Friday, 8 August 2014

Bila #UMNO #Selangor Nak Insaf?


Admin terlihat gambar banner ini yang dihantar oleh seseorang dan sejujurnya sangat tidak bersetuju dengan tindakan oleh orang kuat UMNO Selangor ini. Dengan kemelut yang melanda kerajaan PR di Selangor, UMNO Selangor sepatutnya memainkan peranan yang lebih efektif untuk menambat hati rakyat semula. Bukan dengan cara mengadakan open house hari raya dan ulangtahun perkahwinan mereka! Sedangkan PM kita dan semua kementerian diarahkan untuk tidak mengadakan open house demi memperingati tragedi MH17, tindak tanduk Noh Omar ini bakal menjadi liabiliti yang akan terus menerus membuat rakyat Selangor muak. Mengapa UMNO Selangor kurang sensitif dengan keadaan semasa dan tidak bijak mengambil peluang yang sepatutnya? 

Jika anda rakyat Selangor jati, jika kita tinjau, rakyat sudah menyampah dengan nepotisme dan kronisme yang dimainkan oleh pemimpin PR khususnya dari parti PKR. Mereka lah mengajak rakyat untuk turun menentang kronisme dan nepotisme. Alih-alih, demi menghalalkan tindakan mahu menaikkan bininya sebagai MB Selangor baharu, habis telanjang satu parti! Terbaru, budak suruhan Anwar Ibrahim sudah mula diarah untuk membusukkan nama MB Selangor Khalid Ibrahim dengan tuduhan lapuk dan tidak berasas. 

Kita menegur dan mengkritik bukan kerana tidak sayang, tapi kerana terlebih sayanglah kita mahukan yang terbaik untuk rakyat dan untuk UMNO-BN. Kini apabila terbukti kerajaan PR hanyalah indah nama dari rupa dan dipenuhi oleh hati-hati yang busuk, kita seharusnya memanfaatkan peluang ini untuk mengambil hati rakyat semula. Sebelum PRU 13 heboh dengan lagu Sayangi Selangor, Yakini BN dan janjikan perubahan drastik serta meningkatkan daftar memilih, setakat manakah progresnya?

Sesungguhnya, rakyat tidak perlukan another open house sebaliknya yakinkanlah rakyat bahawasanya UMNO-BN lebih layak memerintah negeri ini dengan penuh adil dan saksama tanpa pergaduhan dalaman dan gila kuasa! 

Wednesday, 9 July 2014

#TukarMBSelangor: Kasihan Rakyat Selangor Dipimpin Parti Gila Kuasa! @Khalid_Ibrahim @anwaribrahim @drwanazizah




Dahulunya beliau disanjung tinggi, hanya kerana beliau pernah menjadi orang kuat dalam kerajaan BN, dan memilih untuk berhijrah ke parti PKR. Seperti biasa bagi puak-puak Pakatan Rakyat, sesiapa dari parti UMNO/BN yang sangat dibenci akan terhapus dosanya apabila memasuki parti mereka. Maka, bagi pemimpin PR dan macai-macainya, dosa lelaki ini telah terhapus.

Kemudian pada PRU 12, negeri Selangor, selama ini memang negeri terkaya di Malaysia telah jatuh kepada Pakatan Rakyat. Lelaki ini diangkat sebagai Menteri Besar dan bermulalah propaganda untuk menaikkan nama beliau. Antara propaganda yang kita biasa dengar ialah "Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor" dan di media mesra Pakatan semua dihebahkan tentang gaji Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Anwar Ibrahim sebanyak RM1. Kemudian Laporan Audit pun keluar dan rakyat Selangor digula-gulakan dengan kata-kata MB Selangor yang baharu ini bijak mengatur ekonomi Selangor sehinggakan rizab berbillion dan sebagainya.

Namun 4 tahun selepas pentadbiran beliau, keretakan mula berlaku dengan campur tangan dari Ketua Umum yang gila kuasa. Disebabkan gagal menjadi Perdana Menteri semasa PRU13, Anwar Ibrahim yang semakin diragui kredibilitinya mahu menjadi MB di Selangor memandangkan beliau dapat melihat harapan yang tipis untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Anwar memaksa Pengarah Strategiknya, Rafizi Ramli untuk melaksanakan Kajang Move namun gagal apabila beliau tidak layak bertanding. Ironinya, pengganti beliau ialah Dr Wan Azizah, isterinya sendiri!Di setiap ceramah pemimpin Pakatan melaungkan kronisme dan nepotisme dalam BN, padahal mereka terang-terangan mengamalkannya!

