Pagi tadi rakan RMK kirimkan beberapa keping gambar yang menunjukkan kesan terbakar pada bahagian dinding luar Balai Raya Parit 9, Sungai Leman, Sekinchan, Kuala Selangor.
Wednesday, 24 April 2013
[WAJIB BACA] PART 3: RAHSIA SEBENAR 'MAT TYSON' SERTAI PAS TERBONGKAR!!! #PRU13 #BetterNation
Tentangan penyokong PAS diperingkat akar umbi terhadap tindakan Mat Taib menyertai parti itu sudah dijangka. Mereka mempersoalkan niat sebenar Mat Taib dan tindakan para pemimpin Pas yang mengagung-agungkan kedatangan Mat Taib ke dalam parti itu.
Sudah menjadi lumrah, seorang pemimpin UMNO yang khianat dan sertai PAS akan mendapat layanan 1st class oleh pimpinan PAS. Maka heboh sana-sini seperti meraikan suatu kejayaan yang besar. Sebab itu ramai akar umbi PAS benci dengan perangai sesetengah pemimpin PAS.
Jadi timbul persepsi yang pelbagai terhadap tindakan Mat Taib itu. Bagi penyokong yang positif, mereka membuat andaian kononnya tindakan Mat Taib adalah satu strategi untuk membawa Pas dan UMNO ke jambatan perpaduan. Manakala yang negatif, mereka tidak senang kerana Mat Taib dikatakan sarat dengan skandal yang tiada untungnya dan boleh merosakkan Pas.
Bermula dengan skandal hubungan terlarang bersama Ku Yah (adik kepada Sultan Selangor), selepas itu skandal melarikan wang haram berjumlah RM3.5 juta ketika sedang menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Selangor masih bermain di ingatan rakyat. Ekoran skandal itu, Mat Taib tidak lagi menjadi Menteri Besar Selangor.
Namun apa yang didedahkan oleh blog pro-pakatan haram, Milosuam sungguh mengejutkan. Dalam entri tidak lama dahulu, blog itu kononnya mendedahkan skandal Mat Taib. Berikut adalah entri tersebut:
Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib atau lebih dikenali sebagai Mike Tyson buat perangai lagi. Naib Presiden UMNO ini pernah menggemparkan dunia sebagai seorang pemimpin Melayu yang handal - bapak rasuah dan kaki betina.
Baru-baru ini satu lagi skandal Mike Tyson terbongkar iaitu beliau mempunyai hubungan sulit bagi tujuan seks dengan Ummi Hafilda.
Pada 23 April 2001 ( Isnin) yang lalu, sekitar jam 9.00 pagi, isteri Tan Sri Muhammad Taib telah menyerang Ummi Hafilda di sebuah restoren di Sri Hartamas. Ummi yang baru selesai 'breakfast' dan sedang membuat pembayaran di kaunter, telah diheret ke dalam kereta dan diserang oleh isteri Tan Sri Muhammad Taib.
Ummi dilapurkan malu dan menangis kerana beliau diheret tangannya, dimaki hamun dan diserang oleh isteri Mike Tyson di hadapan khalayak ramai sebelum dimasukkan ke dalam sebuah kenderaan. Telefon bimbit Ummi juga dirampas dan dilemparkan sehingga pecah dan berkecai.
Sejurus Ummi keluar dari kenderaan tersebut, muka Ummi didapati mempunyai kesan-kesan calar dan luka berkemungkinan akibat pertengkaran yang berlaku di dalam kenderaan isteri Mike Tyson.
Menurut sumber-sumber yang rapat dengan isteri Tan Sri Muhammad, hubungan suaminya dengan Ummi telah sekian lama dipantau sehinggalah pada 21 April 2001 (Sabtu) yang lalu apabila beliau dapat mengesan percubaan Ummi untuk menghubungi Tan Sri Muhammad Taib melalui telefon.
Malangnya, panggilan tersebut telah dijawab oleh isteri Tan Sri Muhammad Taib sendiri dan beliau terus memaki hamun Ummi kerana menceroboh kebahagian rumah tangganya. [Tranungkite]
Itulah cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh hampir semua pemimpin politik, jika silap langkah, mereka pasti terjerumus ke dalam kancah skandal yang bisa memusnahkan karier politik mereka.
Walau bagaimanapun, Mat Taib hanya dipergunakan oleh pemimpin PAS untuk dijadikan modal propaganda mereka sahaja. Mungkin juga mereka saling mempergunakan. Alasan kerana UMNO sudah hilang roh adalah alasan tidak masuk akal.
