Monday, 30 December 2013

The Herd Mentality

Kalo kita check dalam kamus or wiki, herd mentality ni bermaksud:
The inability or refusal to listen to one's own instinct or 'gut feeling' but to instead follow the majority for fear of being wrong, ostracized or ridiculed..(UrbanDictionary.com)
ataupun,

Herd mentality, or mob mentality, describes how people are influenced by their peers to adopt certain behaviors, follow trends, and/or purchase items.(Wikipedia)
walaupun pd asalnya niat berhimpun itu aman tp biasa la manusia ni bila berada di dalam satu kumpulan (especially kumpulan yg besar) , perhimpunan yg aman akan tetap menjadi #havoc disebabkan oleh herd mentality ni.

kita tgk sendiri masa perhimpunan bersih sebelum ni yg dikatakan aman tp bile hari kejadian, haru biru jadinye. dgn org awam cedera, media cedera, polis / penguatkuasa cedera la.. lepas tu mula la permainan tuding jari kata org ni la start dulu, org tu la start dulu..mcm-mcm hal la lagi.




start sorg je la terpekik terlolong abis yg lain dgn secara otomatiknya akan follow. da mmg dlm genetik kite manusia mcm tu kot. mmg susah la nk avoid effects herd mentality ni.





Kerajaan pun bukannya tak nak bagi berhimpun, mmg dlm perlembagaan ade termaktub psl perhimpunan aman ni.  tp kene beragak la. bukan boleh main sedap nak berhimpun mcm kenduri kawen je. kalo kite tgk sejarah perhimpunan2 yg ke arah nk protes sesuatu ni mcm takkan aman je.. polis kalo dah tau risiko-risiko keselamatan akibat perhimpunan ni mcm mane nak bagi kelulusan berhimpun?

buat yg merancang nk gi dataran merdeka 31 Disember ni pikir2 la masak2.. mmg kite semua terasa peningkatan kos sara hidup tu tp pasti ade cara yg lebih bertamadun utk menyuarakan perkara ni. ingat kalo gi melalak2 kat dataran tu ingat esok bleh turun blk ke kos sara tu?

So bak kata pepatah, mencegah lebih baik drpd mengubati, fhm la nape org ramai (mcm aku) x setuju sgt perhimpunan2 ni..

Sunday, 29 December 2013

YB Kuantan buat lawatan ke pusat pemindahan banjir di Guangzhou??

Jabatan Meteorologi Pahang pada Selasa yg lepas memberi amaran kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir di Pahang bermula 30 Disember.Menurut Pengarah Jabatan Meteorologi Pahang Azemi Daud, taburan hujan lebat diramalkan berlaku bermula 30 Dis hingga 6 Jan tahun depan terutama di tiga daerah - Kuantan, Pekan dan Rompin.

Agensi-agensi kerajaan dan penyelamat bertungkus lumus membuat persediaan menghadapi gelombang kedua ini, sehinggakan ada teman2 yg bekerja dlm agensi-agensi penyelamat yg kata cuti pun dibekukan sehingga taman musim monsun ini.

TAPI...kita tgk ape yg sedang dilakukan oleh YB yg masa banjir gelombang pertama haritu berkokok-kokok hentam agensi-agensi kerajaan dan penyelamat..



Kawasan parlimen YB ni menjangkau sampai ke Guangzhou agaknye.. ataupun YB gi lawat pusat pemindahan kat sana nk check sama ada selimut dgn makanan cukup ke x? UNTUNG LA~ YB ni..org bersusah payah buat persiapan menghadapi banjir die dpt gi melencong ke Guangzhou.. ntah2 dapat sponsor dari tokeh-tokeh balak dari kuantan x? bukannye murah nak melancong ke luar negara time-time cuti Christmas dgn nk New Year ni.. tapi nk sponsor makanan dgn air mineral untuk mangsa-mangsa banjir kat pusat pemindahan tak boleh pulak?

Bile Najib dgn Rosmah gi Middle East aritu dapat gak duit bantuan banjir USD 10 juta sumbangan kerajaan UAE, tu pon kene hentam dgn YB ni, kali ni kite tgk YB dapat bwk balik ape pulak dari Guangzhou.. mesti tak kurang USD 10 juta pnye kan...YB kan hebat...

