Monday, 22 April 2013

[TERKINI] #GE13: AURA DATO' SERI NAJIB MENYEMARAKKAN SEMANGAT RAKYAT DI SELAYANG #BN #BetterNation

Sekitar lawatan DS Najib di Bandar Baru Selayang, Selangor pagi tadi.

















Anak lelaki DS Najib, Nor Ashman turut hadir memberikan sokongan terhadap bapanya



DS Najib memang steady!


 BN for


Sunday, 21 April 2013

#GE13: Zul Noordin Gentleman Dah Minta Maaf. 'Maha Hebat' yang Lain Bila Lagi?? #TolakPR #BetterNation

Bermula dari hari pertama nama Zulkifli Noordin dinaikkan sebagai calon rakan BN untuk Parlimen Shah Alam, puak-puak pakatan mula mengorek segala masa silam beliau untuk mencari poin untuk menjatuhkan beliau. Salah satu yang mereka kononnya berjaya temui adalah apabila Zul Noordin dikatakan telah menghina kaum India dan agama Hindu. 

Deii, itu cerita lama la. Masa tu Zul Noordin ahli PAS. Beliau pun dah sedar sekarang. Dah minta maaf pun atas kesilapan itu. So, no issue there. Everyone makes mistakes.

Tapi perkara yang menjadi isu di sini adalah puak penchacai pakatan hanya tahu mencari dan memperbesarkan kesilapan pihak lawan tanpa mencermin diri sendiri. Cuba fikirkan apa yang cuba disampaikan dalam grafik di bawah ini:



Bagaimana?

#GE13: Jenice Lee Kecewa dengan Kronisme DAP

Sidang media Jenice Lee di pusat penamaan calon Parlimen Pandan pada 20 April 2013



Penyandang kerusi DUN Teratai, Jenice Lee yang menyerahkan borang untuk bertanding sebagai calon Bebas mendakwa DAP mengamalkan sikap kronisme dalam pemilihan calon.

Beliau menyifatkan keputusan DAP meletakkan calon 'bidan terjun' di kerusi Teratai sebagai menguntungkan sesetengah pihak berbanding dirinya yang telah lima tahun berkhidmat untuk rakyat di kawasan itu.

Katanya pemilihan muka baru di DUN Teratai bukan berdasarkan amalan meritokrasi. Justeru jelas Jenice, keputusan untuk bertanding di kerusi berkenaan sebagai bantahan terhadap calon parti.

Lebih mengecewakan katanya, apabila beliau pernah menyuarakan bantahan terhadap calon berkenaan namun tidak dilayan.

"Perlu tanya orang atasan, sebab mereka lebih memihak kepada kroni daripada orang yang ada gerak kerja, rekod yang baik.

"Meeting, SMS tak ada orang jawab, call tak ada orang jawab, pergi jumpa tak jawab, sampai dah keluar surat khabar dia jumpa saya tapi tak cakap apa-apa," kata beliau kepada Antarapos.

Pada 15 Mac lalu, Jawatankuasa Disiplin DAP memanggil Jenice bersama Pembantu Khasnya, Lee Suan Ba bagi memberi keterangan atas dakwaan penyelewengan dan salah guna wang melibatkan peruntukan RM32,000 bagi membina dinding penahan di Taman Seraya, Cheras pada 2011.

Kerusi DUN Teratai menyaksikan pertembungan lima penjuru, tiga daripadanya calon Bebas.

Selain calon BN, Liew Pok Boon dan calon dari DAP, Tiew Way Keng, tiga calon Bebas lain turut dinamakan sebagai calon, penyandang DUN Teratai, Jenice Lee Ying Ha menggunakan lambang pokok, Lim Ah Chai dengan logo kunci dan Chin Kok Keong pula logo bunga.


[Sumber]

Panas #GE13! VIDEO KHALID SAMAD BIADAP KETIKA PENAMAAN CALON DI SHAH ALAM #TolakPR






Begini lah sikap sebenar si Khalid Samad yang telah disahkan oleh SPR adalah sebagai calon yang dipertandingkan didalam PRU-13 kali ini bagi Parlimen Shah Alam. 

Kononya , Pihak Polis telah menyekat sekumpulan penyokongnya untuk masuk ke kawasan pengumuman dibuat , sedangkan pihak polis telah pun memberikan garis panduan kepada setiap penyokong-penyokong parti dan menjadi satu perkara WAJIB kepada setiap ahli dan penyokong parti untuk mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.

Tengok lagak gaya mcm confodent menang di Khalid Samad ni. tapi mungkin dia terlupa bahawa rakan karibnya sendiri pun banyak buat taik jugak dalam pengurusan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang ketika ini sedang menangung hutang yang tinggi. 

Keadaan menjadi lebih tegang lagi apabila Khalid Samad ingin meninggalkan pentas pengumuman calon hanya kerana tidak berpuas hati dengan tindakan pihak polis yang melarang penyokongnya untuk terus masuk kekawasan pengumuman di buat. 

Kan ke tidak masuk akal langsung tindakan si Khalid Samad ni. Orang dah tetapkan 50 meter dari jarak pentas utama pengumuman dibuat , eh tak ... nak jugak kalauboleh semua penyokong PR kena ada betul2 berdepan dengan pentas utama. JANGAN berlagak samseng la Khalid Samad Oiiiii .... tengok pada gaya mcm confident jer ko leh menang dengan Zulkifli Noordin ... silap-silap keputusan boleh terbalik tau .. so jangan over confident sangat la.


RMK: Khalid Samad dari PAS ni, depan orang ramai pun biadap. Dalam majlis rasmi pula tu. Memang gaya macam samseng. Macam ni ke nak sambung  ladi satu penggal jadi Ahli Parlimen Shah Alam? Sebelum ini pun apa sumbangan dia kepada penduduk Shah Alam? Gadai kalimah 'Allah' ada lah! Pengundi Shah Alam diingatkan untuk mengundi degan bijak.

Saturday, 20 April 2013

GEMPAR #GE13! Penyokong Pembangkang Bertukar kepada Penyokong BN di Hadapan Mata! #TolakPR #BN #BetterNation

Hal ini berlaku di pusat penamaan calon di Shah Alam siang tadi. Tak percaya? Lihat di bawah:







Face it. Rakyat semakin sedar pihak mana yang mampu memberikan yang terbaik buat mereka.


BN for Better Nation!