Sunday 29 December 2013

YB Kuantan buat lawatan ke pusat pemindahan banjir di Guangzhou??

Jabatan Meteorologi Pahang pada Selasa yg lepas memberi amaran kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir di Pahang bermula 30 Disember.Menurut Pengarah Jabatan Meteorologi Pahang Azemi Daud, taburan hujan lebat diramalkan berlaku bermula 30 Dis hingga 6 Jan tahun depan terutama di tiga daerah - Kuantan, Pekan dan Rompin.

Agensi-agensi kerajaan dan penyelamat bertungkus lumus membuat persediaan menghadapi gelombang kedua ini, sehinggakan ada teman2 yg bekerja dlm agensi-agensi penyelamat yg kata cuti pun dibekukan sehingga taman musim monsun ini.

TAPI...kita tgk ape yg sedang dilakukan oleh YB yg masa banjir gelombang pertama haritu berkokok-kokok hentam agensi-agensi kerajaan dan penyelamat..



Kawasan parlimen YB ni menjangkau sampai ke Guangzhou agaknye.. ataupun YB gi lawat pusat pemindahan kat sana nk check sama ada selimut dgn makanan cukup ke x? UNTUNG LA~ YB ni..org bersusah payah buat persiapan menghadapi banjir die dpt gi melencong ke Guangzhou.. ntah2 dapat sponsor dari tokeh-tokeh balak dari kuantan x? bukannye murah nak melancong ke luar negara time-time cuti Christmas dgn nk New Year ni.. tapi nk sponsor makanan dgn air mineral untuk mangsa-mangsa banjir kat pusat pemindahan tak boleh pulak?

Bile Najib dgn Rosmah gi Middle East aritu dapat gak duit bantuan banjir USD 10 juta sumbangan kerajaan UAE, tu pon kene hentam dgn YB ni, kali ni kite tgk YB dapat bwk balik ape pulak dari Guangzhou.. mesti tak kurang USD 10 juta pnye kan...YB kan hebat...

Thursday 26 December 2013

Penjelasan Kementerian Kewangan terhadap kenyataan @rafiziramli Mengenai Penjualan Aset Kerajaan dan Pensekuritian Hutang Kerajaan


"Kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli adalah tidak bertanggungjawab kerana dengan sengaja telah memutarkan isi kandungan laporan tersebut bagi kepentingan politik."  - MOF

EDARAN MEDIA 

MEDIA RELEASE

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA

Penjelasan terhadap kenyataan Mengenai Penjualan Aset Kerajaan dan Pensekuritian Hutang Kerajaan



Kenyataan Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli mengenai maklumat di atas adalah berdasarkan Laporan Malaysia Economic Monitor (MEM, December 2013) yang dikeluarkan oleh World Bank (WB) pada 1 Disember 2013.

Untuk makluman, sumber maklumat di dalam penerbitan MEM tersebut diperolehi daripada Laporan Ekonomi 2013/2014 dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2013/2014 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Kedua-dua laporan tersebut telahpun dibentang di Parlimen pada 25 Oktober 2013. Oleh itu, cadangan untuk mengadakan satu sidang Parlimen tergempar seperti yang diwar-warkan di dalam media bagi membincangkan isu ini adalah tidak berbangkit.

Pengewangan Aset Kerajaan (Monetization of Assets)

Untuk makluman, penjualan tanah adalah di bawah inisiatif pengewangan aset Kerajaan (monetization of assets) bertujuan bagi memajukan tanah berkenaan serta membangunkan kawasan sekitarnya.

Inisiatif pengewangan aset Kerajaan ini telah dilaksanakan sejak tahun 2008. Langkah ini telah merangsang lebih banyak penglibatan agensi-agensi Kerajaan, Syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs) dan sektor swasta di dalam memacu pertumbuhan ekonomi Negara.

Aset tersebut dipindah milik pada harga pasaran dengan penilaian dilakukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah (JPPH).

