Nulikan hasil dari seorang hamba Allah.
Renungan untuk semua.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MENGAPA IS RAYEL TAK SERANG MALAYSIA ?
1. Melihat dengan
MATA HATI, di sebalik serangan fizikal di ga za, apa sebenarnya intention pihak
zio nis yg cuba lakukan. Gaza tue besarnya,
tau besarnya berapa? Utara ke Selatan 40km (jarak kl - shah alam) Timur ke
Barat 7km (jarak cheras - KLCC). Penduduk 1.4 Juta orang di kawasan ga za shj.
Tanah paleystin berpecah belah negaranya.
2. Kalau dilihat
dari peta paleystin sekarang, kenapa ianya berpecah2? Mengapa pihak zi0ni$
tidak mengambil kesemua tanah paleystin? ataupun kalau dia nak ambik, kenapa
negara paleystin tidak menjadi negara yang bersambung-sambung?
3. Jadik kesimpulan
ringkas yg diamati, pihak zi0ni$ sengaja memecahkan sedikit demi sedikit negara
paleystin kerana mereka tak mahu umat islam bersatu, mungkin jika bersatu, mmg
sekejap shj is rayel akan boleh ditawan semula dengan mudah.
4. Sebenarnya kalau
nak melenyapkan terus umat Paleystin, pihak musuh hanya perlu bomb 3 tempat
sahaja, hospital, bekalan air, dan bekalan elektrik. Habis cerita... tetapi
pihak musuh tidak menyerang tempat tersebut, mereka menyerang tempat2 di mana
ramai rakyat paleystin berhimpun, di rumah2, kenapa? Mengapa mereka tidak
melenyapkan terus umat paleystin?
5. Sebenarnya,
mereka mahu menunjuk pada dunia, yang mereka mempunyai kekuatan untuk MENYEKSA
umat islam, di sana mereka MENYEKSA umat-umat islam secara fizikal. Kita di
sini, mereka MENYEKSA kita dengan cara spiritual, kekuatan teknologi, dan
platform yang telah mereka bina mcm fesbuk nie. Kita disini DISEKSA secara
berterusan, cuma bezanya diseksa dalam keadaan harmoni.
6. Lapar, nak makan
cepat, ada McD. Nak tunggu nasik campur, takder drive thru, apatah lg nasik
goreng kampung pun takder drive thru, nak order pun 10 minit nak goreng. Sy
juga tidak terkecuali, sekarang sedang menggunakan pc yg processornya adalah IN
TEL, mmg IN TEL ada kilang di merata dunia termasuk di Pulau Pinang &
Kulim. Tetapi pusat RND nya ada di 'sana'. RND = enjin sebenar. Sapa tak pernah
makan Kit Kat, air yogurt Nestle (semalam baru minum), apatah lagi Colgate,
Coke, dan minyak bayi anak sy pun pakai Johnson & Johnson.
7. Secara amnya,
hampir 2/3 daripada isi pasaraya tue milik ____? Habis kenapa kita terpaksa
beli juga? Sebab kita tidak ada PILIHAN. Mengapa kita tidak ada PILIHAN? Sebab
kita mempunyai sikap iri hati dan tamak haloba. Nak wujudkan PILIHAN katalah
buat nak buat biz tiru coffe be an, belum apa2, baru nak setup kedai, dah kawan
tipu kawan, adik beradik bergaduh, mcm mana nak buat branch banyak negara. 1
kedai pun belum naik. Mengapa kita ada sikap tersebut? Apa yang kita makan
itulah diri kita. Abis kita makan apa nie?
8. Eyh tengok org
sana berperang kita di sini pun berperang jugak, bezanya sana berperang, memang
betul2 berperang dgn musuh, kita di sini berperang dgn melihat mempertikaikan
kenapa perlu boi kot, kenapa perlu derma, ada yg kata derma bermusim. Hallo
hallo pasal tue lah, ianya menjawab tajuk post nie. Buat apa Is Rayel nak
serang kita, diorang tak buat apa2 pun kita berperang sesama sendiri. Lagipun
diorang dah menang tanpa bertanding.... Sebab apa menang tanpa bertanding? Di
kala mereka sedang cuba menghapuskan saudara2 kita, kita masih lagi TERPAKSA
guna produk mereka. Burger telur free pun berebut nak beratur sampai luar pintu.