Sejak akhir-akhir ini, ramai ulama dan pemimpin berlatar belakangkan agama secara terbuka menyokong UMNO. Malah ada yang tinggalkan PAS dan berjuang bersama UMNO. Mereka kata PAS sudah lari dari perjuangan asalnya, penuh dengan korupsi dan salah guna kuasa. Dan terbaru seorang pemimpin PAS terlibat dengan skandal seks apabila video lucahnya tersebar di media sosial.
Walaupun UMNO dituduh mengamalkan korupsi dan pelbagai tuduhan jahat, belum ada lagi bukti yang didedahkan. Sebaliknya kegiatan jahat pemimpin PAS yang banyak terdedah. Dakwaan tanpa bukti itu fitnah!!!
Ini apa maksudnya? Parti mana yang hilang roh? UMNO atau PAS?
Bersambung...nantikan pembongkaran PART 4
Sumber: Shah Alam Rebels
Tuesday, 23 April 2013
Panas #GE13: SOKONGAN LUAR BIASA PENGUNDI INDIA BUKTI ZUL NOORDIN MAMPU RAMPAS SHAH ALAM #SayangiSelangor
Datuk Seri Najib Tun Razak yakin pengundi India di kawasan Parlimen Shah Alam sudah menerima dan menyokong calon Barisan Nasional (BN) Datuk Zulkifli Noordin pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Perdana Menteri berkata ada di antara masyarakat India yang sampai telah mencium Zulkifli.
"Soal cakap 10 tahun dulu, Zukifli sudah meminta maaf dan orang India terima dan cium dia," katanya dalam ucapan ringkas ketika melawat Pusat Daerah Mengundi Seksyen 18 Timur di sini Isnin. Gambar Zulkifli dicium oleh seorang pemuda India pada hari penamaan calon tersebar luas apabila dimuatkan di facebook.
Turut mengiringi dalam lawatan Najib petang ini ialah isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar dan Zulkifli.
Pada 1 April, Zulkifli memohon maaf kepada penganut agama Hindu dan mengakui pernah membuat ucapan yang mempersenda agama itu tetapi beliau telah mengakui kesilapannya kerana ucapan itu telah dibuatnya 10 tahun lalu ketika beliau masih berada dalam PAS.
Najib berkata semangat tinggi yang ditunjukkan oleh para pekerja parti dalam jentera pilihan raya BN Shah Alam boleh membantu BN merampas kembali kerusi Parlimen Shah Alam serta dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik dan Batu Tiga dari tangan pembangkang.
Jentera BN perlu berusaha keras merampas kembali Selangor pada PRU13 dan ia adalah penting bagi BN kerana sebahagian besar kekayaan negara bertumpu di negeri itu.
"Kerajaan Selangor telah menghalang projek loji air Langat 2 dan kita akan menghadapi masalah air bersih jika kita tidak ambil alih Selangor ini.
"Demi perjuangan negara, kita akan berjuang habis-habisan," katanya disambut sorakan gemuruh oleh jentera BN Shah Alam.
Najib turut berikrar untuk menjaga kebajikan orang India di kawasan Shah Alam dan akan memenuhi permintaan mereka.
Hujan lebat semasa lawatan Perdana Menteri tidak menghalang penduduk di Seksyen 18, daripada keluar beramai-ramai untuk mendekati dan beramah-mesra dengan Najib.
Sebahagian daripada mereka tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing untuk mendengar sendiri ucapan dan nasihat Najib, yang juga Pengerusi BN Selangor.
Seorang anggota Pergerakan Puteri Umno dari cawangan Seksyen 18 Timur, Nurul Aqmal Mohd Amin berkesempatan memotong kek sempena hari jadinya ke-25 sambil disaksikan Najib dan Rosmah pada acara itu.
Najib dan Rosmah turut menjamu selera bersama penduduk tempatan pada akhir lawatannya itu.
Pada sidang akhbar kemudiannya di sebuah hotel di sini, Najib berkata Zulkifli sudahpun berjuang untuk isu melibatkan kaum India seperti Sekolah Tamil, dan kuil di Shah Alam dan rakyat sudah mula menyokong beliau.
"Berbanding dengan PR (pakatan pembangkang), mereka musnahkan tujuh kuil di Selangor, macam mana itu tidak jadi isu besar...tidakkah itu lebih serius, tamparan lebih hebat kepada penganut Hindu?," kata beliau.
