Maka kaum itu pun bergelak tawa bersama Anwar Ibrahim tanpa sedar mereka hanyalah alat bagi merealisasikan perjuangan serta cita-cita politiknya yang kian malap. Tapi mungkin juga mereka rela diperalatkan kerana ada imbuhan yang dijanjikan.
Bila Anwar turun memberi ceramah dan menggunakan lagu ‘Anak Kecil Main Api’ yang sinonim dengan Biro Tata Negara (BTN) (sila lihat video atas) rata-rata yang terhibur mendengar jenaka yang selari dengan kemahuan mereka – kebenaran untuk mempersoal hak keistimewaan orang Melayu.
Namun harus diingat bahawa Anwar adalah antara minda di belakang BTN.
Apabila video (sila lihat video atas) yang memaparkan Anwar mempertahankan kewujudan BTN serta kenyataan berbaur perkauman dengan memanggil kaum bukan Melayu sebagai pendatang dan pendatang ini tiada hak sama sekali untuk mempersoal tentang hak-hak keistimewaan orang Melayu, Anwar pantas membidas dengan berkata bahawa dia hanya berbuat demikian bagi mempertahankan kedudukannya di dalam Umno pada ketika itu.
Anwar melihat ada keperluan atau ‘terpaksa’ untuk menjadi rasis bagi mempertahankan kedudukannya dan terus kekal di dalam Umno bererti Anwar sanggup melakukan apa saja asalkan dia sentiasa punya kuasa.
Dan setiap apa yang dilakukan oleh Anwar hari ini, sudah pasti hanya untuk tujuan yang demikian. Perjuangan untuk rakyat apa yang Anwar maksudkan jika dia sebagai individu sendiri sering berubah-ubah mengikut keadaan seperti sesumpah.
Tidak mustahil sekiranya Anwar memegang kuasa yang lebih besar dari sekadar Ketua Umum parti (Menteri Besar?) dia sanggup tunduk dan patuh kepada sesiapapun asal dapat terus berada di atas. Pendek kata, jika kena paluan gendangnya, Anwar akan ikut menari bersama.
Oleh yang demikian juga, dengan pembohongan demi pembohongan yang keluar dari mulut Anwar, umum boleh beranggapan bahawa Pakatan Rakyat adalah gabungan parti-parti pembohong kerana jika mengikut keperluan dan tingkah laku Anwar, maka itulah konklusinya.
Menjadi rasis untuk berada dalam parti rasis, menjadi pembohong untuk parti pembohong. Jadi, bila Anwar memilih untuk menggunakan BTN sebagai alat bagi menjatuhkan parti lawan, ianya menyerlahkan lagi keperibadian Anwar sebagai pakar manipulasi yang sangat bijak menggunakan peluang bagi kepentingan dirinya.
Dia tahu dengan berbuat demikian, kaum bukan Melayu – terutamanya di Kajang sekarang ini – akan melihat Anwar sebagai anti perkauman dan ‘pemimpin’ yang adil dalam memperjuangkan hak kesaksamaan.
Apa yang mereka tidak sedar adalah, pada Anwar, mereka hanyalah alat yang mudah dipergunakan untuk memastikan Anwar Ibrahim terus relevan.
Saat mereka ikut ketawa bila Anwar berjenaka, mereka lupa bahawa Anwar adalah orang yang sama, yang pernah meletakkan kedudukan mereka di bawah tapak kakinya. Mungkin inilah kelebihan berdiri dalam barisan pembangkang, segala kesilapan dan kesalahan mereka yang sebelumnya dilupakan dan diampunkan malah dilihat sebagai seorang penyelamat.
Persoalannya sekarang, adakah mereka ini bergembira kerana lawak BTN Anwar atau mereka gembira kerana akhirnya Anwar ‘menyanyi’ mengikut rentak lagu yang mereka mahukan?
Laporan Asal: Free Malaysia Today
RMK: Kalau dah namanya pun Raja Putar Belit, kenapa masih ada yang mahu mempercayai kata-kata Anwar? Pembohongan demi pembohongan, manipulasi demi manipulasi. Tujuan hanya satu: menjadi Perdana Menteri.
Para pengundi DUN Kajang, inilah masa anda mengajar Raja Putar Belit ini. Tunjukkan kebijaksanaan anda dan tolak sesumpah lidah bercabang ini!
To YB. Prime Minister Dato 'Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak,
ReplyDeleteHere we would like to say that BN losing is not a bad BN concern, especially MCA because most of the lower branch MCA members, its leaders have been arrogant and unscrupulous and snakes, thus causing many Malays, Chinese and Indians to get angry and lose GE13 badly.
For example, as far as I know, GOMBAK MCA Chairman YIP KUM FOOK and GOMBAK MCA Youth YIP JIUN HANN, they snake until the Temple money even dares to swallow and drive the Buddhist monks out of the temple, people hate MCA.
When they helped Donald Lim Siang Chai in Selayang, people mistakenly thought Donald Lim was one foot ……
If MCA tries to gather good name and support from the people again, leaders like this should be wiped clean in the party. If not, it will be difficult to gather spirit
Thank you
Ms pang
Sharing by
Ven. U Nandiya
Sasana Daja Buddhist Temple
49 Bombay Street, Lidcombe NSW 2141.
Tel: (02) 9649-8124