Tuesday, 16 April 2013

BN ADA CALON SETARAF UNTUK MENENTANG KHALID IBRAHIM DI PELABUHAN KLANG #PRU13 #GE13 #BetterNation

Berikut merupakan keratan dari Sinar Harian pagi ini:




Di atas adalah kenyataan bongkak dari Khalid Ibrahim.

Khalid Ibrahim mahu calon BN yang menentangnya berkedudukan setaraf dengan beliau. Persoalannya, mengapa beliau lari dari DUN Ijok yang dimenanginya dalam PRU12 2008? Adakah pengundi Ijok sudah menolak MB Selangor sehingga beliau terpaksa mencari 'kawasan selamat'? Mungkin Khalid Ibrahim telah meninggalkan 1001 masalah kepada penduduk Ijok sehingga menyebabkan beliau perlu mencari kawasan baru. Kemudian, berani pula beliau mengatakan dengan angkuh bahawa calon yang akan menentangnya kelak mesti setaraf.

Apa maksud setaraf? Tiada guna mempunyai ijazah yang berjela-jela tetapi isu air, isu pasir dan isu sampah pun tidak terurus. Itu belum masuk bab murtad dan isu kalimah Allah. Fikirkan sejenak.

Mari kita lihat pula calon BN yang bakal bertanding menentang Khalid Ibrahim untuk mengetahui sama ada beliau 'setaraf' dengan Khalid atau tidak.

Tuan Haji Nasarruddin bin Dato' M Zin adalah anak kelahiran Pelabuhan Klang. Beliau adalah Timbalan Ketua Bahagian UMNO Klang dan mendapat pendidikan tertinggi di California State University, Amerika Syarikat dalam jurusan pentadbiran perniagaan.




Maka kita akan lihat pertembungan antara buku dengan ruas. Harus diingat belum ada dalam sejarah politik Malaysia seorang Menteri Besar lari dari kawasan asalnya dan mencari kawasan baru kecuali kawasan baru itu hasil daripada persempadanan semula.

Entah apa pula muslihat si Khalid Ibrahim ini.

[TERKINI!] SENARAI PENUH CALON BARISAN NASIONAL PARLIMEN DAN DUN SELANGOR #BetterNation #GE13 #PRU13



  • Parlimen Sabak Bernam - Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh (UMNO)
  • DUN Sg Air Tawar - Kamarol Zaki bin Abdul Malik (UMNO)
  • DUN Sabak - Abdul Halim bin Udin (UMNO)

  • Parlimen Sungai Besar Dato Noriah binti Kasnon (UMNO)
  • DUN Sg Panjang - Budiman bin Mohd Zohdi (UMNO)
  • DUN Sekinchan - Kek Seng Hooi (MCA)

  • Parlimen Hulu Selangor - Kamalanathan a/l Panchanathan (MIC)
  • DUN Hulu Bernam - Dato Rosni binti Sohar (UMNO)
  • DUN Kuala Kubu Baharu - Oii Hui Wen / Jessie Oii (MCA)
  • DUN Batang Kali - Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan (UMNO)

  • Parlimen Tanjong Karang - Dato Seri Noh bin Omar (UMNO)
  • DUN Sg Burong - Dato Mohd Shamsuddin bin Lias (UMNO)
  • DUN Permatang - Sulaiman bin Abdul Razak (UMNO)

  • Parlimen Kuala Selangor - Datuk Irmohizam bin Ibrahim (UMNO)
  • DUN Bukit Melawati - Jakiran bin Jacomah (UMNO)
  • DUN Ijok - Parthiban a/l Karuppiah (MIC)
  • DUN Jeram - Dato Amirudin Setro (UMNO)

  • Parlimen Selayang - Senator Dato Donald Lim Siang Chai (MCA)
  • DUN Kuang - Abdul Shukur bin Idrus (UMNO)
  • DUN Rawang - Lee Li Yew (MCA)
  • DUN Taman Templer - Dato Seri Subahan bin Kamal (UMNO)

