupakan Fix Deposit BN. Anwar tahu jika PRU13 Digantung di Sabah, Anwar yakin untuk menang di Semenanjung.

Perancangan Anwar semakin parah apabila Presiden Filipina dan Agensi Risikan Filipina menemui Bukti pembabitan Anwar dalam insiden di Lahad Datu. Ianya merupakan proses "give and take" dan "win-win situation" antara pihak ANwar dengan pihak Jamalul Kiram (melalui Nur Misuari).

Kesilapan semakin besar apabila, orang kanannya Tian Chua melakukan Kesilapan awal bilamana memperolok dan memperlekeh insiden di Lahad Datu sebagai "Sandiwara". Malang kepada mereka, apabila hari ini di mana saja Tian Chua pergi Rakyat Bangun menentangnya dan menghalaunya.

Bersambung...



Sumber: MyMassa

Update #LahadDatu: 28 Mayat Pengganas Kiram Dikebumikan Hari Ini


LAHAD DATU - Kesemua 28 mayat pengganas militan yang dibawa keluar dari zon merah akan dikebumikan dahulu sementara menunggu tuntutan mana-mana pihak, kata Timbalan

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Ini bagi memastikan ancaman kesihatan tidak timbul selain kekurangan bilik mayat di Hospital Lahad Datu dan Hospital Tawau," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Khalid berkata, mana-mana pihak yang ingin menuntut mayat pengganas itu sama ada dari dalam atau luar negara boleh berbuat demikian dengan mengemukakan sampel DNA mereka dan sekiranya ia berpadanan mayat itu akan diserah kepada mereka.

"Bagi pemohon di luar negara, tuntutan boleh dikemuka menerusi Kementerian Luar,manakala bagi pemohon di dalam negara urusan tuntutan boleh dibuat terus kepada polis," katanya.

Beliau berkata tindakan itu diputuskan dalam mesyuarat Isnin lepas antara Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar, Jabatan Perdana MenteriJabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia dan Interpol. Bagaimanapun beliau tidak menyatakan lokasi mayat itu dikebumikan. Zulkifeli berkata operasi Daulat masih diteruskan dan kini di peringkat pembersihan di kawasan Tanjung Batu.

Beliau berkata pasukan keselamatan memerlukan beberapa hari lagi untuk operasi penggeledahan dan pembersihan secara menyeluruh di kawasan itu bagi memastikan keselamatan terjamin sebelum membenarkan penduduk kampung pulang ke rumah masing-masing

"Ia mengambil masa disebabkan faktor muka bumi dan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di kawasan perumahan yang menyukarkan operasi ini selain tanaman kelapa sawit, paya dan hutan bakau

"Kami akan menggeledah semua kawasan bagi memastikan tiada musuh berselindung sebelum penduduk boleh pulang ke rumah masing-masing," katanya.

Zulkifeli berkata dalam operasi penggeledahan di Tanjung Batu semalam, pasukan keselamatan menemui satu lagi mayat pengganas yang dipercayai ditembak mati pada 6 Mac. Sejak insiden pencerobohan di Lahad Datu 12 Februari lepas, 10 anggota pasukan keselamatan
terkorban, terdiri daripada lapan anggota polis dan dua tentera manakala 62 militan dari
selatan Filipina ditembak mati.

Pasukan keselamatan turut menahan 265 individu kerana memasuki zon merah dan pelbagai kesalahan lain. - Bernama

Update #LahadDatu: Operasi Membersih Kubu Pengganas Dijangka Tamat Hari Ini - Pesuruhjaya Polis Sabah


 Bertempur empat kali
Perisai berantai jenis ‘Adnan’ menuju ke Kampung Labian untuk memulakan operasi menggeledah kubu pengganas. Gambar kiri, pekerja ladang Felda Sahabat melambai ke arah anggota tentera yang bertugas di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, semalam. - Foto Fathil Asri

Lahad Datu: Empat pertempuran berlaku antara pengganas dan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi menggeledah dan menjejaki musuh di kawasan Tanjung Batu, kelmarin.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kematian membabitkan anggota pasukan keselamatan atau pihak musuh dilaporkan dalam pertempuran antara jam 8.05 pagi hingga 5 petang itu. 
Operasi selesai hari ini 
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata operasi menggeledah, menjejaki musuh dan membersih kubu pengganas di Tanjung Batu dijangka selesai hari ini.


“Kita percaya bilangan pengganas yang tinggal, kurang daripada 50 orang. Itu pun sudah berpecah dalam kumpulan kecil selepas operasi dilancarkan pasukan keselamatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Panglima 1 Divisyen Infantri Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di Felda Sahabat 16 dekat sini, semalam.

62 pengganas terbunuh 
Sehingga semalam, 62 pengganas ditembak mati dan 241 orang ditahan kerana memasuki kawasan zon merah serta pelbagai kesalahan lain.

Ahmad Zaki berkata, pasukan keselamatan mengukuhkan operasinya berikutan penggunaan kenderaan perisai berantai jenis Adnan di kawasan zon merah, sejak semalam.

Katanya, Adnan yang mempunyai kelengkapan persenjataan tinggi itu membolehkan pasukan keselamatan bergerak ke lebih banyak lokasi, khususnya meredah kawasan sukar dilalui anggota keselamatan yang dikenal pasti kemungkinan menjadi tempat persembunyian musuh.

“Alhamdulillah pagi ini (semalam) kenderaan perisai berantai mula masuk ke kawasan operasi termasuk Tanjung Batu. Operasi menggeledah giat dijalankan dengan bantuan kenderaan itu.

Guna perisai berantai

“Jadi, kita harap semua berjalan baik. Kita percaya dengan bantuan perisai berantai, lebih luas lokasi yang boleh diredah berbanding sebelumnya.

“Kita berdoa semoga dengan bantuan kenderaan itu membersih sepenuhnya kawasan berkenaan,” katanya.

Selain kelengkapan persenjataan, kenderaan perisai berantai jenis Adnan juga mampu memasuki kawasan berpaya, berbukit-bukau dan tanah lembut. - Berita Harian