Monday 30 December 2013

The Herd Mentality

Kalo kita check dalam kamus or wiki, herd mentality ni bermaksud:
The inability or refusal to listen to one's own instinct or 'gut feeling' but to instead follow the majority for fear of being wrong, ostracized or ridiculed..(UrbanDictionary.com)
ataupun,

Herd mentality, or mob mentality, describes how people are influenced by their peers to adopt certain behaviors, follow trends, and/or purchase items.(Wikipedia)
walaupun pd asalnya niat berhimpun itu aman tp biasa la manusia ni bila berada di dalam satu kumpulan (especially kumpulan yg besar) , perhimpunan yg aman akan tetap menjadi #havoc disebabkan oleh herd mentality ni.

kita tgk sendiri masa perhimpunan bersih sebelum ni yg dikatakan aman tp bile hari kejadian, haru biru jadinye. dgn org awam cedera, media cedera, polis / penguatkuasa cedera la.. lepas tu mula la permainan tuding jari kata org ni la start dulu, org tu la start dulu..mcm-mcm hal la lagi.




start sorg je la terpekik terlolong abis yg lain dgn secara otomatiknya akan follow. da mmg dlm genetik kite manusia mcm tu kot. mmg susah la nk avoid effects herd mentality ni.





Kerajaan pun bukannya tak nak bagi berhimpun, mmg dlm perlembagaan ade termaktub psl perhimpunan aman ni.  tp kene beragak la. bukan boleh main sedap nak berhimpun mcm kenduri kawen je. kalo kite tgk sejarah perhimpunan2 yg ke arah nk protes sesuatu ni mcm takkan aman je.. polis kalo dah tau risiko-risiko keselamatan akibat perhimpunan ni mcm mane nak bagi kelulusan berhimpun?

buat yg merancang nk gi dataran merdeka 31 Disember ni pikir2 la masak2.. mmg kite semua terasa peningkatan kos sara hidup tu tp pasti ade cara yg lebih bertamadun utk menyuarakan perkara ni. ingat kalo gi melalak2 kat dataran tu ingat esok bleh turun blk ke kos sara tu?

So bak kata pepatah, mencegah lebih baik drpd mengubati, fhm la nape org ramai (mcm aku) x setuju sgt perhimpunan2 ni..

Sunday 29 December 2013

YB Kuantan buat lawatan ke pusat pemindahan banjir di Guangzhou??

Jabatan Meteorologi Pahang pada Selasa yg lepas memberi amaran kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir di Pahang bermula 30 Disember.Menurut Pengarah Jabatan Meteorologi Pahang Azemi Daud, taburan hujan lebat diramalkan berlaku bermula 30 Dis hingga 6 Jan tahun depan terutama di tiga daerah - Kuantan, Pekan dan Rompin.

Agensi-agensi kerajaan dan penyelamat bertungkus lumus membuat persediaan menghadapi gelombang kedua ini, sehinggakan ada teman2 yg bekerja dlm agensi-agensi penyelamat yg kata cuti pun dibekukan sehingga taman musim monsun ini.

TAPI...kita tgk ape yg sedang dilakukan oleh YB yg masa banjir gelombang pertama haritu berkokok-kokok hentam agensi-agensi kerajaan dan penyelamat..



Kawasan parlimen YB ni menjangkau sampai ke Guangzhou agaknye.. ataupun YB gi lawat pusat pemindahan kat sana nk check sama ada selimut dgn makanan cukup ke x? UNTUNG LA~ YB ni..org bersusah payah buat persiapan menghadapi banjir die dpt gi melencong ke Guangzhou.. ntah2 dapat sponsor dari tokeh-tokeh balak dari kuantan x? bukannye murah nak melancong ke luar negara time-time cuti Christmas dgn nk New Year ni.. tapi nk sponsor makanan dgn air mineral untuk mangsa-mangsa banjir kat pusat pemindahan tak boleh pulak?

Bile Najib dgn Rosmah gi Middle East aritu dapat gak duit bantuan banjir USD 10 juta sumbangan kerajaan UAE, tu pon kene hentam dgn YB ni, kali ni kite tgk YB dapat bwk balik ape pulak dari Guangzhou.. mesti tak kurang USD 10 juta pnye kan...YB kan hebat...

Thursday 26 December 2013

Penjelasan Kementerian Kewangan terhadap kenyataan @rafiziramli Mengenai Penjualan Aset Kerajaan dan Pensekuritian Hutang Kerajaan


"Kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli adalah tidak bertanggungjawab kerana dengan sengaja telah memutarkan isi kandungan laporan tersebut bagi kepentingan politik."  - MOF

EDARAN MEDIA 

MEDIA RELEASE

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA

Penjelasan terhadap kenyataan Mengenai Penjualan Aset Kerajaan dan Pensekuritian Hutang Kerajaan



Kenyataan Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli mengenai maklumat di atas adalah berdasarkan Laporan Malaysia Economic Monitor (MEM, December 2013) yang dikeluarkan oleh World Bank (WB) pada 1 Disember 2013.