Sumber: Team Media Selangor
Terbaik #GE13! Calon #BN Parlimen Selayang, Calon DUN Kuang Berjiwa Rakyat dan Diterima Masyarakat Muhibbah! #BetterNation
Pagi tadi, calon BN Parlimen Selayang, Datuk Donald Lim Siang Chai dan calon DUN Kuang Datuk Abdul Shukur Idrus turun padang sekitar Pekan Batu Arang. Mereka telah melawat pasar pagi serta beberapa kedai berhampiran. Jom layan gambar-gambar ni:
Lihat saja ekspresi muka penduduk tempatan yang calon-calon kita lawati. Masyarakat berbilang kaum, semuanya gembira berjumpa pemimpin mereka dan menerima kunjungan tersebut dengan hati terbuka. Alhamdulillah, ini juga satu kemenangan buat BN Selayang. Semoga dapat dikekalkan momentum ini sehingga hari mengundi nanti...
...Bukan seperti kempen Nurul Izzah yang tidak mendapat sokongan. Hihihi
BN for
[WAJIB BACA] PART 2: RAHSIA SEBENAR 'MAT TYSON' SERTAI PAS TERBONGKAR!!! #PRU13 #BetterNation
Mengapa sekarang? Mungkin itu antara persoalan yang bermain di fikiran rakyat ekoran tindakan Mat Taib menyertai Pas dan menjadi ahli seumur hidup parti itu baru-baru ini.
Sebelum ini, dalam pembongkaran PART 1, penulis menceritakan tentang kekecewaan Mat Taib kerana tidak dicalonkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) menjadi antara punca krisis jiwa yang dihadapi Mat Taib hingga sanggup meninggalkan wadah perjuangan beliau sebelum ini. [klik sini]
Penulis yang berkesempatan mendengar sendiri ceramah sulung beliau di Shah Alam malam tadi bersyukur kerana beliau tidak langsung menghentam kepimpinan UMNO sebaliknya memberitahu hadirin bahawa UMNO tetap ada jasa terhadap rakyat di negeri Selangor.
Antara ucapannya, beliau memuji diri sendiri kerana menjadi arkitek kepada pembangunan di Shah Alam dan Selangor. Beliau mengulangi dan menceritakan bagaimana timbul kesedaran menyertai PAS dengan memberi alasan bahawa UMNO sudah hilang rohnya, dan PAS sahaja sebuah parti yang konsisten terhadap perjuangan menegakkan syiar Islam. Pemimpin yang hebat, tidak memuji diri sendiri.
Syiar Islam? PAS yang tegakkan? Dalam sepanjang kewujudan PAS sila nyatakan bentuk syiar Islam yang ditegakkan oleh PAS Tiada kan? PAS sebenarnya tidak pernah menyumbang kepada pembangunan ummah apatah lagi menegakkan syiar Islam di Malaysia.
Itu hakikatnya, PAS hanya pandai mengkritik dan hanya juara mulut longkang dengan menggunakan pentas ceramah untuk mengeliru dan merosakkan fikiran rakyat. Sifat ceramah ini seharusnya tentang kebenaran, dan kebenaran itu beri ketenangan. Namun, sesiapa yang dengar ceramah PAS, mereka pulang dengan kemarahan, jiwa penuh kebencian, tiada langsung tanda-tanda ketenangan terpancar pada raut wajah mereka.
Itu semua bibit-bibit perpecahan yang dicipta oleh PAS untuk berkuasa. Itu syiar Islam? Itu semua kerja syaitan!!!
Maka, adakah tindakan Mat Taib sertai PAS dengan menjadikan alasan bahawa Pas sahaja yang mampu menegakkan syiar Islam itu tepat? Kamu silap besar Mat Taib!!!
Berbalik kepada persoalan awal, kenapa sekarang? Kononnya jika sebelum penamaan calon, orang akan ingat Mat Taib nak jadi calon. Itu semuanya alasan.
Yang pasti, kekecewaan adalah punca pokok kenapa Mat Taib berubah dan sertai PAS!
Bermula dengan kekecewaan akibat kalah di dalam pemilihan UMNO dimana beliau bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden, beliau sekali lagi cuba menghidupkan sisa-sisa kerjaya politiknya dengan melobi untuk dicalonkan sebagai calon BN di PRK Hulu Selangor 2010. Semuanya berakhir dengan kekecewaan.
Sejak itu, segala program UMNO telah dipulaukannya hingga tidak lagi menjalankan tugas sebagai Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya. Jawatan itu ditinggalkan begitu sahaja tanpa kata-kata. Jelas bahawa Mat Taib bukanlah pemimpin yang bertanggungjawab.
Mat Taib semakin kerap ke Masjid dan Surau kononnya untuk memberi tumpuan kepada ibadah, tetapi sebenarnya cuba mencari jalan mengubati kekecewaannya. Maka disitulah semuanya bermula.
Bersambung. Nantikan pembongkaran PART 3.
Subscribe to:
Posts (Atom)