Thursday, 26 December 2013

Penjelasan Kementerian Kewangan terhadap kenyataan @rafiziramli Mengenai Penjualan Aset Kerajaan dan Pensekuritian Hutang Kerajaan


"Kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli adalah tidak bertanggungjawab kerana dengan sengaja telah memutarkan isi kandungan laporan tersebut bagi kepentingan politik."  - MOF

EDARAN MEDIA 

MEDIA RELEASE

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA

Penjelasan terhadap kenyataan Mengenai Penjualan Aset Kerajaan dan Pensekuritian Hutang Kerajaan



Kenyataan Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli mengenai maklumat di atas adalah berdasarkan Laporan Malaysia Economic Monitor (MEM, December 2013) yang dikeluarkan oleh World Bank (WB) pada 1 Disember 2013.

Untuk makluman, sumber maklumat di dalam penerbitan MEM tersebut diperolehi daripada Laporan Ekonomi 2013/2014 dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2013/2014 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Kedua-dua laporan tersebut telahpun dibentang di Parlimen pada 25 Oktober 2013. Oleh itu, cadangan untuk mengadakan satu sidang Parlimen tergempar seperti yang diwar-warkan di dalam media bagi membincangkan isu ini adalah tidak berbangkit.

Pengewangan Aset Kerajaan (Monetization of Assets)

Untuk makluman, penjualan tanah adalah di bawah inisiatif pengewangan aset Kerajaan (monetization of assets) bertujuan bagi memajukan tanah berkenaan serta membangunkan kawasan sekitarnya.

Inisiatif pengewangan aset Kerajaan ini telah dilaksanakan sejak tahun 2008. Langkah ini telah merangsang lebih banyak penglibatan agensi-agensi Kerajaan, Syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs) dan sektor swasta di dalam memacu pertumbuhan ekonomi Negara.

Aset tersebut dipindah milik pada harga pasaran dengan penilaian dilakukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah (JPPH).

Sebelum sebarang penjualan tanah dilaksanakan, pandangan dan persetujuan daripada agensi pengguna akan diperolehi terlebih dahulu mengenai perancangan penggunaan tanah tersebut. Penjualan tanah ini tidak akan dilaksanakan sekiranya agensi tersebut tidak bersetuju atau mereka mempunyai perancangan untuk membangunkan tanah tersebut.

Pengewangan aset adalah aktiviti yang biasa dilaksanakan oleh mana-mana Kerajaan bagi menjana aktiviti ekonomi. Sebagai contoh, tanah Kerajaan UK di Canary Wharf, London yang dijual kepada sektor swasta untuk dibangunkan sebagai hub kewangan antarabangsa. Langkah yang sama juga dilaksanakan oleh Kerajaan Singapura dan Hong Kong.
Pensekuritian Hutang Kerajaan

Pensekuritian hutang Kerajaan dilaksanakan bagi mewujudkan modal pembiayaan tambahan untuk pinjaman perumahan penjawat awam. Hasil pensekuritian hutang Kerajaan bukan merupakan sumber utama hasil Kerajaan Persekutuan kerana ia hanya mencakupi 1.9% daripada jumlah hasil Kerajaan Persekutuan. Pensekuritian hutang adalah satu aktiviti yang biasa dilaksanakan oleh bank-bank komersil sebagai satu strategi pembiayaan.

Kesimpulan

Dalam RMK-10, Kerajaan komited untuk mengurangkan paras defisit fiskal daripada 5.4% pada tahun 2010 kepada 3.0% pada tahun 2015 dan seterusnya mencapai bajet berimbang pada tahun 2020. Sasaran ini penting bagi mengukuhkan kedudukan kewangan Kerajaan. Pencapaian sasaran ini bukan bergantung kepada penjualan aset Kerajaan dan pensekuritian hutang Kerajaan, tetapi dirancang menerusi konsolidasi fiskal Kerajaan.
Oleh itu, semua pihak dinasihatkan meneliti laporan yang dibentangkan di Parlimen sebelum membuat tuduhan yang tidak berasas, demi kebaikan bersama.

Kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli adalah tidak bertanggungjawab kerana dengan sengaja telah memutarkan isi kandungan laporan tersebut bagi kepentingan politik.

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
PUTRAJAYA
24 Disember 2013


RMK : rafizi..rafizi..Once a bullshitter, always a bullshitter...


Wednesday, 18 December 2013

AWAS! Trend Menfitnah Menteri-menteri Kabinet PM @najibrazak Sedang Berleluasa @khairykj



Semalam fitnah mengenai kenyataan YB Datuk Seri Wahid Omar mengenai tol, Menteri JPM telah digunakan oleh cybertrooper pembangkang.
Poster yang menjelaskan kenyataan sebenar menteri dan kenyataan yang diputar belitkan.
Hari ini pula, Menteri KKMM, YB Datuk Seri Ahmad Shabery pula menjadi mangsa.

