Maryam Kiram (kiri) bercakap pada sidang media di Makati semalam. - Foto ihsan The Philippine Star
MANILA - Balu kepada Sultan Sulu, Mohd Mahakuttah Kiram percaya pertempuran yang sedang berlaku di Sabah hanya satu drama dan menegaskan ia hanya sebagai pelan permainan untuk mendapatkan kembali hak milik mereka.
Bercakap kepada pemberita semalam, Puteri Maryam Kiram mendakwa yang dirinya juga pernah ditawar untuk menjadi sebahagian dari drama oleh pihak-pihak berkenaan satu ketika dahulu.
“Saya yakin perkara ini hanya drama selepas saya pernah duduk sekali bersama mereka.
"Saya juga bersedia untuk berunding bagi menyelesaikan konflik ini dari terus berlanjutan. Penyelesaian bersama kedua-dua belah pihak dapat dicapai,” ujar beliau dipetik The Philippine Star.
Maryam bagaimanapun tidak menjelaskan apa yang dimaksudkan sebagai "drama" tetapi mendakwa yang media turut memainkan peranan dalam mengada-adakan cerita.
Beliau yang mendakwa mewakili Kesultanan Sulu berkata ahli keluarga diraja telah menubuhkan Yayasan Diraja Kesultanan Sulu.
Maryam turut berharap dapat mengadakan perbincangan dengan pemimpin Malaysia.
Beliau turut yakin yang kerajaan Malaysia mengamalkan sikap terbuka dan mampu menyelesaikan perkara ini secara baik. - Sinar Harian RMK: Ini merupakan berita yang disiarkan oleh Sinar Harian hari ini. Sejujurnya RMK semakin keliru dengan apa sebenarnya permainan puak 'Sultan Sulu' ni. Dan juga setakat ni lebih dari seorang yang mengaku diri masing-masing adalah Sultan Sulu. Apa pun, yang diharapkan Sabah terpelihara daripada ancaman mereka yang ingin memporak-perandakan keamanan negara ini yang telah dikecapi sekian lama. Semoga pasukan keselamatan kita berjaya menamatkan misi dengan selamat.
RAKYAT MALAYSIA BERBANGSA SULUK MENGUTUK KEGANASAN PENCEROBOH DI SABAH
Video: Rakyat Sabah Berbangsa Suluk sendiri menolak Penceroboh. Kenapa perlu tuntut Sabah lagi?
UPDATE LAHAD DATU:Meskipun mempunyai pertalian persaudaraan dengan bangsa Sulu di selatan Filipina, nyata taat setia rakyat Sabah bangsa ini terhadap Malaysia tidak goyah.
Sebaliknya, mereka mengutuk tindakan kumpulan bersenjata itu yang jelas mencabuli hak keamanan mereka yang dinikmati sejak sekian lama, selain menyifatkan tindakan itu sebagai memalukan.
Bahkan ada antara mereka tidak mahu dikaitkan dengan kumpulan berkenaan dalam kemelut yang memasuki hari ke-22 hari ini, kerana malu.
Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Azly, 45, berkata sejak merdeka, rakyat Sabah termasuk bangsa Sulu hidup aman damai di negeri ini bahkan mendapat layanan baik daripada kerajaan negeri.
"Kebanyakan mereka yang berbangsa Sulu ada yang menjadi nelayan dan usahawan serta kakitangan kerajaan. Ini contoh kejayaan bangsa Sulu di sini. Pada saya, sepatutnya orang di sana membiarkan bangsa mereka di sini maju dan berjaya... mereka kena reda.
Persoalannya kenapa baru sekarang soal ini (isu tuntutan ke atas Sabah) berbangkit?," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Azly, seorang usahawan, berkata kemelut pencerobohan tidak sepatutnya berlaku sekiranya rakyat di selatan Filipina memahami sejarah bahawa Sabah milik Malaysia.
"Mereka ini berpendapat selagi ada bulan dan bintang, selagi itu Sabah milik mereka kerana mereka tidak melihat kepada sejarah," katanya.
Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata daripada jumlah pengundi berdaftar di Sabah sebanyak 926,638 orang tahun lepas, dianggarkan 80,000, ialah pengundi bangsa Sulu.
Beliau juga yakin bangsa itu tidak akan menimbulkan apa-apa masalah berikutan krisis yang berlaku di Kampung Tanduo dan Semporna yang menyaksikan kira-kira 19 orang penceroboh terbunuh manakala lapan anggota keselamatan negara gugur.
