Thursday, 9 May 2013

Panas! Azmin, Zuraida Letak Jawatan Jika Khalid Gagap Kekal Sebagai MB #TolakPR



Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali dan timbalannya, Zuraida Kamaruddin akan melepaskan jawatan masing-masing jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurut sumber PKR, Azmin memberi kata dua itu dalam mesyuarat bersama Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini setelah Anwar melahirkan kecenderungan melantik semula Khalid mengisi jawatan berkenaan.

“Jika ini berlaku (Khalid dipilih), Azmin sedia meletakkan jawatannya sebagai pengerusi dan akan diikuti timbalannya Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR pusat,” kata sumber itu.

Difahamkan, Anwar sebelum ini merancang meletakkan Azmin menggantikan Khalid selepas didesak penyokong akar umbi sebelum PRU 13 tetapi mengubah fikiran selepas Ahad lalu.

Khalid yang menerajui pentadbiran Selangor sejak 2008 mengecewakan rakyat Selangor kerana mungkir melaksanakan manifesto PRU12 membabitkan ibu tunggal, suri rumah dan warga emas yang bangkit memfailkan saman terhadap Khalid dan kerajaan negeri.

Sumber itu berkata, Khalid mendesak Anwar agar beliau dilantik semula sebagai menteri besar dan dipercayai mendapat sokongan PAS dan DAP Selangor.

Pakatan Rakyat mengekalkan Selangor walaupun pencapaian PKR sendiri merosot apabila hanya memenangi 14 kerusi DUN berbanding 15 masing-masing oleh PAS dan DAP.

Difahamkan, PAS dan PKR sudah mengemukakan senarai nama mereka yang difikirkan layak untuk menjawat jawatan menteri besar. Antaranya Azmin Ali dan Khalid Ibrahim dari PKR serta Dr Abdul Rani Othman dan Saari Sungib dari PAS.

Pemilihan bagaimanapun akan ditetapkan oleh pucuk pimpinan pakatan pembangkang.-AntaraPos

Kah Kah Kah! Buruknya rupa... Azmin Ali merajuk tak dapat jadi MB!!!!

Untuk pengetahuan U oalls... DAP tak nak Azmin jadi MB manakala sumber Istana dikatakan lebih berpihak kepada calon PAS sebagai MB Selangor. Sehingga kini Anwar masih belum berani menyelesaikan masalah di Selangor dan hanya menumpukan usaha untuk melumpuhkan kerajaan Persekutuan.... 

Sepatutnya rakyat didahulukan bukan pangkat yang diutamakan! Inilah dasar perangai orang yang tamakkan kuasa!!



MB Selangor: PAS Ugut Keluar PR Jika Wakilnya Tidak Dilantik #TolakPR



Siapa yang akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor sehingga kini terus menjadi tanda tanya lebih-lebih lagi selepas Pengerusi PR Selangor, Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan keputusan muktamad mengenai perkara itu hanya akan diketahui dalam tempoh seminggu.

Kenyataan bekas MB Selangor itu memberi satu makna jelas mengenai ketidaksepakatan yang sedang dihadapi PR tika ini dalam menentukan calon yang sesuai untuk jawatan MB selain mengesahkan berlakunya perebutan jawatan itu sesama rakan sepakatan.

Tika ini perebutan jawatan itu berkisar antara PKR sesama PKR melibatkan Khalid dan Azmin Ali, di masa yang sama PAS pula menuntut hak ke atas jawatan MB berasaskan kelebihan yang mereka miliki berbanding PKR.

Dari segi kedudukan, Khalid kelihatan mempunyai peluang untuk mengekalkan jawatan tersebut sekiranya mendapat sokongan Azmin, bagaimana pun realiti yang berlaku tidak semudah itu kerana Azmin juga agak kemaruk untuk merasai keempukan kerusi MB Selangor.

Dalam PRU-13 yang baru berlalu, PR berjaya meraih kemenangan di 44 kerusi DUN dari 56 yang dipertandingkan di mana 15 dimenangi oleh PAS, diikuti DAP 15 sementara PKR pula hanya berjaya mempertahankan 14 kerusi DUN. Manakala BN pula hanya menang di 12 kerusi DUN.

Dari konteks ini jelas sekali, jawatan MB lebih layak disandang oleh pemimpin PAS. Tambahan pula PAS mempunyai kelebihan tersendiri kerana semua 15 wakilnya adalah Melayu Islam berbanding PKR yang hanya 9 orang sahaja terdiri dari pemimpin Melayu Islam.

