Thursday 9 August 2012

KRISIS AIR SELANGOR : Fakta Lawan Auta


Sekadar berkongsi maklumat yang diperolehi daripada akhbar Utusan Malaysia bertarikh 9 Ogos 2012 berkenaan krisis air di Selangor untuk renungan bersama..




Auta 1: Mendakwa krisis air tidak akan berlaku pada 2014

Fakta : Kerajaan Negeri Selangor bersetuju untuk menjalankan 5 projek mitigasi bernilai RM 301  juta untuk mengelakan masalah air 

Persetujuan kerajaan negeri ini menunjukkan mereka mengakui krisis air akan berlaku pada tahun 2014 jika tiada sebarang langkah diambil untuk menanganinya.



Auta 2 : Tanggungjawab Kerajaan Pusat dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) untuk menyelenggara dan meningkatkan kemampuan aset-aset air di Selangor

Fakta : Kerajaan Negeri Selangor, sebagai pemilik aset-aset air negeri Selangor yang telah diberi kuasa oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di bawah seksyen 188 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655), bertanggungjawab bagi memastikan ketersediaan atau water supply availability di loji-loji rawatan air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.  

SYABAS yang telah diberi kuasa di bawah Seksyen 191 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) sebagai operator pengagihan air di Selangor hanyalah untuk membekalkan dan mengagihkan bekalan air terawat dan bukannya berperanan untuk memastikan ketersediaan bekalan air terawat.

sumber gambar  : http://suaralensa.blogspot.com/



Auta 3 : Tidak ada keperluan catuan air dalam masa terdekat jelas menunjukkan Selangor tidak mengalami krisis bekalan air, sekali gus menafikan keperluan pembinaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2


Fakta : Ketiadaan keperluan catuan air pada masa ini bukan bermakna krisis air tidak akan berlaku pada tahun 2014. 


Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM 606 juta untuk melaksanakan projek-projek mitigasi untuk mengelakan krisis air pada 2014 berikutan kedegilan kerajaan Negeri Selangor.



 Auta 4 : Kalau tidak ada catuan air, maka tak ada masalah air.


Fakta : SPAN menjangkakan jumlah bekalan air sedia ada tidak mencukupi untuk memenuhi  permintaan pada tahun 2014.

Bekalan air yang dapat dikeluarkan oleh 34 loji rawatan air di Selangor hanya dapat memenuhi permintaan air sehingga penghujung tahun 2012 sahaja.

Auta 5 : Tindakan membina Loji Rawatan Air Langat 2 bertujuan memastikan kroni UMNO-BN mendapat kontrak pembinaan.

Fakta : Tender belum dikeluarkan dan Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan secara tender terbuka dan mengalu-alukan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor untuk menyertai tender.

Auta 6 : Kerajaan Selangor mahu ambil alih operasi SYABAS kerana SYABAS tidak mampu urus bekalan air.

Fakta : Kerajaan Persekutuan tidak dapat mempertimbangkan permohonan kerana : 


i) Kes mahkamah yang masih belum selesai - kes ini difailkan oleh SYABAS untuk menuntut pampasan kerana Kerajaan Negeri Selangor tidak bersetuju untuk menaikkan tarif air di Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak tahun 2009.

ii) Kedua-dua pihak iaitu Kerajaan Negeri Selangor dan SYABAS didapati telah melakukan keingkaran dan tuduhan Kerajaan Negeri Selangor di atas keingkaran yang dilakukan oleh SYABAS didapati tidak mencukupi untuk membolehkan Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih operasi SYABAS berdasarkan Klausa 32 Perjanjian Konsesi.

Auta 7 : Tahap takungan air di tujuh empangan berada di tahap maksimum.

Fakta : Air di empangan hanya akan digunakan sekiranya paras air sungai berada di bawah paras yang dibenarkan untuk dipam ke loji rawatan air. Air empangan tersebut hanya boleh digunakan dalam tempoh empat bulan sahaja kalau digunakan secara berterusan.

Auta 8 : Tarif air akan naik andai Projek Langat 2 dijalankan.

Fakta : Projek masih belum dimulakan, jadi bagaimana Menteri Besar Selangor boleh mengatakan tarif air naik. Tangggungjawab Kerajaan Negeri untuk mewartakan tarif air dan bukannya Kerajaan Persekutuan.

Auta 9 : Keupayaan pengeluaran semua 34 loji rawatan air di Selangor ialah 4.807 juta liter sehari (JLH) berbanding dengan keupayaan agihan SYABAS 4.371 juta liter sehari iaitu terdapat lebihan sebanyak 436 JLH.

Fakta : Jumlah kapasiti pengeluaran yang dinyatakan oleh Kerajaan Negeri Selangor pula iaitu sebanyak 4.807 JLH merupakan jumlah kapasiti reka bentuk loji dan mengambil kira kapasiti lebihan yang dihasilkan oleh lima buah loji yang sedang dioperasikan melebihi tahap rekabentuk.

Auta 10 : Kos projek Loji Rawatan Air Langat 2 ialah RM 8.65 bilion.

Fakta : Skim penyaluran air mentah Pahang-Selangor terdiri daripada 2 komponen iaitu :

i) Program 
penyaluran air mentah Pahang-Selangor. Kos RM 3.936 bilion. Sumber 75% Japan International Cooperation Agency (JICA) dan 25% Kerajaan Persekutuan.
ii) Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2) Kos RM 4 bilion.

No comments:

Post a Comment