Monday 3 June 2013

POLITIK SELANGOR PARAH, PKR SELANGOR DIJANGKA BERPECAH!



Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dijangka berhadapan dengan krisis perpecahan yang dahsyat selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim terus diserang oleh kepimpinan PKR negeri.

Bermula dengan isu perlantikan exco yang dilihat menjadi punca krisis pertelagahan, kini masalah semakin meruncing apabila Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor mempertikaikan perlantikan Datuk Saifuddin Nasution sebagai pegawai perhubungan politik di Pejabat Menteri Besar.

Perkaran itu dipertikaikan sendiri oleh Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafei yang tidak berpuas hati dan mempersoalkan tentang skop kerja jawatan itu dalam pentadbiran negeri Selangor.

Menurut beliau seperti dilaporkan dalam akhbar Sinar Harian, hari ini, MPN Selangor akan meminta penjelasan lanjut daripada Tan Sri Abdul Khalid kerana timbul pertanyaan mengapa pula Setiausaha Agong PKR selaku ahli politik boleh dilantik ke dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Shuhaimi menegaskan, semua posisi penting yang berada di pentadbiran kerajaan negeri mahupun kerajaan tempatan yang terdiri dari Menteri Besar, Exco kerajaan negeri dan ahli majlis adalah terdiri daripada orang politik.

Beliau juga mempersoalkan dengan pelantikan tersebut, bagaimana pula tafsiran tidak mahu orang politik berada dalam kerajaan dapat dipenuhi atau diabaikan.

Namun menurut sumber lain, tindakan Shuhaimi sengaja dibuat kerana ada hubung kait dengan pembersihan yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim dalam kerajaan Selangor dan anak syarikat kerajaan negeri yang mengetepikan semua pemimpin PKR yang disyaki adalah kroni Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Sumber berkata, mungkin Azmin Ali menjadi perancang untuk memporak-perandakan kepimpinan Khalid Ibrahim di Selangor sebagai tindakan balas dendam.

Shuhaimi turut menemplak Khalid Ibrahim ekoran peristiwa seorang wakil rakyat PR dihalau keluar dari mesyuarat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) baru-baru ini.

Beliau mendesak supaya satu tindakan segera bagi menangani perkara itu kerana insiden itu memalukan keseluruhan sistem penyampaian pentadbiran kerajaan Selangor.

No comments:

Post a Comment