Friday, 7 December 2012

TERKINI! MASYARAKAT INDIA SELANGOR MENGAMUK DI SHAH ALAM!



Susulan daripada entri RMK semalam [baca sini], satu demonstrasi aman telah diadakan di hadapan Dataran Shah Alam dan bangunan SUK Selangor bermula 11.00 pagi tadi oleh NGO-NGO India akibat berang dengan tindakan kerajaan Pakatan Haram Selangor yang telah merobohkan tempat sembahyang Hindu di sebuah kediaman di Sepang. Seramai kira-kira 600 yang hadir daripada Skuad Belia MIC, Nambikai, Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia, NGO Perinnbam, Indian Athma Sakti Association, Tamil Uthavum Karangkal dan beberapa NGO lain. Mereka datang membawa kain rentang mengutuk tindakan kerajaan negeri yang tidak menghiraukan sensitiviti kaum beragama Hindu dengan tindakan merobohkan tempat sembahyang tersebut. Ini merupakan kemuncak kebangkitan masyarakat India yang sudah lama memendam rasa tidak puas hati dengan kerajaan negeri terutamanya EXCO Xavier Jeyakumar yang disifatkan sebagai tidak menjaga kebajikan orang India Selangor.

Antara flyers yang diedarkan kepada umum








Berarak ke bangunan SUK



Pakatan Haram pernah berjanji pada 2008 tidak akan memusnahkan rumah ibadat bukan Islam. Apa sudah jadi? Cakap tak serupa bikin. Janji tinggal janji. Akhirnya rakyat yang merana. 

P/S: RMK dapat maklumat selepas ni akan ada lagi perobohan kuil seterusnya oleh kerajaan negeri di Puchong. Kita tunggu dan lihat sejauh mana kebenaran maklumat tersebut.

Thursday, 6 December 2012

GEMPAR!! ISU ROBOH KUIL DI SEPANG: ADA PIHAK YANG MARAH!


Kira-kira dua minggu lepas, timbul isu perobohan kuil di sebuah kediaman di Sepang oleh pihak majlis perbandarannya. [Baca selanjutnya di sini].

Dan pagi tadi seorang rakan mengirimkan gambar-gambar di bawah kepada RMK.





Dua buah kain rentang telah dinaikkan di Shah Alam sebagai susulan daripada peristiwa merobohkan kuil tersebut. Menurut seorang rakan RMK yang berbangsa India, maksud kenyataan yang tertulis di kain rentang itu berbunyi 'dulu kuil dipecahkan... sekarang, kalau percayakan korang (Pakatan Rakyat), tempat sembahyang dalam rumah pun akan dipecahkan juga'. 

Nampaknya ada yang marah dan berang terhadap kerajaan Pakatan Haram Selangor dengan menyelar EXCO Xavier dan seorang bekas Ahli Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) dalam kain rentang itu. Siap ada tulis 'Protest against Selangor Government' lagi.


Mari kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku esok, 7 Disember 2012 (Jumaat), 10.00 pagi di SUK Selangor Shah Alam.

Wednesday, 5 December 2012

PERINGATAN WARGA SINGAPURA KEPADA RAKYAT MALAYSIA. MESTI BACA!


Undi DAP - Pakatan Rakyat, perkara sama seperti yang terjadi di Singapura mungkin terjadi kepada kita. Macam-macam hak Melayu akan mereka gadaikan jika mendapat kuasa memerintah negara ini. Orang Singapura telah membuat pengakuan terhadap penindasan terhadap orang Melayu di sana. Tinggal kita sahaja untuk mengambil iktibar atau tidak. Tepuk dada, tanya selera. Jangan nanti sudah terhantuk, baru terngadah. 


[VIDEO] PENYOKONG PAKATAN HARAM BUAT KECOH DI CERAMAH MERDEKA RAKYAT ANWAR DI GOMBAK SEMALAM!!

Pemuda BN cedera

Semalam 4 Disember 2012 berlangsung ceramah Jelajah Merdeka Rakyat Pakatan Haram di Batu 8, Gombak. Anwar hadir untuk berucap. Malangnya keadaan bertukar menjadi kecoh apabila terdapat provokasi dari pihak tertentu.



Lagi mengenai insiden ini [di sini] dan [di sini].

Friday, 30 November 2012

EKSKLUSIF! CERITA DI SEBALIK PERHIMPUNAN HIJAU ANTI-LYNAS YANG RAMAI ORANG TAK TAHU!

Perbuatan khianat Cina anti-Lynas

Kenapa majoriti kaum Cina memboikot kilang Lynas? Betulkah Cina-Cina hijau yang berhimpun itu merupakan Cina Malaysia? Aku tidak ada bukti untuk menunjukkan bahawa Cina hijau yang berhimpun it adalah Cina import. Cina Malaysia mungkin hanya segelintir sahaja yang terlibat dalam perhimpunan kahak hijau anti-Lynas baru-baru ini.

Isu dan kupasan selanjutnya [di sini].