Friday, 16 November 2012

ADA ORANG TAK TAHAN TENGOK ANWAR!


Anwar massage


[Sumber]


Rakyat dah tak tahan dengan kau Nuar. Tak tahan benci. Keh keh keh...

GEMPAR! SERANGAN #SINDROMLAJIM DALAM UMNO SELANGOR! ADA YANG BAKAL LOMPAT PARTI??



Sindrom Lajim Yang Sedang Menjangkiti UMNO Selangor

1. Dengar ceritanya ada pemimpin UMNO bahagian di Selangor bakal dijangkiti Sindrom Lajim.

2. Sindrom Lajim ini apabila berjangkit kepada seseorang itu akan mengakibatkan beliau untuk menjadi  seorang pembelot. 

3. Adakah keadaan Selangor sudah semakin getir sehinggakan politikus UMNO ini terpaksa untuk mencari 'insurans' politik?

4. Politik Selangor memang terkenal di kalangan penganalisa politik sebagai "The Slaughter House" melihatkan bahawa setiap politikus yang ada di negeri ini saling tikam-menikam antara satu sama lain tidak kira dari pihak Barisan mahupun Pakatan Pembangkang.

5. Dilihat juga, sasaran DS Najib adalah untuk merampas kembali Selangor sehinggakan ramai yang berpendapat, jika menang Selangor, menanglah Barisan di peringkat persekutuan.

6. Namun begitu, harapan DS Najib ini kelihatan tidak disambut oleh kebanyakan peringkat kepimpinan UMNO bahagian.

7. Masing-masing mula menilai 'survival' politik diri sendiri dan cuba mencari jalan terbaik untuk menyelamatkan diri sendiri.

8. Di atas kesempatan ini, ada pemimpin-pemimpin UMNO bahagian yang berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan ini sudah mula berjangkit dengan Sindrom Lajim. Mereka sudah mahu berpaling kepada Anwar Ibrahim.

9. Siapakah individu-individu tersebut?

10. Khabar yang dibawa angin ini besertakan bukti bergambar, jelas menunjukkan seorang pemimpin  UMNO bahagian mengadakan pertemuan sulit dengan TS Khalid Ibrahim.

Seorang yang berjawatan di UMNO Bahagian X
Seorang yang berjawatan di UMNO Bahagian X

11. Kedengaran juga bahawa bahagian-bahagian yang bakal berjangkit Sindrom Lajim ini berkemungkinan adalah bahagian Kuala Langat, bahagian Sepang, bahagian Klang, bahagian Gombak dan bahagian Seri Serdang. 

12.  Lebih-lebih lagi sekiranya mereka ini tidak tersenarai sebagai calon UMNO!

13. Dan kedengaran juga bahawa ada antara mereka ini di bawah pengaruh bekas Menteri Besar Selangor yang lama dahulu.

Siapa antara mereka ini yang bakal menghidapi Sindrom Lajim?

14. Adakah benar bahawa mereka-mereka ini bakal menghidapi Sindrom Lajim?

15. Kesultanan Melayu Melaka tidak mungkin dapat dikalahkan oleh askar Portugis melainkan adanya pembelot dari kalangan orang Melayu sendiri.

16. Tunku Abdul Rahman juga pernah berpesan "Hanya orang Melayu sahaja boleh menjadikan Tanah Melayu ini Neraka buat orang Melayu"

17. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.



*RMK: Kepada pemimpin-pemimpin UMNO, sila jalankan tugas anda. Hayati semula tujuan perjuangan dalam UMNO. Betulkan niat. Sokong saja calon pilihan DS Najib. Fight to win. Jangan biarkan pembangkang menguasai tanah tumpang darah kita!

Monday, 12 November 2012

OPERASI SITA HARTA RAKYAT! ADAKAH INI DEFINISI 'KEBAJIKAN' KERAJAAN SELANGOR??



SHAH ALAM - Disebalik tarikh pilihanraya (PRU-13) yang semakin hampir. Tanpa kita sedar, rakyat Selangor sudah empat tahun ditipu oleh Pakatan Haram.

