Tuesday, 23 April 2013

[WAJIB BACA] PART 1: RAHSIA SEBENAR 'MAT TYSON' SERTAI PAS TERBONGKAR!!! #PRU13 #BetterNation




Khabar angin kononnya bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib (Mat Taib) akan menyertai PAS terjawab hari ini apabila beliau secara rasmi menyerahkan borang ahli PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di ibu pejabat PAS.


Tindakan Mat Taib sudah dijangka sejak awal lagi apabila beliau tidak lagi menjalankan tugas sebagai Ketua Bahagian UMNO Kelana Jaya selepas dikatakan kecewa kerana tidak dicalonkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor pada 2010.

Ketika itu, adik beliau, Dato' Raduan Muhammad Taib memainkan peranan penting sebagai pelobi supaya abangnya dilantik sebagai calon BN di PRK Hulu Selangor. Raduan juga dikesan bertemu dengan beberapa pemimpin kawasan di Batang Kali, Sungai Choh dan Sungai Buaya. Maka lahirlah banner kononnya menggambarkan bahawa rakyat di Hulu Selangor mahukan Mat Taib sebagai calon di sana.







Namun, kepimpinan BN ketika itu tetap memilih calon yang dipilih oleh MIC kerana kerusi Hulu Selangor memang milik MIC sejak duhulu lagi. Calon yang dipilih adalah P. Kamalanathan.

Akibat kecewa, Mat Taib juga menolak untuk menjadi salah seorang penceramah untuk membantu kempen BN di Hulu Selangor ketika itu. Beliau memberi alasan yang pelbagai. Namun ramai orang UMNO percaya beliau kecewa kerana tidak dicalonkan. Alhamdulillah. BN menang di PRK Hulu Selangor dan merampas kembali kerusi parlimen itu.


Kekecewaan berlanjutan hingga beliau tidak lagi hadir dalam program UMNO sama ada di peringkat negeri Selangor dan Pusat. Sejak itu beliau tidak lagi menjalankan tugas sebagai Ketua Bahagian UMNO Kelana Jaya. Ramai yang menjangkakan beliau akan berundur dari arena politik ketika itu.



Maka ketika itu, beberapa pemimpin PAS mengambil kesempatan berdamping dengan Mat Taib. Antara pemimpin PAS yang terawal bertemu dengan Mat Taib adalah Mustapha Ali. Pertemuan yang pertama berlaku pada tahun 2011 di mahligai milik Mat Taib sendiri di Seksyen 7, Shah Alam. 

Semua tahu, sudah menjadi tabiat PAS memburu pemimpin UMNO yang kecewa.

Pertemuan dengan Mustapha Ali diatur sendiri oleh adik Mat Taib, Dato' Raduan. Namun, bukan pemimpin PAS sahaja yang bertemu dengan Mat Taib, beberapa pemimpin PKR turut dikesan beberapa kali bertemu dengan Mat Taib di Restoran Darul Ehsan di Seksyen 3, Shah Alam. 

Pertemuan mereka semakin kerap pada awal tahun 2012, kemuncaknya adalah apabila Presiden PAS sendiri bertemu dengan Mat Taib di kediamannya di Seksyen 7. Pertemuan di antara Mat Taib dengan Hadi Awang berlaku sebanyak tiga kali. Antara pemimpin PAS dan PKR yang dikesan pernah bertemu dengan Mat Taib ialah Mustapha Ali, Salahuddin Ayub, Nasharuddin Mat Isa, Dr Rani, Nizar Jamaluddin dan Haron Din.








Siapa pemimpin ini yang menerima envelope dipercayai berisi wang yang diserahkan oleh pegawai keselamatan Anwar Ibrahim di KLIA tahun lepas??? Apa kaitan pemimpin ini dengan Mat Taib??? Nantikan pembongkaran - PART 2

Monday, 22 April 2013

GEMPAR! UPDATE #LAHADDATU!: RAKYAT DESAK TUBUH RCI SIASAT DALANG PENCEROBOHAN LAHAD DATU! #GE13 #PRU13

Isu pencerobohan dan keganasan Lahad Datu Februari dan Mac lepas kelihatan seperti sedikit dilupakan kerana fokus banyak diberikan kepada PRU13 yang bakal berlangsung. Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia sebenarnya tidak akan membiarkan insiden tersebut berlalu begitu sahaja. Lebih-lebih lagi apabila kejadian itu merupakan isu serius yang melibatkan kedaulatan dan keselamatan negara. 10 nyawa perajurit negara telah terkorban dalam insiden ini demi mempertahankan negara. Sesungguhnya pengobanan mereka tidak ternilai harganya. Kejadian tersebut sememangnya menggemparkan dan menggegarkan negara.

Dalam kita bersedih dan berada dalam keadaan berjaga-jaga ketika Ops Daulat masih berlangsung, terdapat desas-desus di kalnagan kita yang mengatakan bahawa terdapat kisah tersirat di sebalik berlakunya insiden Lahad Datu ini. Ada yang berkata bahawa kejadian itu ada kaitannya dengan politik dan PRU13. Ada juga yang berkata kejadian pencerobohan itu sengaja diada-adakan oleh pihak tidak bertanggungjawab hanya untuk memenuhi kemahuan politik yang rakus. Ya, banyak persoalan yang timbul. Belum ada jawapannya. Apa yang pasti, rakyat tidak akan membiarkan perkara ini berlaku begitu sahaja.

Rakyat tidak lupa.

Bukti? Berikut merupakan situasi di Sri Muda, Shah Alam petang tadi:







Penduduk Sri Muda menurunkan tandatangan tanda setuju. Rakyat mahukan Suruhanjaya Siasatan Diraja atau Royal Commission of Inquiry (RCI) untuk mengetahui siapa dalang pencerobohan dan keganasan Lahad Datu! Rakyat mahukan penjelasan terhadap insiden yang telah memberikan impak yang besar tehadap diri mereka dan juga negara.

Secara peribadi, RMK setuju dengan rakyat Sri Muda ini. Anda bagaimana?

Terkini #GE13: Masyarakat Sri Muda, Shah Alam Terima Kehadiran Dato' Seri Najib dengan Semangat Baru

Beberapa gambar DS Najib ketika turun melawat penduduk Sri Muda petang tadi.




Gigih pemimpin kita ini. Dari pagi turun berjumpa rakyat Selangor. Beginilah pemimpin berjiwa rakyat. Ayuh terus kita berikan sokongan padu kepada beliau PRU ini.

BN for


Terkini #GE13: Dato' Seri Najib Dapat Sokongan Penuh NGO-NGO di Hulu Klang, Gombak

Sekitar lawatan mesra DS Najib di Hulu Klang, Gombak.







Anak perempuan DS Najib hadir memberikan sokongan
Wakil Najib Razak Club
Calon DUN Hulu Klang, Datuk Raman


Anak lelaki DS Najib, Nor Ashman
Artis Liza Abdullah turut berkempen




BN for


Terkini #GE13: Ramah Mesra Dato' Seri Najib bersama Penduduk di Greenwood, Gombak

Selepas bertanya khabar penduduk Selayang pagi tadi, DS Najib menyinggah pula ke Greenwood, Gombak untuk bertemu rakyat di sana.












BN for