Saturday 19 January 2013

NAMA ASAL ZAIRIL : CHRISTOPHER ROSS LIM

NAMA ASAL ZAIRIL : CHRISTOPHER ROSS LIM


Nama Sebenar
Tarikh Daftar 
Tarikh Pinda 
Nama Baru
Nama Ibu Sebenar
Nama Ayah
Sebenar
Negara Asal Lahir
Christopher Ross Lim
21.4.1997
23.6.1997
Zairil Khir Johari
Christine Lim @ Rose Christine Abdullah@Rose
Christine Khir Johari
Howard Lim
(Singapore)
Hawai, Amerika
Syarikat
Sehingga ke hari ini Zairil masih tidak mengaku beliau anak Cina Totok, istilah Cina di Indonesia disebut Cina Totok!  Lim Guan Eng juga berusaha menipu Hadi Awang, menipu Nik Aziz, menipu semua orang Islam bahawa ada Melayu Islam dalam CEC DAP (setelah kesilapan Suruhanjaya Pilihanraya DAP).

Prosedur yang ada sekarang ialah, Zairil yang mengaku Melayu itu hendaklah membuat ujian DNA untuk membuktikan beliau anak Howard Lim atau anak Mohd. Khir Johari!

Setujukah anda Zairil melakukan DNA untuk menjawab kebodohan kita yang diperbodoh-bodohkan oleh Lim Guan Eng kononnnya dia anak Melayu? 

Zairil mengundi di Bangkok Lane di DUN Pulau Tikus dan Parlimen Bukit Bendera!

Artikel selanjutnya, apakah Kewarganegaraan Howard Lim bapa sebenar Zairil? Jika bapanya Howard ahli PAP, maka segala Rahsia negara mudah disalurkan kepada negara luar? Nantikan artikel seterusnya...

Selamat berhari minggu.
 

Friday 18 January 2013

Cerpen Yang Mampu Mengalirkan Alir Mata.

RUMAH ALLAH ST. JOSEPH LIM GUAN ENG 20 OKTOBER 2027
Aku berjalan terhenjot-henjot, perlahan-lahan di tepi bahu Jalan Lim Guan Eng Street, ALor Setar. Bangunan pencakar langit melimpah-limpah dari hujung kampung ke hujung kedai, negariku ini benar-benar sudah berubah, di mana hilangnya bangunan tempat aku mengaji dulu, Madrasah Solihiyyah

Apa dah bertukar menjadi Shopping Complex. Ya sungguh cantik Shopping Complex itu kata hatiku "The Guan Eng Shopping Center" Alor Setar.

Di sekolah-sekolah berselang seli dengan sebuah rumah batu seperti gereja tertera papan tanda "Rumah Allah St. Joseph Lim Guan Eng". Hatiku berdebar-debar, semakin kencang, merah pipiku semakin marak. Aku tak tahu aku marah atau panas cuaca.

Tetiba seorang anak kecil berlari-lari anak dan terjatuh tersepak batu di hadapanku.

"Kenapa nak, mari atok tolong bangunkan", aku berusaha membantu.

ANAK TUHAN JESUS KONONNYA MENYELAMATKAN DALAM BUKU CERITA, PERISTIWA 20/10/2027

"Tak apa uncle, saya boleh bangun. Imam (Father) sudah tunggu di rumah Allah(Gereja)".

Aku termangu. Imam! Rumah Allah! Rumah Allah yang mana. Keliru.

Tiba-tiba bunyi loceng yang sangat kuat..ting ting ting ting ting ting ting ting ting ting ting ting ting...13 kali. Angka kesukaan Ortodok kataku. Aku tahu dulu aku belajar di West Ham ramai orang hitam di sana. Bukan Azan, Rumah Allah ada Loceng! Aku semakin keliru dunia baru ini.

Di tepi rumah Allah (gereja) itu, beberapa orang yang memakai baju putih dan hitam, yang wanitanya kelihatan seperti rahib-rahib di West Ham. Mereka menjual buku-buku, dan aku mencuri-curi pandang tajuk-tajuk buku mereka.

