Tuesday 7 May 2013

EKSKLUSIF TEMURAMAH LUAR BIASA BERSAMA ANWAR


Anwar mahu selesai isu penipuan pilihan raya dulu




Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan menimbangkan mengenai persaraannya daripada politik selepas menyelesaikan isu penipuan dan penyelewengan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya umum ke-13.  

Persoalannya, siapa yang menipu dan siapa yang menyeleweng? Siapa yang menipu kononnya akan ada kerajaan baru pada 16 September 2008? Siapa yang menipu Cipta surat Ulama Dr. Yusof Qardawi yang dikarang entah oleh Anwar sendiri! Siapa yang menipu rakyat Malaysia kononnya ramai pengundi hantu Bangla walhal mereka adalah keturunan India Muslim seperti Anwar juga! Bukanlah menghairankan kalau Anwar sendiri yang mengupah bangla-bangla itu supaya berlakon berbaris, menaiki bas dan beri IC Palsu, kemudian menganiaya mereka pura-pura menuduh mereka pengundi hantu! Cara Anwar menipu sangat mudah difahami!!!

Katanya, beliau memutuskan demikian kerana beranggapan bahawa perjalanan pilihan raya kali ini telah "dicuri" daripada rakyat melalui proses penipuan.  


Berita Harian melaporkan hari ini, beberapa rakyat Malaysia yang berkulit hitam, gelap dan seakan-akan Bangla telah ditahan hampir setengah jam oleh penyokong PKR. Amat mengejutkan sekali kerana apabila keluarga pengundi tadi datang menerangkan mereka adalah rakyat Malaysia keturunan India Muslim, barulah penyokong tegar PKR melepaskannya. Paling mengejutkan pengundi yang disangka Bangla itu disogok pula dengan wang RM50.00 supaya menutup mulut!...Anwar Anwar inikah yang kau maksudkan penipuan itu? Siapa yang buat pak syeikh Anwar?

Peristiwa itu begini, "Seorang pemuda lembam cedera ringan dipukul beberapa lelaki disyaki penyokong pembangkang kerana menuduhnya sebagai warga Bangladesh yang ingin mengundi. 

Kamal Krishnan @ Mohd Nizam, 33 yang menetap di Taman Kuala Selangor Jaya yang tiba untuk membuat pengesahan mengundi di Sekolah Rendah Agama Kuala Selangor, didatangi sekumpulan pemuda yang menuduhnya sebagai 'pengundi hantu'. 


Abang mangsa, Zulkifi Mohd Nizam, 36, mendakwa adiknya yang mengalami kecacatan mental itu, tidak mampu berbuat apa-apa ketika diserbu dan kad pengenalannya dirampas. Baca lanjut di http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PRU13_Pemudalembamdiserang_disangkawargaBangladesh/Article/

Kata Anwar semasa diwawancara..."Pendirian saya sama. Saya ada mendapat tawaran untuk mengajar di beberapa universiti utama. Saya masih fikir. Tapi saya nak selesaikan penipuan ini. (Ia) belum selesai. Saya dah menang. Pilihan raya ini sudah dimenangi oleh Pakatan Rakyat. 
NONE"Saya rasa apa yang perlu diperjelaskan sekarang ini ialah, pilihan raya ini telah dicuri melalui proses penipuan. Kerana mengikut proses yang biasa dan yang adil, kita sudah menang. Hampir mustahil (kalah) kalau dilihat dari sambutan yang ada. 

Anwar Ibrahim buta tidak nampakkah di mana-mana DS Najib pergi beribu-ribu rakyat hadir bersamanya, menyokong Najib dan mengundi Najib (BN). Satu perkara yang Anwar gagal atau tidak belajar ialah pengundi "silent majority". 