Sebelum sebarang penjualan tanah dilaksanakan, pandangan dan persetujuan daripada agensi pengguna akan diperolehi terlebih dahulu mengenai perancangan penggunaan tanah tersebut. Penjualan tanah ini tidak akan dilaksanakan sekiranya agensi tersebut tidak bersetuju atau mereka mempunyai perancangan untuk membangunkan tanah tersebut.

Pengewangan aset adalah aktiviti yang biasa dilaksanakan oleh mana-mana Kerajaan bagi menjana aktiviti ekonomi. Sebagai contoh, tanah Kerajaan UK di Canary Wharf, London yang dijual kepada sektor swasta untuk dibangunkan sebagai hub kewangan antarabangsa. Langkah yang sama juga dilaksanakan oleh Kerajaan Singapura dan Hong Kong.
Pensekuritian Hutang Kerajaan

Pensekuritian hutang Kerajaan dilaksanakan bagi mewujudkan modal pembiayaan tambahan untuk pinjaman perumahan penjawat awam. Hasil pensekuritian hutang Kerajaan bukan merupakan sumber utama hasil Kerajaan Persekutuan kerana ia hanya mencakupi 1.9% daripada jumlah hasil Kerajaan Persekutuan. Pensekuritian hutang adalah satu aktiviti yang biasa dilaksanakan oleh bank-bank komersil sebagai satu strategi pembiayaan.

Kesimpulan

Dalam RMK-10, Kerajaan komited untuk mengurangkan paras defisit fiskal daripada 5.4% pada tahun 2010 kepada 3.0% pada tahun 2015 dan seterusnya mencapai bajet berimbang pada tahun 2020. Sasaran ini penting bagi mengukuhkan kedudukan kewangan Kerajaan. Pencapaian sasaran ini bukan bergantung kepada penjualan aset Kerajaan dan pensekuritian hutang Kerajaan, tetapi dirancang menerusi konsolidasi fiskal Kerajaan.
Oleh itu, semua pihak dinasihatkan meneliti laporan yang dibentangkan di Parlimen sebelum membuat tuduhan yang tidak berasas, demi kebaikan bersama.

Kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli adalah tidak bertanggungjawab kerana dengan sengaja telah memutarkan isi kandungan laporan tersebut bagi kepentingan politik.

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
PUTRAJAYA
24 Disember 2013


RMK : rafizi..rafizi..Once a bullshitter, always a bullshitter...


Wednesday 18 December 2013

AWAS! Trend Menfitnah Menteri-menteri Kabinet PM @najibrazak Sedang Berleluasa @khairykj



Semalam fitnah mengenai kenyataan YB Datuk Seri Wahid Omar mengenai tol, Menteri JPM telah digunakan oleh cybertrooper pembangkang.
Poster yang menjelaskan kenyataan sebenar menteri dan kenyataan yang diputar belitkan.
Hari ini pula, Menteri KKMM, YB Datuk Seri Ahmad Shabery pula menjadi mangsa.

Puncanya, mereka mengekspotasi berita-berita dari portal media pro pembangkang yang cuba memburuk-burukkan Menteri dan Kerajaan.

MyMassa mohon setiausaha akhbar Menteri supaya lebih proaktif dalam hal ini. Mana-mana akhbar yang cuba menfitnah bos anda, perlu diberikan amaran atau pun ambil tindakan saman.

Tak guna kalau blogger membantu Kerajaan untuk menjernihkan persepsi tetapi tuan punya badan dan pegawai-pegawainya sendiri tidak kisah difitnah oleh portal media pro pembangkang.

*Cuba tengok ketegasan MB,Datuk Mukhriz Tun Mahathir Kedah dalam menghadapi portal media pro pembangkang.



Sumber : MyMassa

Cara Mudah Pinjaman Perumahan


Foto: Bernama

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), mencadangkan agar kerajaan menyediakan pinjaman perumahan berasaskan harga rumah kepada penjawat awam.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, ini bagi memastikan kakitangan kerajaan dapat memiliki rumah sendiri dengan lebih mudah.

“Pinjaman sekarang adalah berasaskan gaji. Ini bermakna, penjawat awam tidak mendapat pinjaman penuh dan selebihnya terpaksa meminjam bank.

