Wednesday 31 October 2012

JUAL ASET PKNS: AGENDA MELUMPUHKAN EKONOMI ORANG MELAYU DITERUSKAN!





Dato Sohaimi Shahadan menyelar sikap berdolak dalik dan putar belit kerajaan selangor serta menyifatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar lidah bercabang dan mempunyai agenda tersembunyi dalam isu penjualan aset-aset PKNS yang sedang hangat diperkatakan oleh rakyat selangor ketika ini.

Beliau bukan sahaja tidak memberi penjelasan mengenai cabaran Dato Seri Noh Omar baru-baru ini tetapi cuba mengelirukan rakyat dengan pelbagai istilah korporat yang direka cipta untuk menutup isu cadangan penjualan bangunan milik PKNS yang sedang di peringkat akhir perjanjian jual beli .

Beberapa buah bangunan milik PKNS yang bernilai RM321 juta kini di dalam proses untuk dijual. Kalau benar tujuannya untuk penyusunan semula aset-aset PKNS kenapa perlu ada transaksi kewangan berlaku ? 

Kenapa perlu ada perjanjian korporat dibuat dan dibayar kepada PKNS ? Dari pemerhatian, kami melihat Menteri Besar dan kerajaan negeri semakin terdesak dan memerlukan wang untuk kegiatan politik mereka sehingga terpaksa mengarahkan PKNS menjual bangunan milik mereka. Yang mana bangunan dan premis ini semua adalah simbol kejayaan PKNS dalam konteks untuk membantu usahawan dan peniaga melayu di selangor.

PKNS telah dicadangkan penubuhannya oleh oleh Dato Haron Idris yang ketika itu menjadi menteri besar selangor. Tujuannya untuk mempertingkatkan ekonomi peniaga melayu di Selangor. Tetapi bila sampai ke tangan Tan Sri Khalid Ibrahim dan kuncu-kuncunya dan dianggap pula Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar terbaik selangor oleh Anwar Ibrahim , lain pula jadinya.

Beliau sekali lagi menimbulkan kontroversi tentang penjualan aset PKNS ini dengan sewenang-wenangnya menggunakan istilah urustadbir korporat yang mengelirukan. Sudah pasti yang akan menanggung kerugian daripada tindakan ini adalah peniaga dan rakyat Selangor sendiri.

Kesan mendalam yang akan dialami hasil daripada penjualan ini akan melibatkan peniaga di Kompleks PKNS dan Wisma Yakin yang 80% daripadanya adalah peniaga melayu. Kerajaan negeri selangor dan PKNS kini bukan lagi tempat untuk orang melayu mengadu nasib lantas berjaya dalam kehidupan terutamanya dalam bidang perniagaan yang seba serbinya mencabar.

Inikah dia yang disebut sebagai sebuah kerajaan kerajaan yang perihatin dan janji sebuah negeri berkebajikan ? Di mana pula perjuang hak asasi dan pro rakyat yang selama ini nampak jagohnya dalam memperjuangkan isu rakyat ?

Bukankah tindakan penjualan aset milik PKNS ini secara tak langsung akan memberikan kesan langsung terhadap nasib peniaga yang juga 'rakyat' di Selangor ?

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia pada hari ini mendesak agar penjualan ini dibatalkan dengan serta merta atau kerajaan negeri akan berhadapan dengan beberapa tindakan protes secara besar-besaran oleh peniaga dan rakyat di seluruh Selangor.

Kami menuntut agar kerajaan negeri berhenti mengelirukan rakyat dengan pelbagai helah dan istilah urustadbir korporat yang memualkan. Kerajaan negeri juga didesak menghentikan stail politik yang suka mengkambing hitamkan PKNS demi memenuhi selera politik mereka yang secara keseluruhannya cukup merugikan peniaga dan rakyat Selangor. 

Kenyataan Akhbar Isu Penjualan Aset Milik PKNS
Dato’ Sohaimi Shahadan 
Pengerusi Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

ulasan penjualan bangunan PKNS [klik sini] & Penafian Khalid Gagap [klik sini]



Tuesday 30 October 2012

GILA! MB SELANGOR EXCO AGAMA, TAPI IKLAN SEKS BERLELUASA!!