Pengundi-pengundi BN ini tidak suka kepada berkonvoi-konvoi menunjuk-nunjuk ramainya orang datang walaupun diangkut dari satu kawasan ke satu kawasan. Contohnya di Putrajaya, penyokong pakatan yang sama di Lembah Pantai diangkut ke Putrajaya, malangnya mereka bukan pengundi Putrajaya, mereka ada "peramai"(penonton) sahaja! Pengundi di Putrajaya dia diam dan tidak suka menunjuk-nunjuk. Sebab itulah Husam kalah, Anwar perasan saja Husam akan menang hanya kerana ramainya orang!


Beliau yakin bahawa kemenangan pilihan raya kali ini telah dicuri memandangkan momentum yang berlaku dibeberapa kawasan yang beliau kunjungi. 


Yang tersirat ialah, semasa di Pulau Pinang, Anwar diminta meninggalkan Masjid Jamek Teluk Bahang, Pulau Pinang setelah selesai menunaikan solat maghrib ketika cuba memberi tazkirah politik di masjid itu. Beberapa ahli jawatankuasa yang tidak selesa dengan tindakan Anwar itu kemudiannya meminta beliau meninggalkan masjid tersebut.

Anwar tidak dapat menerima hakikat, meskipun dapat mengekalkan  Permatang Pauh, tetapi menyaksikan sokongan terhadap beliau merosot majoriti 11,721 undi berbanding pilihan raya kecil 2008 dengan majoriti 15,671 undi.
Turut tidak terkecuali Nurul Izzah memperoleh majoriti tipis 1,847 undi berbanding PRU 2008 dengan majoriti 2,895 undi.

"Orang yang hadir bertepuk tangan bukan dapat bayaran atau dapat BR1M. Mereka datang dan beri sokongan dengan penuh perasaan," katanya.

Anwar yang berpakaian serba hitam sebagai tanda 'perkabungan' ke atas demokrasi hari ini berkata beliau dapat merasakan bahawa rakyat kecewa dengan keputusan pilihan raya kali ini. 

Persoalannya, rakyat yang kecewa atau Anwar Ibrahim yang kecewa? Siapa tidak ingin menerima hakikat dan dalam Islam inilah Qada dan Qadar Allah SWT. Kata Ustaz ustaz Syeikh Nuruddin Marbu AL Banjari AL Makki bahawa mereka yang menang hendaklah menunaikan tanggungjawab kerana akan ditanya oleh Allah SWT kelak, manakala mereka yang kalah hendaklah menerima kekalahan dengan hati terbuka. Yang kalah katanya lagi ucapakanlah tahniah kepada yang menang. (Radio Ikim)
"Saya tahu tentang sentimen kerana saya telah berkempen dengan bersungguh-sungguh. 

"Saya rasa sedih (dengan keputusan pilihan raya). Saya boleh gambarkan kekecewaan rakyat berdasarkan ceramah yang saya pergi di seluruh negara," katanya.


Yang tidak dinyatakan Anwar ialah, apakah kamu jujur di antara kata-katamu dengan perbuatanmu. Semasa di Tawau, Anwar Ibrahim langsung tidak memperdulikan calon-calon PAS ketika sama-sama di atas pentas berbanding layanan Anwar ke atas Calon DAP dan PKR. Apa maknanya?

Apakah Anwar bersedih kerana kekalahan Mat Sabu, Husam, Saifudin Nasution, Dr. Muhd. Nor Manuty, Aziz Bari, Chua Jui Meng, Lajim Ukin setelah melabur sekian banyak!


Anwar sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk meninggalkan dunia politik dan kembali mengajar sekiranya Pakatan gagal menguasai Putrajaya. NONEPada 2006, Anwar pernah menjadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.

mengakui bahawa beliau sangat menghargai masa bersama keluarga semasa beliau mengajar di Amerika Syarikat. 

"Apabila saya mengajar di Amerika Syarikat, mereka (keluarga) adalah masa yang terbaik untuk saya bersama Wan Azizah (Wan Ismail) dan keluarga," katanya.

Dalam temubual itu lagi, Anwar yang kelihatan letih juga berkata PKR mungkin akan mengemukakan petisyen pilihan raya berdasarkan keputusan yang mencurigakan di beberapa kerusi. 

