Showing posts with label Xavier. Show all posts
Showing posts with label Xavier. Show all posts

Thursday 24 May 2012

Exco Kesihatan Selangor Kaki Tidur, Nyamuk Aedes Bermaharajalela, Demam Denggi Meningkat 50%


Xavier sedang khusyuk "mentadbir"

Selangor semakin nazak dan membimbangkan apabila terus merekodkan jumlah kes dan kematian denggi tertinggi dengan 4,161 kes dan 10 kematian sejak Januari hingga 12 Mei lepas, meningkat hampir 50 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hassan Abdul Rahman. Katanya sebanyak 2,770 kes dengan tiga kematian dicatatkan di negeri itu pada 2011.

"Jumlah terkumpul kes denggi dalam tempoh itu dilaporkan adalah 9,202, meningkat sebanyak 21 peratus berbanding 7,579 kes tahun lepas, dengan 20 kematian direkodkan berbanding 12 kematian pada 2011," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sekitar 2005 sehingga 2008, pembangkang (PR) cukup lantang mengasak kerajaan terdahulu berkenaan isu kebersihan, dan dikaitkan dengan jumlah kes denggi pada waktu itu.  Tuduhan seperti kerajaan (waktu itu) tidak pandai mentadbir, wang disalahgunakan dsb menyebabkan kes denggi meningkat ibarat "tumbuh seperti cendawan selepas hujan".  

Rupanya mereka hanya pandai mencari isu, tanpa berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah.  Setelah diberi mandat mentadbir Selangor, PR gagal dalam memastikan penurunan kes denggi.  Apa yang melucukan, mereka masih memainkan alasan lapuk, iaitu kes denggi meningkat baru-baru ini disebabkan oleh kerajaan terdahulu (BN).

4 tahun berlalu, nampaknya Pakatan Haram tidak mentadbir Selangor dengan baik. Mungkin ada yang terlupa, bahawa Exco Kesihatan negeri Selangor adalah Xavier Jayakumar, Exco yang terkenal dengan ketiduran di dalam mimpi sewaktu sidang DUN berlangsung. Sebagai ADUN Andalas yang terletak sangat hampir dengan Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Klang (HTAR), Exco Kesihatan Selangor ini TIDAK PERNAH walau sekali melawat HTAR seperti dakwaan M. Manoharan, ADUN Kota Alam Shah.  

Dan sesungguhnya, antara tempat pembiakan nyamuk aedes adalah pada himpunan sampah di mana air bertakung sering boleh dilihat.  Dan di Selangor, masalah kutipan sampah sangat mendukacitakan.  Ia sangat hampir dengan tempat kediaman, yang didiami oleh mangsa si Aedes. Exco tidur, sampah bermaharajalela, aedes bersukaria, rakyat pula menjadi mangsa.  Sudah sampai masanya rakyat Selangor menyingkirkan "sampah-sampah" di dalam pentadbiran kerajaan negeri.