Thursday 28 February 2013

Analisis Manifesto PRU Pakatan Rakyat. MESTI BACA!



Pakatan Haram melancarkan pembohongan besar-besaran mereka  khas untuk rakyat yang masih mahu diperdayakan oleh mereka.  Berbekalkan mimpi indah untuk dilayari  sepanjang  tempoh PRU13 maka pakatan haram melancarkan manifesto menggula-gulakan rakyat.

Manifesto Pakatan Haram merupakan janji manis yang tidak akan mereka tunaikan. Rakyat harus sentiasa ingat hakikat bahawa pakatan haram menyediakan gula-gula sekadar untuk menipu jiwa rakyat. Mereka tidak pernah berhajat untuk menunaikan manifesto tersebut. Oleh itu, mereka boleh dengan senang senang hati menjanjikan bulan bintang dan matahari untuk rakyat.

Pakatan Haram telah  mengumumkan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) semalam dengan menumpukan kepada empat teras utama KONONnya. Mari kita sama-sama lihat pembohongan dan penipuan pakatan haram. KONONnya Empat teras utama tersebut adalah Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat. Manifesto untuk menipu rakyat  ini diumumkan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli; Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran.

ANALISIS

1) Caruman Wanita dan Bantuan Warga Emas

Mahu dilaksanakan di peringkat persekutuan, namun tawaran sebegini telah ada pada Manifesto PR Selangor pd PRU-12 namun adakah terlaksana?

Mencarum takaful RM2,500 utk warga emas, memberi elaun ibu tunggal dan memberi elaun khas kepada suri rumah, sudah hampir hujung penggal, mana pelaksanaannya?

Peringkat negeri pun tak terdaya, inikan pula peringkat persekutuan!

2) Islam Agama Persekutuan - Di mana Hudud?

Apakah selama ini BN tidak menjunjung Islam sebagai agama rasmi persekutuan?

Persoalan utama, di manakah pelaksanaan huhud yg dicanang-canang oleh PAS? Tiada langsung komitmen ke arah pelaksanaan hudud disebut dalam manifesto ini, adakah PAS terpaksa melupakan asas perjuangan mereka dek kerana tekanan dari DAP dan PKR?

Semua maklum, pertelagahan isu hudud dalam PR sangat kronik terutama antara DAP dan PAS! Akhirnya, PAS terpaksa mengaku kalah!

3) Gaji Minimum RM1,100??

Apakah PR terlepas pandang bahawa komitmen ini sedang dalam proses pelaksanaan. Kementerian Sumber Manusia bersetuju melaksanakan gaji minimum pada kadar RM900, kadar yang berpatutan mengikut kemampuan industri, apakah PR semberono menaikkan kadar kpd rm1100? 

Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia pernah menyarankan sekiranya kadar minimum ditetapkan tinggi ianya akan membawa kesan negatif kepada perniagaan dan boleh menyebabkan gulung tikar.

Tidak gentarkah sokongan Cina hilang wahai pemimpin PR?

4) Tawaran 'Hapuskan' dominan!

Projek Lynas, projek RAPID di Pengerang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), konsesi-konsesi tol, Syarikat Perumahan Negara Berhad dan PTPTN adalah antara yang ditawarkan untuk dihapuskan sekiranya mereka berkuasa. Tawaran mereka ini hadir tanpa sebarang mekanisme yang jelas! Kata mahu mewujudkan 1juta peluang pekerjaan namun segala projek dan agensi yang dikatakan 'milik kroni BN' hendak dihapuskan, apakah nasib-nasib pekerja di situ? Adakah ini dinamakan 'Kerajaan Rakyat'?

Ingatan buat PR, jangan terlalu buas menawarkan pelbagai penghapusan, takut nanti, rakyat sendiri menghapuskan kalian!

5) Hapus dan Batalkan AES

Ini adalah tindakan populis! Siapa kata tiada pendekatan pendidikan dan amaran berkenaan keselamatan jalan raya selama ini? Apa pula method pendidikan dan amaran berkesan yang hendak dicadangkan PR? YB TG Nik Aziz, apakah pula ilmu yang hendak diajar apabila kes salah laku lalu lintas ini boleh 'dimaafkan'?

Soal ratusan nyawa hilang di jalan raya, memandu melebihi had laju serta melanggar lampu isyarat, tindakan ini sebenarnya menunjukkan PR tamak kuasa hingga hilang nilai nyawa rakyat jelata!

6) Perumahan Selesa?

