Showing posts with label OPS Piramid. Show all posts
Showing posts with label OPS Piramid. Show all posts

Thursday 22 August 2013

#MKN - 420 pelajar #Malaysia di #Mesir dibawa pulang hari ini 22 Ogos 2013. @NajibRazak @MyMassa

Seramai 420 penuntut Malaysia di Mesir akan dibawa pulang secara berperingkat melalui empat penerbangan komersil dalam Ops Piramid 2 hari ini. 

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab dalam kenyataan kepada Bernama berkata penerbangan pertama membawa lapan penuntut dari Alexandria menaiki pesawat Emirates dijangka tiba di Kuala Lumpur pada jam 9.45 malam ini. 

Seramai 365 penuntut akan dibawa pulang dari Kaherah dengan penerbangan AirAsia dan dijangka tiba pada 5.25 pagi esok (23 Ogos). 

Penerbangan ketiga akan membawa 45 penuntut, juga dari Kaherah, melalui pesawat Singapore Airlines (SIA SQ493) yang dijangka tiba pada 8.05 pagi, 23 Ogos. 

Dua lagi penuntut akan dibawa pulang dari Kaherah menaiki pesawat Egypt Air dan dijangka tiba pada 6.40 petang esok. 

Menurut kenyataan itu penerbangan pertama Egypt Air membawa enam penuntut Malaysia dari Kaherah yang berlepas kira-kira tengah malam tadi waktu Kaherah, dijangka tiba di Kuala Lumpur pada 6.40 petang ini. 

Selasa lepas, kerajaan memutuskan untuk membawa pulang 3,300 penuntut Malaysia di Mesir menggunakan pesawat komersil berikutan pergolakan di negara itu yang dilaporkan semakin tidak menentu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata keselamatan penuntut Malaysia di Mesir menjadi keutamaan kerajaan ketika ini dan urusan membawa mereka pulang tidak boleh dilengahkan kerana kemungkinan keadaan menjadi lebih serius. 

Mohamed Thajudeen, yang mengetuai pasukan MKN yang ditugaskan untuk menilai keperluan pemindahan dan situasi keselamatan rakyat Malaysia di negara berkenaan, tiba di sana pada 19 Ogos. BERITA HARIAN