"Bangsa Sulu yang menjadi rakyat Malaysia sangat taat setia dan mencintai negara ini. Mereka telah mempunyai keluarga dan pekerjaan tetap seperti nelayan, peniaga dan penjawat awam.
"Apa yang berlaku, pencerobohan ini tidak disukai oleh rakyat Malaysia bangsa Sulu kerana ia menjejaskan imej mereka... dan ini pada saya cumalah isu untuk hendak mendapatkan perhatian antarabangsa berkaitan tuntutan ke atas Sabah," katanya.
Seorang lagi penduduk yang ingin dikenali sebagai Amin, berkata beliau menentang sekeras-kerasnya tuntutan mereka yang menggelar diri mereka di bawah Kesultanan Sulu untuk memiliki Sabah kerana beliau lebih selesa dengan pemerintahan kerajaan Malaysia.
Dalam pada itu, katanya, mengikut kefahaman masyarakat di sini, Sabah bukan milik Kesultanan Sulu.
Dalam pertempuran Jumaat lalu, 12 orang daripada kumpulan penceroboh itu terbunuh manakala dua anggota komando VAT 69 terkorban dan tiga lagi cedera.
Di Semporna pada Sabtu, enam anggota polis gugur sebagai wira negara selepas diserang hendap sekumpulan bersenjata manakala tujuh anggota kumpulan itu terbunuh. - BERNAMA
Sumber: MyMassa
SYABAS kepada penduduk berbangsa Sulu di negeri ini yang terus setia dan menyokong tindakan-tindakan kerajaan Malaysia dalam menangani kes pencerobohan di Lahad Datu. Inilah sikap yang perlu ada dalam diri rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi setelah bertahun-tahun menikmati kehidupan aman di negeri/negara ini. Walaupun mempunyai perkaitan persaudaraan atau dari segi bangsa, namun semangat patriotik atau cintakan negara tetap didahulukan apabila berhadapan dengan krisis-krisis yang menyentuh soal kedaulatan negara.
PENCOROBOH TELAH DITUMPAS SEPENUHNYA 5/3/2012-12.00 PM-KAMPUNG TANDUO: Kumpulan bersenjata Sulu bersenjata telah ditumpaskan oleh pasukan keselamatan Malaysia dalam kejadian tembak-menembak secara besar-besaran bermula pukul 7 pagi Selasa, kata sumber polis.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (tengah) dan Panglima Angkata Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (kanan) pada sidang media di Lahad Datu.
Pasukan keselamatan Malaysia berada di peringkat keempat dalam Ops Sulu apabila mereka mengawal keselamatan kampung yang dikepung oleh kira-kira 100 lelaki bersenjata yang merupakan pengikut kepada seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, yang menegaskan bahawa saudaranya mengetuai kumpulan itu untuk berada di Tanduo sehingga mati walaupun tarikh akhir yang dilanjutkan, yang diberikan kepada mereka untuk meninggalkan kawasan itu tanpa pertumpahan darah.
Rundingan untuk menyelesaikan pencerobohan, untuk dilakukan secara aman telah gagal dan pada pagi Selasa, jet pejuang terbang melakukan serangan, diikuti oleh pasukan polis elit yang turut menghadapi pertempuran itu.
Ketua Polis Negara memberitahu pemberita pada pukul 11.30 pagi bahawa tiada mangsa di kalangan rakyat Malaysia tetapi bilangan mangsa untuk lelaki bersenjata masih tidak diketahui.
Keadaan di semua bahagian pantai timur Sabah adalah terkawal oleh pihak polis dan tentera yang mengawal ketat keselamatan di beberapa lokasi strategi di mana mereka diancam oleh tindakan daripada pengikut Sultan Sulu bahawa akan berlakunya serangan balas sekiranya penceroboh Sulu dikalahkan.
Sumber: Headbomb
RMK: Alhamdulillah, so far so good. Semoga semua kekal selamat after everything really is over. Tabik hormat kepada pejuang-pejuang tanah air kita.
"Terkini - Manila: Polis Anti Rusuhan mengepung Kedutaan Malaysia di sana yang diserbu penunjuk perasaan bagi membantah tindakan Kerajaan Malaysia menyerang kedudukan penceroboh Sulu pagi tadi"
Lagi Jalur Gemilang dihina di negara orang. Ya, mungkin ini bukan satu perkara yang baru kerana ianya menjadi lumrah bagi rakyat negara yang mempunyai mentaliti kelas ketiga ini. Namun, yang dikesalkan adalah, penghinaan ini bukan sahaja datang dari negara luar, bahkan rakyat Malaysia sendiri turut tumpang sekaki. Inilah bahananya apabila terlalu lama bergelumang dalam tong najis fuckatan. Semua yang dilihat adalah tahi dan semua yang dihidu adalah busuk!
