Thursday 14 June 2012

ISU PTPTN: SI PEMBANGKANG YANG PUTAR ALAM..



Siputar alam Pakatan Pembangkang tak penat-penat tabur janji palsu.. Ye lah.. Nama pun janji palsu.. satu sen tak payah bayar.. Cuma modal air  liur jer.. Tipu sana.. Tipu sini.. Siapa yang pandir bole ikut sekali..

Baru-baru nie kecoh pasal isu PTPTN nak tarik pinjaman yang ditawarkan kepada pelajar UNISEL.. Baru kita acah sikit, dah melompat.. Mulalah mereka pukul canang bahawa Kerajaan Persekutuan tidak berlaku adil kepada pelajar-pelajar di UNISEL. Mula tabur provokasi konon-kononnya kerajaan BN bimbang pendidikan percuma jadi kenyataan.. Nak tersedak pun ada.. Nak tergelak pun ada.. Kalau pikir-pikir balik, siapa la yang takut sebenarnya nak bagi pelajaran percuma?  Ini bukan isu takut.. Ini isu logik.. Cuba duduk pikiaq elok-elok..

Kalau benar Kerajaan Selangor bawah kepimpinan si Khalid Gagap tu mampu memberi pelajaran percuma, kenapa tak selesaikan jer isu PTPTN pelajar UNISEL tu? Dan menjadi ‘hero’ kepada rakyat-rakyat Selangor? Kenapa mesti nak tunggu kalau menang PRU 13, baru nak bagi pendidikan percuma kepada satu negara? 

Sudah terang lagi bersuluh yang mereka tak mampu dan tak der perancangan sebenarnya.. Baru tadbir 4 negeri pun dah tak mampu nak bagi pelajaran percuma walaupun kepada satu 1 Universiti dalam Selangor inikan pulak nak tanggung satu negara.. Siap nak kena jual tanah bagai.. Emm alahai.. Kesian betul.. Makin lama makin ‘kurus’lah Selangor nie..  Itulah bahananya kalau bercakap ikut sedap mulut.. Tak kena batang hidung, sedap la kau berdendang.. Tapi bile masa nak tunai janji, banyak pulak alasan kau canang..

Kalau betul bole buat, tak payah canang-canang, tak payah janji bulan bintang.. Buat la dulu kami nak tengok.. 


Dasar Pakatan Putar Alam : Cakap Tak Serupa Bikin.. Cehhhhh..

No comments:

Post a Comment