Thursday, 6 December 2012

GEMPAR!! ISU ROBOH KUIL DI SEPANG: ADA PIHAK YANG MARAH!


Kira-kira dua minggu lepas, timbul isu perobohan kuil di sebuah kediaman di Sepang oleh pihak majlis perbandarannya. [Baca selanjutnya di sini].

Dan pagi tadi seorang rakan mengirimkan gambar-gambar di bawah kepada RMK.





Dua buah kain rentang telah dinaikkan di Shah Alam sebagai susulan daripada peristiwa merobohkan kuil tersebut. Menurut seorang rakan RMK yang berbangsa India, maksud kenyataan yang tertulis di kain rentang itu berbunyi 'dulu kuil dipecahkan... sekarang, kalau percayakan korang (Pakatan Rakyat), tempat sembahyang dalam rumah pun akan dipecahkan juga'. 

Nampaknya ada yang marah dan berang terhadap kerajaan Pakatan Haram Selangor dengan menyelar EXCO Xavier dan seorang bekas Ahli Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) dalam kain rentang itu. Siap ada tulis 'Protest against Selangor Government' lagi.


Mari kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku esok, 7 Disember 2012 (Jumaat), 10.00 pagi di SUK Selangor Shah Alam.

No comments:

Post a Comment