Di Pulau Pinang, Laporan Audit Negara mendapati tiada langsung rumah selesa mampu milik dibina. Malahan, golongan berpendapatan sederhana didapati sukar membeli rumah kerana purata harga rumah dijual pada RM400,000 ,RM600,000 dan RM 1juta. Di Selangor pula, Projek Datum Jelatek adalah bukti jelas komitmen PKNS telah jauh songsang dari matlamat asal penubuhannnya. Harga dari serendah RM700,000 kepada jutaan ringgit, inikah terjemahan 'rumah selesa mampu milik' oleh PR?

7) Turun Harga Kereta

Kata hendak tingkatkan kualiti pengangkutan awam supaya rakyat tidak lagi bergantung kepada penggunaan kereta, namun dicadangkan juga harga kereta turun supaya rakyat mudah beli, di manakah fokus pelaksanaan PR ini?

Kemudian, dalam tawaran PR kali ini, langsung tidak dinyatakan komitmen untuk meningkatkan kualiti jaringan trafik dan lalu lintas, bayangkan apabila harga kereta turun rakyat mudah beli, apa akan jadi pada jaringan lalu lintas yang sudah sedia padat ini? Tambah masalah baru adalah hobi PR!

Seperkara lagi, menggalakkan rakyat berhutang atas liabiliti kerana semurah mana pun harga kereta, kereta masih satu liabiliti! Ini ilmu apa pula yang hendak diajar kepada rakyat ?

Atau, pemimpin PR sudah berangan-angan hendak menempah semula Toyota Camry 2.4 sebagai kenderaan rasmi mereka, akibat kempunan satu ketika dahulu.

Sahabat 1Malaysia, walau apa yang dicanangkan, berpeganglah kepada pesanan seorang pemimpin PR, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa ‘manifesto bukanlah satu perjanjian’ akibatnya intipati ‘”Manifesto Bukan Janji’: Pakatan Hancurkan Rakyat” HANYALAH retorik, populis dan tidak jelas hala tujunya!

[Sumber: Talk With Hand]


RMK: Manifesto Pakatan hanya gula-gula pilihan raya sahaja. Di Selangor sahaja masih banyak janji kepada rakyat yang masih belum dilunaskan. 


Sebabnya, kata Menteri Besar Selangor:


Semua tipu saja.

Apabila yang Hidup Bertemu yang Ghaib... Suatu Malam di Pandan. SERAM!

Gambar hiasan

RMK akan kongsikan beberapa gambar yang dirakam secara rahsia oleh seorang rakan. Terpulang kepada pembaca untuk menilainya.









Speaker sudah mula bercakap, tapi hanya beberapa orang saja yang mendengar

Maksimum audiens yang hadir

Gambar-gambar ini dirakamkan di ceramah anjuran Pakatan Rakyat di Pandan Indah, Pandan malam semalam. Nampaknya semakin lama, semakin banyak dilihat program ceramah pembangkang kurang mendapat sambutan. Kenapa agaknya?

Rakyat sudah bosan dengan dakyah pembangkang.

Wednesday 27 February 2013

'OPTIMUS PRIME' PAS BUKTI PENYALAHGUNAAN WANG RAKYAT!

RMK terima makluman daripada seorang rakan bahawa treler PAS yang gah tu baru sampai dan berlabuh di Dataran Tesco Kuala Selangor.


Jangan tak tau ye treler ni adalah sebuah transformer. Macam Optimus Prime lah katakan. Sebabnya, dia pun boleh transform.



Haaa kan dah transform jadi pentas menabur fitnah. Gempak gilerr! Mesti mahal beribu-riban menda alah ni kan? 

Persoalannya, mana puak-puak ni dapat peruntukan banyak untuk beli 'transformer' macam ni?

Pernah terfikir?




Kata berkebajikan. Mana kebajikannya? Duit rakyat tu bro. Kekayaan tu sampai balik kepada rakyat ke? Atau masuk poket sendiri? Lepas tu boleh beli 'Optimus Prime' lagi satu, buat platform bantai lagi orang sana sini. Kan?

KUKUBESI MENGAMUK HASIL KARYANYA DIJADIKAN BAHAN MEMFITNAH OLEH CYBERTROOPER PEMBANGKANG




KECOH !!!!! 

Kuku Besi pencinta seni fotografi mengamuk apabila,hasil karyanya diguna pakai oleh cybertrooper pembangkang untuk dijadikan bahan politik pembangkang tanpa meminta izin dari pemilik sebenar hasil karya tersebut. 

