Showing posts with label Rumah Ibadat bukan Islam. Show all posts
Showing posts with label Rumah Ibadat bukan Islam. Show all posts

Friday 23 August 2013

Surau jadi tokong: JAHIL ATAU SENGAJA?



Oleh Mohd. Ridhuan Tee Abdullah

APA sudah jadi dengan Malaysia sejak akhir-akhir ini? Penghinaan ke atas Islam semakin menjadi-jadi. Surau menjadi tokong. Pihak pengurusan sebuah resort di Kota Tinggi mendakwa ia dibenarkan dan bukan satu kesalahan, sebagai menunjukkan Islam adalah agama sejagat dan bertoleransi. Siapa yang ajar mereka?

Ya, saya tidak nafikan Islam itu adalah sejagat, tetapi kesejagatannya tidak bermakna kita boleh berkongsi Tuhan atau rumah ibadat, seperti agama lain. Jangan kerana terlalu ghairah dengan gagasan 1Malaysia, sehingga semuanya boleh dikongsi. Dalam Islam, perkara berkaitan dengan akidah dan tauhid, tidak boleh dikongsi dengan bukan Islam.

Alasan pengurusan resort tersebut amat tidak logik. Walaupun ia dibina menggunakan wang sendiri. Itu bukan bermakna, sesiapa sahaja boleh mempergunakan surau tersebut? Apatah lagi sudah terpampang tulisan bahasa Arab berbunyi ‘Nur Muhammad’ di atas surau tersebut.

Saya tidak mempertikaikan jika ia berlaku di negara bukan Islam. Tetapi di Malaysia sebagai negara Islam, sudah tentu saya tidak dapat menerimanya.

Saya pernah bersolat di surau Lapangan Terbang Changi Singapura. Di sana tidak ada surau, tetapi ada meditation room atau multi-faith prayer room untuk semua agama. Di situlah saya bersolat, kerana ia adalah bilik kosong dan lapang, guna sama bagi penganut yang ingin menunaikan tanggungjawab kepada Tuhan masing-masing.

Ditakdirkan jika ada patung di bilik tersebut, saya tetap akan bersolat, kerana saya berada di negara bukan Islam. Saya perlu menunaikan tanggungjawab kepada Allah Yang Maha Esa, meskipun ada patung-patung bertaburan sana sini. Apa pun saya tidak bersetuju dengan idea menempatkan semua rumah ibadat di satu kawasan atas alasan 1Malaysia, seperti yang sedia wujud di Seremban, di situ terdapat masjid, kuil dan tokong.

Insiden ini mengingatkan saya kepada peristiwa yang dialami oleh Khalifah Umar Al-Khattab. Dalam lawatan kerjanya, termasuk mengunjungi gereja. Tiba-tiba masuk waktu solat. Paderi gereja tersebut menawarkan Umar untuk bersolat di ruang gereja. Tetapi Umar menolak penuh hikmah. Ditakuti ada orang berpersepsi bahawa Umar mahu menukar gereja menjadi masjid. Maka Umar menolak pelawaan paderi tersebut. Begitulah berhikmahnya agama Islam meraikan orang (agama) lain. Perlukah kita berhikmah dalam isu ini?

Konsep dan prinsip tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah dalam Islam amat jelas. Begitu juga konsep keesaan Tuhan seperti yang dinukilkan dalam Surah Ahad. Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan. Allah adalah satu-satunya. Syahadah kita adalah Tiada Tuhan selain Allah, bukannya tiada Tuhan melain Tuhan.

Di sinilah kegagalan dan kekeliruan (kesengajaan) bukan Islam memahami Islam. Mereka menganggap kita menyembah Tuhan yang sama. Allah @ Tuhan bukan terjemahan yang tepat bagi Allah. Tetapi dalam bahasa Melayu, Tuhan orang Islam merujuk kepada Allah. Sedangkan Allah itu adalah Allah. Tidak ada terjemahan tepat untuk menyamakan Allah dengan Tuhan.