Pun begitu, DAP selaku regu utama PKR tentu sahaja tidak akan membiarkan jawatan MB jatuh ke tangan PAS kecualilah terdapat seorang calon dari PAS yang mudah dicucuk hidungnya sama seperti bekas MB Perak, Nizar Jalamaluddin barulah mereka akan menerimanya dan memberi sokongan padu. 

Berikutan polemik yang berlaku, sudah ada ura-ura di kalangan pemimpin PAS Selangor mengugut untuk menarik diri dari PR seandainya wakilnya tidak dilantik sebagai MB. Jika itu menjadi kenyataan, maka baik Khalid mahu pun Azmin Ali akan gigit jari sendiri.

Menyedari keributan yang berlaku mungkin memudaratkan PR maka Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali segera memberi jaminan PAS tidak akan menuntut jawatan tersebut dari PKR meskipun di masa yang sama gerakan sulit untuk memastikan jawatan MB dimiliki wakil PAS terus berjalan.

Apa yang pasti, keributan yang berlaku di Selangor sekarang ini tidak hanya akan menguji sejauh mana kesepakatan PR, ia juga akan menjadi tanda aras untuk PAS Selangor dalam menonjolkan kepentingan mereka dalam menentukan percaturan politik negeri terkaya di Malaysia ini.


Apa Yang Kecoh Sangat Kat Stadium Kelana Jaya Tu? #TolakPR



Kalau dah kalah tu... Kalah jugak la..... Aku pun dah malas nak layan dengan puak-puak yang tak reti nak terima hakikat ni!


Ni dengar apa kata SPR.. Bantahan Terbuka, Perhimpunan Tidak Bantu Pilihan Raya Diadakan Semula.

Sebarang bantahan terbuka atau perhimpunan tidak mampu mengubah keputusan pilihan raya umum atau mengakibatkan ia diadakan semula, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata sebaliknya calon atau mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) boleh memohon semakan supaya pilihan raya diadakan semula dengan mengemukakan petisyen selepas pewartaan keputusan oleh SPR, mengikut undang-undang.

"Selepas diwartakan dalam tempoh 21, mereka boleh buat petisyen, itu yang betul dan kalau bukti-bukti itu jelas serta lengkap dan pihak hakim mengakui wujudnya perlakuan rasuah, penipuan atau menyalahi undang-undang, maka mungkin Hakim Mahkamah Tinggi berkenaan akan memutuskan bahawa keputusan pilihan rayaitu tidak sah.

"Dengan itu barulah boleh diadakan pilihan raya semula, tetapi jika dibuat perjumpaan atau perhimpunan seperti Rabu malam, yang saya pun tak tahu apa maksud dia, sebenarnya tidak akan mengubah apa-apa yang boleh mengakibatkan pilihan raya diadakan semula," katanya selepas ditemu ramah Radio24 di Wisma Bernama pada Rabu.

Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas perhimpunan haram pembangkang di Stadium Kelana Jaya, yang kononnya diadakan bagi menyatakan rasa tidak puas hati berhubung keputusan PRU13 Ahad lepas.

Di sebalik pelbagai tuduhan seperti isu dakwat kekal, pengundi hantu, orangasing diguna sebagai pengundi dan bekalan elektrik terputus, Abdul Aziz berkatabeliau yakin PRU13 berlangsung secara bersih serta teratur, dan SPR sama sekalitidak terbabit membantu mana-mana pihak memenangi pengundian.

"Saya ingin nyatakan bahawa pilihan raya yang diadakan adalah begitu saksama, yang menang bukan sebab ditolong SPR, dan yang kalah bukan kerana tidak dibantu SPR, yang menentukan kalah menang di Malaysia ialah pengundi berdaftar yang mengundi," katanya.

Berdasarkan rekod, jumlah tertinggi petisyen berhubung keputusan PRU yang diterima SPR ialah pada 1999 iaitu 40 diikuti lebih 30 petisyen pada 2004.

Jumlah petisyen menurun kepada 26 pada 2008, walaupun ketika itu berlaku tsunami politik yang tidak berpihak kepada Barisan Nasional.



