Thursday 25 April 2013

Lagi Update #LahadDatu!: Penyokong PAS Juga Mahukan RCI Terhadap Keganasan Lahad Datu

RMK imbas kembali entri berkenaan isu ini pada 22 April 2013 yang lalu:

RAKYAT DESAK TUBUH RCI SIASAT DALANG PENCEROBOHAN LAHAD DATU! 
Isu pencerobohan dan keganasan Lahad Datu Februari dan Mac lepas kelihatan seperti sedikit dilupakan kerana fokus banyak diberikan kepada PRU13 yang bakal berlangsung. Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia sebenarnya tidak akan membiarkan insiden tersebut berlalu begitu sahaja. Lebih-lebih lagi apabila kejadian itu merupakan isu serius yang melibatkan kedaulatan dan keselamatan negara. 10 nyawa perajurit negara telah terkorban dalam insiden ini demi mempertahankan negara. Sesungguhnya pengobanan mereka tidak ternilai harganya. Kejadian tersebut sememangnya menggemparkan dan menggegarkan negara. 
Dalam kita bersedih dan berada dalam keadaan berjaga-jaga ketika Ops Daulat masih berlangsung, terdapat desas-desus di kalnagan kita yang mengatakan bahawa terdapat kisah tersirat di sebalik berlakunya insiden Lahad Datu ini. Ada yang berkata bahawa kejadian itu ada kaitannya dengan politik dan PRU13. Ada juga yang berkata kejadian pencerobohan itu sengaja diada-adakan oleh pihak tidak bertanggungjawab hanya untuk memenuhi kemahuan politik yang rakus. Ya, banyak persoalan yang timbul. Belum ada jawapannya. Apa yang pasti, rakyat tidak akan membiarkan perkara ini berlaku begitu sahaja.
Rakyat tidak lupa.
Bukti? Berikut merupakan situasi di Sri Muda, Shah Alam petang tadi: 


Penduduk Sri Muda menurunkan tandatangan tanda setuju. Rakyat mahukan Suruhanjaya Siasatan Diraja atau Royal Commission of Inquiry (RCI) untuk mengetahui siapa dalang pencerobohan dan keganasan Lahad Datu! Rakyat mahukan penjelasan terhadap insiden yang telah memberikan impak yang besar tehadap diri mereka dan juga negara.
Selanjutnya [di sini]. 


Dan kini kita dapat lihat usaha ini disokong oleh penduduk Sabak Bernam hari ini.

Di kem tentera di Sabak Bernam:




Dan di pekan Sabak Bernam:




Segenap masyarakat tidak mengira bangsa, agama, mahupun fahaman politik mahukan RCI Lahad Datu ini ditubuhkan. Rakyat Malaysia perlu tahu siapa dalang yang memperjudikan kedaulatan dan keselamatan negara!

Calon BN #GE13: Calon Gombak Setia Datuk Said Anuar Kantoi Pulak Dah! #PRU13 #BN #BetterNation

Berikut RMK kongsikan beberapa gambar Datuk Said Anuar turun padang bermesra bersama masyarakat tempatan di pasar Taman Seri Gombak pagi tadi.






Sambutan nampaknya memuaskan. Bagus.


Ok. Siapa sebenarnya Datuk Said Anuar ni? Berikut merupakan sedikit sebanyak mengenai beliau, nukilan blogger GombakGempur:


Kepada mereka yang mungkin pengundi Gombak yang menetap di luar kawasan Gombak tidak berapa mengenali beliau sekiranya mereka ini bukan anak jati Gombak, tetapi kepada anak jati Gombak atau mereka yang menetap di Gombak, nama Datuk Said Anuar Said Ahmad merupakan tidak asing lagi kerana beliau memang sepenuh masa berkhidmat di Gombak. Orangnya peramah dan mudah di ajak berbual dan senang didekati baik anak muda mahu pun yang tua. Loghat Minang beliau memang tidak dapat dipisahkan, ialah anak jati Gombak bersuku Minang.

Setelah berjaya dalam bidang perniagaan beliau telah terjun kedalam arena politik Gombak seawal usia lingkungan pemuda lagi  untuk mencurah bakti kepada orang kampong beliau di Batu 9 Gombak. Kemudian dek ketokohan beliau, beliau telah terpilih untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak. Seterusnya beliau bekerja dan mencurahkan bakti kepada rakyat di Gombak dan parti UMNO hingga lah kini beliau telah diamanahkan tanggung-jawab dalam kepimpinan UMNO Bahagian Gombak selaku Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gombak.

Dilahirkan pada tanggal 9hb April 1962 dan merupakan salah seorang anak Gombak yang berjaya dalam bidang perniagaan sebelum menceburi bidang politik. Seorang yang amat menitik beratkan soal pendidikan dan ilmu, dan beliau walaupun dalam kesibukan dalam urusan perniagaan dan berkhidmat kepada rakyat dan UMNO beliau sempat menamatkan Ijazah Sarjana (master) di Universiti Islam Antarabangsa pada 2007.

Seterusnya beliau telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan parti Yang Amat Berhormat Dato' Seri Najib Tun Razak untuk menjadi Penyelaras Pembangunan Pusat BN DUN Gombak Setia bermula dari 2008 hinggalah akhirnya nama beliau di pilih sebagai Calon Barisan Nasional DUN Gombak Setia N17 untuk Pilihanraya yang Ke-13 ini.

Nak tahu lebih lanjut pasal Calon BN DUN Gombak Setia (N17) Datuk Hj. Said Anuar bin Said Ahmad ini? Jom Saksikan VT ini dan jom Klik link-link dibawah ini.


