Thursday, 27 June 2013

TERESA KOK TAK SETUJU ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN

alt
KUALA LUMPUR 26 Jun - [KEMASKINI] Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menyatakan pendirian beliau tidak bersetuju untuk menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Teresa di hadapan Hakim Siti Khadijah dalam perbicaraannya terhadap Utusan Melayu (M) Bhd di Mahkamah Tinggi Jalan Duta hari ini.
 
alt

Ketika perbicaraan, Peguam Mohana Kumar yang mewakili Utusan dan Ketua Pengarangnya Datuk Zaini Hassan menyoal Teresa samaada beliau bersetuju ataupun tidak pewartaan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

"Tidak setuju," kata Teresa.

Teresa yang diwakili oleh Peguam Sankara Nair kemudiannya kerap membantah soalan-soalan seterusnya yang diajukan kepadanya.
 
alt

Teresa menfailkan kes saman terhadap Utusan ekoran laporan yang dikeluarkan akhbar tersebut pada sekitar tahun 2008 yang disifatkannya sebagai fitnah.

Perbicaraan bersambung esok.


RMK: So, finally, pengakuan dari mulutnya sendiri. sekarang sudah terang lagi bersuluh pendirian perempuan ni. Nak biarkan saja ke? PAS kata apa? Senyap je?





Tuesday, 25 June 2013

Bila Bab JEREBU Ini Salah Orang KITA Sendiri??



Bila jari dituding kembali ke Malaysia
Oleh Piarapakaran S

Setelah lebih 20 tahun, Malaysia masih merana kerana jerebu yang berasal dari Indonesia akibat pembukaan tanah.

Kita telah menggunakan segala saluran diplomatik untuk menyelesaikan hal ini melalui pendekatan ASEAN. Adakah kita telah berjaya?

Jika di seberang sempadan kita, sebuah syarikat melepaskan gas toksik dan beberapa ratus rakyat Malaysia yang mati, adakah akan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan kerajaan Malaysia berdiam diri?

Begitu juga, kejadian jerebu ini disebabkan pencemaran oleh industri pertanian. Menteri alam sekitar Indonesia telah menamakan beberapa suspek dan sedang menyiasat beberapa yang lain.

Tidak kira mereka adalah syarikat berasal dari Malaysia atau tidak, Akta Kualiti Alam Sekeliling (EQA) mesti dikuatkuasakan sepenuhnya.

Jangan mengecut apabila Indonesia menuding jari kepada syarikat milik Malaysia. Yang menderita adalah manusia.

Kita di Malaysia perlu meningkatkan perbelanjaan perubatan untuk mereka yang mempunyai komplikasi kesihatan paru-paru, jantung dan kulit.

Bagaimana pula dengan kerugian pendapatan lain. Siapa yang untung dan siapa pula yang menderita?

Bayangkan jika seluruh tahun depan mempunyai masalah jerebu, kita boleh ucapkan selamat tinggal kepada Tahun Melawat Malaysia 2014.

Kerajaan Malaysia, perniagaan dan rakyat mesti menuntut semua perbelanjaan tambahan yang ditanggung dalam penjagaan kesihatan, kerugian perniagaan akibat jerebu dan situasi darurat dan kos bahan kimia pembenihan awan.

Ini adalah selaras dengan EQA. Tuntutan kos ini adalah tambahan daripada denda yang pesalah perlu bayar kerana melanggar undang-undang.

Saya juga menggalakkan kerajaan Singapura untuk mengambil tindakan yang sama untuk membawa pesalah ke mahkamah.

Jika syarikat-syarikat ini dan pemilik mereka tidak mahu menghormati undang-undang dan mahkamah kita, terdapat pelbagai bentuk tekanan yang boleh dikenakan, terutama tekanan ekonomi.

Jika produk minyak sawit mereka diharamkan, tidak ada manfaat ekonomi untuk mereka di sini. Ini boleh dilanjutkan melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk mengharamkan produk mereka di pasaran antarabangsa.

Kita perlu teguh dan berjuang untuk kedaulatan negara kita sendiri. Dua ekor harimau dalam jata negara mewakili keberanian dan kekuatan.