“Sekiranya dapat pinjaman penuh daripada kerajaan, lebih mudah. Mereka boleh bayar pinjaman itu dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan wang pencen,” katanya ketika berucap di Konvensyen Tri-Tahunan Ceupacs ke-26 yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Katanya, Cuepacs turut mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula imbuhan tetap perumahan penjawat awam sebanyak RM180 sebulan dan kadar faedah pinjaman perumahan sebanyak empat peratus.

“Harga rumah sekarang mahal dan hampir 35 peratus kakitangan awam tidak ada rumah sendiri.

"Jadi, kita harap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan ini mengikut kemampuan kerajaan,” katanya.

Selain itu, badan itu juga meminta kerajaan memberi cuti tanpa rekod kepada penjawat awam untuk menunaikan umrah.

Dalam ucapannya itu, Omar turut mengumumkan keputusannya untuk menamatkan perkhidmatannya sebagai presiden Cuepacs yang disandangnya sejak tujuh tahun lalu.

Konvensyen Cuepacs ke-26 akan berlangsung selama tiga hari bermula semalam dan berakhir esok.



Tuesday 17 December 2013

Penjelasan Isu Tol : Apakah Maksud BN Untuk Mengurangkan Bayaran Tol Antara Bandar? @najibrazak @khairykj

Sumber : MyMassa

Semalam beberapa orang rakan MyMassa yang menyokong Kerajaan mula mempersoalkan kewajaran pengumuman kenaikan beberapa tol di Malaysia.

Antara alasan mereka, BN telah menjanjikan untuk mengurangkan tol antara bandar dalam MANIFESTO BN dalam PRU-13.


Untuk menjawab isu yang dibangkitkan, MyMassa beberapa kali bertanyakan apakah maksud ANTARA BANDAR?

Perkataan antara bandar adalah berasal dari Bahasa Inggeris (Intercity)

Menurut kamus Oxford, Intercity : existing or travelling between cities.

Jika diterjemahkan dalam konsep Malaysia, antara bandar bermaksud perjalanan antara Bandaraya Kuala Lumpur ke Bandaraya Ipoh.

Kata lawan bagi Intercity adalah Intracity yang bermaksud dalam bandar. Contohnya perjalanan di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur atau pun dalam Lembah Kelang.

Inilah penjelasan yang MyMassa kongsikan dengan rakan yang bertanyakan isu ini. Jadi apa yang terkandung dalam MANIFESTO BN masih lagi ditepati kerana semalam PLUS mengeluarkan kenyataan bahawa semua tol di bawah PLUS tidak akan dinaikkan malah sedang dikaji untuk diturunkan.

Pihak pengurusan PLUS Malaysia Berhad mengesahkan bahawa syarikat konsesi lebuhraya terbesar itu tidak akan bercadang menaikkan kadar tol di semua lebuhraya kendalian syarikat itu pada tahun hadapan (2014), seperti yang dihebohkan baru-baru ini.

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Dato' Noorizah Abd Hamid, syarikat konsesi itu memahami tekanan kos hidup rakyat dan tidak berhasrat menaikkan kadar tol di semua lebuhraya PLUS dalam tempoh terdekat.

"Kenaikan konsesi PLUS tidak akan berlaku kerana belum tiba masa ia diteliti. Jadi kenaikan yang diwar-warkan mungkin melibatkan konsesi lebuhraya lain, tetapi bukan PLUS," ujar beliau ketika diajukan soalan berkaitan kenaikan kadar tol.

Beliau turut menambah bahawa PLUS sedang mengkaji mekanisme untuk menurunkan kadar tol semasa kepada kadar tol baru yang lebih rendah. 

Penstrukturan semula tol semasa PLUS pada masa hadapan bakal memberi kelebihan kepada pengguna apabila mereka akan menikmati penjimatan antara 10 - 50 peratus berbanding kadar tol semasa.

Ketika ini, PLUS mengendalikan lima lebuhraya meliputi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Lingkaran Tengah (ELITE), Linkedua (Lintasan Kedua Malaysia Singapura), Lebuhraya Butterworth-Kulim (KLBK) dan Jambatan Pulau Pinang.
SUMBER