Tuesday, 25 June 2013

Garis Panduan Tindakan Hadapi Darurat Bencana Jerebu oleh Majlis Keselamatan Negara



Apabila Darurat Bencana Jerebu diisytiharkan, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, Negeri dan Daerah hendaklah mengambil tindakan seperti berikut:

A) Menasihatkan penutupan pejabat atau premis kerajaan atau swasta dan tempat bekerja lain, termasuk kilang, ladang, kawasan pembinaan, kuari serta kerja-kerja tanah dan pemindahan tanah. Langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah diambil pada setiap masa. 

Bagaimanapun nasihat penutupan itu dikecualikan bagi perkhidmatan:
- Air dan elektrik 
- Kesihatan awam
- Bomba dan Penjara
- Pos, telefon, telekomunikasi dan telegraf
- Komunikasi radio, penyiaran dan televisyen
- Pelabuhan, termasuk limbungan, dermaga dan perkhidmatan yang ada kaitan
- Pengangkutan darat, laut dan udara
- Membekal bahan pembakar dan minyak pelincir - Perbankan dan kewangan
- Semua yang terbabit secara langsung dalam pengurusan bencana jerebu di bawah Arahan MKN No 20 dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.


B) Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta agensi berkaitan melaksanakan penutupan sekolah, taman didikan dan pusat jagaan kanak-kanak dalam kawasan Darurat Bencana Jerebu

C) Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Kesihatan mempertingkatkan penyiaran maklumat kesedaran mengenai jerebu secara berterusan untuk panduan orang awam

D) JAS; Jabatan Bomba dan Penyelamat, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat, Jabatan Pengangkutan Jalan dan pihak berkuasa tempatan atau agensi berkaitan mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap sumber yang boleh menyumbang kemerosotan kualiti udara


E) Jabatan Bomba dan Penyelamat mempergiatkan operasi pemadaman kebakaran hutan tanah gambut dan pembakaran terbuka dengan kerjasama agensi lain

F) Kementerian Kesihatan mempertingkatkan pemantauan dan rawatan kesihatan disebabkan jerebu di hospital dan klinik kesihatan

G) Jabatan Meteorologi dan Tentera Udara Diraja Malaysia melaksanakan aktiviti pembenihan awan dalam keadaan cuaca yang membolehkan kejayaan operasi bagi mengurangkan jerebu

H) Semua kementerian, jabatan atau agensi berkaitan menangguhkan aktiviti luar atau riadah membabitkan masyarakat.


Thursday, 20 June 2013

ISU JEREBU: SURAT CINTA SEORANG RAKYAT MARHAEN KEPADA KEPIMPINAN NEGARA

Sejujurnya, rakyat Malaysia sudah muak kerana terpaksa berhadapan dengan acara tahunan kerjasama dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia, yang mana dalam acara ini, Malaysia bermai sebagai mangsa dan Indonesia pula adalah pemangsa. Apa lagi kalau bukan acara JEREBU?


Ikuti luahan seorang rakyat berkenaan isu ini, yang mana RMK pasti ramai yang setuju dengan intipatinya:


Ketika saya menonton buletin utama malam tadi (19/6/2013, 8.00pm), saya rasa nak tertawa bila JAS melarang pembakaran terbuka oleh rakyat Malaysia dan akan menghukum mereka dengan saman dan penjara. Sedangkan punca utama, the main culprit iaiti rakyat Indonesia yang menyebabkan jerebu yang teruk melanda Negara kita, langsung tiada apa2 tindakan terhadap mereka. Seperti biasa, kerajaan lebih bertindak keras terhadap rakyat sendiri dan tidak berkutik apa2 pun terhadap rakyat negara luar. 


Sudah tentu Malaysia tidak boleh berbuat apa2 kerana mereka rakyat Negara luar, bukan rakyat kita. Tetapi apakah tindakan kita? Hanya berdiam diri sahajakah? Mana perbincangan dengan kerajaan Indonesia mengenai hal ini? Mana nota bantahan? Mana saman kerana jerebu oleh rakyat mereka telah merugikan Malaysia berbillion2 rm dari segi ekonomi, social, kesihatan dsb? Apakah tindakan lain yg boleh dilakukan kerana jerebu angkara mereka ni bukan kes terpencil, malah berlaku tiap2 tahun? Malah saya difahamkan yg rakyat mereka sendiri tak mengetahui akibat tindakan mereka terhadap Negara jiran mereka? 