Orang bukan Islam tidak ada masalah untuk menggunakan nama menggunakan Tuhan. Terkadang kita dengar juga mereka menyebut ‘Tuhan Allah’. Timbul kekeliruan, mana satu Tuhan, mana satu Allah.

Justeru, saya menyeru umat Islam, gunakan nama Allah tanpa diterjemahkan kepada makna Tuhan. Begitu juga isu perebutan nama kalimah Allah, kita perlu muktamadkan dengan tidak membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah yang mulia ini kerana makna dan konteksnya berbeza. Begitu juga soal pemahaman kita dengan mereka.

Majlis Perundingan Malaysia bagi agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoism (MCCBCHST) tidak setuju dengan tindakan kerajaan Kedah mengharamkan penggunaan kalimah kalangan bukan Islam. Katanya, ia bertentangan dengan Perlembagaan dan kes tersebut masih belum diputuskan oleh mahkamah. Kerajaan Kedah dituduh tidak hormati undang-undang.

NGO jahil ini masih tidak faham bahawa perkara berkaitan agama adalah di bawah tanggungjawab dan hak negeri masing-masing di bawah raja-raja Melayu. Bacalah sejarah kenapa ada nama negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu? Kuasa di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu lebih kuat mengikat berbanding yang bersekutu dan negeri-negeri Selat, terutama kedudukan Islam dan raja-raja Melayu.

Untuk makluman, bukan sahaja soal kalimah Allah, malah kalimah-kalimah suci lain, termasuk perkataan ‘surau’ pun mereka tidak boleh guna. Bacalah undang-undang setiap negeri. Misalnya, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Pulau Pinang) 2004, fatwa di bawah subseksyen 48(3) dan (4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004, Mufti Negeri Pulau Pinang atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Kalimah-kalimah yang tidak boleh digunakan adalah Firman, Allah, Ulama, Hadis, Ibadah, Kaabah, Qadhi, Ilahi, Wahyu, Mubaligh, Syariah, Qiblat, Haji, Mufti, Rasul, Iman, Dakwah, Solat, Wali, Fatwa, Imam, Nabi, Sheikh, Khutbah, Tabligh, Akhirat, Azan, Al-Quran, As Sunnah, Auliya’, Karamah, Syahadah, Masjid, Baitullah, Surau, Musolla, Zakat Fitrah, Hajjab, Taqwa, Soleh.

Terang lagi bersuluh, perkataan ‘surau’ turut terpelihara. Bagaimana mungkin mereka boleh menggunakan surau sebagai tokong atas dasar guna sama. Nampak pelik, tetapi inilah uniknya Malaysia.

Peliknya, dengan isu-isu yang berlegar kebelakangan ini, apakah selama ini mereka tidak tahu bahawa perkara sebegini adalah sensitif? Saya fikir, mereka sengaja melakukannya. Bila jadi isu dan kontroversi, kemudian minta maaf, tutup fail. Maklum sahajalah BN dan UMNO dalam keadaan tersepit. Dengan sebab itu mereka begitu berani.

Terbaharu, NGO hak asasi dan reformasi undang-undang, Lawyers for Liberty (LFL) mendakwa pihak berkuasa agama Johor bersikap “seperti 'Taliban' kerana merancang untuk merobohkan satu surau kontroversi itu. NGO itu juga mempertikaikan tempoh tahanan reman selama empat hari ke atas pemilik resort itu.

Ternyata NGO ini amat kurang ajar kerana mencampuri urusan agama Islam di bawah kuasa raja-raja Melayu. Isu ini bukan isu Taliban atau tidak, tetapi mempertahankan kesucian agama.

Dalam isu ini, kenapa surau yang menjadi sasaran? Tidakkah sudah begitu banyak rumah ibadat bukan Islam di seluruh negara berkali-kali ganda berbanding surau dan masjid? Lagipun, tanpa bangunan pun mereka boleh menunaikan tanggungjawabnya. Patung-patung mereka boleh diletak di mana-mana kawasan lapang yang difikirkan sesuai.