Puncanya, mereka mengekspotasi berita-berita dari portal media pro pembangkang yang cuba memburuk-burukkan Menteri dan Kerajaan.

MyMassa mohon setiausaha akhbar Menteri supaya lebih proaktif dalam hal ini. Mana-mana akhbar yang cuba menfitnah bos anda, perlu diberikan amaran atau pun ambil tindakan saman.

Tak guna kalau blogger membantu Kerajaan untuk menjernihkan persepsi tetapi tuan punya badan dan pegawai-pegawainya sendiri tidak kisah difitnah oleh portal media pro pembangkang.

*Cuba tengok ketegasan MB,Datuk Mukhriz Tun Mahathir Kedah dalam menghadapi portal media pro pembangkang.



Sumber : MyMassa

Cara Mudah Pinjaman Perumahan


Foto: Bernama

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), mencadangkan agar kerajaan menyediakan pinjaman perumahan berasaskan harga rumah kepada penjawat awam.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, ini bagi memastikan kakitangan kerajaan dapat memiliki rumah sendiri dengan lebih mudah.

“Pinjaman sekarang adalah berasaskan gaji. Ini bermakna, penjawat awam tidak mendapat pinjaman penuh dan selebihnya terpaksa meminjam bank.

“Sekiranya dapat pinjaman penuh daripada kerajaan, lebih mudah. Mereka boleh bayar pinjaman itu dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan wang pencen,” katanya ketika berucap di Konvensyen Tri-Tahunan Ceupacs ke-26 yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Katanya, Cuepacs turut mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula imbuhan tetap perumahan penjawat awam sebanyak RM180 sebulan dan kadar faedah pinjaman perumahan sebanyak empat peratus.

“Harga rumah sekarang mahal dan hampir 35 peratus kakitangan awam tidak ada rumah sendiri.

"Jadi, kita harap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan ini mengikut kemampuan kerajaan,” katanya.

Selain itu, badan itu juga meminta kerajaan memberi cuti tanpa rekod kepada penjawat awam untuk menunaikan umrah.

Dalam ucapannya itu, Omar turut mengumumkan keputusannya untuk menamatkan perkhidmatannya sebagai presiden Cuepacs yang disandangnya sejak tujuh tahun lalu.

Konvensyen Cuepacs ke-26 akan berlangsung selama tiga hari bermula semalam dan berakhir esok.



Tuesday, 17 December 2013

Penjelasan Isu Tol : Apakah Maksud BN Untuk Mengurangkan Bayaran Tol Antara Bandar? @najibrazak @khairykj

Sumber : MyMassa

Semalam beberapa orang rakan MyMassa yang menyokong Kerajaan mula mempersoalkan kewajaran pengumuman kenaikan beberapa tol di Malaysia.

Antara alasan mereka, BN telah menjanjikan untuk mengurangkan tol antara bandar dalam MANIFESTO BN dalam PRU-13.


Untuk menjawab isu yang dibangkitkan, MyMassa beberapa kali bertanyakan apakah maksud ANTARA BANDAR?

Perkataan antara bandar adalah berasal dari Bahasa Inggeris (Intercity)

Menurut kamus Oxford, Intercity : existing or travelling between cities.

Jika diterjemahkan dalam konsep Malaysia, antara bandar bermaksud perjalanan antara Bandaraya Kuala Lumpur ke Bandaraya Ipoh.

Kata lawan bagi Intercity adalah Intracity yang bermaksud dalam bandar. Contohnya perjalanan di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur atau pun dalam Lembah Kelang.

Inilah penjelasan yang MyMassa kongsikan dengan rakan yang bertanyakan isu ini. Jadi apa yang terkandung dalam MANIFESTO BN masih lagi ditepati kerana semalam PLUS mengeluarkan kenyataan bahawa semua tol di bawah PLUS tidak akan dinaikkan malah sedang dikaji untuk diturunkan.

Pihak pengurusan PLUS Malaysia Berhad mengesahkan bahawa syarikat konsesi lebuhraya terbesar itu tidak akan bercadang menaikkan kadar tol di semua lebuhraya kendalian syarikat itu pada tahun hadapan (2014), seperti yang dihebohkan baru-baru ini.

