Thursday 30 May 2013

DR RANI TAK LAYAK JADI EXCO SELANGOR!!?



Desas-desus kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr Abdul Rani Osman bakal mengisi satu lagi kerusi exco kerajaan Selangor ternyata meleset.

Ini berikutan, tiada kelibat Dr Rani ketika raptai majlis angkat sumpah jawatan exco kerajaan Selangor di Istana Alam Shah, semalam.

Sebaliknya, ADUN Sabak, Sallehen Mukhyi dijangka bakal mengisi kekosongan itu yang diperuntukkan kepada PAS.

Sementara itu, PAS hampir pasti mengekalkan semua anggota exco mereka iaitu Dr Halimah Ali (Selat Klang), Iskandar Samad (Cempaka) dan Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang). Mereka semua hadir pada raptai majlis angkat sumpah. 

Wednesday 29 May 2013

Pengumuman Exco Selangor : Khalid Sailang Kuncu-Kuncu Azmin


Pengumuman barisan exco kerajaan negeri Selangor yang akan mengangkat sumpah di Istana Alam Shah, Klang Khamis ini bakal menyaksikan penyingkiran ADUN PKR yang menyokong timbalan presiden parti itu, Azmin Ali.

Menurut sumber yang rapat dengan pejabat menteri besar, selain Azmin selaku Pengerusi Perhubungan PKR Selangor yang tidak mendapat tempat, tiga lagi penyokong kuatnya iaitu Nik Nazmi Nik Ahmad (ADUN Seri Setia), Mat Shuhaimi Shafiei (ADUN Sri Muda) dan Amirudin Shari (ADUN Batu Caves) juga tidak disenaraikan.

Ketiga-tiga mereka memasuki penggal kedua sebagai wakil rakyat tetapi terus dipinggir.

"Mustahil bagi (Tan Sri) Khalid Ibrahim mahu membawa orang-orang Azmin ke dalam exconya. Ini ibarat membunuh diri. Jadi lebih baik mereka diketepikan sahaja," kata sumber itu kepada Antarapos.

Selain itu, sumber berkenaan juga memberitahu seorang lagi pemimpin yang dilaporkan agak rapat dengan Azmin, iaitu Haniza Mohamed Talha (ADUN Taman Medan) juga tidak dicalonkan. 

Malah kedudukan Haniza selaku Timbalan Speaker DUN Selangor juga menjadi tanda tanya. Ada kemungkinan kerusi berkenaan akan diserahkan kepada calon dari PAS.

Sebaliknya, hanya dua exco yang sebelum ini menyokong kuat Khalid, iaitu Elizabeth Wong (ADUN Bukit Lanjan) dan Rodziah Ismail (ADUN Batu Tiga) akan dikekalkan.

"Khalid sudah tentu akan mengekalkan exco yang tidak banyak mempersoalkan cara beliau mentadbir. Jadi dalam hal ini, kedudukan Rodziah dan Elizabeth memang selamat. 

"Lagipun mereka ini senang bekerja dengan Setiausaha Politik Khalid Faekah (Husin)," kata sumber itu.

Dua lagi exco, iaitu ADUN Kota Anggerik Yaakob Sapari dan ADUN Seri Andalas Xavier Jayakumar digugurkan kerana dipercayai berkaitan dengan prestasi buruk terutamanya membabitkan isu pasir dan air yang gagal ditangani mereka dengan baik.

"Ini peluang bagi Khalid melepaskan dirinya daripada tuduhan tidak cekap mentadbir Selangor. Isu pasir umpamanya, hasil kerajaan negeri tidak mencapai sasaran manakala kes kecurian terus menjadi-jadi.

"Isu air pula menjadi duri dalam daging. Bagi Khalid, Xavier sebagai exco yang bertanggungjawab gagal menangani masalah air dengan baik," kata sumber itu lagi.

Perseteruan di antara Azmin dan Khalid sebenarnya bukan perkara baru. Khalayak mengetahui bahawa Azmin sejak dulu lagi bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid.


Tuesday 28 May 2013

LUBANG-LUBANG MAUT TERUS JADI MIMPI NGERI PENDUDUK SHAH ALAM



Bukan saja terpaksa menanggung kos kerosakan kenderaan, tetapi risiko kemalangan terhadap penduduk yang melaluinya lebih membimbangkan.

Itu antara permasalahan dihadapi penduduk di Shah Alam apabila terpaksa melalui jalan berlubang di sini.

Masalah yang berlaku sejak Khalid Samad menjadi ahli parlimen Shah Alam dilihat seperti tiada kesudahan kerana tiada usaha untuk menurap jalan melainkan hanya menampal lubang-lubang itu, namun jalan kembali rosak.