  • Parlimen Gombak - Dato Dr Raman bin Ismail (UMNO)
  • DUN Batu Caves - Rawisandran a\l Narayanan (MIC)
  • DUN Gombak Setia - Datuk Said Anuar bin Said Ahmad (UMNO)
  • DUN Hulu Kelang - Abdul Rahim bin Pandak Kamarudin (UMNO)

  • Parlimen Ampang - Dr Rozaidah binti Talib (UMNO)
  • DUN Bukit Antarabangsa - Mohamad Nadzim bin Ibrahim (UMNO)
  • DUN Lembah Jaya - Dato Baderisham bin Jolly (UMNO)

  • Parlimen Pandan - Gerry Lim Chin Yee (MCA)
  • DUN Chempaka - Muhammad Faizal bin Hj Sufar (UMNO)
  • DUN Teratai - Liew Pok Boon @ Ben (Gerakan)

  • Parlimen Hulu Langat - Adhaliza bt. Mohd Nor (UMNO)
  • DUN Dusun Tua - Ismail bin Sani (UMNO)
  • DUN Semenyih - Dato Johan bin Abd Aziz (UMNO)
  • DUN Kajang - Lee Ban Seng (MCA)

  • Parlimen Serdang - Dato Yap Pian Hon (MCA)
  • DUN Bangi - Dato Mohd Zaidi bin Md Zain @Zakaria (UMNO)
  • DUN Balakong - Dato Dr Lai Kwong Choy (MCA)
  • DUN Seri Kembangan - Chin Toong Kang (MCA)

  • Parlimen Puchong - Senator A Kohilan Pillay a/l G Appu (Gerakan)
  • DUN Seri Serdang - Mohamad Yusof bin Mohammed Yassin (UMNO)
  • DUN Kinrara - Dato' Wong Hock Aun (MCA)

  • Parlimen Kelana Jaya - Loh Seng Kok (MCA)
  • DUN Subang Jaya - Gan Meng Foo (MCA)
  • DUN Seri Setia - Dato' Dr Tengku Rethwan bin Tengku Mansor (UMNO)

  • Parlimen PJS - Sheah Kok Fok (MCA)
  • DUN Taman Medan - Dato Dr Ab Wahab bin Ibrahim (UMNO)
  • DUN Bukit Gasing - Juan Sei Chang (Gerakan)

  • Parlimen PJU - Chew Hoong Ling (MCA)
  • DUN Kampung Tunku - Chong Seng Foo @ Kelvin Chong (MCA)
  • DUN Damansara Utama - Dato' Lim Choon Kin (MCA)

  • Parlimen Subang - Prakash Rao a\l Appalanaidoo (MIC)
  • DUN Bukit Lanjan - Francis Chong Tuck Chiew (Gerakan)
  • DUN Paya Jaras - Dato' Ir Muhammad Bushro bin Mat Johor (UMNO)
  • DUN Kota Damansara - Halimaton Saadiah binti Bohan (UMNO)

  • Parlimen Shah Alam - Zulkifli bin Noordin (Bebas)
  • DUN Kota Anggerik - Mohd Yusof bin Din (UMNO)
  • DUN Batu Tiga - Dato' Ahmad Nawawi bin Dato' M. Zin (UMNO)

  • Parlimen Kapar - Sakhtivel a\l Alagappan (MIC)
  • DUN Meru - Sukaiman bin Hj Ahmad (UMNO)
  • DUN Sementa - Md Ghazali bin Md Amin (UMNO)
  • DUN Sg Pinang - Lee Siew Chee (MCA)
  • DUN Selat Klang - Faisal bin Yahya (UMNO)

  • Parlimen Klang - Dato' Teh Kim Poo (MCA)
  • DUN Pelabuhan Klang - Dato' Nasaruddin bin M Zin (UMNO)
  • DUN Pandamaran - Dato' Dr Ching Eu Boon (MCA)
  • DUN Kota Alam Shah - Senator Maglin Dennis D'Cruz (PPP)

  • Parlimen Kota Raja - Dato' Murugesan a\l Sinnandavar (MIC)
  • DUN Seri Andalas - Mohan a\l Thangarasu (MIC)
  • DUN Sri Muda - Mohd Abdul Raof bin Mokhtar (UMNO)

