Monday, 11 March 2013

Insiden #LahadDatu: Pengganas Asing Bersembunyi di Celah Pokok Kelapa Sawit!




jadi kepada pasukan kesayangan rakyat malaysia
ATM dan vat69
taji habis kesemua pokok kelapa sawit yang disyaki tempat persembunyian pengganas.

hancurkan tempat tu bagai padang jarak padang tekukur..
takpe kami tak kisah asalkan dorang ni mampos !

bab pokok kelapa sawit yang hancur tu takpe
nanti kita suruh RISDA tanam balik
yang penting kasi rembat ini pengganas sampai mampus !


Update #LahadDatu: Jumlah Pengganas Asing Meningkat 97 Orang



Lahad Datu - Selepas seminggu Operasi Daulat, polis hari ini mengumumkan Kampung Tanduo, kawasan pendaratan penceroboh militan sebulan lepas, kini bersih daripada kumpulan itu.

Pasukan keselamatan kini memberi tumpuan untuk membanteras penceroboh militan di kawasan Kampung Tanjung Batu dan Sungai Bilis.

Semalam seorang penceroboh ditembak mati di Kampung Tanjung Batu menjadikan jumlah pengganas militan yang mati setakat ini ialah 54 orang manakala 97 ditahan kerana disyaki terbabit dengan pengganas militan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada dalam zon larangan Operasi Daulat.

Pada 8 Mac pasukan keselamatan melancarkan gerakan ofensif terhadap kumpulan penceroboh militan itu yang diikuti dengan operasi susulan dan penggeledahan bagi memburu mereka.

Bercakap pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat, Mej. Jen. Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di sini, Hamza berkata, 22 mayat pengganas militan telah dibawa keluar dan dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Hamza turut membenarkan wartawan mengambil gambar mayat-mayat pengganas militan itu bagi menepis dakwaan pihak tertentu yang mempersoalkan jumlah pengganas yang terbunuh.

Ditanya mengenai laporan akhbar berbahasa Inggeris hari ini bahawa Azzimuddie Kiram yang mengetuai pencerobohan itu, berjaya melarikan diri dalam operasi pasukan keselamatan di Semporna, Hamza dengan tegas menolak dakwaan berkenaan.

“Kalau saya tahu dia di Semporna sudah lama saya tangkap,” katanya.

Beliau turut menafikan laporan bahawa pasukan keselamatan menggunakan kekerasan terhadap masyarakat pendatang dari Sulu.

-Bernama

Friday, 8 March 2013

Insiden #LahadDatu: KANTOI! NUR MISUARI MAIN ISU SAIFUL BUKHARI DALAM FB!

Pendedahan MyMassa:


Terkejut MyMassa bila menjengok di Page Ketua Pengganas, Nur Misuari (https://www.facebook.com/Nur.P.Misuari)

Klik untuk besarkan


Dalam sibuk-sibuk berperang dengan Tentera Malaysia, sempat juga main propaganda Anwar Ibrahim kat Facebook pasal kenyataan bapa Saiful?

Nur Misuari ni nak tuntut Sabah atau nak tolong kempen bagi menangkan Anwar Ibrahim?


Tu pun masih tak nak mengaku jadi dalang. 

Satu lagi, pembaca boleh tengok tagline propaganda baru PKR menjelang PRU akan datang.

Kata Tian Chua.......KONSPIRASI TERANCANG.



Kata bapa Saiful....KONSPIRASI JATUHKAN ANWAR.




Kenapa kedua-duanya senada dengan perkataan KONSPIRASI? Siapa sebenarnya berkonspirasi?

Kantoi!




RMK: Anwar Ibrahim! Apa kau nak spin lagi lepas ni woi??

Update #LahadDatu: POLIS TAHAN 79 ORANG PUNYAI KAITAN DENGAN INSIDEN PENCEROBOHAN #PrayForSabah



Lahad Datu, 8 Mac - Pasukan keselamatan menahan 79 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan kejadian pencerobohan kumpulan militan di Kampung Tanduo, dekat sini, sejak 12 Feb lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata mereka ditahan di sekitar Sabah, termasuk di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Semporna.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas kerakyatan mereka yang ditahan itu. "Siasatan masih dijalankan dan hasil soal siasat terhadap mereka telah membawa banyak kejayaan kepada Op Daulat untuk membanteras penceroboh itu," katanya kepada pemberita di markas sementara di Felda Sahabat 16, di sini hari
ini.

Sejak pencerobohan itu, lapan anggota polis terkorban iaitu dua dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Semporna pada 2 Mac manakala di pihak musuh, seramai 52 orang terbunuh.- BERNAMA
\


Demi Wang, Maruah Anak Sanggup Digadaikan



 
 
Satu ketika dahulu, seorang bapa ini sanggup menghadapi risiko dicerca, dihina dan dipulaukan, demi maruah anak lelakinya yang dianiaya secara seksual luar tabie oleh bekas majikannya. Dek kerana itu, beliau sanggup membawa anaknya ke rumah Allah bagi melafazkan sumpah Laknat ke atas dirinya sendiri sekiranya beliau memfitnah bekas majikannya itu.
 
 
Kes itu berlarutan sehingga lebih 4 tahun perbicaraan dan penangguhan selain ketiadaan kehidupan yang normal seperti insan yang lain. Semuanya itu diharungi demi mendapatkan sedikit keadilan sepertimana yang pernah diperjuangkan bersama bekas majikannya sebelum ini. Namun, segalanya seperti suatu yang sia-sia apabila majikannya terlepas juga mahkamah dunia.
 
 
 
Namun, si bapa tetap tidak mengalah untuk mendapatkan pembelaan yang sewajarnya bagi pihak anak yang disayangi. Selagi nyawa nasih di badan, ini sahajalah yang dapat ku lakukan buat anak lelakiku.
 
 
 
 
Namun, kuasa wang juga mengatasi segala-galanya. Sepertimana peguambela anaknya yang akhirnya membela pihak lawan (sebab itu kes boleh tertangguh sehingga lebih 60 kali), si Bapa juga tampak tewas kepada godaan duniawi. Tidak mengapalah wahai Saiful, walaupun skrip yang diberikan kepada bapamu sama sahaja (Khairil Anas, Peg Khas PM dll), namun kita semua tahu yang Allah SWT itu maha Kuasa. Tiada satu perancangan licik manusia yang dapat mengatasi Maha PengetahuanNYA!

 
 
Namun, apa yang kita semua perlu fikirkan ketika ini adalah, mengapa sekarang?!!
 
* Mengapa PI Bala berani pulang dan sambung kisah fitnahnya hanya selepas kes Altantuya selesai dibicarakan?!! $$$ Berapa belanjanya?
 
* Bagaimana penceroboh/lanun Sulu yang miskin secara tiba-tiba memiliki peralatan peperangan yang canggih dan kewangan yang mantap sebaik menceroboh Sabah?!! $$$ Berapa pula belanjanya?
 
* Apakah perancangan bashing NAJIB/BN ketika dua anggota polis terkorban tidak menjadi, maka dibelinya pula bekas Jeneral untuk memperkuat motif bashing?!!
 
* Apakah Anwar kini melihat gelombang simpati dan sokongan rakyat bersama Kerajaan begitu kuat ketika ini kerana pendedahan pelbagai media tentang penglibatan beliau sebagai dalang, maka tibalah strategi divert dengan membeli bapa Saiful pula?!!

Sumber: MyMassa


RMK: Terlalu banyak muslihat pakatan haram ni. Semoga Tuhan tunjukkan yang mana hak, yang mana batil.