Kita perlu menegakkannya! Kita tidak harus menjadi hamba ahli perniagaan yang tidak bertanggungjawab.

PIARAPAKARAN S presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER).


Apa Perlu Dilakukan Apabila Anda Menghadapi Situasi JEREBU??



Saya selaku Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia menyarankan orang ramai supaya menjaga kesihatan masing-masing semasa kita menghadapi situasi jerebu ini dan ikut nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. 

Saya juga mohon jasa baik semua untuk sama-sama berkongsi ("share") maklumat yang dimuatkan di dalam Facebook ini dari semasa ke semasa sebagai tanda kita sebagai satu masyarakat mengambil berat terhadap satu sama lain.

GOLONGAN ORANG YANG BERISIKO TINGGI SEMASA JEREBU

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung , pesakit jantung dan respiratori juga mereka yang sensitive kepada habuk, orang yg merokok termasuk mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah

NASIHAT KESIHATAN SECARA UMUM UNTUK MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU

i. Orang ramai dinasihatkan supaya, sejauh mana yang boleh, berada di dalam bangunan.

ii. Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.

iii. Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.

iv. Orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air.

v. Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa 
dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod: kitaran dalam) dan menutup semua tingkap

vi. Penutup hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.

vii. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.

viii. Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.

ix. Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa.


* Penulis adalah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.



[Sumber]

Garis Panduan Tindakan Hadapi Darurat Bencana Jerebu oleh Majlis Keselamatan Negara



Apabila Darurat Bencana Jerebu diisytiharkan, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, Negeri dan Daerah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

A) Menasihatkan penutupan pejabat atau premis kerajaan atau swasta dan tempat bekerja lain, termasuk kilang, ladang, kawasan pembinaan, kuari serta kerja-kerja tanah dan pemindahan tanah. Langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah diambil pada setiap masa. 

Bagaimanapun nasihat penutupan itu dikecualikan bagi perkhidmatan:
- Air dan elektrik 
- Kesihatan awam
- Bomba dan Penjara
- Pos, telefon, telekomunikasi dan telegraf
- Komunikasi radio, penyiaran dan televisyen
- Pelabuhan, termasuk limbungan, dermaga dan perkhidmatan yang ada kaitan
- Pengangkutan darat, laut dan udara
- Membekal bahan pembakar dan minyak pelincir - Perbankan dan kewangan
- Semua yang terbabit secara langsung dalam pengurusan bencana jerebu di bawah Arahan MKN No 20 dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.


B) Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta agensi berkaitan melaksanakan penutupan sekolah, taman didikan dan pusat jagaan kanak-kanak dalam kawasan Darurat Bencana Jerebu

C) Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Kesihatan mempertingkatkan penyiaran maklumat kesedaran mengenai jerebu secara berterusan untuk panduan orang awam

D) JAS; Jabatan Bomba dan Penyelamat, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat, Jabatan Pengangkutan Jalan dan pihak berkuasa tempatan atau agensi berkaitan mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap sumber yang boleh menyumbang kemerosotan kualiti udara


E) Jabatan Bomba dan Penyelamat mempergiatkan operasi pemadaman kebakaran hutan tanah gambut dan pembakaran terbuka dengan kerjasama agensi lain

F) Kementerian Kesihatan mempertingkatkan pemantauan dan rawatan kesihatan disebabkan jerebu di hospital dan klinik kesihatan

G) Jabatan Meteorologi dan Tentera Udara Diraja Malaysia melaksanakan aktiviti pembenihan awan dalam keadaan cuaca yang membolehkan kejayaan operasi bagi mengurangkan jerebu

H) Semua kementerian, jabatan atau agensi berkaitan menangguhkan aktiviti luar atau riadah membabitkan masyarakat.


Thursday, 20 June 2013

ISU JEREBU: SURAT CINTA SEORANG RAKYAT MARHAEN KEPADA KEPIMPINAN NEGARA

Sejujurnya, rakyat Malaysia sudah muak kerana terpaksa berhadapan dengan acara tahunan kerjasama dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia, yang mana dalam acara ini, Malaysia bermai sebagai mangsa dan Indonesia pula adalah pemangsa. Apa lagi kalau bukan acara JEREBU?