  • Parlimen Kuala Langat - Kapt (B) Sharuddin bin Omar (UMNO)
  • DUN Sijangkang - Zurihan bin Yusop (UMNO)
  • DUN Teluk Datuk - Tan Cheng Chai (MCA)
  • DUN Morib - Hasiman Sidom (UMNO)

  • Parlimen Sepang - Dato Seri Ir Mohd Zin bin Mohamed (UMNO)
  • DUN Tanjung Sepat - Nisman bin Yusof (UMNO)
  • DUN Dengkil - Shahrum bin Dato Mohd Sharif (UMNO)
  • DUN Sg Pelek - Ng Chok Sin (MCA)



AYUH, BANGKIT!


[TERKINI] PENGUMUMAN CALON BN SELANGOR HARI INI




Langsung dari Bangunan UMNO Selangor, Shah Alam. Dato' Seri Mohd Najib selaku Pengerusi BN Selangor akan membuat pengumuman yang ditunggu-tunggu ini. Semoga calon yang dinaikkan dapat memberi kemenangan kepada Barisan Nasional. Sama-sama kita nantikan.


[KEMASKINI]: Senarai penuh calon BN Parlimen dan DUN [di sini].

Monday, 15 April 2013

KHALID IBRAHIM MELARIKAN DIRI KE PELABUHAN KLANG APABILA DITOLAK OLEH PENDUDUK IJOK #TolakPR #GE #PRU13

Sumber

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang pada pilihan raya umum kali ini.


Perkara itu dinyatakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu ceramah pakatan pembangkang di padang bola sepak AU2 Keramat, di sini malam tadi.

Anwar berkata, kerusi DUN Ijok yang disandang Abdul Khalid akan ditandingi Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Dr. Idris Ahmad.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali akan mempertahankan kerusi DUN Bukit Antarabangsa dan kerusi Parlimen Gombak manakala Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin akan mempertahankan kerusi Parlimen Ampang.

Naib Presiden parti, R. Sivarasa pula akan mempertahankan kerusi Parlimen Subang, sementara dua muka baharu iaitu Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr. Abdul Aziz Bari masing-masing akan bertanding di kerusi Parlimen Pandan dan Sabak Bernam.

Menurut Anwar kerusi DUN Kota Damansara kekal ditandingi calon daripada Parti Sosialis Malaysia. - BERNAMA


RMK: Khalid Ibrahim sampai terpaksa lari bertanding di DUN lain? Terimalah kenyataan wahai pakatan Selangor. Rakyat semakin menolak kamu. 'Ini adalah politik,' katanya. Patutlah berani tabur manifesto merata, sebenarnya tak berniat untuk laksanakan pun. Al-maklumlah,


YES! KALI INI DI PUCHONG, LAGI ORANG PAS TINGGALKAN PARTI! #TolakPR #BetterNation #PRU13 #GE13

Sumber

Akibat terlalu bercelaru dan tidak konsisten terhadap perjuangannya, PAS semakin hilang sokongan ahlinya sendiri.


Trend penyokong pakatan haram khususnya golongan ulama dan tokoh agama kebelakangan ini menyertai UMNO jelas menunjukkan ada yang tidak kena dengan kepimpinan PAS.

Terbaharu, sebanyak 80 penyokong tegar PAS di Puchong menyertai UMNO seterusnya menubuhkan Cawangan UMNO Baitul Dhuyuf.

Ketua kumpulan itu, Yusof Mohamed memberitahu, kekecewaan utama yang membawa kepada keputusan mereka menyokong UMNO kerana PAS kini semakin jauh terpesong daripada ajaran Islam.

Beliau ditemui dalam Majlis Penyerahan Borang Keahlian serta Penubuhan Cawangan UMNO Baitul Dhuyuf di Kampung Seri Aman, Puchong, semalam, yang dihadiri Ketua UMNO Bahagian Puchong, Datuk Dr. Mohamad Satim Diman. 



RMK: Nampak sangat sikap flip-flop PAS yang tidak tetap pendirian itu mula memberikan impak negatif terhadap para penyokongnya. Rakyat kini mula sedar untuk memilih parti yang lebih stabil dan mempunyai hala tuju perjuangan yang jelas, BN for Better Nation.