Wednesday, 20 March 2013

Pehin Sri Taib Mahmud Memang Steady!


Artikel MyMassa:

Semalam kecoh dalam media sosial pasal video beberapa orang 'sepupu' Pehin Sri Taib Mahmud kononnya menawarkan salah guna kuasa Ketua Menteri Sarawak.

Kehebatan pembangkang menggerakkan jentera siber mereka sehingga isu seperti ini menjadi trending di Twitter. Tetapi tidak adil jika mereka hanya menyiarkan video tersebut tanpa adalah jawapan balas daripada Ketua Menteri Sarawak. Berikut adalah jawapan Pehin Sri.

 

Dalam hal ini, MyMassa ucapkan tahniah kepada Malaysian Insider yang lebih telus kerana berani mengeluarkan jawapan Pehin Sri Taib Mahmud. 
Taib tolak pendedahan video, kata sepupu ‘tidak boleh dipercayai’ 

KUALA LUMPUR, 19 Mac — Tan Sri Abdul Taib Mahmud mendakwa sepupunya dan mereka yang lain terlibat dalam pendedahan bukti video oleh pejuang alam sekitar telah menawarkan diri mereka sebagai ejennya untuk mendapatkan ganjaran. 

"Ok saya lihat yang dikatakan adalah bukti. Bukankah itu seseorang yang cuba untuk menawarkan diri mereka sebagai egen untuk mendapatkan ganjaran daripada saya? 

"Ia tiada kena mengena dengan saya. Saya rasa mereka sedikit nakal. Mereka menggunakan kuasa untuk memburukkan nama saya," kata ketua menteri Sarawak selepas ditanya oleh wartawan di ibu negeri tersebut di Kuching tengahari ini. 

Klip videonya disiarkan di siaran berita Al-Jazeera jam 10 pagi tadi dan dimuat naik kedalam Youtube. 

Dalam penyiasatan yang dirahsiakan, Global Witness (GW) dalam video tersebut menyamar untuk berunding dengan sepupu Abdul Taib (gambar) dan beberapa orang untuk mendapatkan ribuan hektar tanah hutan, yang didakwa aktivis yang berpengkalan di London itu sebagai pendedahan rasuah secara sistematik di negeri terbesar Malaysia itu. 

Dalam video 16 minit tersebut, penyiasat GW itu menyamar menjadi pelabur luar, menunjukkan beberapa keratan video tentang perbualan dengan sepupu dan peguam Ketua Menteri Sarawak, untuk membeli tanah dengan keuntungan di mana akan menyebabkan orang asal di kawasan tersebut akan kehilangan tanah. 

Dalam perbualan yang dirakamkan dengan Fatimah Abdul Rahman dan Norlia Abdul Rahman, yang merupakan anak kepada bekas ketua menteri Tan Sri Abdul Rahman Ya'akub dan sepupu kepada ketua menteri - memberitahu bagaimana perniagaan berjalan di Sarawak untuk memperkayakan golongan elit. 

Bagi menjawab dakwaan tersebut, Taib berkata orang awam pada awalnya patut mengetahui tentang hubungan beliau dengan sepupunya itu. 

"Siasatlah hubungan antara bapa saya dengan dia. Adakah ia baik atau tidak? 

"Kami pernah bergaduh sekali jadi sepupu tidak boleh dipercayai. Jika kamu mahu cipta sesuatu carilah sesuatu yang lebih sahih. 

"Mereka cuba perangkap seseorang seperti saya... daripada bukti ia boleh ditafsirkan sedemikian." 

Pada tahun 1987, Abdul Rahman, yang telah bersara sebagai ketua menteri pada tahun 1981 berhadapan cabaran besar dalam politik dengan anak saudaranya, Taib. 

Abdul Rahman membentuk Permas untuk mencabar Taib tetapi kalah dalam pilihan raya negeri pada tahun itu.

MyMassa harap lebih ramai rakan siber yang membantu BN Sarawak menyebarkan jawapan Pehin Sri ini untuk menjawab video yang sebelumnya.