Janji yang digula-gulakan kepada rakyat melalui manifesto meraka pada PRU-12 masih belum tertunai sehingga kini.

Terbaru, kerajaan Selangor sedang giat melakukan operasi besar-besaran memburu rakyat yang gagal membayar cukai pintu.

'Banner' telah mula dipasang diseluruh pelusuk di Shah Alam seolah-olah mengugut rakyat bahawa kerajaan Selangor  tidak sabar untuk menyerbu rumah rakyat yang gagal membuat bayaran cukai pintu.

Jika sebelum ini, kerajaan Selangor antara yang paling lantang mengharamkan penggunaan Automated Enforcement System (AES) kononnya sistem itu adalah bertujuan untuk kaut duit rakyat.

Apa bezanya dengan 'Operasi Sita' yang sedang giat dijalankan di Selangor???

Mana motto kerajaan Selangor yang kononnya mengutamakan kebajikan rakyat???




Adalah lebih malang buat rakyat Selangor, cukai pintu bukan sahaja dikurangkan seperti yang dijanjikan dalam manifesto, tetapi telah meningkat berbanding sebelum ini menurut sebuah laporan dalam akhbar Sinar Harian.

Mungkin definisi 'kebajikan' versi Pakatan Haram membawa maksud yang berbeza seperti yang difahami oleh rakyat jelata.

Tahniah kerajaan Selangor!!! Hidup kami rakyat Selangor semakin terbela di bawah pemerintahan Pakatan Haram.


Friday, 9 November 2012

SENARAI PEMIMPIN YANG DAH TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM AKIBAT LIBERALISME MELAMPAU

Sekarang ni tengah panas tentang kes Nurul Izzah yang keluarkan kenyataan hak kebebasan beragama perlu diberikan secara sama rata kepada semua kaum termasuk Melayu. Liberal.

Kata orang ke mana jatuhnya kuah kalau tak ke nasi. Nurul Izzah ni samalah macam papa dia. 






Anwar Ibrahim ramai pengikutnya. Namun, alhamdulillah, mereka ini telah sedar daripada terpengaruh lebih jauh dengan dakyah serta fahaman mangkuk ni dan seterusnya bertindak meninggalkan beliau.




Merekalah yg dulunya memperjuangkan seorang banduan yg x mampu memberikan ape2 pun...hanya keadilan yg mereka juangkan kononnya banduan itu difitnah sehinggakan mereka dimasukkan ke lokap, penjara dan ISA hanya kerana berjuang utk seorg banduan...TETAPI apabila banduan itu terlepas dan mula berkwn dgn yahudi dgn mempertahankannya, cuba menghapuskan hak dan kepentingan melayu, menghina islam dan raja-raja melayu termasuklah melakukan perbuatan moral beberapakali yg pernah dilakukan oleh bekas banduan yang mereka pertahankan itu bertahun-tahunlamanya...MAKA setelah melanggar prinsip sbg ank melayu islam, mereka telah berubah dgn hidayah yg diberikan oleh ALLAH...merekalah pejuang sebenar...mereka dah lama berubah dgn hidayah ALLAH...ade siapa yang nak ikut jejak mereka utk berubah...??? mohonlah hidayah dari ALLAH...JOM BERUBAH... - [Sumber]



*Kepada yang belum sedar tu, sedarlah. Nilai sendiri kepimpinan mana yang lebih baik untuk masa depan negara ni. Janganlah terlalu taksub dengan pemimpin. Semoga Tuhan pelihara bumi Malaysia ni daripada diperintah makhluk-makhluk yang mampu membawa kehancuran kepada negara kita ni. Allahuakbar.

LUAHAN HATI SEORANG MUSLIM BUKAN MELAYU TERHADAP KENYATAAN KONTROVERSI NURUL IZZAH! MESTI BACA!


Kata Nurul Izzah

Kata seorang saudara Islam kita


Nurul Izzah, thank you lah sebab berjaya bangkitkan protes daripada masyarakat Melayu, dan sekarang orang Islam bukan Melayu dengan kenyataan liberal kau tu. Sekarang mereka dah tau nak undi siapa. Obviously not you!