Hatiku semakin gamat panas dan membara. antara tajuk-tajuknya, Tuhan-Tuhan Jesus, anak-anak Tuhan Jesus, Bapak-Bapak Tuhan Jesus, Jesus-Allah, Allah, bunyi-bunyian, replika-replika, patung-patung Jesus semuanya bernamakan Allah. 

MP7, MP20, CD, DVD, Thumbdrive semuanya bertemakan Allah. Ada tajuk-tajuk "Yesus Allah", "Allah Our God" dan banyak lagi. Merah mata kemarahanku melihat-lihat semua itu seakan aku mau membakar semuanya.

Ya Allah Ya Tuhanku, ampuni dosa-dosa hambaMU ini, mengapa semua ini terjadi ya Allah. Astagfirullah Al Azim.

Kemudian saya menghampiri pondok bas. Di situ dua anak kecil berumur agak-agak 7 atau 8 tahun sedang bercerita. Si Cina bernama Harry Ah Chong di nametagnya, si Melayu bernama Aminah sahaja.
Sambung baca kat sini : http://mymassa.blogspot.com/2013/01/cerpen-allah-ini-menghiris-jantung-kita.html

Monday 31 December 2012

ISU KELAB MALAM DI SHAH ALAM: BLOGGERS PEMBANGKANG BANGANG! CUBA TUNJUK PANDAI TAPI SENDIRI KANTOI!

Ikuti pembongkaran terbaik dari blogger MiM!:


MiM merujuk kepada entri blogger otai pro-pembangkang daripada Pulau Pinang yang menuduh blogger pro-UMNO 

'kantoi' isu Kelab Malam yang beroperasi secara haram di Shah Alam, Selangor.

Di antara entrinya. Sila baca printscreen blogger itu di bawah : 




Selain daripada itu, blogger pro-pembangkang itu juga cuba memperlekehkan pendedahan blogger pro-UMNO :

Itulah... lain kali buat research dulu sikit kalau nak jadikannya sebagai itu.. ini tidak, main serbu membabi buta saja... kan nampak bangang..


MiM tidak faham dengan tujuan blogger pro-pembangkang itu yang dilihat cuba menafikan isu sebenar yang berlaku di Shah Alam. 

Memang benar premis itu adalah premis kafeteria tetapi pemilik premis tersebut telah menyalahgunakan lesen tersebut untuk menyediakan aktiviti hiburan dan pertunjukkan floor show seperti Kelab Malam!




Dan MiM merujuk kepada laporan MyStar yang mengatakam kafeteria itu telah dijadikan Kelab Malam haram.




Dan jika tanpa keprihatinan bloggers pro-UMNO, Kelab Malam haram itu mungkin akanterus beroperasi. 

Tidak kiralah bloggers manakah yang 'nampak bangang' sekarang tetapi syukurlah dengan pendedahan itu, YB Khalid Samad dapat masuk campur dan menyelesaikan isu ini sebelum ianya terlambat. Itu yang penting.

Sila baca laporan di bawah :

SHAH ALAM: Kelab malam yang dibuka di Setia Alam di sini sehingga menimbulkan kontroversi sebenarnya beroperasi secara haram menggunakan lesen kafeteria.


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, berdasarkan mesyuarat dengan bahagian perlesenan dan penguatkuasaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Khamis, pihaknya mendapati kelab malam berkenaan menyalahgunakan lesen bagi tujuan itu.

Selain itu jelasnya, premis berkenaan turut didapati menjual arak tetapi tidak memohon lesen bagi penjualan minuman keras itu.

"Saya diberitahu oleh MBSA, mereka telah mengeluarkan saman dan mengarahkan pemilik premis menghentikan sebarang aktiviti hiburan dan pertunjukan (floor show) dan diarahkan beroperasi sebagai kafeteria.

"Berikutan itu saya telah meminta MBSA supaya mengarahkan agar premis berkenaan menghentikan operasi mereka (kelab malam) dengan serta-merta," katanya pada sidang media di pejabat beliau di sini, Jumaat.