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Dato' Noorizah Abd Hamid, syarikat konsesi itu memahami tekanan kos hidup rakyat dan tidak berhasrat menaikkan kadar tol di semua lebuhraya PLUS dalam tempoh terdekat.

"Kenaikan konsesi PLUS tidak akan berlaku kerana belum tiba masa ia diteliti. Jadi kenaikan yang diwar-warkan mungkin melibatkan konsesi lebuhraya lain, tetapi bukan PLUS," ujar beliau ketika diajukan soalan berkaitan kenaikan kadar tol.

Beliau turut menambah bahawa PLUS sedang mengkaji mekanisme untuk menurunkan kadar tol semasa kepada kadar tol baru yang lebih rendah. 

Penstrukturan semula tol semasa PLUS pada masa hadapan bakal memberi kelebihan kepada pengguna apabila mereka akan menikmati penjimatan antara 10 - 50 peratus berbanding kadar tol semasa.

Ketika ini, PLUS mengendalikan lima lebuhraya meliputi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Lingkaran Tengah (ELITE), Linkedua (Lintasan Kedua Malaysia Singapura), Lebuhraya Butterworth-Kulim (KLBK) dan Jambatan Pulau Pinang.
SUMBER

Friday, 13 December 2013

ALERT! Senarai Kawasan Terlibat Gangguan Bekalan Air di Selangor dan KL 17 Disember 2013




KUALA LUMPUR - Kira-kira sejuta penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur bakal menghadapi gangguan air bermula Selasa depan berikutan hentitugas (separa) sementara loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 2.

Senarai kawasan yang terlibat [klik sini].

Monday, 9 December 2013

LIM GUAN ENG BURUK-BURUKKAN MALAYSIA DI HONG KONG!!??!!






Sebelum ini DS Najib Razak mendedahkan penglibatan kepimpinan DAP hingga menyebabkan projek RM35 billion dibatal oleh pengusaha Taiwan. 



Anda baca di sini : Baca Sini



Untuk rekod, Lim Guan Eng adalah salah seorang daripada anak beranak Lim yang bertakhta di dalam parti DAP selain daripada Kit Siang dan adik Guan Eng di DAP Pulau Pinang.

Lim Guan Eng sebelum ini juga lantang mempertikaikan undi popular BN pada PRU13 yang lepas. Bagi beliau, BN tidak layak untuk mentadbir negara kerana undi popular yang kurang daripada pakatan pembangkang padahal satu negara tahu kita menggunakan sistem 'first past the post'.

Tetapi apabila beliau dimalukan oleh perwakilan DAP dengan menolak beliau jatuh ke tangga 5 dan mendapat undi popular yang berkurangan semasa pemilihan semula CEC DAP, Guan Eng dengan tanpa malunya memegang jawatan tertinggi DAP iaitu Setiausaha Agung DAP.

Di manakah prinsip, etika dan integriti anak Kit Siang itu ??




Selain daripada isu RM35 billion di Taiwan itu, seluruh rakyat Malaysia juga terkejut dengan kenyataan Lim Guan Eng DAP yang memburuk-burukkan negeri Johor semasa beliau berada di Singapura.

Lihat 2 video di bawah. Lim Guan Eng diselar kerana memburuk-burukkan negeri Johor.



Video : Kenyataan Guan Eng di Singapura


Video : Guan Eng DAP kantoi



Dan sekarang, tersebar pula video terbaru Lim Guan Eng DAP yang di dakwa memburuk-burukkan negara Malaysia di Hong Kong ! Tentu rakyat akan terkejut, kecewa dan berasa marah. 

sumber : Dr MiM



RMK : Inilah namanya pengkhianat negara....

PANAS! Video Paramedik Lari Dikejar Perusuh Di Singapura Malam Tadi.


Kes berlaku di kawasan yang digelar Little India di Singapura malam tadi.

Pekerja asing mula mengamuk bila sebuah bas melanggar rakan mereka.

Sila baca di sini untuk rumusan kejadian tersebut : http://sg.news.yahoo.com/fire--rioting-taking-place-in-little-india--reports-152651999.html

Di bawah ini MyMassa kongsikan beberapa video berkenaan kejadian tersebut. Namun video ini yang paling tak dapat diterima akal. Paramedik dikejar perusuh warga asing.

 

Video-video lain adalah seperti di bawah:

 
 
Diorang ni belajar dari geng BERSIH ke cara terbalik kereta polis?