9. Biarlah kawan2
kita yang lain, ada yang mampu nak derma, biarlah mereka derma, ada yang nak
berdemo, biar mereka berdemo, ada yg boleh berdoa, biarlah mereka berdoa,
sekurang2nya masing2 cuba melawan dengan kudrat apa yang ada. Sbb tue kalau tgk
di tv, ada org2 muda paleystin yang baling batu ke arah kereta kebal. Batu tue
kena kereta kebal pun, org dalam kereta kebal tak dengar bunyinya. Tp semuanya
ada sikap berjuang nak melawan.
10. Hikmah
kejadiain ini juga adalah signal dari ALLAH, supaya umat islam sedar, walaupun
kita ramai, tapi kita lemah. Kita tak bersatu. Tak caya? cuba masuk mana2
kampung, lihat di kampung tue katakan ada 14 orang veteran, sekurang-kurangnya
mesti ada 3 puak di kalangan 14 orang veteran. Yang nie orang tok sidang, yg
nie org penghulu, tak ngam dgn tok sidang, yg tok sidang punya geng tak ngam
dgn Timbalan Pengerusi Surau yang ke-3. Yang di jabatan2 tiap2 hari khamis
pakai baju batik pula, ada 20 orang dalam satu organisasi, tetapi ada 4 team!
Team A baik dengan Ketua Pengarah, Team B pula baik dengan Timbalan Ketua
Pengarah 1, Timbalan Ketua Pengarah 1 tak ngam dengan Ketua Pengarah, Ketua
Pengarah pula baik dengan Timbalan Ketua Pengarah 2, maka Team Timbalan Ketua
Pengarah 1 tak baik dengan team Timbalan Ketua Pengarah 2. Tak faham? (Ini
adalah exp sy yang paling mahal semasa berkhidmat sbg Kaki Tangan Awam suatu
masa dahulu)
11. Jangan lupa
juga sesungguhnya bumi paley stin masih lagi wujud hasil doa2 umat islam di
seluruh dunia, kita di masjid2 time solat jumaat pun khatib bacakan doa
kesejahteraan rakyat2 paley stin. Tempat israk mikraj tue bro.
12. Kawan², rakan²
marilah, situasi di atas adalah hakikat sebenar, janganlah kita jadikan situasi
tersebut sbg alasan untuk kita tidak boleh berubah. No.1 bersihkan dalaman
dahulu, banyak sangat clog yang perlu dibersihkan, tak perlu tunggu bersih
sepenuhnya baru nak jadik baik, asalkan ada kemahuan yang membara, clogging yg
ada tue akan mula beredar perlahan2. Bersolat bukan sekadar bersolat, bersolat
fahamkan makna bacaan dalam solat, baru senang nak feel. Tak perlu tunggu hafal
30 juzu' baru nak sampaikan benda yang baik. Pernah dengarkan
"Sampaikanlah walaupun 1 ayat"? Sekurang2nya boleh menjadi ulangkaji
kepada yang si menyampaikan, bro cuba lu tgk page sham kamikaze, hari2 post
pasal kelebihan solat dhuha, tiap2 waktu ingatkan org suruh solat awal waktu,
apsal dia buat selalu? Sebab dia ambik 'roh' azan. Apa itu 'roh' azan? Manusia
perlu diingatkan sepanjang waktu.
13. Tidurlah awal,
agar kita dpt berjemaah subuh esok, kan dan dikhabarkan, 'mereka' hanya akan
takut kalau subuh kita sama ramai dengan solat jumaat. Kerana itulah sebenarnya
kunci kekuatan umat islam seperti umat paley stin yg menyebabkan zio nis takut
kerana jemaah subuh mereka.
*RMK: Malaysia hari ini, memang banyak yang perlu dibersihkan. Banyak yang tak betul. Marilah sama-sama muhasabah diri. Bertaubatlah sementara masih bernafas. Supaya dapat redha Allah. Tiada yang berlaku tanpa izinNya. Umat Islam perlu bersatu.