Teringat masa zaman pemerintahan tun dr Mahathir dahulu. Australia cari pasal dengan Malaysia? Terus boikot segala produk mereka termasuklah hiburan. Britain memperlekehkan bekas Negara jajahan mereka ni? Terus PM masa tu buat dasar buy british last, dasar pandang ke timur dsb. Dan akibatnya mereka semua bertekuk lutut minta maaf. Tapi pemimpin2 selepas tu? Seolah2 mengamalkan dasar buy local citizen last, dasar pandang ke rakyat luar pula. Langsung tiada apa2 tindakan terhadap Negara luar dan rakyat mereka yg tak habis2 menyusahkan rakyat Negara sendiri, contohnya terbaru dan terkerap adalah hal jerebu ni. 
Kalau Negara Indonesia tak mahu bekerjasama, banyak lagi tindakan susulan boleh dibuat, paling tidak buat nota bantahan kepada mereka atau kepada mahkamah dunia. Sementelah singapura, Negara jiran kita pun menjadi mangsa. Boikot produk mereka. Kalau mereka tidak mampu bertindak, izinkan Negara kita bagi bantuan. Contohnya cara pertanian yang lebih baik dan tidak menjejaskan alam sekitar. Kita ada banyak agensi seperti kementerian alam sekitar, kementerian asas tani dsb. Yang penting jangan bodoh sombong dan jaga hubungan baik dengan jiran mereka sahaja. 

Kalau semua tindakan ni dah dibuat, war2kan kepada rakyat Malaysia. Justice shouldn’t only be served, but should be seen served. Ni produk2 negara jiran masih relax je bermain di kaca televisyen atau radio. Sebaliknya kerajaan lebih berminat nak war2kan apa yang rakyat Malaysia perlu buat dan tidak boleh buat, serta hukuman yang menanti. Ini bukan thread politik, kalau kerajaan pakatan rakyat yg berkuasa pun saya akan buat thread ni. Pasal politik takkan menghilangkan jerebu secara ajaib, sebaliknya tindakanlah yang mencerminkan kasih saying sebenar kerajaan terhadap rakyatnya. Bayangkan jerebu ni berlaku dekat2 nak pilihanraya, bagaimana? 

Tl:dr, tolonglah bertindak dengan segera untuk mengatasi masalah jerebu yg setiap tahun berlaku ni. Terima kasih. 



Kredit kepada FB Rizal Rodzuan

Wednesday, 19 June 2013

Naik Bulu Roma Tengok Video Ni Beb!

Jom layan video yang dihasilkan oleh Ustaz Amin.




Dalam masa geng Dong Zong beria-ia menolak Bahasa Kebangsaan di Sekolah Vernakular, awek-awek Rusia ini pula mengembangkan bahasa Malaysia di negara mereka.


Gambar dari http://m-truth.com/

Mungkin awek-awek ni lebih layak jadi warganegara Malaysia daripada puak RASIS Dong Zong!



MyMassa

Lihat, Tafsir dan Fikirkan: Apakah Agenda Tersirat Kaum Cina Sebenarnya??

WALAUPUN saya mahu lari daripada menulis dan menyentuh mengenai politik dan terus berjihad ekonomi, namun cakap-cakap politik masih tidak dapat dielakkan.

Minggu ini kita melihat satu tafsiran simulasi grafik yang dilakukan oleh seorang sahabat saya yang perlu dikongsi bersama.

Beliau ialah Datuk Akbar Ali, mantan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia, Pengarah Eksekutif MTEN Melaka dan Ahli Dewan Negara.

Ia menggambar iltizam kaum Cina untuk menegakkan kekuatan mereka, dan sebaliknya sikap kecelaruan orang Melayu yang tidak sedar hakikat sebenar.




Berikut tafsiran Akbar:
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) telah sebulan setengah berlalu. Keputusannya telah diketahui ramai: BN menang dengan majoriti mudah - 133 buah kerusi Parlimen; merosot 7 kerusi tetapi berjaya merampas kembali Kedah; pembangkang pula menang 89 kerusi Parlimen.

Banyak sebab telah diberikan berhubung kemerosotan itu; antaranya kesilapan memilih / meletakkan calon, kelemahan jentera dan sabotaj dari dalam parti. Apa pun, sebab yang paling besar, seperti yang diungkapkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ialah tsunami Cina!

Agar tidak disalah-tafsirkan sebagai rasis, maka sebelum kita menulis lebih lanjut lagi, eloklah ditegaskan bahawa kaum Cina adalah pragmatis dan bijak menggunakan peluang keemasan yang ada.

Adalah tidak salah mereka ‘bersatu’ menggunakan hak demokrasi yang mereka miliki sebagai rakyat Malaysia. Justeru adalah juga tidak salah mereka ‘bersatu’ mahu memilih serta memangkah mana-mana parti yang mereka suka.

Orang Melayu pula di sebaliknya; kurang pragmatis dan kurang bijak serta ‘tidak bersatu!’ Jangan salahkan ibu mengandung.

Orang Cina telah melihat dan menyambar peluang serta tawaran yang diberikan oleh Anwar Ibrahim kepada kaum mereka. Lantaran itu, pada hemat orang Cina, ‘Ini Kali lah’ bagi kaum mereka untuk mencapai strategi jangka panjangnya yang ketiga: Merebut Kuasa Politik. Dua strategi pertama telah pun berjaya - kerakyatan dan kuasa ekonomi. Mereka telah menyeru supaya bersatu dalam menumbangkan kerajaan BN, sepertimana yang disiarkan dalam Nanyang Siang Pau pada 13 Jun 2009: http://darahtuah.wordpress.com/2010/03/08/7-ngo-cina-diseru-menumbangkan-kerajaan/

Ia boleh ditafsirkan sebagai iltizam untuk menumbangkan kerajaan yang bertunjangkan pribumi dan Islam dan menggantikan dengan sebuah kerajaan yang berteraskan bukan Islam dan orang Cina menjadi dominan.