Katanya, beliau percaya calon PKR di kerusi Beaufort Datuk Lajim Ukin tewas akibat terdapat sogokan terhadap pengundi di kawasan itu. 

"Saya telah tegaskan ada isu kesahihan dalam keputusan pilihan raya. Terdapat bukti penipuan yang jelas. Terdapat kawasan-kawasan yang kita ada bukti. Kita tidak akan menerima keputusan ini. Kita akan berbuat sesuatu.  


Anwar bercakap pasal Lajim, orang Sabah akan ketawa terbahak-bahak bila sebut nama Lajim! Apakah Lajim seorang yang berintegriti tinggi bila disumbat dengan juta wang ringgit di depannya? Lajim ketika mudanya dibeli oleh Anwar (1994) untuk menjatuhkan Kerajaan Demokratik PBS, tiada siapa boleh menafikannya di Sabah! Dan apakah peristiwa Lajim keluar lagi kali kedua hanya dengan air liur Anwar Ibrahim?

Kata Anwar dengan kecewa mendalam, "Saya tak percaya Lajim kalah. Tetapi saya faham tentang Wilfred Bumburing (Tuaran) yang terdapat perselisihan isu dalaman. Lajim saya percaya ada sogokan dan kami akan terus mengkaji tentang perkara itu dan akan lihat sama ada ada keperluan untuk memfailkan petisyen. 

"Kita tidak boleh terima proses ini. Penipuan dah begitu berleluasa. Mungkin salah satu pilihan raya yang paling teruk pernah kita jalankan," katanya lagi.


Akhirnya, selepas membuat petisyen dengan membayar wang pendaftaran di Mahkamah, membayar yuran guaman yang pastinya besar, menggunakan wang kerajaan Selangor agaknya, kes ini kemudian sengaja dipanjangkan ke 4 5 tahun dengan harapan Rakyat akan terbuai-buai dengan perkataan "petisyen" "kita ditipu" walhal Anwar lah yang menipu rakyat, menipu penyokongnya dan tidak dapat menerima Qada dan Qadar Allah SWT.

Nota : sila baca wawancara asal yang pastinya telah diedit di http://www.malaysiakini.com/news/229313 .

Wawancara bentuk baru ini merujuk kepada pandangan di luar kotak pemikiran biasa. Jangan tanya kenapa saya tahu, kerana saya tahu Anwar bin Ibrahim.

Selamat Membaca.


Sunday 5 May 2013

ORANG BANGLA MENGAMOK, BEKAS STAF HQ PKR SAHKAN CIPTA IC PALSU

Kami terkejut membaca komen-komen ini...

RAHSIA PKR UPAH ORANG BANGLA AKHIRNYA TERBONGKAR

TERBONGKAR DENGAN SENDIRINYA :BEKAS STAF PKR DI PETALING JAYA SAHKAN IBU PEJABAT PKR BUAT IC PALSU


Kami tidak ingin ulas lagi isu ini, kebenaran sudah terbongkar. Baca ulang di sini http://mymassa.blogspot.com/2013/05/rahsia-bocor-pengundi-hantu-bangla.html?showComment=1367739210554#c5299903456288135340

Dalam keadaan terdesak pula, ORANG PERAK DITUDUH BANGLA? Dulu pemimpin DAP hina Menteri Besar Perak sebagai Hitam Metallic. Hari ini Pakatan pembangkang tuduh orang Perak sebagai Bangla. Orang Perak Bangla kah? Baca tuduhan mereka di sini http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130505/px_95/PRU-13-Dakwaan-bas-bawa-pengundi-Bangladesh-tidak-benar---Polis




Update #GE13 : Seorang Lagi Rakyat Malaysia (Cindian) Jadi Mangsa Fitnah Isu Pengundi Hantu. #SPR


Mohon disebarkan maklumat ini supaya individu yang tak bersalah ini terus menerus menjadi mangsa fitnah pembangkang.