Kajang Move menyaksikan kemalapan kuasa Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar. Beliau sering dilupakan semasa kempen untuk DUN Kajang dan peranan beliau sebagai orang kuat Selangor tidak dihormati langsung! Tahun 2014 juga tahun yang sangat menguji Khalid apabila Selangor dilanda krisis air dan ramai yang menyalahkan beliau kerana lambat bertindak walhal keengganan Khalid untuk meneruskan projek Langat 2 adalah disebabkan keegoan pemimpin dalam Pakatan Rakyat. Apabila krisis melanda, mereka semua menyalahkan Khalid sahaja kerana beliau Menteri Besar. Dari sini kita dapat melihat sifat keji pemimpin PR yang ibarat habis madu sepah dibuang!

Khalid juga dijadikan kambing hitam bagi menutup kekecohan dan penipuan undi yang terjadi semasa Pemilihan PKR baru-baru ini. Kisah menukar Khalid disensasikan supaya rakyat leka seketika dengan insiden baling kerusi dan pergaduhan sehingga peti undi dibawa lari!Inikah contoh keadilan dan kebersihan dalam pilihanraya seperti yang mereka laungkan? Khalid juga diberitakan telah kalah dalam kerusi yang beliau sandang semasa Pemilihan PKR. Ini menguatkan lagi alasan pimpinan parti untuk memaksa Khalid untuk berundur.

Dan baru-baru ini kita dapat melihat pemimpin-pemimpin parti bersekutu untuk menentang Khalid. Semuanya dilihat menghentam Khalid dari segenap penjuru seolah-olah masa untuk Khalid sudah tamat sebagai Menteri Besar Selangor. Persoalannya, siapakah yang mampu memikul beban yang besar mentadbir negeri yang paling kaya di Selangor? Adakah Azmin Ali, anak emas dalam PKR? Di mata orang luar Azmin nampak 'bersih' namun harus diingat Azmin orang yang paling berkuasa di PKNS dan bagaimana pembantu Anwar ini dapat memiliki rumah banglo sebesar Istana Segambut dengan kereta Ferrari dengan hanya gaji seorang 'Political Aid'? 

Adakah Azizah yang akan menjadi MB Selangor yang baharu? Walaupun menang di DUN Kajang, Wan Azizah sudah banyak kali kantoi di Persidangan DUN Selangor tidak tahu undang-undang dan tertib di dalam dewan. Bagaimana beliau mahu mengemudi Selangor? Kipas di tangan sahaja tidak dapat menjanjikan kemakmuran Selangor. Satu lagi yang harus diingat, Menteri Besar Selangor sudah pastilah anak jati Selangor. Mana mungkin kita mahu seorang yang asalnya dari Singapura mahupun dari negeri lain untuk mentadbir Selangor yang kita sayangi ini. Kasihan rakyat Selangor, sudahlah tiada air, sampah merata tidak dikutip, kes denggi mencanak naik, rumah urut tumbuh bak cendawan dan pemimpinnya pula bergaduh sesama sendiri!

Monday, 3 March 2014

Gerakerja Siswa4U Memasang Water Tube Well

Syabas Siswa4U! 

Gabungan yang ditubuh dibawah seliaan Biro IPT UMNO yang turut melibatkan ramai pemimpin pelajar daripada pelbagai universiti mewakili pelbagai bangsa, agama, suku kaum atau kumpulan etnik ini nampaknya semakin aktif menjalankan kerja-kerja sukarela dengan sokongan Kerajaan.

Terbaru, Siswa4U telah menjalankan kerja-kerja memasang tubewell atau telaga air untuk memastikan bekalan air sentiasa ada apatah lagi di kala Malaysia dilanda musim panas dan kering masakini.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar lawatan Dato Razali Ibrahim selaku Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Biro IPT UMNO ke pemasangan tubewell di Surau Taman Impian Ehsan, Kajang.








Selain di Surau Taman Impian Ehsan, tubewell juga dipasang di Kafa Integrasi Al Ehsaniyyah, Kajang.








Untuk maklumat lanjut mengenai Siswa4U, anda boleh melawat  Portal Rasmi Siswa4U atau Laman Facebook Siswa4U.



Friday, 28 February 2014

Puisi Untuk Azmin Ali



Azmin Oh Azmin
Kemanakah kau menghilang?
Dah lebih dua minggu tidak kelihatan.

