Friday, 30 November 2012

[VIDEO] NGO ROYALTI DIHALAU DARI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO #PAU2012 DI PWTC


[Sumber]

Akibat membuat kacau tak kena pada tempatnya. Hamek kau!!

MERCEDES BARU?! ZURAIDA MAK LAMPIR TAK SERIK! LAGI PENDEDAHAN!!

Kereta mewah Zuraida

Nampaknya tak cukup dengan pendedahan sebelum ni. Selain kemewahan melampau yang dimiliki setelah bergelar Ahli Parlimen Ampang, timbul pula cerita sebuah syarikat menyediakan kenderaan mewah untuk Zuraida. Ikuti pendedahan seterusnya [di sini].

Tuesday, 27 November 2012

FAKTA LYNAS YANG PUAK PEMBANGKANG SUSAH NAK PAHAM ATAU BUAT-BUAT TAK PAHAM!


25 November 2012 iaitu Ahad lepas, satu perhimpunan anti-Lynas di Dataran Merdeka telah diadakan. Menurut maklumat yang diterima, kira-kira 2000 yang hadir membantah pembinaan kilang nadir bumi Lynas yang [telah disahkan selamat] itu. Ahli Parlimen PAS Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat pun kata [Lynas selamat]. Entah apa lagi yang mereka nak bising RMK pun tak tau.

[Sumber]

Pencacai pembangkang bergambar dengan bapak pencacai

 Mungkin peru diingatkan kepada puak-puak ni tentang fakta di bawah:



So, apa kata survey?



Jika benar pembangkang yang menggerakkan himpunan Hijau ambil berat mengenai alam sekitar, mengapa Himpunan Hijau tidak membantah projek-projek berikut yang memberikan kesan yang lebih teruk kepada alam sekitar?

1. Curi pasir di Selangor (negeri diperintah PKR).


Gambar dari Berita Harian dan Mstar

2. Penggondolan hutan untuk ladang rakyat di Kelantan (PAS).

Gambar dari MalaysiaTerkini

3. Hutan di Pedu diperkosa Kerajaan PAS Kedah.

Sumber : MyKMU


Kredit: [MyMassa]


PAKATAN HARAM HIPOKRIT!!!

[GAMBAR] EH, APA RAMAI-RAMAI NI?? TUNJUK PERASAAN KE??




Sebenarnya bukan tunjuk perasaan mahupun demonstrasi. Ini adalah program penyampaian bantuan / sumbangan banjir kepada mangsa-mangsa di daerah Sepang dan Kuala Langat. Majlis diadakan pada 26 November 2012 di SJK(C) Dengkil, Sepang bermula 1.00 petang hingga 5.00 petang. Program ini adalah usaha Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Perdana Menteri kita yang dilabelkan kejam oleh puak pembangkang.





Laporan selanjutnya [di sini].



Kejam ke PM kita? Tahukah anda bahawa ketika masyarakat Kuala Langat berhadapan dengan keadaan banjir 'air termenung' mencecah sehingga 12 hari, kerajaan PM yang dikatakan kejam dan zalim inilah yang bertungkus-lumus berusaha mencari penyelesaian bagi masalah tersebut? Menurut maklumat yang diterima, pam-pam air yang ada di Selangor tidak mampu mengepam keluar air ke sungai kerana keadaan banjir yang luar biasa. PM yang 'zalim' inilah yang mengarahkan agar pam-pam air berkuasa tinggi dari Negeri Sembilan dan Perak dibawa masuk ke Kuala Langat bagi meneruskan usaha mengepam keluar air banjir yang bergenang itu ke sungai. Rakyat didahulukan!


Yang berbaju merah di tengah adalah Dato' Ir Mohd Zin bin Mohd, Koordinator Barisan Nasional Selangor merangkap Ahli Parlimen Sepang










Mana Menteri Besar dan EXCO-EXCO Selangor serta wakil rakyat Pakatan Rakyat yang lain? Langsung tidak membantu usaha pam keluar air banjir ke sungai. Sekadar melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sahaja. Anda nilaikan sendiri.

Friday, 23 November 2012

[GAMBAR] DI KALA ZURAIDA MAK LAMPIR SIBUK SHOPPING KERETA MEWAH, PEMIMPIN BN TETAP PRIHATIN, RINGANKAN BEBAN ORANG ASLI

Pagi tadi, Dato' Noriah Kasnon, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat telah melawat mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan Dewan Genting Sanyen, Bukit Changgang, Kuala Langat. Mangsa-mangsa terdiri daripada masyarakat Orang Asli iaitu sebanyak 16 keluarga. Dato' Noriah telah menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan kepada mereka melalui Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan juga Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).












Inilah contoh pemimpin yang baik. Prihatin dan turun padang membantu rakyat yang memerlukan. Rakyat tabik pemimpin seperti ini! Bukannya wakil rakyat yang sibuk kumpul kekayaan untuk beli kereta mewah seperti Hilux, Volvo mahupun Mercedes.