PRU-13 telah mereka rancang sedemikian rupa daripada peringkat persiapan menyerang, pertahanan, pemilihan dan peletakan calon dan sebagainya. Hasilnya, walaupun mereka tidak menang, tetapi komposisi calon-calon yang berjaya itu adalah manifestasi rancangan tersebut!

Natijahnya, di pihak pembangkang, bilangan Ahli Parlimen (MP) Bukan Islam adalah jauh lebih ramai iaitu 50 orang atau 56% berbanding MP Islam hanyalah 30 orang atau 44%!

MP Cina pula adalah seramai 39 orang atau hampir empat kali ganda lebih ramai jika dibandingkan dengan MP Cina dalam BN!

Dalam BN, terdapat seramai 97 MP Pribumi/Islam atau 73%, dan 21 MP lagi Pribumi Bukan Islam atau 16%. MP Cina hanyalah 11 orang atau 8%! Lantaran itu, adalah tidak salah jika dibuat kesimpulan bahawa orang Cina telah bersatu untuk menumbangkan kerajaan yang bertunjangkan Pribumi/Islam dan menggantikan dengan kerajaan yang bertunjangkan Bukan Islam/orang Cina!

Kerana laungan “Ini Kali Lah" untuk mereka boleh merebut kuasa maka ahli-ahli MCA dan Gerakan daripada kaum Cina telah menjadi pengkhianat parti dan berduyun-duyun lari bersekongkol dengan DAP. Lalu tsunami Cina, seperti mana yang diungkapkan oleh Najib, adalah tepat sekali!

Tanpa sokongan padu Bumiputera di Sabah dan Sarawak, BN telah kalah pada tahun 2008 lagi!

Ada pendokong MCA mengingatkan orang UMNO bahawa orang Cina telah menyokong BN semasa PRU 1999. Tanpa sokongan mereka, mungkin BN kehilangan lagi banyak kerusi dalam PRU berkenaan. Setuju.

Tetapi mari kita tanya soalan ini: Kalaulah orang Cina dihidangkan pada tahun 1999 itu peluang yang sama seperti tahun 2013, tidak mungkinkah orang Cina sudah merebut peluang tersebut dan menumbangkan BN pada tahun itu juga?

Melihat dan menilai sikap, pemikiran dan strategi orang Cina di Malaysia ini pada tahun 2008 dan 2013 maka jawapannya, tanpa melupakan tulisan pada tahun 2009 di atas dan PRU 1969, tidak lain dan tidak bukan tentulah Ya!
Dengan mengambil kira:
(a) Sikap dan iltizam kaum Cina sedemikian rupa,
(b) Kemasukan pemilih baru kira-kira 2.64 juta orang,
(c) Kawasan bandar akan semakin besar (dari 71% kepada 77%) dan,
(d) Penetrasi internet akan melebihi 75%, apakah pelan tindakan BN/UMNO untuk kekal menang dengan selesa dalam PRU-14 nanti?
Saksikan carta yang telah disediakan. Sungguh mudah untuk digarap dan dibuat penilaian.


Berita Terkini Jerebu Di Malaysia Sepanjang Jun 2013

Untuk pengetahuan anda, beberapa kawasan di setiap negeri telah dilanda pencemaran jerebu terutamanya di semenanjung Malaysia. IPU adalah indeks pencemaran udara yang diguna pakai untuk menyemak tahap udara yang tercemar disesebuah kawasan. Jerebu berpunca daripada pergerakan angin monsun justeru menyumbang kepada pembakaran hutan.
Senarai Negeri Dilanda Jerebu Tidak Sihat Jun 2013
Amaran Bacaan IPU Di Kawasan Jerebu Tidak Sihat Update 17 Jun 2013
Melaka     
Bandaraya Melaka -  161*
Bukit Rambai – 135*
Negeri Sembilan
Port Dickson – 120*
Selangor
Pelabuhan Klang – 103
Terengganu
Kemaman – 108
Nota Penting: Negeri yang tidak dinyatakan diatas berada dalam keadaan yang baik dari Jerebu
Rujukan Keputusan Bacaan IPU
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiTIODYT6ASDBbvfKZZoCMRel-6cAah4AfGWzN9PNFWqZNw9xaiCJlWwBoTGq6IDYDHcXr1n4mt6ItBTH-1SjRCUZPwBrlD-J2R6hjLt9gfPmVK_Q2F92dGOY_kkQ0YQa1nsaMzK6B_Hx_q/s1600/status.jpg


Anda boleh memantau indeks pencemaran udara di laman web jabatan Alam Sekitar di pautan berikut: http://www.doe.gov.my/apims/index.php