Beliau mengulas laporan muka hadapan sebuah akhbar baru-baru ini yang mendedahkan sebuah kelab malam telah beroperasi di Shah Alam yang secara tidak langsung menggambarkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sedangkan diketahui bandaraya itu tidak dibenarkan mewujudkan pusat hiburan seperti kelab malam.

Khalid berkata, ia bukannya kelab malam pertama yang dibenarkan di Shah Alam sebaliknya sebuah pusat hiburan yang beroperasi secara haram sejak 12 Disember lalu.

Jelasnya, MBSA masih belum bertindak untuk menghentikan operasi premis itu kerana bimbang terdapat komplikasi daripada segi undang-undang.

"Saya lihat isu ini sebagai bahan politik. Saya minta MBSA memahami bahawa ia bukan sekadar undang-undang tetapi ada implikasi politik.

"MBSA sepatutnya bertindak tegas supaya tidak jadi bahan fitnah oleh pihak tertentu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut meminta Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan memperjelaskan kenapa kelab malam itu masih beroperasi dan bukannya mengarahkan premis itu ditutup dan disita serta merampas peralatan serta minuman keras mereka.

"Datuk Bandar perlu menzahirkan secara profesional tanpa mencampurkan kepentingan politik," katanya.Ditanya sama ada Khalid akan mengambil tindakan sekiranya tiada tindakan tegas serta merta, beliau berkata, peluang akan diberikan seluas-luasnya kepada Datuk Bandar dan MBSA tanpa campur tangan pihaknya..

"Saya tidak akan ambil apa-apa tindakan cuma mendesak supaya kelab malam itu dihentikan serta-merta," katanya.

Khalid bagaimanapun mengakui bahawa Setia Alam di sini merupakan kawasan perbandaran yang berbeza dengan Shah Alam di mana hampir 70 peratus penduduknya adalah bukan beragama Islam.

"Kalau mereka ingin membuka satu tempat hiburan, maka sepatutnya MBSA mendapatkan maklum balas awam untuk mendengar pandangan penduduk sama ada operasi kelab malam dibolehkan ataupun tidak," katanya. - MStar


*RMK: So sekarang Khalid Samad nak spin apa lagi lepas ni? Dulu gah sangat kata nak buat Shah Alam bebas kelab malam, bebas panggung wayang, bebas arak kejadah semua tu. Apa dah jadi? Boleh pulak dia cakap "peluang akan diberikan seluas-luasnya kepada Datuk Bandar dan MBSA tanpa campur tangan pihaknya". Nampak tak sikap lepas tangan di situ? Cuba cari jalan keluar yang mudah? Ke nak selamat dari Ronnie Liu, Teresa Kok dan segenap puak-puak haram jadah tu? Mana telor kau nak tegakkan Islam kat Shah Alam ni?

Tuesday 18 December 2012

TERBONGKAR! HARAKAHKAH KANTOI BUAT FITNAH LAGI!! Mari Lihat Siapa yang Kena..


Pendedahan baik punya daripada [Sel13.com]!

KANGAR. 17 Disember. ”Saya menerima panggilan dari kawan baik saya mengatakan gambar saya dan keluarga saya telah diutarakan dalam facebook milik individu tidak dikenali. Individu tersebut menggunakan akaun facebook “ Norhashimah Mohamad”.