Selangor semakin hari semakin GILA !!!

Tidak cukup dengan pusat lendir dan pusat persundalan, tidak cukup dengan iklan ubat kuat di media cetak, elektronik dan atas talian pakatan haram...

Kini lagi iklan seks sedang berleluasa di Selangor.

Iklan aksesori peralatan seksual dan ubat kuat terpampang merata-rata bandar Shah Alam dan juga sekitar Selangor yang sangat menyakitkan mata yang memandang.


Taktik memancing orang ramai supaya membeli barangan itu daripada mereka tidak pernah padam dan terbaru iklan mendakwa ubat itu ‘halal, ubat lelaki, ada lesen’ terus digantung dalam usaha mereka mencari pelanggan.

Iklan haram yang boleh dikategorikan sebagai ‘iklan seks’ itu digantung pada batang pokok mahupun tiang lampu bagaikan mahu menghiasi pemandangan di sekitar bandaraya.

Iklan ni semua bukan saja mengelirukan, tetapi juga memberi imej tidak baik kepada masyarakat terutama kanak-kanak ketika melalui kawasan itu bersama keluarga.

Demi keuntungan, mereka yang tidak bertanggungjawab sesuka hati menampal iklan jenis ini di merata tempat.

  
Dimana Majlis Bandaraya Shah Alam ???

Berapa juta Khalid dan Konco-konconya dapat komisyen untuk kebenaran lahanat begini menggantungkan iklan sebegini ???

Apa pula komen Khalid sebagai Exco Agama ???

Semakin hari, Selangor semakin rosak dibawah Pakatan Haram.

Kalau sebelum-sebelum ini, iklan berunsur seks ini agak malu-malu untuk dipamirkan, kini jangan kata malu nak pamir dikedai... malah sangat tidak malunya terpampang di sepanjang jalan di sekitar Selangor.

Beginilah nasib negeri yang dipimpin oleh pemimpin yang bermuka tembok dan tidak tahu malu.

Apa la yang ada dalam kepala hotak diorang ni ye...

Jadi, tidak hairanlah jika masalah sosial meningkat dan menjadi-jadi di Selangor.

Juga, tidak hairan jika jumlah kes syariah di Selangor meningkat saban hari.

Undi Pakatan Haram... Selangor HANCUR !!!




Menteri Besar merangkap EXCO Agama Selangor


*RakyatMerahKuning: Sedangkan pucuk pimpinan pun tak betul, masakan pula mahu menjadi contoh kepada rakyat. Semoga Tuhan selamatkan bumi Selangor ini.

KHALID IBRAHIM GILA KUASA WALAUPUN HANYA BONEKA ANWAR



MB Selangor sedia tanding 2 kerusi 'jika diarah'
WARTAWAN SINAR HARIAN
30 Oktober 2012

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedia bertanding merebut dua kerusi iaitu Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) jika diarahkan oleh pucuk pimpinan parti.
 
Katanya, sebarang keputusan mengenai kawasan mana untuk beliau bertanding perkara itu akan ditentukan oleh sama ada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
 
“Semua pengumuman pertandingan hanya boleh diumumkan oleh dua orang iaitu ketua umum dan presiden parti.
 
“Kalau diserahkan tanggungjawab kepada saya maka saya sedia untuk bertanding,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha Kumpulan Media Karangkraf, semalam.
 
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai cadangan Anwar supaya Abdul Khalid terus mempertahankan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak.
 
Anwar yakin rakyat akan terus memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) kerana kecekapan dan ketokohan Abdul Khalid serta prestasi memberangsangkan dalam mentadbir Selangor.
 
Abdul Khalid berkata, beliau menyambut baik cadangan tersebut kerana ia dapat mengurangkan tekanan kepada Anwar kerana dikatakan ramai yang memintanya untuk menjadi calon di Bandar Tun Razak.
 
Selain itu, beliau berkata, tidak menjadi masalah sekiranya menteri besar atau ketua menteri untuk bertanding merebut dua kerusi.
 
Ketika ditanya sama ada beliau sedia bertanding mempertahankan Dun Ijok, Abdul Khalid berkata, beliau menyerahkan perkara tersebut kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan.