[Sumber]

Wednesday, 8 May 2013

WAWANCARA ANWAR: TUBUH RCI PENGUNDI INDIA MUSLIM BERKULIT BANGLA


Tiada lagi projek 16 September


"Projek 16 September" tidak akan berlaku sekali lagi, sebaliknya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, apa yang menjadi keutamaannya kini ialah memenuhi permintaan rakyat untuk memastikan pilihan raya di negara ini bersih dan adil.

Apakah anda sudah lupa pergaduhan Anwar dengan Jutawan John Soh yang memberikan sekurang-kurangnya RM300 Juta untuk membeli YB-YB BN pada tahun 2008? Kata Anwar kepada John Soh, "Kamulah yang menyebabkan aku gagal membeli YB-YB BN!". Dijawab dengan nada tengking kepada Anwar, "Kenapa kamu tidak gunakan wang kamu sendiri berbillion ringgit di luar negara? Kembalikan wang aku...". Anwar terdiam.

Adakah kamu tahu kenapa Anwar tidak guna wang dia sendiri yang disimpan di luar negara? Sebabnya wang-wang itu dalam bentuk not-not RM500 dan RM1000 bernilai lebih RM3 Billion yang Anwar tidak dapat gunakan kerana not-not itu tidak laku di Malaysia! Sebab itulah Anwar berjanji manis kepada Jutawan John Soh!

Menurut Anwar, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak telah menang dalam pilihan raya kali ini dengan penipuan apabila terdapat beberapa dakwaan mengenai "pengundi hantu" serta pembelian undi semasa hari mengundi.

Anwar memang benar bahawa terdapat penipuan undi di Gelang Patah di mana pengundi-pengundi Cina yang tidak tahu berbahasa Malaysia tetapi mengundi? Apakah mereka ini Cina Taiwan? Cina Hong Kong? atau Cina Singapura yang diberikan IC orang Cina Malaysia yang sudah mati yang tidak didaftarkan! Anwar kena perjelaskan isu ini! Kita setuju memang berlaku penipuan seperti ini!

"Tidak (akan berlaku 16 September). Tetapi untuk masa sekarang kamu (kerajaan) perlu memenuhi kehendak rakyat. Kamu (kerajaan) telah curi pilihan raya ini daripada rakyat.

Benar kata Anwar, kamu kerajaan Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan mesti menunaikan janji-janji manis kamu kepada rakyat. Terutama janji-janji manis PRU-12 yang belum selesai seperti wang saguhati setiap bulan kepada ibu tunggal, mahasiswa dan menurunkan sewa rumah kerajaan negeri. Atau hapuskan saja sewa rumah itu! Saya setuju dengan Anwar supaya janji kerajaan Pulau Pinang membuat Tol bawah dasar laut disegerakan, dan janji membina lebuh raya percuma di Kelantan dibuat sekarang ini. Kamu mesti memenuhi kehendak rakyat kata Anwar kepada kerajaan Selangor, Penang dan Kelantan!

"Dan kita mahu, kerajaan sekarang menerima kenyataan bahawa kesahan penubuhan kerajaan mereka akan dipersoalkan. Mereka harus mempertimbangkan untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Pilihan Raya yang bersih dan adil.

Kita rakyat Malaysia bersetuju ditubuhkan RCI mengapa Anwar dan Pakatan menghalang warganegara Malaysia hanya kerana dijadikan oleh Allah SWT berkulit Hitam mengundi dan menuduh mereka orang Bangla? RCI SPR perlu ditubuhkan mengapa warganegara Malaysia keturunan India Muslim yang dipukul, dikurung, diherdik dan dihalang mengundi gara-gara warna kulit mereka gelap seperti orang India dan Bangla!

RCI juga mesti menyiasat terdapat insiden di mana berita Anwar mengarahkan pasukan PKRnya membayar orang Bangla, menghantar mereka ke Pusat Mengundi, memberikan mereka wang ringgit, menyuruh mereka berbaris, dilakukan secara Serentak di seluruh negara....dan tiba-tiba pasukan PKR Anwar berlakon di depan Kamera dan Wartawan kononnya semua itu pengundi hantu. Memang benarlah mereka pengundi hantu, masalahnya mereka dibawa oleh PKR sendiri!!!

"Ini bukan mengenai politik tetapi rakyat amat mahukan perubahan. Mereka berharap dan berdoa tentang suatu jangkaan yang sah daripada rakyat," katanya dalam temubual bersama Malaysiakini.

