Saturday, 20 April 2013

[Terkini] Update #GE13: Senarai Penuh Calon Bertanding di Parlimen dan DUN di Hulu Langat


Senarai Penuh Calon Bertanding di Parlimen dan DUN di Hulu Langat.

P101 Hulu Langat
Adzhaliza Mohd Nor (BN)
Dr Che Rosli Che Mat (PAS)

N23 Dusun Tua
Ismail Sani (BN)
Hj Razaly Hassan (PAS)

N24 Semenyih
Datuk Johan Abd Aziz (BN)
Hamidi Hassan (PKR)
S Arutchelvan (PSM)

N25 Kajang
Lee Ban Seng (BN) 
Lee Chin Chen (PKR) 
Ustaz Mohamad Ismail (Berjasa) 
Mohd Khalid Kassim (Bebas) 
Ir. Mohd Irwan Jefri (Bebas) 
Ong Yan Poh (Bebas) 

[Terkini] Update #GE13: Senarai Penuh Calon Bertanding di Parlimen dan DUN di Ampang




Senarai Penuh Calon Bertanding di Parlimen dan DUN di Ampang.

P99 Ampang
Dato' Dr Rozaidah Talib (BN)
Zuraida Kamaruddin (PKR)

N19 Bukit Antarabangsa
Mohamad Nadzim Ibrahiim (BN)
Mohamed Azmin Ali (PKR

N20 Lembah Jaya
Dato' Baderisham Jolly (BN)
Khasim Abdul Aziz (PAS)

Panas! Update #GE13: Penyandang DUN Teratai Jenice Lee Bertanding Bebas kerana Merajuk

Jenice Lee bercakap kepada media di pusat penamaan calon Parlimen Pandan pagi tadi

Jenice Lee

Daripada maklumat yang RMK terima dari lapangan, Jenice Lee kecewa dengan pimpinan DAP kerana tidak meletakannya untuk bertanding mempertahankan kerusi DUN Teratai yang dimenanginya pada PRU12 2008. DAP sebaliknya memberikan kepercayaan kepada muka baru, Tiew Way Keng bagi menggantikan Jenice.

Tiew Way Keng

Jenice akhirnya mengambil keputusan untuk bertanding atas tiket Bebas. Ini menjadikan perebutan kerusi DUN Teratai melibatkan 5 penjuru. 


*Senarai calon Parlimen Pandan serta DUN Teratai dan DUN Chempaka akan dikemaskini.

[Terkini] Update #GE13: Senarai Penuh Calon Bertanding di Parlimen dan DUN di Hulu Selangor



Senarai Calon yg akan bertanding di Parlimen dan DUN di Hulu Selangor.

P094 Hulu Selangor
P. Kamalanathan (BN)
Khalid  Jaafar (PKR)
Radzali Mokhtar (BEBAS)
Dato Seri Dr. SantharaKumar A/L Ramanaidu (BEBAS)

N05 Hulu Bernam
Datuk Rosni Sohar (BN)
Muhammad Idris Ahmad  (PAS)

N06 Kuala Kubu Baharu
Ooi Hui Wen @ Jessie Ooi (BN)
Lee Kee Hiong (DAP)
Yong Tham Fook (BEBAS)
Prithal Singh A/L Mander Singh (BEBAS)
Nadarajah A/L Subramaniam (BEBAS)

N07 Batang Kali
Mat Nadzari Ahmad Dahlan (BN)
Ramachandran A/L Kandasamy (PKR)
Mustapa Kamal Sapingi (BEBAS)
Hj. Mustap Talib (BEBAS)

Update #GE13: Ong Tee Keat Tidak Bertanding Kerusi Pandan




KUALA LUMPUR: Teka-teki berhubung penyertaan bekas Presiden, MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dalam pilihan raya umum ke-13 ini akhirnya terjawab apabila beliau memilih untuk tidak bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Pandan. 

Sebaliknya, bekas setiausaha peribadinya, Allan Tan Yew Leng bertanding atas tiket Bebas di kawasan itu. 



Sebelum ini, Ong menguar-uarkan dalam laman sosialnya Twitter dan Facebook untuk mendapatkan reaksi daripada penyokongnya mengenai pencalonan Bebas beliau, sekali gus menimbulkan spekulasi pelbagai pihak bahawa beliau akan bertanding atas tiket Bebas di kawasan itu. 

Tan berkata keputusan ini dibuat setelah mendapat restu daripada Ong bagi meneruskan semangatnya untuk berkhidmat kepada penduduk Pandan. 

"Beliau (Ong) tidak menyatakan sebab apa tidak mahu bertanding, cuma menegaskan bahawa karier politik beliau tidak terhenti begitu sahaja, malah akan terus berkhidmat untuk penduduk Pandan. 

"Kami (penduduk) semua mahukan Ong bertanding namun Ong berharap ada pelapisnya yang dapat mewarisi kepimpinannya di Parlimen Pandan pada masa akandatang," kata Tan kepada pemberita sebelum proses penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya hari ini. 

Tan berkata beliau baru sahaja meletakkan jawatannya sebagai setiausaha peribadi semalam setelah berkhidmat kepada Ong selama 12 tahun. - BERNAMA