Tawaran MyMassa: Jika ada sesiapa yang berasa diri mereka lebih layak dan pandai menguruskan situasi di Lahad Datu, boleh hantarkan maklumat diri yang lengkap melalui komen di bawah ini untuk diterbangkan ke sana sebagai perisai hadapan. Tiket kapal terbang, penginapan dan makan minum adalah percuma. Namun risiko ditawan dan ditembak oleh penceroboh ditanggung sendiri. Ada berani?!!
Sumber: MyMassa
RMK: Setakat keyboard warrior dok kutuk, gebang, maki tak tentu pasal boleh la. Turun medan perang tengok? Mau terkencing dalam seluar. Bodoh!
Tindakan biadap dan tidak professional Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang gagal mengawal perasaan marahnya ketika majlis sidang akhbar pagi tadi mengudang pelbagai tanda tanya. Anwar dilihat ‘naik angin’ dengan tindakan para wartawan yang meminta penjelasan beliau berhubung laporan yang dikeluarkan oleh agensi berita luar negara seperti Reuters, Inquirer News, The Manila Times, ABN-News dan sebagainya.
Stesyen televisyen TV3 dan akhbar Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan mengenai laporan yang dikeluarkan oleh media asing itu, berhubung penglibatan Anwar dengan penceroboh bersenjata di Sabah. Media asing tersebut mendakwa menerima maklumat dari agensi perisikan tentera Filipina berhubung penglibatan Anwar yang dikatakan telah menjemput kumpulan tersebut ke Malaysia.
Ekoran laporan tersebut, Anwar telah meminta agar pihak Utusan dan TV3 untuk mengemukan permohonan maaf secara terbuka atau berdepan dengan tindakan saman malu berjumlah RM2 juta. Memandangkan dakwaan tersebut adalah merupakan laporan dari media asing, maka Anwar ditanya apakah terhadap sebarang tindakan undang-undang yang akan diambil seperti yang dilakukan terhadap Utusan dan TV3?
Tidak berpuasa hati dengan soalan yang dikemukan itu, Anwar lantas menemplak wartawan tersebut dengan nada berbaur ugutan.
“Utusan dan TV3 dah kena saman, (kalau) you ulang, saya saman you nanti” katanya.
Tidak cukup dengan itu, Anwar jelas berbohong dengan mengatakan kononnya laporan yang dikemukan oleh media asing tersebut hanya mengatakan kemungkinan dia mengetahui mengenai perjumpaan Datuk Seri Najib dengan wakil Sultan Sulu.
Sedangkan jika dilihat dengan teliti laporan tersebut, ia secara jelas mengatakan sebaliknya. Berikut adalah antara laporan yang dikeluarkan oleh media-media asing tersebut.
Kumpulan ketiga yang didakwa terlibat adalah pembangkang dari Malaysia, yang sedang bersiap sedia untuk pilihan raya umum yang mungkin berlangsung sebelum Jun. Pegawai perisikan berkata salah satu ahli politik pembangkang Malaysia yang bersekutu dengan Anwar Ibrahim akan bertanding bagi jawatan di Sabah – Inquirer News, 1 Mac 2013
Jacinto also disturbingly writes that “The intrusion occurred just as former Malaysian leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, also Pakatan Rakyat de facto leader, proposed that Sabah be granted autonomy.” Anwar Ibrahim, a Rizalian scholar, is known as a stalwart against the ruling UMNO party-led coalition in Malaysia. Now we should not be involved in the domestic politics of Malaysia - The Manila Times, 16 Februari 2013.
A Malaysian Opposition politician allied with Datuk Seri Anwar Ibrahim is believed to have met with the Sulu Sultan late last year and gave the Opposition’s support to the Kirams’ claim to Sabah, a Philippine intelligence source revealed. – ABN-News, 1 Mac 2013
Persoalannya, mengapakah Anwar perlu marah sekiranya laporan tersebut tiada sebarang asas kebenaran? Sejurus selepas sidang akhbar tersebut, para wartawan yang hadir mempertikai kewajaran tindakan Anwar sebentar tadi. Apakah ini bentuk kebebasan media yang sering dilaung-laungkan oleh Anwar?
Hanya dengan satu soalan mudah, dia bukan sahaja dilihat gagal untuk menjawab malah lebih teruk lagi, cuba mengugut pihak media dengan tindakan saman.