Untuk makluman pembaca, hubungan Pehin Sri dengan Tun Abdul Rahman pernah retak sehingga Tun Rahman membentuk PERMAS. Tun Rahman juga pernah terlibat dalam peristiwa yang dikenali sebagai Ming Court Affair (1987) iaitu cubaan untuk menjatuhkan Ketua Menteri Sarawak oleh pakciknya sendiri.


Anak muda yang tidak tahu sejarah terutamanya sejarah politik Sarawak mudah percaya dengan bahan-bahan yang mereka jumpa di Internet. Sebelum mempercayai apa yang dikatakan oleh 'sepupu-sepupu' Pehin Sri, cuba kaji kembali adakah hubungan mereka betul-betul rapat?

*MyMassa suka tengok cara Ketua Menteri Sarawak jawab dengan media. Masih menjawab walaupun diterjah sebegitu rupa. Cuba kalau Anwar Ibrahim kena terjah macam tu, pasti macam ni lah jadinya.

PAS BUAT ONAR DI PERLIS!


PAS PERLIS TERDESAK.....................!!!!!


Risalah ini dikesan pengedarannya di beberapa taman di sekitar Kangar, Perlis termasuk Taman Desa Katong, hujung minggu lepas (15 Mac - 17 Mac 2013). Apa kejadahnya depa nak edar benda palsu ni, tak tau la! Sama ada depa puak Park Khatan ni nak memperbodohkan rakyat Perlis ka atau nak membingungkan penyokong-penyokong depa sendiri, wallahu'aklam......

Semua kenyataan yang dinyatakan di dalam risalah itu adalah tidak benar, langsung tidak tepat dan tidak menggambarkan intipati sepenuhnya daripada titah ucapan Tuanku. Tiada langsung satupun ayat-ayat pernyataan di dalam risalah itu, dititahkan oleh DYMM Pemangku Raja Perak semasa Majlis Wacana Perpaduan Ummah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 19 Februari, 2013 di Balai Budaya Tun Syed Nasir DBP, Kuala Lumpur. Ayat-ayat risalah itu telah direka dan diputar-belit oleh puak PAS melalui 'Harakahdaily' dan macam-macam lagi media Park Khatan.

Sebagai penjelasan kepada seluruh rakyat Perlis budiman, isu ini telahpun selesai diperdebatkan dan media PAS sendiri iaitu 'Harakahdaily' yang telah mengaku silap lantas menarik balik siaran artikel seperti di atas. Tak percaya, tak apa.... Sila rujuk lampiran di bawah.

Petikan Harakahdaily yang mula-mula, bertarikh 23 Februari 2013

Masuk faceBOOK jugak.......


Alih-alih, dah tau terkantoi, sehari selepas tu, tarik balik artikel dan mohon maaf.......

PAS Perlis ni, lambat 'pick-up' ka....????? Atau pun, tak dak modal dah nak cari publisiti murah??? Ka, memang gila glamour, nak dapat perhatian orang Perlis yang memang buat 'donno' kat depa....???? Sudah-sudah la.... Bo la weeiiii..... Cukup sampai di sini saja.....!!!! Lambat ampa ni.......!!!!!

Jangan puak-puak Park Khatan ni buat main-main dengan titah ucapan mana-mana Raja Berdaulat sekalipun. Tolong hormat dengan sebarang perutusan daripada Istana. Hormat juga dengan pendapat pemerintah negeri-negeri Beraja yang lain. Jangan malukan rakyat Perlis lain yang sangat menyanjung tinggi golongan Sultan dan Raja yang memerintah negeri masing-masing. Kita semua bernaung di bawah payung pemerintahan mereka dalam Negara Malaysia.

KERJA KAMI......

Pesanan kepada seluruh rakyat Perlis, yang ada terjumpa risalah kuning seperti di atas, sila ambil, kumpulkan dan diserahkan kepada Balai Polis berhampiran ampa, sekali dengan buat laporan  polis. AMARAN kepada puak-puak PAKATAN termasuk PAS, PKR, DAP, kita rakyat Perlis akan buat laporan polis yang ampa semua telah menghina dan mempermainkan Institusi DiRaja. Puak-puak BN, UMNO, PERKASA, TIBAI dan apa bala lagi tu pun, jangan duk nganga saja bila ada orang buat main-main dengan RAJA-RAJA MELAYU........ Sila tampil sama buat laporan polis.