Rakyat berharap dan berdoa supaya Anwar bin Ibrahim menerimalah Ketentuan Allah SWT bahawa manusia boleh merancang untuk menang pilihanraya, tetapi Allah juga yang menentukannya. Rakyat berharap Anwar bin Ibrahim mencontohi Hj. Hadi Awang yang menyeru ahli-ahli PAS menerima keputusan PRU13 dengan hati yang terbuka. Itu sindiran Hj. Hadi kepada Anwar supaya terimalah dengan hati terbuka, bukan dengan hati tertutup!

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah tentang kemungkinan berlakunya projek 16 September seperti pada tahun 2008 sekali lagi.

Pada 2008, Anwar membuat pengumuman akan berlaku perubahan kuasa pada 16 September apabila seramai 30 ahli parlimen BN didakwa akan menyertai Pakatan. 


'Keputusan amat menyedihkan saya'
Sementara itu, ketika mengulas mengenai kenyataan Najib tentang "perdamaian nasional" serta "tsunami Cina", Anwar berkata, ia seolah-olah menunjukkan tanda "bermurah hati" kerajaan kepada rakyat.

Anwar tak tahukah PM Najib seorang yang pemurah hati, walaupun masyarakat Cina berjaya dihasut oleh Cauvunis dan Ekstrimis DAP serta tipuhelah Anwar,tetapi PM Najib tetap meluluskan peruntukan membina sekolah jenis kebangsaan, membayar gaji mereka dan sebagainya. Bukan seperti Anwar, semasa Anwar menjadi Menteri Pelajaran tidak mengiktiraf keputusan pendidikan Cina, tidak meluluskan peruntukan kepada sekolah Cina, tidak mengiktiraf Sijil dan Diploma dari pendidikan Taiwan, menukar Gurubesar dan Pengetua Cina di sekolah-sekolah Cina. Orang Cina sudah lupakah itu peristiwa?

Sebaliknya, Anwar berkata, Najib menyalahkan kaum Cina apabila mengatakan berlakunya "Tsunami Cina" selepas mengetahui keputusan pilihan raya umum semalam.

"Itu mungkin nak tunjukkan tanda-tanda bermurah hati tetapi itu bercanggah dengan diri dia apabila mempersalahkan (kekurangan undi BN) akibat tsunami Cina.

Ulangan pertama : Anwar tak tahukah PM Najib seorang yang pemurah hati, walaupun masyarakat Cina berjaya dihasut oleh Cauvunis dan Ekstrimis DAP serta tipuhelah Anwar,tetapi PM Najib tetap meluluskan peruntukan membina sekolah jenis kebangsaan, membayar gaji mereka dan sebagainya. Bukan seperti Anwar, semasa Anwar menjadi Menteri Pelajaran tidak mengiktiraf keputusan pendidikan Cina, tidak meluluskan peruntukan kepada sekolah Cina, tidak mengiktiraf Sijil dan Diploma dari pendidikan Taiwan, menukar Gurubesar dan Pengetua Cina di sekolah-sekolah Cina. Orang Cina sudah lupakah itu peristiwa?

"Dia sepatutnya memahami apa masyarakat Cina mahukan dan kenapa kamu tidak boleh menghadapi isu ini.

Ulangan kedua: Anwar tak tahukah PM Najib seorang yang pemurah hati, walaupun masyarakat Cina berjaya dihasut oleh Cauvunis dan Ekstrimis DAP serta tipuhelah Anwar, tetapi PM Najib tetap meluluskan peruntukan membina sekolah jenis kebangsaan, membayar gaji mereka dan sebagainya. Bukan seperti Anwar, semasa Anwar menjadi Menteri Pelajaran tidak mengiktiraf keputusan pendidikan Cina, tidak meluluskan peruntukan kepada sekolah Cina, tidak mengiktiraf Sijil dan Diploma dari pendidikan Taiwan, menukar Gurubesar dan Pengetua Cina di sekolah-sekolah Cina. Orang Cina sudah lupakah itu peristiwa?

"Saya kesal kerana dia (Najib) membawa isu perkauman. Perkara ini tidak benar dan 'nakal'. Saya tidak akan mendukung aliran perkauman dan budaya (perkauman) ini. Sifat tidak mewakili budaya Melayu dan Islam," katanya.