Jelas sekali selepas melihat akaun tersebut Itu Bukan Facebook Saya, Gambar saya telah disalah guna oleh pengodam. Saya bukan pegawai polis dan tidak pernah bekerja di bawah PDRM” Kata Zakiah Bt Musa – Pemilik sebenar gambar.
Setelah mengetahui hal sebenar saya membaca artikel yang dilihat dapat menjatuhkan maruah saya dan pihak terlibat iaitu Polis Diraja Malaysia. Artikel tersebut berbunyi :-
“Saya Norhashimah Mohammad sekali lagi telah diugut oleh boss atas ditempat saya bekerja iaitu Jabatan Polis Diraja Malaysia…jika saya terus menyokong parti pembangkang, saya akan ditukarkan tempat kerja samaada ke Sabah atau Sarawak. Ugutan itu disampaikan melalui sepucuk surat yang diletakkan diatas meja saya..
Saya dengan ini menegaskan saya tidak akan berganjak walau seici pun pendirian saya terhadap sokongan saya kepada parti pembangkang khususnya parti PAS…walau diugut bunuh sekalipun..tahniah kepada boss dibalai tempat saya bertugas kerana sedia memuaskan nafsu menteri dalam negeri.
Dan disini saya ingi tegaskan ..kepada semua rakan-rakan dibalai tempat saya bertugas..semua kelakuan dan kerja buat kamu semua semasa dalam tugas..ada dalam simpanan saya..jadi kamu semua jangan nak enjoy dan rasa seronok sangat bila melihat saya mendapat warning letter…”
Selepas melihat gambar saya telah disalahguna, saya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis demi menjaga maruah saya dan juga pihak polis diraja Malaysia. Menyedari artikel yang dimuat turun tersebut adalah lebih bertujuan menjatuhkan kredibiliti pihak polis diraja Malaysia. Ia juga jelas membuka ruang kepada pihak parti-parti politik yang terlibat saling menuding jari dan sekaligus memberi kesan negative kepada organisasi.
Saya mengambil kesempatan bagi menafikan segala penglibatan atau penggunaan gambar dan akaun facebook dalam laman sesawang facebook. Individu yang tidak dikenali tersebut juga dilihat membuka satu akaun fan page Norhashimah Mohammad bagi memberi gambaran buruk terhadap pihak yang terlibat.
Begitulah luahan perasaan dan kebimbingan Zakiah Bt Musa pemilik sebenar gambar yang telah salah guna dalam laman sesawang facebook. Beliau yang berkhidmat sebagai jururawat desa di Rumah Seri Kenangan, Jejawi Perlis. Beliau juga sangat berharap agar pihak berwajib menyiasat individu atau kumpulan yang terlibat dalam penyalahgunaan gambar beliau yang boleh menjejaskan kerjaya beliau dan keluarga serta pihak polis khususnya.

*RMK: Memfitnah tu lebih teruk dari membunuh. Harakahkah lidah PAS kerjanya memfitnah saja. Jadi, macam mana pula kalau undi PAS boleh masuk syurga? Nampak tak kekeliruan di situ?

Friday 14 December 2012

AGENDA ANWAR UNTUK BESARKAN DINASTINYA DALAM PKR

Semua maklum pihak pembangkang mencanangkan kepada umum bahawa UMNO adalah parti kroni. Tanpa mereka disedari, ataupun sedar tapi buat-buat tak sedar, apa yang mereka mainkan itu umpama meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri.



Ada seorang lagi anak Karpal Singh yang tiada dalam gambar di atas.



Son 2 adalah Jagdeep Singh Deo, Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang dan ADUN Datuk Keramat, Pulau Pinang.

Nampaknya memang anak beranak parti pembangkang dididik untuk menentang kerajaan persekutuan.

Pimpinan tertinggi PKR (Parti Keluarga Rakyat) pula terdiri daripada anak beranak Anwar tu sendiri:

  • Anwar Ibrahim - Penasihat
  • Wan Azizah - Presiden
  • Nurul Izzah - Naib Presiden


Tiga orang. Rupa-rupanya tak cukup lagi kronisme dalam keluarga Anwar ni.


Nurul Nuha Anwar

Nurul Nuha, adik kepada Nurul Izzah dan anak perempuan kedua Anwar adalah antara nama yang dicanang bertanding bagi kerusi parlimen Nibong Tebal. Ini bagi menggantikan Ahli Parlimen Nibong Tebal sekarang, YB Tan Tee Beng yang telah bertindak keluar parti menjadi calon bebas kerana kecewa dengan permainan politik murahan dan penuh tipu daya dalam Pakatan Haram.

Nampaknya seluruh anak beranak telah Anwar kerahkan bagi meneruskan legasi regimnya sekiranya dapat menawan Putrajaya dari genggaman BN. Dalam sibuk memekik soal keburukan nepotisme / kronisme suatu masa dulu, Anwar Ibrahim merasakan dirinya 'kebal' dari anasir-anasir tersebut. 

Kebal la sangat. Dah terang lagi bersuluh kronisme kau Nuar.