 
 
 


*Pekerja asing ni kat mana-mana tempat pun sama. Bila mereka mula ramai, dah nak tunjuk kepala.



Sumber: MyMassa

Friday, 6 December 2013

PENTING! Rakyat Perlu Faham Maksud Bencana Luar Jangka @najibrazak @khairykj #PrayForPantaiTimur

Nampaknya pembangkang bersungguh-sungguh untuk menggunakan bencana banjir untuk menyerang Kerajaan.

Orang kata, pembangkang ni memang PAKAR UNTUK MENGGUNAKAN KESEMPATAN DALAM KESEMPITAN RAKYAT.

MyMassa kongsikan apa yang berlaku di Jepun semasa dilanda gempa bumi.
Japan earthquake: desperate, homeless and left to scavenge for food in debrisJapan is facing a “monumental” task to get food, water and medicines to survivors of the tsunami, a British aid worker said last night.
Survivors fill a shopping trolley with food and other items Photo: ROBERT GILHOOLY
Julian Ryall in Ishinomaki and Gordon Rayner
6:00AM GMT 16 Mar 2011

Food is now in such short supply that people have been reduced to scavenging in the debris for anything edible.

Hypothermia is also a major problem as temperatures plunge to minus 5C (23F).

Patrick Fuller, of the Red Cross’s International Federation, said supplies of everything from blankets to prescription pills were starting to run out in temporary shelters.

“It’s a monumental task,” said Mr Fuller from the devastated town of Otsuchi on the north-east coast of Japan. “People can’t live in these conditions for long.

“The government is trying to house them in evacuation centres but they are packed and people are sleeping on strips of cardboard. We are seeing people with hypothermia.

Walaupun gempa bumi sering berlaku di Jepun, namun negara tersebut juga tidak dapat mengurus GEMPA BUMI yang berlaku pada tahun 2011 pada peringkat awal. Negara tersebut juga mengalami putus bekalan makanan untuk mangsa. Ini kerana walaupun Jepun bersedia dengan gempa bumi, tapi Jepun juga tidak bersedia dengan GEMPA BUMI LUAR JANGKA (lebih teruk dari biasa).

Begitu juga apa yang berlaku di Pahang. Walaupun sering dilanda banjir tetapi banjir yang berlaku ketika ini adalah banjir luar jangka, lebih teruk dari biasa.

Cuba anda lihat pusat pemindahan di Jepun ketika mula bencana dan setelah keadaan stabil.


Kepada yang masih mahu menuduh Kerajaan, mohon fahami ayat Al-Quran ini:

"Wa makaru wa makarallah, Wallahu Khairul makirin"Kita merancang, dan ALLAH juga merancang , Allahlah sebaik-baik perancang (surah Ali-Imran ayat 54).
Kerajaan Malaysia telah merancang dan bersedia untuk banjir tetapi tidak menjangkakan ianya akan berlaku seteruk ini.

Apa yang sedang dilakukan oleh Kerajaan adalah untuk mengatasi masalah-masalah yang timbul akibat luar jangka ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Dan Askar Wataniah





 Pasukan SMART Majlis Keselamatan Negara


 Pasukan BOMBA

 

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)
Rapid Kuantan turut menghulurkan bantuan Bas

Majlis Perbandaran Kuatan (MPK)


Majlis Perbandaran Temerloh



Bantuan Selimut dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA)


Sultan Pahang mencemar duli

DYTM Tengku Puan Pahang mencemar duli membantu memasak di pusat pemindahan SUKPA.


KDYTM Tengku Mahkota


*Sebar-sebarkan artikel ini untuk jawab tohmahan pembangkang.


Sumber: MyMassa

Fakta : Betul Ke Pusat Pemindahan Di Malaysia Paling Teruk Di Dunia? @najibrazak @khairykj


Heboh di media sosial bahawa pusat pemindahan di Malaysia lebih teruk dari negara lain.

Benarkah? Mari kita tengok pendedahan blogger Buasir Otak (http://buasirotak.blogspot.com/2013/12/malaysia-terbaik-urus-banjir-daripada.html)

Tapi point utama entry kali ini adalah, ada ramai orang kongsikan gambar penempatan sementara mangsa bencana alam antara Malaysia dan Jepun di mana penempatan di Malaysia nampak kucar kacir, tidak teratur dan sesak, manakala di Jepun penempatan sementaranya begitu selesa dan privasi dengan khemah2 kecil dalam tempat penempatan sementara.