Pak Syeikh Anwar Al-Juburi (meminjam kata-kata Mat Sabu, dengan izin)...sila hormat sikit. Jangan guna kata ganti nama "dia"...hormat sikit ya. Kena panggil YAB Datuk Seri Najib atau kata gantinama diri ketiga "beliau" untuk orang kenamaan. Hang tak lulus Bahasa Melayu kah masa Tahun 5 (Ujian Penilaian Darjah 5/ hari ini dikenali sebagai UPSR)

Selain itu dalam temubual itu juga, Anwar turut melahirkan kekecewaan dan sedihnya tentang keputusan pilihan raya umum semalam.

Beliau bagaimanapun tidak akan berputus asa, sebaliknya akan terus berusaha bagi mengembalikan kepercayaan rakyat bersama Pakatan.

"Ia amat menyedihkan saya. Tidak dapat digambarkan kekecewaan ini.

Pengajaran : Semasa Rasulullah wafat, Saidina Umar Al-Khatab tidak dapat menerima kemangkatan Baginda Rasulullah SAW. Sambil memegang pedangnya, Saidina Umar Al-Khatab berkata, "sesiapa yang berkata Rasulullah SAW wafat, saya akan pancung dia!". Melihat hal ini, Saidina Abu Bakar menenangkan Saidina Umar seraya berkata, Baginda Rasulullah SAW memang sudah wafat, barulah Saidina Umar tenang dan menerima berita tersebut. Saidina Umar Al-Khatab memang seorang yang ditakuti,malah jika dia marah syaitan-syaitan yang ada di sekelilingnya pun lari lintang-pungkang. 

(Tuan-tuan Ustaz, jika saya salah/silap fakta dalam tafsiran sirah Rasulullah ini tolong betulkan. Terima kasih)

"Ya (Pakatan akan kekal bersama). Saya lihat Terengganu juga berpotensi. Kita akan pergi kepada proses dan akan mendesak untuk mempunyai satu sistem pilihan raya yang benar dan bebas," katanya lagi.

Akhirnya, Anwar bin Ibrahim kembali Berbohong dan Menipu rakyat Malaysia. Katanya dua bulan dulu dan empat bulan dulu bahawa jika Pakatan kalah dalam PRU13 ini, dia akan bersara dan kembali ke Tanah Air Keduanya di Amerika sebagai Pensyarah. Nampaknya, dalam umur 65 tahun, Anwar Ibrahim masih bernafsu 40 tahun, melihat Terengganu pula sebagai dara manis. Nafsu oh Nafsu!

Sila baca wawancara yang sudah pasti telah diedit di http://www.malaysiakini.com/news/229343

***Ini adalah bentuk wawancara selepas PRU-13. Jangan persoal bagaimana saya tahu, sebab saya tahu sangat Anwar bin Ibrahim.

Tuesday, 7 May 2013

EKSKLUSIF TEMURAMAH LUAR BIASA BERSAMA ANWAR


Anwar mahu selesai isu penipuan pilihan raya dulu




Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan menimbangkan mengenai persaraannya daripada politik selepas menyelesaikan isu penipuan dan penyelewengan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya umum ke-13.  

Persoalannya, siapa yang menipu dan siapa yang menyeleweng? Siapa yang menipu kononnya akan ada kerajaan baru pada 16 September 2008? Siapa yang menipu Cipta surat Ulama Dr. Yusof Qardawi yang dikarang entah oleh Anwar sendiri! Siapa yang menipu rakyat Malaysia kononnya ramai pengundi hantu Bangla walhal mereka adalah keturunan India Muslim seperti Anwar juga! Bukanlah menghairankan kalau Anwar sendiri yang mengupah bangla-bangla itu supaya berlakon berbaris, menaiki bas dan beri IC Palsu, kemudian menganiaya mereka pura-pura menuduh mereka pengundi hantu! Cara Anwar menipu sangat mudah difahami!!!

Katanya, beliau memutuskan demikian kerana beranggapan bahawa perjalanan pilihan raya kali ini telah "dicuri" daripada rakyat melalui proses penipuan.  


Berita Harian melaporkan hari ini, beberapa rakyat Malaysia yang berkulit hitam, gelap dan seakan-akan Bangla telah ditahan hampir setengah jam oleh penyokong PKR. Amat mengejutkan sekali kerana apabila keluarga pengundi tadi datang menerangkan mereka adalah rakyat Malaysia keturunan India Muslim, barulah penyokong tegar PKR melepaskannya. Paling mengejutkan pengundi yang disangka Bangla itu disogok pula dengan wang RM50.00 supaya menutup mulut!...Anwar Anwar inikah yang kau maksudkan penipuan itu? Siapa yang buat pak syeikh Anwar?