*RakyatMerahKuning: Dasar puak gila kuasa PKR ni. Sibuk nak bertanding dua kerusi. Lebih banyak kerusi dia bertanding, lebih banyak la habuan dia dapat. Apa-apa pun, memang bijak si Khalid ni menjawab. Hanya presiden atau Ketua Umum parti saja yang berhak tentukan kawasan mana dia patut bertanding. So, tiada masalah jika MENTERI BESAR atau Ketua Menteri bertanding merebut dua kerusi. Dengan kata lain, "suruhlah aku bertanding di kawasan mana pun asalkan jawatan MENTERI BESAR aku tu dikekalkan".

Monday 29 October 2012

NIK AZIZ KECIL HATI ANWAR UMUM KHALID MB TERAGUNG




Entah apa yang tidak kena dengan Menteri Besar Selangor, tiba-tiba Anwar Ibrahim mengumumkan Khalid Ibrahim sebagai MB terbaik pakatan. Pengumuman ini boleh ditafsirkan sebagai talian hayat untuk Khalid tatkala prestasi MB dilanyak teruk oleh Azmin Ali dan kumpulannya dengan menjadikan Faekah Hussin, Setiausaha Politik MB sebagai kambing hitam.

Pengkurniaan ini juga bertentangan dengan pandangan umum betapa teruk sebenarnya pentadbiran Selangor dibawah regim Pakatan Pkr, DAP dan Pas selama hampir 5 tahun ini. Selain itu, pengumuman Anwar ini juga mengecilkan hati pemimpin Pas kerana sumbangan Nik Aziz selama 22 tahun sebagai Menteri Besar langsung tidak dihargai atau diiktiraf oleh Anwar. Nampaknya sangat Pas sekadar menjadi alat dan kuda tunggangan Anwar, Pkr dan Dap.

Terdapat lebih dari 10 isu utama kegagalan regim pakatan di Selangor. Penyelewengan yang paling besar adalah skandal Talamgate yang melibatkan transaksi hampir RM 1 Billion. Penduduk Selangor juga berhadapan dengan krisis air yang semakin hampir, terbaru Empangan Air Sg Selangor semakin kering dan sekarang hanya mencatat jumlah simpanan air sebanyak 52%, merosot sebanyak 48%.

Skandal Pasir Selangor, Skandal PKNS, Yayasan Selangor, UNISEL jelas menampakkan rasuah sebenarkan bermaharajalela di Selangor. Kegagalan pengurusan sampah di Selangor juga semakin ketara apabila ada kontraktor sampah yang enggan menyewa lori kompak sampah milik GLC Selangor kerana harga sewaaan yang mahal.

Rumah urut juga sangat menjolok mata di Selangor sekarang. Tahniah kepada Anwar, Khalid dan Ronnie kerana disebut oleh rakyat sebagai pelupor industri seks dan rumah urut di Selangor.

Geran Selangorku RM300 juta yang dipegang erat oleh MB juga semakin ketara dipertikaikan oleh rakyat. Lapuran Ketua Audit Negara sendiri menyatakan bagaimana TAWAS yang dibiayai oleh MBI Incorporated itu telah gagal kerana tidak diurus dengan sempurna.

Yang paling tidak cerdik adalah apabila MB sebut yang janji-janji dalam manifesto pakatan Selangor 2008 bukan lah satu perjanjian, yang demikian ianya tidak perlu ditepati! Muktakhir skandal bas mewah Khalid Ibrahim, siapa yang sebenarnya membiayai pembelian bas mewah bernilai RM900 ribu masih lagi menjadi misteri namun GAPS penuh yakin jawapannya sudah ada di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Pengumuman Anwar ini tidak lebih dari lawak jenaka terbaik untuk bulan ini.

Kenyataan Media GAPS
Hamidzun Khairuddin
Presiden


DEMO TUNJUK PERASAAN DI BATU CAVES; SENSITIVITI KAUM INDIA DIKETEPIKAN!!

Berkenaan isu demonstrasi di Batu Caves, berikut merupakan repost artikel daripada PaperWaris.