Apa pun, saya kurang bersetuju dengan tindakan merobohkan surau tersebut. Jika kiblat tidak betul, betulkan sahaja arahnya. Pastikan selepas ini hanya akan digunakan oleh orang Islam sahaja. Jika dirobohkan, sudah tentu tidak ada lagi tempat untuk solat berjemaah bila mengunjungi resort tersebut. Siapa yang rugi. Sama seperti rumah kita sendiri. Tidak semestinya rumah dibina mengadap kiblat. Yang penting bila solat mengadap kiblat, tanpa merobohkan rumah.


PENULIS ialah penganalisis sosio politik.



Wednesday 10 October 2012

LUAHAN HATI SYAHDU SI DIA, KHAS BUAT KHALID IBRAHIM...








"Dengan ini saya ingin menyampaikan sedikit pesanan kepada Tan Sri (MB Selangor Rambut Berserabut), saya harap proxi-proxi dan spy Tan Sri yang rajin cari isu tu bace dan sampaikan pade Tan Sri.



"Wahai Tan Sri, tahukah bahawa Tan Sri sudah menyusahkan kami? Tan Sri cakap nak bagi air pree, memang Tan Sri bagi saya tak nafikan, tapi Tan Sri bagi air nescafe buat ape? Saya nak air bersih, tak perlulah saya hari-hari nak mandi air nescafe. Tak perlulah baju anak-anak saya ke sekolah jadi kale kuning. Tak perlulah bini saya masak sayur rasa karat.




"Wahai Tan Sri, saya sangat sayangkan Selangor. Dah 25 tahun saya menetap di Selangor. Dari kawasan lombong apa pun tak dak, sampailah sekarang maju kaya raya. Tapi 5 tahun yang lepas saya tersiksa Tan Sri. 




"Tan Sri terlalu mengutamakan kaum india dan cina, Tan Sri terlupa Tan Sri bangsa dan agama apa. Di Puchong, Gobind Singh(Ye ke name nih?) selalu buat ceramah kat pemuda-pemuda india dan lain bangsa, kami orang melayu pon nak makan pree tan sri.


"Wahai Tan Sri, tahukan kamu sejak 5 tahun belakangan ni, pertambahan komuniti Cina di kawasan Puchong dan sekitar selangor (Bandar Puteri, Puchong Utama, Puchong Hartamas, USJ) meningkat mendadak. Tan Sri import dari mana cina-cina ni tan sri? Habis kami orang-orang Melayu Puchong ditindas Tan sri, kami duduk di ceruk-ceruk ulu kebajikan kami terabai Tan Sri.



"Saya harap Tan Sri Rambut Berserabut sedar, kami ni tersiksa, Tan Sri sayangkan agama dan bangsa tak? Percambahan dan penubuhan kuil-kuil india haram di kawasan Puchong ni Tan Sri, Masya-Allah, sangat menakutkan Tan Sri, Tan Sri nak biarkan sampai diorang take over Masjid n Surau ke Tan Sri?, jangan Tan Sri, saya tak mahu Tan Sri ke Neraka, nauzubillah. Saya tak kira lagi Gereja yang cantik di Bandar Puteri, Kuil Singh yang besar di Bandar Puteri, dan puluhan lagi rumah berhala dan ibadat yang dibangunkan dalam tempoh 5 tahun ni. Saya harap Tan Sri dan rakyat sedar.




"Wahai Tan Sri, saya sangat sayangkan Selangor, Tan Sri berundurlah, tingalkan Pakatan Rakyat tinggalkan politik cukuplah 5 tahun Tan Sri mengumpul duit untuk perbelanjaan keluarga Tan Sri."




Dari Anak Watan Puchong



*Entri ini diambil daripada ruangan 'Komen' di blog ini oleh seorang Hamba Allah dengan gelaran di atas. Komen ini tidak di-edit.