Saturday, 13 April 2013

SKANDAL MUSTAFA ALI: SALAH UMNO? LOGIKKAH?



APA pun orang nak cakap pasal video seks terbaru membabitkan seorang pemimpin PAS ni, satu yang pasti, UMNO tidak terlibat.  Ini bukan style UMNO untuk menang pilihanraya sebab UMNO tak tahu pergerakan pemimpin PAS berkenaan pun.  Yang tahu hanyalah orang-orang berkaitan dengan dia.

Lama dah pemimpin berkenaan berjuang dalam PAS, dah bertanding berapa pilihanraya pun malah pernah jadi Exco Kanan negeri Terengganu, kenapa pula sekarang baru UMNO nak jatuhkan dia dengan cara ini?

Tak masuk akal dan tak logik langsung.

Dengan status pemimpin berkenaan sebagai antara penggerak usaha untuk menubuhkan kerajaan perpaduan dengan UMNO dulu, apa nak hairan kalau PKR terlibat dalam kerja-kerja macam ini.

Sebab itu kita yakin ini kerja orang dalam parti dia jugak.  Orang yang mengidam untuk menguasai PAS dari dalam.  PAS penting sebab sokongan akar umbi parti ini paling kuat antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan haram.  DAP dengan PKR pun tak punya gerak kerja sekuat PAS.

Antara sebab kenapa PAS masih relevan dalam Pakatan walaupun sering buat kenyataan yang memburukkan lagi Pakatan, ialah sebab inilah (akar umbi kuat).

Perkembangan terbaru yang menarik, PAS sekarang sedang main lagu lama untuk nafikan kaitan pemimpin berkenaan dalam video tersebut.  Pagi-pagi buta lagi ada media pro Pakatan yang mengambil kenyataan isteri pemimpin berkenaan dan buat penafian.

Dia sendiri pun tak tengok lagi video itu, portal berita berkenaan dah heret bini dia pulak.

Ini modus operandi yang biasa pembangkang setiap kali berhadapan dengan isu yang macam ini. Sama macam kes Anwar, seret Wan Azizah dulu.  Agaknya firma-firma penasihat yahudi yang dibayar untuk menasihati Pakatan ini bagi nasihat yang sama jugak untuk handle kes macam ini.


Sumber: TWH

Friday, 12 April 2013

Edisi 'Chill': Pendekar Mustar Masuk PAS


Ini COBAANNN~

KOMEN MUSTAFA ALI TERHADAP SKANDALNYA


Saya tidak mahu jawab, serah kepada peguam - Mustafa

Harakahdaily,12 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar)berkata, beliau tidak akan menjawab sebarang pertanyaan mengenai video lucah yang diedarkan.

Dalam satu kenyataan ringkasnya kepada Harakahdaily, Mustafa berkata, "Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan."

Beliau dipercayai merujuk kepada video lucah yang disebarkan melalui beberapa blog Umno sejak lewat petang semalam.

Ulasan dalam blog itu mengatakan, kononnya ia dibuat oleh rakan PAS dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR.








KENYATAAN MEDIA

Saya tidak akan menjawab sebarang petanyaan mengenai isu yang diperkatakan. Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan.


Datuk Mustafa Ali
Setiausaha Agung.


Sumber: Harakah Daily




DAH CUAK?


SKANDAL MUSTAFA ALI: SIAPA PULA HENDAK KAJI VIDEO SEKS SETIAUSAHA AGUNG PAS NI??



PERNAH satu ketika dahulu, Mustafa Ali diminta mengulas tentang kewujudan dan kesahihan video seks Anwar Ibrahim bersama ChinaDoll yang telah didedahkan oleh Trio Datuk T.  Begitu bersungguh Setiausaha Agung PAS ini menafikan individu dalam rakaman terbabit bukannya Anwar Ibrahim, dan turut memfitnah bahawa ini adalah kerja jahat UMNO dalam merosakkan imej Ketua Umum PKR itu.

Namun langit tidak selalunya cerah. Kali ini Mustafa Ali terperangkap dengan permainannya sendiri. Kali ini rakaman aksi Mustafa Ali bersama seorang wanita di dalam bilik hotel telah disebarkan oleh ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) di salah sebuah negeri di Pantai Timur kepada orang ramai.

Perkara ini tercetus akibat rasa kurang senang Anwar Ibrahim apabila Mustafa Ali mencadangkan kepada Hadi Awang supaya memujuk kembali Nasha dan Hassan Ali kembali kepada PAS menjelang PRU ini. Apabila Anwar mendapat tahu sahaja rancangan mereka, maka dikerahkan AMK untuk memasang camera tersembunyi didalam bilik hotel terbabit. 


Tetap nak salahkan UMNO dalam hal ni? Korang yang dapat sedap, nama busuk bagi kat UMNO. Adakah isu moral para pemimpin yang hendak memimpin Malaysia tidak diambil berat langsung? Fikirkanlah wahai rakyat Malaysia, ini negara Islam, agama rasmi Malaysia masih agama Islam, adakah kes moral seperti ini adalah sebahagian dari Islam?

Bukan UMNO yang dedahkan rakaman ini tetapi AMK, jadi kesalahan jangan terus dituduh kepada UMNO. Dua orang ahli AMK juga telah ditahan dan disoal siasat malah mereka diupah oleh orang atasan parti untuk edarkan cd tersebut.


Rasanya kalau ikut dari kata Hadi Awang, "Islam benar aibkan pemimpin", jadi tidak salahlah tindakan AMK yang sebarkan rakaman video tersebut kepada umum kerana telah bersanadkan kepada kata-kata Hadi Awang. Salah UMNO lagi ke?

Seperti juga kes rakaman aksi Anwar dan ChinaDoll, Mustafa Ali pernah berkata yang jika tidak mempunyai 4 orang saksi yang credible maka saksi itu tidak layak menjadi saksi. Dan rakaman video tersebut itu juga tidak boleh dijadikan saksi kerana rakaman itu BESI bak kata Nik Aziz. Salah UMNO lagi?

Jadi siapa pula kali ini yang hendak mengkaji rakaman video Mustafa Ali ini?


RMK: Satu persatu skandal pemimpim pembangkang terbongkar. Allah nak tunjuk.