Ikuti luahan seorang rakyat berkenaan isu ini, yang mana RMK pasti ramai yang setuju dengan intipatinya:


Ketika saya menonton buletin utama malam tadi (19/6/2013, 8.00pm), saya rasa nak tertawa bila JAS melarang pembakaran terbuka oleh rakyat Malaysia dan akan menghukum mereka dengan saman dan penjara. Sedangkan punca utama, the main culprit iaiti rakyat Indonesia yang menyebabkan jerebu yang teruk melanda Negara kita, langsung tiada apa2 tindakan terhadap mereka. Seperti biasa, kerajaan lebih bertindak keras terhadap rakyat sendiri dan tidak berkutik apa2 pun terhadap rakyat negara luar. 


Sudah tentu Malaysia tidak boleh berbuat apa2 kerana mereka rakyat Negara luar, bukan rakyat kita. Tetapi apakah tindakan kita? Hanya berdiam diri sahajakah? Mana perbincangan dengan kerajaan Indonesia mengenai hal ini? Mana nota bantahan? Mana saman kerana jerebu oleh rakyat mereka telah merugikan Malaysia berbillion2 rm dari segi ekonomi, social, kesihatan dsb? Apakah tindakan lain yg boleh dilakukan kerana jerebu angkara mereka ni bukan kes terpencil, malah berlaku tiap2 tahun? Malah saya difahamkan yg rakyat mereka sendiri tak mengetahui akibat tindakan mereka terhadap Negara jiran mereka? 

Teringat masa zaman pemerintahan tun dr Mahathir dahulu. Australia cari pasal dengan Malaysia? Terus boikot segala produk mereka termasuklah hiburan. Britain memperlekehkan bekas Negara jajahan mereka ni? Terus PM masa tu buat dasar buy british last, dasar pandang ke timur dsb. Dan akibatnya mereka semua bertekuk lutut minta maaf. Tapi pemimpin2 selepas tu? Seolah2 mengamalkan dasar buy local citizen last, dasar pandang ke rakyat luar pula. Langsung tiada apa2 tindakan terhadap Negara luar dan rakyat mereka yg tak habis2 menyusahkan rakyat Negara sendiri, contohnya terbaru dan terkerap adalah hal jerebu ni. 
Kalau Negara Indonesia tak mahu bekerjasama, banyak lagi tindakan susulan boleh dibuat, paling tidak buat nota bantahan kepada mereka atau kepada mahkamah dunia. Sementelah singapura, Negara jiran kita pun menjadi mangsa. Boikot produk mereka. Kalau mereka tidak mampu bertindak, izinkan Negara kita bagi bantuan. Contohnya cara pertanian yang lebih baik dan tidak menjejaskan alam sekitar. Kita ada banyak agensi seperti kementerian alam sekitar, kementerian asas tani dsb. Yang penting jangan bodoh sombong dan jaga hubungan baik dengan jiran mereka sahaja. 

Kalau semua tindakan ni dah dibuat, war2kan kepada rakyat Malaysia. Justice shouldn’t only be served, but should be seen served. Ni produk2 negara jiran masih relax je bermain di kaca televisyen atau radio. Sebaliknya kerajaan lebih berminat nak war2kan apa yang rakyat Malaysia perlu buat dan tidak boleh buat, serta hukuman yang menanti. Ini bukan thread politik, kalau kerajaan pakatan rakyat yg berkuasa pun saya akan buat thread ni. Pasal politik takkan menghilangkan jerebu secara ajaib, sebaliknya tindakanlah yang mencerminkan kasih saying sebenar kerajaan terhadap rakyatnya. Bayangkan jerebu ni berlaku dekat2 nak pilihanraya, bagaimana? 

Tl:dr, tolonglah bertindak dengan segera untuk mengatasi masalah jerebu yg setiap tahun berlaku ni. Terima kasih. 



Kredit kepada FB Rizal Rodzuan