Sungguhpun telah dinasihatkan oleh KUKUBESI sendiri untuk tidak menggunakan hasil karyanya didalam arena politik, namun nasihat tersebut tidak diendahkan oleh cybertrooper tersebut. Nasihat tersebut jelas diberikan oleh Kukubesi kepadanya didalam mesejnya secara terus kepada pemilik akaun FB yang bernama KING JASON.

Apa yang lebih MEMANASKAN keadaan lagi apabila hasil tersebut diubah WATERMARKnya yang asli iaitu KUKUBESI kepada namanya sendiri. Ini lah hakikatnya para bloggers dan cybertroopers pembangkang. Merampas, menciplak itu perkara biasa pada mereka. Demi perjuangan parti mereka ,sanggup lakukan apa sahaja asalkan mereka nampak BAGUS!!! NAMPAK HEBAT!!! Sedangkan mereka adalah umpama TIN KOSONG sahaja. 

[Sumber: Talk With Hand]
[Kredit  : Headbomb]


RMK: Nak buat, sebar fitnah guna idea sendiri la bro. Tak gentleman la ciplak artwork orang lain. Nampak sangat tandus idea. Kesian.

Tuesday 26 February 2013

KANTOI! FITNAH SUMPAH AKU JANJI BR1M TERBONGKAR!!




Memang kalau dah DASAR PENYEBAR FITNAH !!!! BUSUK !!!! KEJI !!!! HINA!!!! 

Pakatan Rakyat yang sememangnya kita sedar bahawa sedang ketandusan isu politik untuk menumbangkan kerajaan BN didalam PRU-13 akan datang secara jelas kini telahpun memulakan gerakan FITNAH BESAR-BESARAN terhadap kerajaan BN.

Sepanjang perlaksanaan janji ditepati oleh Dato Seri Najib Razak Perdana Menteri Malaysia,pemberian BR1M belum pernah lagi diagihkan pada waktu malam. Itu adalah yang FITNAH YANG PALING KETARA sekali yang dilakukan oleh PAS. 

pemberian BR1M ini juga bukan lah untuk kali yang pertama diberikan oleh Kerajaan BN kepada rakyat. Bukan juga Kelantan dipilih diantara penerima BR1M malah seluruh rakyat Malaysia tidak kira siapa pun, apa pun agama , apa pun fahaman politik mereka,tetap akan merasai pemberian ikhlas dari kerajaan Barisan Nasional. 

busuk sungguh hati orang-orang PAS yang kononya berlagak ALIM !!!! BERLAGAK SEPERTI TIADA DOSA !!!! BERLAGAK MACAM MALAIKAT !!!!! tetapi lihat lah sendiri bagaimana FITNAH  yang mereka lakukan.

Dalam rakaman yang dipercayai waktu malam di sebuah dewan itu, kelihatan beberapa orang lelaki berkopiah berada di hadapan menghadap sekumpulan yang lain.

Kedengaran pula seorang wanita mengepalai bacaan akujanji dan yang bersumpah dengan nama Allah akan mengundi Umno BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), dengan diikuti oleh orang ramai.

Selain itu, mereka juga melafazkan kesediaan menerima balasan Allah jika tidak menunaikan janji mengundi Umno BN pada PRU13 ini.

Kedengaran juga beberapa kali bacaan lafaz janji itu ditegur oleh seorang lelaki akibat salah menyebut perkataan.

Lafaz akujanji tersebut antara lain berbunyi:

"Wallahi, wabillahi, wataalahi, dengan nama Allah kami bersumpah dan mengaku dalam keadaan yang waras akan mengundi Umno atau Barisan Nasional dalam pilihan raya ke 13 ini.

Dan kami bersumpah dan mengaku akan menyokong Umno atau Barisan Nasional demi untuk kepentingan agama Islam bangsa Melayu dan negara Malaysia.

Sekiranya kami melanggari janji-janji kami, kami dengan rela hati menerima pembalasan dari Allh swt."

Bagaimanapun tidak terdapat maklumat berhubung tarikh rakaman video tersebut dibuat.

Juga tidak dapat dipastikan sama ada video tersebut benar-benar ada kaitan dengan laporan penerima BR1M yang didakwa dipaksa bersumpah mengundi BN sebelum ini.

Harakahdaily akan cuba mendapatkan pengesahan dari pihak PAS kawasan terbabit berhubung kejadian dalam rakaman video ini.
Selain di Youtube, rakaman ini juga sedang tersebar meluas di Facebook dan Twitter sehingga mengundang pelbagai reaksi penonton. 

[Sumber: Talk With Hand]


RMK: Astaghfirullah... Sampai kalimah Allah pun sanggup dipermainkan...