Untuk makluman, sumber maklumat di dalam penerbitan MEM tersebut diperolehi daripada Laporan Ekonomi 2013/2014 dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2013/2014 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Kedua-dua laporan tersebut telahpun dibentang di Parlimen pada 25 Oktober 2013. Oleh itu, cadangan untuk mengadakan satu sidang Parlimen tergempar seperti yang diwar-warkan di dalam media bagi membincangkan isu ini adalah tidak berbangkit.

Pengewangan Aset Kerajaan (Monetization of Assets)

Untuk makluman, penjualan tanah adalah di bawah inisiatif pengewangan aset Kerajaan (monetization of assets) bertujuan bagi memajukan tanah berkenaan serta membangunkan kawasan sekitarnya.

Inisiatif pengewangan aset Kerajaan ini telah dilaksanakan sejak tahun 2008. Langkah ini telah merangsang lebih banyak penglibatan agensi-agensi Kerajaan, Syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs) dan sektor swasta di dalam memacu pertumbuhan ekonomi Negara.

Aset tersebut dipindah milik pada harga pasaran dengan penilaian dilakukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah (JPPH).

Sebelum sebarang penjualan tanah dilaksanakan, pandangan dan persetujuan daripada agensi pengguna akan diperolehi terlebih dahulu mengenai perancangan penggunaan tanah tersebut. Penjualan tanah ini tidak akan dilaksanakan sekiranya agensi tersebut tidak bersetuju atau mereka mempunyai perancangan untuk membangunkan tanah tersebut.

Pengewangan aset adalah aktiviti yang biasa dilaksanakan oleh mana-mana Kerajaan bagi menjana aktiviti ekonomi. Sebagai contoh, tanah Kerajaan UK di Canary Wharf, London yang dijual kepada sektor swasta untuk dibangunkan sebagai hub kewangan antarabangsa. Langkah yang sama juga dilaksanakan oleh Kerajaan Singapura dan Hong Kong.
Pensekuritian Hutang Kerajaan

Pensekuritian hutang Kerajaan dilaksanakan bagi mewujudkan modal pembiayaan tambahan untuk pinjaman perumahan penjawat awam. Hasil pensekuritian hutang Kerajaan bukan merupakan sumber utama hasil Kerajaan Persekutuan kerana ia hanya mencakupi 1.9% daripada jumlah hasil Kerajaan Persekutuan. Pensekuritian hutang adalah satu aktiviti yang biasa dilaksanakan oleh bank-bank komersil sebagai satu strategi pembiayaan.

Kesimpulan

Dalam RMK-10, Kerajaan komited untuk mengurangkan paras defisit fiskal daripada 5.4% pada tahun 2010 kepada 3.0% pada tahun 2015 dan seterusnya mencapai bajet berimbang pada tahun 2020. Sasaran ini penting bagi mengukuhkan kedudukan kewangan Kerajaan. Pencapaian sasaran ini bukan bergantung kepada penjualan aset Kerajaan dan pensekuritian hutang Kerajaan, tetapi dirancang menerusi konsolidasi fiskal Kerajaan.
Oleh itu, semua pihak dinasihatkan meneliti laporan yang dibentangkan di Parlimen sebelum membuat tuduhan yang tidak berasas, demi kebaikan bersama.

Kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli adalah tidak bertanggungjawab kerana dengan sengaja telah memutarkan isi kandungan laporan tersebut bagi kepentingan politik.

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
PUTRAJAYA
24 Disember 2013


RMK : rafizi..rafizi..Once a bullshitter, always a bullshitter...


Wednesday 18 December 2013

AWAS! Trend Menfitnah Menteri-menteri Kabinet PM @najibrazak Sedang Berleluasa @khairykj



Semalam fitnah mengenai kenyataan YB Datuk Seri Wahid Omar mengenai tol, Menteri JPM telah digunakan oleh cybertrooper pembangkang.
Poster yang menjelaskan kenyataan sebenar menteri dan kenyataan yang diputar belitkan.
Hari ini pula, Menteri KKMM, YB Datuk Seri Ahmad Shabery pula menjadi mangsa.

Puncanya, mereka mengekspotasi berita-berita dari portal media pro pembangkang yang cuba memburuk-burukkan Menteri dan Kerajaan.

MyMassa mohon setiausaha akhbar Menteri supaya lebih proaktif dalam hal ini. Mana-mana akhbar yang cuba menfitnah bos anda, perlu diberikan amaran atau pun ambil tindakan saman.

Tak guna kalau blogger membantu Kerajaan untuk menjernihkan persepsi tetapi tuan punya badan dan pegawai-pegawainya sendiri tidak kisah difitnah oleh portal media pro pembangkang.

*Cuba tengok ketegasan MB,Datuk Mukhriz Tun Mahathir Kedah dalam menghadapi portal media pro pembangkang.



Sumber : MyMassa