MARI KENALI CALON BN DUN GOMBAK SETIA N17 PART 1  

GOMBAK!!!GEMPUR!!! MARI KENALI CALON BN DUN GOMBAK SETIA (N17) PART 2 

GOMBAK!!!GEMPUR!!! MARI KENALI CALON BN DUN GOMBAK SETIA (N17) PART 3 


Alhamdulillah, Datuk Said Anuar memang berjiwa rakyat orangnya.

Jadi, apa yang kata kantoi tadi??

Kantoi sebab beliau terbukti berkaliber untuk menjadi wakil rakyat DUN Gombak Setia lah! Haha jangan marah!

Apa pun, kita doakan agar kemenangan berpihak kepada Datuk Said Anuar dan BN dalam PRU13 ini, insyaAllah.

Panas #GE13: REKOD JENAYAH SYARIAH DI SELANGOR TENAT! @KhalidSamad PUNCANYA? #PRU13 #P108 #BN4ShahAlam



Peningkatan kes jenayah syariah di negeri Selangor wajar dilihat sebagai satu petunjuk daripada Allah s.w.t terhadap umatnya terutama rakyat Selangor.

Nampaknya, perubahan tampuk kerajaan negeri Selangor yang kini diterajui pakatan haram bukan sahaja gagal mengurangkan kadar jenayah, tetapi statistik menunjukkan peningkatan yang mendadak setiap tahun.

Oleh itu, pendedahan oleh Pengarah Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussin perlu mendapat perhatian sewajarnya daripada pemimpin pakatan haram terutamanya Pas Selangor. 

Baru-baru ini, Pengarah Bahagian Pendakwaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussin selepas merasmikan Seminar "Tanggungjawab Masyarakat Dalam Menangani Jenayah Syariah" berkata, sebanyak 1,151 kes jenayah syariah direkod dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2012, melebihi jumlah yang direkod sepanjang tahun 2011.

Beliau berkata sepanjang tahun 2011 cuma 1,077 kes direkodkan.

Peningkatan ini merupakan satu keadaan yang sangat serius dengan kadar purata 191 kes sebulan sepanjang tahun 2012 jelasnya.

Menurut beliau lagi, kesalahan jenayah syariah di Selangor juga dilakukan oleh pelbagai generasi tanpa mengira usia, jantina dan latar belakang pendidikan seseorang.

Ini membuktikan bahawa kes jenayah syariah di Selangor sudah ke tahap membimbangkan.

Penulis tidak lupa, dalam satu ceramah di Masjid Seksyen 16 Shah Alam, seorang ustaz yang diyakini adalah penyokong tegar PAS pernah bercakap dengan penuh semangat. 

"Masa depan umat Islam di Selangor terancam jika UMNO terus memerintah. Percayalah kepada parti Islam (PAS). Kami akan tegakkan DAULAH ISLAMIAH dengan menjadikan Al-Quran dan Hadith sebagai panduan," katanya.

Untuk pengetahuan, ustaz itu bukan calang-calang orangnya. Beliau antara selebriti agama yang selalu muncul di kaca tv.

Namun, ketika Selangor diancam dengan peningkatan jenayah Syariah, ke mana hilangnya ustaz-ustaz ini??? Rumah urut?



[Sumber]

RMK: Macam mana ni PAS? Sebelum ni bangga sangat Shah Alam bebas kelab malam, bebas rumah urut, bebas panggung wayang. Tuduh UMNO tolak Islam bagai. Sekarang? Makanlah perkataan kau sendiri. Dah kena batang hidung sendiri baru kau tahu tinggi rendah langit. Isu kalimah Allah pun, siapa yang kata orang bukan Islam pun boleh guna? UMNO atau PAS? Wahai pengundi Shah Alam, buatlah pilihan bijak. Tolak parti yang menggadaikan kesucian Islam demi memenuhi agenda politik mereka sendiri!

[GILA WAJIB TONTON] PART 1: @KhalidSamad PENGKHIANAT AGAMA ISLAM!!? #GE13 #PRU13 #BN4ShahAlam

Wajib tonton jika anda sayangkan Islam.



Wednesday 24 April 2013

Panas #GE13: Khalid Samad Hilang Suara Ketika Berceramah kerana Kecut Perut dengan Zul Noordin? #TolakPR #BetterNation



Akibat terlalu asyik memaki hamun dan menfitnah Zul Noordin. Khalid Samad tiba-tiba hilang suara dan tidak lagi menjerit-jerit dalam ceramahnya.

Itulah yang berlaku dalam ceramahnya malam tadi, namun tetap meneruskan ceramah sambil menyifatkan ketiadaan suara beliau adalah tanda kemenangan awalnya kerana beliau tidak perlu bercakap banyak untuk menghadapi Zul Noordin di Shah Alam.

Itulah gelagat Khalid Samad yang tidak pernah sedar diri dan masih berlagak sombong serta angkuh. Mungkin balasan tuhan kerana banyak makin hamun dan fitnah pemimpin Barisan Nasional (BN).

Semoga cepat sembuh wahai Khalid Samad, supaya Debat Perdana antara kamu dan Zul Noordin jadi kenyataan.




RMK: Zul Noordin gentleman dah minta maaf kepada kaum India atas keterlanjuran beliau 10 tahun dulu. Beliau dah sedar, kita semua boleh lupakan semua tu. Sekarang fokus adalah kepada mengalahkan Khalid Samad dan merampas kembali Shah Alam dari pakatan. Zul Noordin for Shah Alam! Khalid Samad dah gerun la tu. Hehehe.


BN for