Showing posts with label Mesir. Show all posts
Showing posts with label Mesir. Show all posts

Monday 26 August 2013

Surat Terima Kasih Kepada PM @NajibRazak Lancar Ops Piramid

Berikut email Surat ucapan Terima Kasih atas jasa baik Kerajaan Malaysia menghantar pulang pelajar dari rusuhan di Mesir. 

Buat kali kedua selepas melakukannya pada kali pertama tahun 2011.

Walaupun majoriti pelajar Mesir sebenarnya ramai cenderung pembangkang.

Namun atas dasar kemanusiaan mereka tetap dibawa pulang dengan pembiayaan oleh Kerajaan.

Harap jangan ada pihak kritik Ops Piramid yang dibuat demi masa depan anak bangsa kita.

Ada juga katanya yang akan menjalani peperiksaan di Malaysia hasil usaha kerajaan.

Jangan kita mencemuh orang yang bersusah payah bantu kita.






بسم اللرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam dan selawat dan salam ke atas semulia Nabi dan Rasul dan keluarga baginda serta sahabat semuanya.

أولا أريد أن أشكر لحكومة ماليزيا على مساعدتنا بكل الجهد حتي نستطيع أن نعود الي ماليزيا بالسلامة والعافية

وخصوصا الي رئيس الوزراء السيد داتوء سري نجيب ابن عبد الرزاق لمرة الثانية


Pertama saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang menolong sepenuh tenaga sehingga mampu kami pulang ke Malaysia dengan selamat dan sihat tanpa cedera. 
Terutama kepada YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Bin Abd Razak buat kali kedua (operasi Ops Piramid ini)


لو لا مساعدة ما كنا نمكن أن نعود ألي بلاد ماليزيا.
Sekiranya tanpa pertolongan maka tidak mungkin kami akan mampu pulang ke negara Malaysia.


فأرجو من شعب ماليزيا كلهم أن تشكروأ نعمة الأمن والاستقرار.
Maka saya harap rakyat Malaysia semuanya akan bersyukur dengan nikmat aman dan sejahtera (di negara kita)


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


أخوكم
محمد ذول  عثمان ابن عبد الرحيم
26 أغسطس 2013 بوم الاثنين


Thursday 22 August 2013

#MKN - 420 pelajar #Malaysia di #Mesir dibawa pulang hari ini 22 Ogos 2013. @NajibRazak @MyMassa

Seramai 420 penuntut Malaysia di Mesir akan dibawa pulang secara berperingkat melalui empat penerbangan komersil dalam Ops Piramid 2 hari ini. 

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab dalam kenyataan kepada Bernama berkata penerbangan pertama membawa lapan penuntut dari Alexandria menaiki pesawat Emirates dijangka tiba di Kuala Lumpur pada jam 9.45 malam ini. 

Seramai 365 penuntut akan dibawa pulang dari Kaherah dengan penerbangan AirAsia dan dijangka tiba pada 5.25 pagi esok (23 Ogos). 

Penerbangan ketiga akan membawa 45 penuntut, juga dari Kaherah, melalui pesawat Singapore Airlines (SIA SQ493) yang dijangka tiba pada 8.05 pagi, 23 Ogos. 

Dua lagi penuntut akan dibawa pulang dari Kaherah menaiki pesawat Egypt Air dan dijangka tiba pada 6.40 petang esok. 

Menurut kenyataan itu penerbangan pertama Egypt Air membawa enam penuntut Malaysia dari Kaherah yang berlepas kira-kira tengah malam tadi waktu Kaherah, dijangka tiba di Kuala Lumpur pada 6.40 petang ini. 

Selasa lepas, kerajaan memutuskan untuk membawa pulang 3,300 penuntut Malaysia di Mesir menggunakan pesawat komersil berikutan pergolakan di negara itu yang dilaporkan semakin tidak menentu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata keselamatan penuntut Malaysia di Mesir menjadi keutamaan kerajaan ketika ini dan urusan membawa mereka pulang tidak boleh dilengahkan kerana kemungkinan keadaan menjadi lebih serius. 

Mohamed Thajudeen, yang mengetuai pasukan MKN yang ditugaskan untuk menilai keperluan pemindahan dan situasi keselamatan rakyat Malaysia di negara berkenaan, tiba di sana pada 19 Ogos. BERITA HARIAN