Peristiwa itu begini, "Seorang pemuda lembam cedera ringan dipukul beberapa lelaki disyaki penyokong pembangkang kerana menuduhnya sebagai warga Bangladesh yang ingin mengundi. 

Kamal Krishnan @ Mohd Nizam, 33 yang menetap di Taman Kuala Selangor Jaya yang tiba untuk membuat pengesahan mengundi di Sekolah Rendah Agama Kuala Selangor, didatangi sekumpulan pemuda yang menuduhnya sebagai 'pengundi hantu'. 


Abang mangsa, Zulkifi Mohd Nizam, 36, mendakwa adiknya yang mengalami kecacatan mental itu, tidak mampu berbuat apa-apa ketika diserbu dan kad pengenalannya dirampas. Baca lanjut di http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PRU13_Pemudalembamdiserang_disangkawargaBangladesh/Article/

Kata Anwar semasa diwawancara..."Pendirian saya sama. Saya ada mendapat tawaran untuk mengajar di beberapa universiti utama. Saya masih fikir. Tapi saya nak selesaikan penipuan ini. (Ia) belum selesai. Saya dah menang. Pilihan raya ini sudah dimenangi oleh Pakatan Rakyat. 
NONE"Saya rasa apa yang perlu diperjelaskan sekarang ini ialah, pilihan raya ini telah dicuri melalui proses penipuan. Kerana mengikut proses yang biasa dan yang adil, kita sudah menang. Hampir mustahil (kalah) kalau dilihat dari sambutan yang ada. 

Anwar Ibrahim buta tidak nampakkah di mana-mana DS Najib pergi beribu-ribu rakyat hadir bersamanya, menyokong Najib dan mengundi Najib (BN). Satu perkara yang Anwar gagal atau tidak belajar ialah pengundi "silent majority". 

Pengundi-pengundi BN ini tidak suka kepada berkonvoi-konvoi menunjuk-nunjuk ramainya orang datang walaupun diangkut dari satu kawasan ke satu kawasan. Contohnya di Putrajaya, penyokong pakatan yang sama di Lembah Pantai diangkut ke Putrajaya, malangnya mereka bukan pengundi Putrajaya, mereka ada "peramai"(penonton) sahaja! Pengundi di Putrajaya dia diam dan tidak suka menunjuk-nunjuk. Sebab itulah Husam kalah, Anwar perasan saja Husam akan menang hanya kerana ramainya orang!


Beliau yakin bahawa kemenangan pilihan raya kali ini telah dicuri memandangkan momentum yang berlaku dibeberapa kawasan yang beliau kunjungi. 


Yang tersirat ialah, semasa di Pulau Pinang, Anwar diminta meninggalkan Masjid Jamek Teluk Bahang, Pulau Pinang setelah selesai menunaikan solat maghrib ketika cuba memberi tazkirah politik di masjid itu. Beberapa ahli jawatankuasa yang tidak selesa dengan tindakan Anwar itu kemudiannya meminta beliau meninggalkan masjid tersebut.

Anwar tidak dapat menerima hakikat, meskipun dapat mengekalkan  Permatang Pauh, tetapi menyaksikan sokongan terhadap beliau merosot majoriti 11,721 undi berbanding pilihan raya kecil 2008 dengan majoriti 15,671 undi.
Turut tidak terkecuali Nurul Izzah memperoleh majoriti tipis 1,847 undi berbanding PRU 2008 dengan majoriti 2,895 undi.

"Orang yang hadir bertepuk tangan bukan dapat bayaran atau dapat BR1M. Mereka datang dan beri sokongan dengan penuh perasaan," katanya.

Anwar yang berpakaian serba hitam sebagai tanda 'perkabungan' ke atas demokrasi hari ini berkata beliau dapat merasakan bahawa rakyat kecewa dengan keputusan pilihan raya kali ini. 