INGAT MACAI PAKATAN : U ULANG, WE ALL SAMAN.......!!!!!!!

Sumber: Harum Perlis


RMK: Nampak sangat PAS sanggup buat apa saja untuk raih undi. Fitnah sana sini. Institusi Raja-Raja Melayu pun tak terlepas daripada fitnah PAS. Wahai PAS, matlamat tak menghalalkan cara!

Fitnah itu lebih besar dosanya daripada dosa membunuh (manusia yang tak bersalah), Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Berbuat fitnah lebih besar dosanya daripada membunuh.(Q.S. al-Baqarah: 217).

PAS kata dia parti Islam. Sudah-sudahla tu.

Update #LahadDatu: Operasi Membersih Kubu Pengganas Dijangka Tamat Hari Ini - Pesuruhjaya Polis Sabah


 Bertempur empat kali
Perisai berantai jenis ‘Adnan’ menuju ke Kampung Labian untuk memulakan operasi menggeledah kubu pengganas. Gambar kiri, pekerja ladang Felda Sahabat melambai ke arah anggota tentera yang bertugas di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, semalam. - Foto Fathil Asri

Lahad Datu: Empat pertempuran berlaku antara pengganas dan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi menggeledah dan menjejaki musuh di kawasan Tanjung Batu, kelmarin.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kematian membabitkan anggota pasukan keselamatan atau pihak musuh dilaporkan dalam pertempuran antara jam 8.05 pagi hingga 5 petang itu. 
Operasi selesai hari ini 
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata operasi menggeledah, menjejaki musuh dan membersih kubu pengganas di Tanjung Batu dijangka selesai hari ini.


“Kita percaya bilangan pengganas yang tinggal, kurang daripada 50 orang. Itu pun sudah berpecah dalam kumpulan kecil selepas operasi dilancarkan pasukan keselamatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Panglima 1 Divisyen Infantri Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di Felda Sahabat 16 dekat sini, semalam.

62 pengganas terbunuh 
Sehingga semalam, 62 pengganas ditembak mati dan 241 orang ditahan kerana memasuki kawasan zon merah serta pelbagai kesalahan lain.

Ahmad Zaki berkata, pasukan keselamatan mengukuhkan operasinya berikutan penggunaan kenderaan perisai berantai jenis Adnan di kawasan zon merah, sejak semalam.

Katanya, Adnan yang mempunyai kelengkapan persenjataan tinggi itu membolehkan pasukan keselamatan bergerak ke lebih banyak lokasi, khususnya meredah kawasan sukar dilalui anggota keselamatan yang dikenal pasti kemungkinan menjadi tempat persembunyian musuh.

“Alhamdulillah pagi ini (semalam) kenderaan perisai berantai mula masuk ke kawasan operasi termasuk Tanjung Batu. Operasi menggeledah giat dijalankan dengan bantuan kenderaan itu.

Guna perisai berantai

“Jadi, kita harap semua berjalan baik. Kita percaya dengan bantuan perisai berantai, lebih luas lokasi yang boleh diredah berbanding sebelumnya.

“Kita berdoa semoga dengan bantuan kenderaan itu membersih sepenuhnya kawasan berkenaan,” katanya.

Selain kelengkapan persenjataan, kenderaan perisai berantai jenis Adnan juga mampu memasuki kawasan berpaya, berbukit-bukau dan tanah lembut. - Berita Harian

Tahniah PM @NajibRazak! Program GTP, ETP Berjaya!


Program GTP, ETP berjaya
Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Kabinet memegang Laporan Program Transformasi Ekonomi dan Laporan Tahunan Program Transformasi Nasional di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Aizuddin Saad
Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak malam tadi membentangkan kejayaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang menjadi bukti iltizam kerajaan menepati janji untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Perdana Menteri berkata, kejayaan kedua-dua program transformasi yang dilaksanakan tiga tahun lalu itu menjadi asas utama untuk menyokong Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi. “Saya suka melaporkan, berkat kerjasama dan usaha gigih semua pihak, sama ada rakyat, pihak swasta, penjawat awam mahupun anggota pentadbiran, sebahagian besar matlamat yang dirancang berjaya dicapai,” katanya. 