Salam Aidiladha pembaca, baru-baru ni kecoh dekat Batu Caves ada demo bantah pembinaan kondo di depan kuil Sri Subramaniar Swamy. Seramai 300 orang turut serta dalam demonstrasi yang diadakan ini dalam membantah pembinaan kondo setinggi 29 tingkat dekat depan kuil tu.

2007 DULU PUN BANTAH TAPI TAK SEMPAT DEMO SEBAB BERALIH KUASA

Selak punya selak, WA dapat tahu yang kononnya projek ini telah diluluskan oleh MPS (Majlis Perbandaran Selayang) pada tahun 2007 right sebelum Pakatan Rakyat memerintah Selangor. Masa tu BN memerintah dan puak-puak cacai tahik pakatan jahanam mula menyalahkan kerajaan BN kononnya sebagai meluluskan dan kemudian membantah.

Yang sebenarnya ialah, walaupun pada waktu itu sewaktu MPS meluluskan pembinaan kondo tersebut pada 2007, WA yakin dengan pasti, sudah tentunya BANTAHAN TETAP ADA! Biarpun kerajaan BN yang memerintah. Bantahan ini sudah tentu akan berlaku kerana melibatkan sensitiviti keagamaan selain keselamatan terhadap pengunjung, pelancong serta orang awam khususnya yang melawat kuil tersebut.

KESIAN RAKYAT TAK DAPAT AIR BERSIH.. PROJEK DIBATALKANNNN...


Cuma di zaman PR memerintah, projek demi projek yang pernah diusulkan BN, yang mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada rakyat ditolak mentah-mentah oleh Pakatan Jahanam termasuk projek tebatan banjir dan projek empangan untuk menghadapi krisis air... boleh pulak ganti dengan projek TERNAKAN BABI!!

Kenapa projek KONDO $$$$ ni boleh pulak carried out?Siapa dapat keuntungan? Well.. for WA, businessman tak ada kepentingan politik sangat,.. sapa leh bagi dia untung, dia akan ikut orang tu.

Dan orang-orang India yang dulunya pada tahun 2007membantah pembinaan KONDO ini semasa diluluskan di bawah pemerintahan BN terpaksa sekali lagi membantah pembinaan KONDO ini selepas 2008, setelah kerajaan negeri Selangor yang kini diperintah Pakatan Jahanam tamak haloba meluluskan projek berkenaan.

For me, tak ada yang tak boleh dibincangkan dengan kerajaan Barisan Nasional kerana WA faham ramai penduduk di sana dari MIC. Sudah tentunya jika bantahan dibuat pada 2007, kata sepakat dapat dicapai kedua-dua pihak.

Yang lagi NAIFnya... sumber memberitahu WA... rupa-rupanya projek berkenaan sengaja diteruskan, ini kerana Puak Pakatan Jahanam ni sejak dari dulu tahu orang India tempatan di sana memang membantah pembinaan kondo tersebut. Kata sumber lagi, mereka sengaja meneruskan projek berkenaan dalam usaha mengugut penduduk India setempat agar mengundi PR pada PRU13 nanti. 

Undi PR dan mereka akan stop pembinaan KONDO tersebut? Bijak permainan politik kotor mereka ini.

Samada MIC di sana akan mengundi mereka atau tidak, jikalau projek itu diteruskan sekalipun, WA tahu mereka tidak akan rugi sesen pun. Bina tak rugi, tak bina pun tak rugi.. kalau bina dah tentu-tentu boleh pitis.. kalau tak bina dah tentu-tentu boleh dapat undi.

Pada masyarakat India di luar sana. WA harap lu orang tak tertipu la dengan puak jahanam ni.
Jangan lupa tragedi Kg Buah Pala... lu orang selalu kena...jadi jangan cepat percaya. 

Diorang janji itu ini bolehla.. lepas dapat... habis la kena pijak...- Waris Amp



*RakyatMerahKuning: Dulu Pakatan Haram kata akan jaga kebajikan semua kaum di Malaysia. Sekarang apa dah jadi? Cakap saja pandai. Mereka akan buat apa saja untuk dapatkan KUASA memerintah kerajaan persekutuan. Sedangkan sekarang pun mereka kejam terhadap rakyat, apatah lagi jika berjaya menawan Putrajaya. Think about it.