Rupa2nya perbandingan ni bukan orang Malaysia je buat tapi orang Filipina dah buat dulu yang membandingkan tempat penempatan sementara bagi mangsa Taufan Haiyan dengan gambar yang sama untuk negara Jepun.



Sebenarnya kat Jepun pun masa baru2 kena bencana seperti gemba bumi dan tsunami, keadaan pusat perlindungan bencana sementara dia huru hara lebih kurang macam kat Malaysia jugak. 


Sumber
Sumber
Sumber
Sumber
Sumber

Malah di negara2 maju yang lain pun, tempat penempatan kecemasan sementara lebih kurang juga huru haranya masa awal2 terjadinya bencana alam.


New Zealand selepas dilanda gempa bumi
Pusat penempatan sementara di sekolah di USA

Cuma setelah beberapa tempoh barulah penempatan sementara ini diupgrade dengan diletakkan khemah2 persendirian yang lebih privasi dan selesa seperti di Jepun ini.


Sumber
Sumber
Sumber
Sumber

Oh ini pula khemah untuk mangsa banjir di Bangkok, Thailand.


Sumber

Tapi kalau tengok penempatan mangsa bencana alam terutama banjir di Malaysia, daripada dulu sampai sekarang tak dinafikan memang kekal macam tu je la. Gambar2 penempatan sementara ini termasuk semasa banjir yang lepas2 di seluruh Malaysia.








Ada juga yang berkata negara lain boleh la sediakan khemah apa semua kerana biasanya diorang terpaksa tinggal lama kat situ sebab bencana alam kat sana lebih lama nak pulih macam gempa bumi, taufan, puting beliung dan tsunami. Bencana alam kat Malaysia biasanya cuma banjir je, biasanya banjir tak lama, dalam beberapa hari surut la air diorang dah boleh balik ke rumah masing2. Diorang tak perlu pun duduk kat penempatan sementara lama2 so no point kalau sediakan khemah, tilam, partition apa semua tu. 

Itu aku faham, cuma aku rasa ada benda yang kita boleh perbaiki lagi dari segi pengurusan penempatan mangsa2 banjir ni. Banjir kat Malaysia ni bukannya jarang berlaku, memang kita dah boleh agak asal hujung tahun je adalah musim tengkujuh di mana hujannya lebat dan anginnya kuat menyebabkan kawasan2 di pantai timur memang selalu banjir. Tapi takkan tiap2 tahun macam tu jugak keadaannya? Yelah kata Malaysia negara terbaik urus banjir malah lebih bagus daripada negara lain termasuk Amerika Syarikat. 


Sumber Utusan

Patut boleh bajet dah untuk beli dan simpan stok khemah2 perlindungan atau disaster emergency shelter untuk kegunaan mangsa2 banjir. Yelah kalau nak bina bangunan khas semata2 untuk penempatan mangsa banjir kata membazir pula, macam kata DS Shahidan Kassim - "Pembinaan pusat pemindahan banjir baru yang khusus untuk digunakan semasa bencana tidak wajar kerana langkah ini melibatkan implikasi kewangan yang besar sedangkan fungsinya hanya ketika banjir. Ini boleh menyebabkan fasiliti itu terbiar semasa tidak berlakunya bencana".

Tapi kalau tengok keadaan di pusat pemindahan sementara di Amerika Syarikat yang menggunakan kompleks sukan, stadium, gymnasium, hangar, dewan serbaguna, sekolah dan lain2, rasa2nya mana lebih baik?



Sumber
Sumber

Aku faham mangsa2 banjir atau bencana alam ni bukan nak mintak banyak pun, dapat tempat berteduh sementara walau tak selesa pun tidak mengapa, tak mintak pun tidur di tilam yang empuk apatah lagi duduk di hotel 5 bintang. Akan tetapi andai kerajaan dapat menyediakan tempat tinggal yang lebih sedikit selesanya terutama untuk golongan wanita dan kanak2, yang ada privasi untuk kaum wanita terutama ibu2 yang menyusu, mereka dah berterima kasih sangat dah. 

Cuma aku terfikir, andai kata rumah pemimpin kita atau para kerabatnya dan ahli keluarganya yang dilanda banjir, adakah mereka akan duduk di pusat2 penempatan sementara ini bersama yang lain atau di hotel 5 bintang?


*Sebar-sebarkan artikel ini untuk menjawab fitnah pembangkang.


Sumber: MyMassa