Persoalannya, rakyat yang kecewa atau Anwar Ibrahim yang kecewa? Siapa tidak ingin menerima hakikat dan dalam Islam inilah Qada dan Qadar Allah SWT. Kata Ustaz ustaz Syeikh Nuruddin Marbu AL Banjari AL Makki bahawa mereka yang menang hendaklah menunaikan tanggungjawab kerana akan ditanya oleh Allah SWT kelak, manakala mereka yang kalah hendaklah menerima kekalahan dengan hati terbuka. Yang kalah katanya lagi ucapakanlah tahniah kepada yang menang. (Radio Ikim)
"Saya tahu tentang sentimen kerana saya telah berkempen dengan bersungguh-sungguh. 

"Saya rasa sedih (dengan keputusan pilihan raya). Saya boleh gambarkan kekecewaan rakyat berdasarkan ceramah yang saya pergi di seluruh negara," katanya.


Yang tidak dinyatakan Anwar ialah, apakah kamu jujur di antara kata-katamu dengan perbuatanmu. Semasa di Tawau, Anwar Ibrahim langsung tidak memperdulikan calon-calon PAS ketika sama-sama di atas pentas berbanding layanan Anwar ke atas Calon DAP dan PKR. Apa maknanya?

Apakah Anwar bersedih kerana kekalahan Mat Sabu, Husam, Saifudin Nasution, Dr. Muhd. Nor Manuty, Aziz Bari, Chua Jui Meng, Lajim Ukin setelah melabur sekian banyak!


Anwar sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk meninggalkan dunia politik dan kembali mengajar sekiranya Pakatan gagal menguasai Putrajaya. NONEPada 2006, Anwar pernah menjadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.

mengakui bahawa beliau sangat menghargai masa bersama keluarga semasa beliau mengajar di Amerika Syarikat. 

"Apabila saya mengajar di Amerika Syarikat, mereka (keluarga) adalah masa yang terbaik untuk saya bersama Wan Azizah (Wan Ismail) dan keluarga," katanya.

Dalam temubual itu lagi, Anwar yang kelihatan letih juga berkata PKR mungkin akan mengemukakan petisyen pilihan raya berdasarkan keputusan yang mencurigakan di beberapa kerusi. 

Katanya, beliau percaya calon PKR di kerusi Beaufort Datuk Lajim Ukin tewas akibat terdapat sogokan terhadap pengundi di kawasan itu. 

"Saya telah tegaskan ada isu kesahihan dalam keputusan pilihan raya. Terdapat bukti penipuan yang jelas. Terdapat kawasan-kawasan yang kita ada bukti. Kita tidak akan menerima keputusan ini. Kita akan berbuat sesuatu.  


Anwar bercakap pasal Lajim, orang Sabah akan ketawa terbahak-bahak bila sebut nama Lajim! Apakah Lajim seorang yang berintegriti tinggi bila disumbat dengan juta wang ringgit di depannya? Lajim ketika mudanya dibeli oleh Anwar (1994) untuk menjatuhkan Kerajaan Demokratik PBS, tiada siapa boleh menafikannya di Sabah! Dan apakah peristiwa Lajim keluar lagi kali kedua hanya dengan air liur Anwar Ibrahim?

Kata Anwar dengan kecewa mendalam, "Saya tak percaya Lajim kalah. Tetapi saya faham tentang Wilfred Bumburing (Tuaran) yang terdapat perselisihan isu dalaman. Lajim saya percaya ada sogokan dan kami akan terus mengkaji tentang perkara itu dan akan lihat sama ada ada keperluan untuk memfailkan petisyen. 

"Kita tidak boleh terima proses ini. Penipuan dah begitu berleluasa. Mungkin salah satu pilihan raya yang paling teruk pernah kita jalankan," katanya lagi.


Akhirnya, selepas membuat petisyen dengan membayar wang pendaftaran di Mahkamah, membayar yuran guaman yang pastinya besar, menggunakan wang kerajaan Selangor agaknya, kes ini kemudian sengaja dipanjangkan ke 4 5 tahun dengan harapan Rakyat akan terbuai-buai dengan perkataan "petisyen" "kita ditipu" walhal Anwar lah yang menipu rakyat, menipu penyokongnya dan tidak dapat menerima Qada dan Qadar Allah SWT.

Nota : sila baca wawancara asal yang pastinya telah diedit di http://www.malaysiakini.com/news/229313 .

Wawancara bentuk baru ini merujuk kepada pandangan di luar kotak pemikiran biasa. Jangan tanya kenapa saya tahu, kerana saya tahu Anwar bin Ibrahim.

Selamat Membaca.