Berucap membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Nasional, Najib berkata, kesan pelaksanaan transformasi itu, kualiti hidup rakyat semakin baik serta ekonomi negara kian makmur, manakala keadaan kewangan kerajaan terus bugar.

Beliau berkata, perancangan dan pelaksanaan GTP dan ETP adalah eksperimen paling berani yang pernah dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan di dunia dalam mengamalkan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban.

Perdana Menteri yakin rakyat bukan sekadar dapat melihat, mendengar dan menilai apa yang sudah berlaku, tetapi juga merasai kesannya.

Pilihan tepat 
Berikutan itu, Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi adalah medan kritikal untuk rakyat membuat pilihan tepat bersandarkan lima perkara utama yang bakal menentukan hala tuju negara bagi tempoh lima tahun akan datang.

Beliau berkata, pilihan cukup penting itu adalah mengenai kebolehpercayaan, harapan, masa depan, kelangsungan ceritera kejayaan Malay-sia dan janji ditepati.

“Rakyat Malaysia perlu memilih antara kerajaan hari ini yang telah membuktikan ia sebuah kerajaan boleh dipercayai, mendukung harapan, berusaha gigih mencipta masa depan lebih baik untuk anak Malaysia dan akan meneruskan dasar terbukti berjaya, atau pihak sebelah sana yang apabila bercakap ibarat lidah tidak bertulang, apabila diberi amanah pula mereka mengambil mudah.

“Kita juga bukan seperti mereka, apabila musim pilihan raya menerbitkan manifesto tetapi setelah menjadi kerajaan, janji itu dimungkiri. Sudahlah manifesto dibuat tidak ditunaikan, diterbitkan pula janji baru dalam bentuk Buku Jingga yang ternyata tidak dikaji dengan baik kemampuannya dan kesan kepada kewangan negara.

“Tidak cukup setakat itu, nampaknya belum lagi kering dakwat dokumen Buku Jingga, dikeluarkan pula manifesto baru. Pucuk pangkalnya, jika janji lama dimungkiri, janji baru yang dibuat hampir mustahil untuk ditunaikan.

“Maka, bolehkah rakyat berpegang kepada janji baru mereka? Adakah sebenarnya mereka boleh dipercayai? Mampukah kita mempertaruhkan harapan masa depan anak cucu kita kepada mereka? Walhal dengan rekod yang buruk, adakah kita yakin mereka mampu mencipta masa depan lebih baik?” katanya.

Justeru, Najib menyeru rakyat supaya memilih kerajaan yang transformatif, sekali gus menolak kerajaan yang memusnah dan akan meruntuhkan masa depan.

Elak bereksperimen

“Janganlah sesekali bereksperimen dengan masa depan kerana amat sukar untuk bangkit dan pulih daripada kepunahan sekiranya ia melanda akibat pilihan yang salah. Hakikatnya, kerajaan hari ini adalah kerajaan yang menjunjung kesejahteraan rakyat.

“Kerajaan ini ialah kerajaan bertanggungjawab, menepati janji dan meletakkan maslahah serta kesejahteraan rakyat di atas segala-galanya. 

“Sebab itu sebelum berjanji kepada rakyat, kita akan mengkaji adakah ia akan mendatangkan faedah dan tidak memudaratkan, sama ada untuk jangka pendek, sederhana atau panjang, selain adakah mampu untuk kita tunaikan. Bukan janji sekadar janji,” katanya. - Berita Harian


RMK: Nampak tak? Kerajaan persekutuan sekarang ni stabil. Tak perlu gamble-gamble nak cuba pemerintahan 'kerajaan baru'. Kita pun tak tahu apa agenda tersembunyi puak-puak sebelah sana tu. Jangan salah pilih.

Tuesday, 19 March 2013

KANDUNGAN MEMORANDUM BANTAHAN DATUM JELATEK KEPADA DYMM SULTAN SELANGOR

Sekitar demonstrasi aman petang tadi.





Berikut merupakan kandungan memorandum bantahan Datum Jelatek yang diserahkan kepada Sultan Selangor oleh Barisan Bertindak Datum Jelatek.









Kamonn Khalid. Dah sampai ke Sultan ni. Rakyat dah marah. Sila selesaikan isu ni!