Showing posts with label Janji Demokrasi. Show all posts
Showing posts with label Janji Demokrasi. Show all posts

Tuesday 4 September 2012

Isu Biadap Peserta Perhimpunan Janji Demokrasi: NGO Selangor Buat Laporan Polis (Part II)



Susulan kepada laporan polis yang dibuat oleh GAPS dan NGO Selangor lain berkenaan isu biadap ini kelmarin, pada jam 3.00 petang hari ini, enam lagi NGO telah berkumpul di IPD Klang Utara untuk tujuan sama. NGO yang terlibat  membuat laporan polis adalah:
  • PERKASA Klang
  • PEKIDA Kapar
  • Persatuan Belia 4B Sementa
  • GAPS Kapar
  • Gerakan Melayu Sementa (GMS)
  • Majlis Belia Daerah Klang
Turut hadir adalah wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Parlimen Kapar.

Berikut merupakan kenyataan akhbar oleh PERKASA Selangor:



*Semakin banyak pihak dah buat laporan polis terhadap puak-puak pencacai biadap ni. Tau buat kurang ajar, tanggung la akibatnya.

Monday 3 September 2012

Isu Biadap Peserta Perhimpunan Janji Demokrasi: NGO Selangor Buat Laporan Polis



Sekarang heboh berkenaan isu kebiadapan peserta perhimpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka pada 30 Ogos 2012 lalu [baca sini] [sini] dan [sini].

1. Bendera Jalur Gemilang didesak ditukar ke 'Sang Saka Malaya' ciptaan pegawai Anwar di Pejabat Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor
2. Insiden memijak gambar Perdana Menteri dan isteri
3. Insiden individu menunjuk punggung ke arah gambar Perdana Menteri


Justeru itu, beberapa badan NGO Selangor telah bertindak membuat laporan polis sebagai tanda protes terhadap kebiadapan melampau puak pembangkang itu.


Di Shah Alam
Pada jam 3.30 petang tadi GAPS tampil membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 6. Seramai tujuh orang ahli GAPS yang diketuai oleh presidennya, Saudara Hamidzun Khairuddin telah hadir. GAPS menuntut agar penganjur serta mereka yang terlibat diambil tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan.


Di Gombak
Pada jam 3.00 petang, laporan polis berkenaan isu sama telah dibuat di Balai Polis Batu 6 Gombak oleh Barisan Bertindak Gombak dan Badan NGO-NGO Gombak yang diketuai oleh Penyelaras DUN Gombak Setia, Datuk Said Anuar Said Ahmad. Kehadiran penyokong NGO tersebut adalah sekitar 50 orang. Turut hadir adalah Ketua Wanita UMNO  Bahagian Gombak, Datin Sharifah Salmah Syed Agil.






*Baru padan muka kau. Pengkhianat negara memang layak dibuang negara.