Bila MyMassa tengok gambar dalam IC, teringat MyMassa kepada dua orang pemain bola Liga Malaysia yang istimewa kerana berdarah Cindian (Indian + Chinese) iaitu :

Ramesh Lai Ban Huat dan....

..Liew Kit Kong

*Mohon disebarkan maklumat ini supaya rakyat Malaysia yang tak bersalah menjadi mangsa fitnah pembangkang yang tahu bahawa mereka akan kalah.



MyMassa

RAHSIA #GE13 BOCOR: PENGUNDI HANTU BANGLA, MYANMAR, INDON DISEDIAKAN OLEH PKR SENDIRI #PRU13

PKR UPAH BANGLA INI KEMUDIAN DIA JUGA PURA-PURA TANGKAP BANGLA INI SEMULA, KEMUDIAN TUDUH BN


Sana-sini media trooper Pakatan terutama PKR memomokkan kononnya BN memberikan IC palsu untuk mengundi hari ini. Pihak kami berjaya mengesan modus operandi PKR di Kota Kemuning Shah Alam dan Pantai Dalam sebentar tadi.

PKR UPAH BANGLA INI DAN BERI IC PALSU KEMUDIAN HANTAR KE PUSAT MENGUNDI  KEMUDIAN PURA-PURA TANGKAP
Rupa-rupanya Anwar telah mengarahkan jentera PKR supaya mencari seramai mungkin orang-orang Bangla, Mynmar dan Indonesia yang baru sampai di Malaysia. Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya telah mencetak beribu-ribu Kad Pengenalan Palsu dan menyerahkan kepada mereka dan wang sejumlah RM500 seorang.

Mereka yang diupah PKR akan pergi ke Pusat-Pusat Daerah Mengundi hari ini, berbaris dan kemudianorang-orang PKR tadi pura-pura menangkap mereka kononnya mereka berjaya menangkap pengundi hantu. Padahal mereka yang sediakan pelakon-pelakon pengundi hantu itu. Rakyat Malaysia ditipu dan tertipu!


PROPAGANDA JAHAT=DIA UPAH BANGLA, DIA KASI IC PALSU, DIA BAWA KE PDM,  KEMUDIAN DEPAN ORANG RAMAI DIA PURA-PURA TANGKAP

Ulasan kita:

Puak pembangkang ini ingat Rakyat Malaysia bodohkah nak percaya modus operandi mereka. Bangla-bangla ini yang baru sampai 2-3 hari atau 2-3 minggu lalu, bagaimana mereka hendak mengundi jika nama tiada dalam pendaftaran?  Propaganda Anwar dan Pakatan ini betul-betul Third Class punya propaganda!

Mereka semua desperate dan tak dapat menerima hakikat bakal kalah besar, maka Anwar mengarahkan cipta propaganda murahan ini. 

SPR kena alert di PDM kerana PKR sedang menghantar Bangla, Mynmar dan Indon dengan memberikan IC Palsu dan wang RM500. Mereka akan salahkan SPR!

*** Bangla-Bangla, Myanmar dan Indon yang terpedaya dengan tipu helah PKR kini berada di Balai Polis Brickfields, Ibu Pejabat Polis Shah Alam dan dua orang di Ibu Pejabat Polis Putrajaya.

*** Pihak SPR telah dimaklumkan hal ini dan Press Conference akan diadakan tidak lama lagi.



PANAS #GE13: Ghairah Cipta Fintah Pengundi Hantu #PRU13, Bukti MACAI Kantoi Tuduh Geng Sendiri. Padan Muka!


RMK tadi maklumkan bahawa pembangkang sedang mencari wajah pengundi yang ada iras BANGLA untuk dijadikan bahan fitnah [di sini].



Akibat terlalu ghairah, mereka tersilap tuduh geng sendiri sebagai pengundi hantu. Ini buktinya.


*Kantoi! Sebar-sebarkan supaya orang atas pagar tak terpengaruh dengan fitnah pembangkang.