Azmin Oh Azmin
Kenapa tidak membantu jentera PRK Kajang
Bukankah kau bergelar Ketua PKR Selangor?

Azmin Oh Azmin
Adakah kau sibuk nak saman Hishamudin Rais dulu
Tergamak dia tuduh kau bermentaliti "Ketuanan Melayu"

Azmin Oh Azmin
Adakah kau risau menjelang pemilihan PKR hujung April ini?
Dengarnya Nurul Izzah nak amik jawatan kau nanti

Azmin Oh Azmin
Masihkah kau berduka dengan usaha sia-sia
Nak guling Khalid tapi diri kau yang terkena

Azmin Oh Azmin
Apakah kau sudah kecil hati dengan Anwar
Katanya nak selesai sengketa tapi kau pula ditolak dan dihina

Azmin Oh Azmin
Adakah kau dengki dengan Rafizi Ramli
Dulu kaulah anak ikan Anwar tapi kini bukan lagi

Azmin Oh Azmin
Adakah kau sedang menghitung hari
Ke penghujung karier politik yang tak menjadi

"Rafizi Budak Jahat" - Zaid Ibrahim



Amalan mengemukakan surat sokongan adalah lumrah bagi orang politik yang menjadi amalan semua pemimpin parti sama ada daripada Pakatan Rakyat (PR) mahupun Barisan Nasional (BN), kata Datuk Zaid Ibrahim.

Zaid pada sidang media di kediamannya di Petaling Jaya hari ini berkata, dakwaan yang dilontarkan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli terhadapnya adalah "politik budak jahat."

"Jika saya memajukan dua emel kepada Rafizi, ia bukan bererti saya melobi.

"Ketika itu Rafizi hanya budak Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang tiada jawatan. Jika saya hendak melobi untuk kepentingan saya, saya boleh terus jumpa dengan menteri besar atau exco, bukan budak pejabat Anwar," katanya.

Sebagai orang politik Zaid berkata, meminta pertimbangan kerajaan bagi pihak orang ramai atau ahli perniagaan yang tidak dikenali, tidak menjejaskan integriti beliau.

"Saya hanya meminta pertimbangan, bukan memaksa kerajaan mengikut kehendak saya. Adakah itu pun Rafizi tidak tahu membezakannya?" soal Zaid.

Zaid turut menegaskan, dalam isu yang didedahkan Rafizi, beliau langsung tidak mempunyai sebarang kepentingan terhadap kedua-dua syarikat tersebut.

"Rafizi koreklah lagi sikit. Banyak sikit. Apa lagi projek saya lobi dengan kerajaan negeri," katanya.

Zaid ketika sidang media itu turut berkata, beliau tidak dibayar untuk menghantar e-mel atau surat sokongan sedemikian, malah beliau sendiri tidak mengetahui sama ada projek berkenaan berjalan atau tidak.

"Semua surat-surat itu saya tidak dibayar pun. Saya tidak tahu apa jadi pada projek itu. Mungkin sekarang kalau berjumpa pun saya tidak kenal mereka.

"Kalau saya ada kepentingan, saya sudah membuat pertanyaan lanjut," katanya, dan menambah,"Rafizi budak jahat, sebab itu beliau ingin memburukkan saya."

Zaid mengumumkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan beliau akan merebut kerusi berkenaan bersama-sama Anwar sebagai calon PKR dan juga Datin Paduka Chew Mei Fun mewakili Barisan Nasional (BN).

Kenyataan Rafizi itu juga jelasnya dikeluarkan kerana pemimpin muda PKR itu terdidik dengan budaya politik Anwar.

"Rafizi tuduh seolah-olah syarikat-syarikat itu saya punya. Ini budak graduate politik Anwar Ibrahim," kata Zaid.

Beliau turut menjelaskan, sekiranya beliau ingin melobi projek berkenaan, adalah lebih baik beliau berjumpa terus dengan Khalid memandangkan beliau mengenali menteri besar Selangor itu lebih lama daripada mengenali Rafizi.

"Jika nak lobi baik saya jumpa Khalid. Saya kenal Khalid lebih lama daripada Rafizi," katanya.

Laporan Asal: Malaysian Insider


RMK: Khabarnya Rafizi sedang tertekan sekarang ni? Tertekan pasal kantoi ke atau kena serangan sihir macam Malaysiakini KAH KAH KAH KAH KAH KAH