Wednesday 9 July 2014

#TukarMBSelangor: Kasihan Rakyat Selangor Dipimpin Parti Gila Kuasa! @Khalid_Ibrahim @anwaribrahim @drwanazizah




Dahulunya beliau disanjung tinggi, hanya kerana beliau pernah menjadi orang kuat dalam kerajaan BN, dan memilih untuk berhijrah ke parti PKR. Seperti biasa bagi puak-puak Pakatan Rakyat, sesiapa dari parti UMNO/BN yang sangat dibenci akan terhapus dosanya apabila memasuki parti mereka. Maka, bagi pemimpin PR dan macai-macainya, dosa lelaki ini telah terhapus.

Kemudian pada PRU 12, negeri Selangor, selama ini memang negeri terkaya di Malaysia telah jatuh kepada Pakatan Rakyat. Lelaki ini diangkat sebagai Menteri Besar dan bermulalah propaganda untuk menaikkan nama beliau. Antara propaganda yang kita biasa dengar ialah "Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor" dan di media mesra Pakatan semua dihebahkan tentang gaji Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Anwar Ibrahim sebanyak RM1. Kemudian Laporan Audit pun keluar dan rakyat Selangor digula-gulakan dengan kata-kata MB Selangor yang baharu ini bijak mengatur ekonomi Selangor sehinggakan rizab berbillion dan sebagainya.

Namun 4 tahun selepas pentadbiran beliau, keretakan mula berlaku dengan campur tangan dari Ketua Umum yang gila kuasa. Disebabkan gagal menjadi Perdana Menteri semasa PRU13, Anwar Ibrahim yang semakin diragui kredibilitinya mahu menjadi MB di Selangor memandangkan beliau dapat melihat harapan yang tipis untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Anwar memaksa Pengarah Strategiknya, Rafizi Ramli untuk melaksanakan Kajang Move namun gagal apabila beliau tidak layak bertanding. Ironinya, pengganti beliau ialah Dr Wan Azizah, isterinya sendiri!Di setiap ceramah pemimpin Pakatan melaungkan kronisme dan nepotisme dalam BN, padahal mereka terang-terangan mengamalkannya!

Kajang Move menyaksikan kemalapan kuasa Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar. Beliau sering dilupakan semasa kempen untuk DUN Kajang dan peranan beliau sebagai orang kuat Selangor tidak dihormati langsung! Tahun 2014 juga tahun yang sangat menguji Khalid apabila Selangor dilanda krisis air dan ramai yang menyalahkan beliau kerana lambat bertindak walhal keengganan Khalid untuk meneruskan projek Langat 2 adalah disebabkan keegoan pemimpin dalam Pakatan Rakyat. Apabila krisis melanda, mereka semua menyalahkan Khalid sahaja kerana beliau Menteri Besar. Dari sini kita dapat melihat sifat keji pemimpin PR yang ibarat habis madu sepah dibuang!

Khalid juga dijadikan kambing hitam bagi menutup kekecohan dan penipuan undi yang terjadi semasa Pemilihan PKR baru-baru ini. Kisah menukar Khalid disensasikan supaya rakyat leka seketika dengan insiden baling kerusi dan pergaduhan sehingga peti undi dibawa lari!Inikah contoh keadilan dan kebersihan dalam pilihanraya seperti yang mereka laungkan? Khalid juga diberitakan telah kalah dalam kerusi yang beliau sandang semasa Pemilihan PKR. Ini menguatkan lagi alasan pimpinan parti untuk memaksa Khalid untuk berundur.

Dan baru-baru ini kita dapat melihat pemimpin-pemimpin parti bersekutu untuk menentang Khalid. Semuanya dilihat menghentam Khalid dari segenap penjuru seolah-olah masa untuk Khalid sudah tamat sebagai Menteri Besar Selangor. Persoalannya, siapakah yang mampu memikul beban yang besar mentadbir negeri yang paling kaya di Selangor? Adakah Azmin Ali, anak emas dalam PKR? Di mata orang luar Azmin nampak 'bersih' namun harus diingat Azmin orang yang paling berkuasa di PKNS dan bagaimana pembantu Anwar ini dapat memiliki rumah banglo sebesar Istana Segambut dengan kereta Ferrari dengan hanya gaji seorang 'Political Aid'? 

Adakah Azizah yang akan menjadi MB Selangor yang baharu? Walaupun menang di DUN Kajang, Wan Azizah sudah banyak kali kantoi di Persidangan DUN Selangor tidak tahu undang-undang dan tertib di dalam dewan. Bagaimana beliau mahu mengemudi Selangor? Kipas di tangan sahaja tidak dapat menjanjikan kemakmuran Selangor. Satu lagi yang harus diingat, Menteri Besar Selangor sudah pastilah anak jati Selangor. Mana mungkin kita mahu seorang yang asalnya dari Singapura mahupun dari negeri lain untuk mentadbir Selangor yang kita sayangi ini. Kasihan rakyat Selangor, sudahlah tiada air, sampah merata tidak dikutip, kes denggi mencanak naik, rumah urut tumbuh bak cendawan dan pemimpinnya pula bergaduh sesama sendiri!

No comments:

Post a Comment