KUALA LUMPUR: Pemilik blog Papa Gomo akan bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presiden Pertubuhan Nadi Rakyat, Mohamad Rafi Awang Kechik yang mewakili pemilik blog itu berkata demikian kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohamad Rafi berkata, Papa Gomo sedia bertanding di mana-mana kawasan yang akan ditandingi Anwar.
Identiti sebenar individu yang dikenali sebagai Papa Gomo akan didedahkan pada hari penamaan calon nanti, katanya.
Blog Papa Gomo sering mendedahkan dakwaan salah laku pemimpin pembangkang.
Sebelum ini RMK pernah post entri berkenaan dengan penyelewengan Ahli Parlimen Kuala Langat, YB Abdullah Sani [MP Kuala Langat Main Kotor]. Sekarang terbukti beliau semakin tidak diterima rakyat Kuala Langat.
Penuh hingga ke luar khemah
Dan Dr. Yunus, ADUN Sijangkang pasti tak senang duduk dibuatnya apabila mendapati hampir 1500 orang membanjiri padang awam di pekan Telok Panglima Garang pada petang ini (7 April 2013). Luar biasa sambutan yang diberikan. Bukti menunjukkan bahawa mereka semua MENOLAK pimpinan PAS di DUN Sijangkang juga MENOLAK pimpinan PR di Parlimen Kuala Langat.
Semuanya terbukti sudah melalui video ini. Apa sebenarnya karakter Nik Nazmi Nik Ahmad, ADUN Seri Setia yang pernah menjadi Setpol Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim. Beliau juga merupakan anak didik tak lain tak bukan si Anwar Ibrahim.
Rakaman di bawah dibuat semasa mesyuarat tertutup untuk membincangkan isu jambatan besi di Petaling Jaya yang dihadiri oleh wakil ahli-ahli Parlimen, wakil pemaju PJCC, wakil konsesi lebuhraya NPE dan ahli majlis Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ).
Sudah jelas terbukti dalam video ini bagaimana Nik Nazmi telah:
1. Tunduk kepada tuntutan pemaju (NPE) untuk merobohkan jambatan dan membiarkan rakyat merana dengan bayaran tol.
2. Menghina agama Hindu dengan panggilan seperti "kuil bawah pokok".
3. Menghina rakyat dengan meminta agar butiran mesyuarat ini tidak keluar kepada pengetahuan umum.
Penduduk mahukan jambatan itu kekal. Namun Nik Nazmi teguh dengan pendirian peribadi beliau mahukan jambatan itu dirobohkan. Anda boleh lihat sendiri bagaimana beliau tidak mempedulikan keperluan dan kebajikan rakyat. Pakatan pembangkang sibuk meuar-uarkan di sana sini mereka parti berkebajikan dan mengutamakan rakyat. Tetapi di manakah suara rakyat dalam isu ini?
Dan jangan terlepas pandang cara Nik Nazmi dengan angkuhnya menidakkan hujah yang diketengahkan oleh ahli mesyuarat yang lain sehingga mencetuskan pertelingkahan. Mana dia keadilan yang digembar-gemburkan itu? Cakap tak serupa bikin!
Isu kuil juga disentuh dalam video tersebut. Anda boleh lihat sendiri bagaimana Nik Nazmi memperlekehkan kuil Hindu yang dibina di bawah pokok di kawasan itu. "Kuil di bawah pokok. I am not so interested," katanya. Ini datang dari mulut pihak parti yang giat memperjuangkan kesamarataan semua agama? Kata pentingkan keharmonian antara kaum? Depan cakap lain, belakang cakap lain?
Lidah bercabang.
Anda nilaikan sendiri. Jangan tersilap pilih lagi dalam PRU13 ini.