Banyak kenderaan penduduk yang rosak terutama di bahagian tayar dan rim kerana gagal mengelak lubang di tengah jalan. Itu masalah yang penulis hadapi sendiri baru-baru ini.

Kebanyakan yang menjadi mangsa adalah kereta MPV sebab saiznya lebih besar.

Lubang bukan sahaja ada di kiri atau kanan jalan, tapi di tengah-tengah, jadi tidak ada ruang mahu mengelak.

Keadaan lebih sukar apabila menjelang malam dan lampu-lampu jalan tidak berfungsi. 

Paku dulang, paku serpih. Dulu mengata Kerajaan Persekutuan tidak menjaga infrastruktur dengan baik tetapi apabila mentadbir Selangor, parti pembangkang sendiri gagal melaksanakan tugas tersebut.

Buktinya, selepas sepenggal kerajaan Parti keadilan Rakyat (PKR) Selangor mentadbir, masalah jalan berlubang dan turapan tidak rata di negeri ini masih tidak dapat diatasi.

Lebih memalukan, masalah jalan berlubang berlaku di ibu negeri Selangor iaitu Shah Alam di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Sepatutnya, sebagai ibu negeri yang bertaraf bandar raya dan diiktiraf sebagai negeri maju, masalah infrastruktur sepatutnya tidak dibiarkan dan segera diatasi.

Ini kerana jalan raya merupakan penghubung dan laluan keluar masuk orang ramai ke Shah Alam termasuk pelancong asing yang datang ke ibu negeri ini.

Keindahan ibu negeri Selangor ini sepatutnya tidak dicacatkan dengan lubang-lubang dan tampalan yang menyakitkan mata memandang.

Kerajaan PKR Selangor juga perlu prihatin tentang keselamatan warga Shah Alam di jalan raya terutama pengguna motosikal yang turut terdiri daripada penuntut institusi pengajian tinggi di sekitar bandar raya ini.

Saturday 25 May 2013

#Blackout505 Amcorp PJ: DESAK KERAJAAN TURUNKAN KOS SARA HIDUP, TAPI SENDIRI MAKAN TEMPAT MEWAH

Inilah sifat munafik cacai pakatan. Sibuk buat kacau sana sini desak kerajaan tunkan kos sara hidup, kononnya kerajaan zalim tak peduli nasib rakyat. Kemudian katakan nilai BR1M sebanyak RM500 tak cukup dan tak mampu bantu rakyat. Tapi, akhirnya puak ini sendiri buktikan kebodohan mereka. 



Kononnya 'kami mahu kerajaan turunkan kos sara hidup'. Tapi dia boleh pula lepak tempat mewah macam Secret Recipe. Hebat korang ye. Depan cakap lain, belakang buat yang lain. Penipu nombor satu. Macam ketua korang jugak si Nuar tu.

Yang pakai baju 'blackout' ni pun sama kurang akal. Mana ada kejadian blackout pada hari membuang undi 5 Mei? Kawan seangkatan kau pun dah sahkan.



There was no blackout says DAP


Wednesday, 08 May 2013 Super Admin
Digg!Del.icio.us!Google!Live!Facebook!Technorati!StumbleUpon!MySpace!Yahoo! Twitter!LinkedIn! 
The Star - Ketari DAP assemblyman Lee Chin Chen has condemned those using social networking sites to spread allegations of a blackout during tallying of votes on Sunday.
Lee said those responsible should stop spreading such allegations and advised the public against believing the purported incident.
“None of our aides or myself are involved in sending out any SMSes or uploading the incident of a blackout in the tallying centre.
“This is not the work of the DAP and I urge the police to investigate the matter,” he said.
Lee said that besides him, there were many other officials including police personnel and journalists who could verify the actual situation.
He said that together with several aides, they arrived at the centre at about 9pm and left after 2am on Monday.
“The returning officer announced the winners for the state seats shortly after midnight and at about 1.30am, the result of the parliamentary constituency.
“There was definitely no blackout and I would like to reiterate that neither the party nor I had anything to do with stories of the alleged incident spread by certain quarters,” he said.
However, Lee said the DAP might file a petition against the results for the parliamentary seat due to other irregularities such as phantom voters but not on the incident of a blackout.
Meanwhile, Bentong OCPD Supt Mansor Mohd Nor said he was present during the entire process and there was no blackout.
“We will look into the matter if there is a report lodged against those spreading such allegations in social websites.
“The public should not believe such allegations as it could cause uneasiness and tension among the voters,” he said. - Sumber

Tak perlu nak pamer sangat kebodohan korang tu. Malu sikit.

Perhimpunan #Blackout505 Amcorp PJ: KENAPA PERLU ADA KELUCAHAN?!!

Minah ni selamba 'offer diri'.


Murah gila maruah kau. Nampak sangat level harga diri dan mentaliti puak-puak pencacai terlalu rendah. Kesian.