Tuesday, 5 March 2013

UPDATE SERANGAN LAHAD DATU: LETUPAN BOM KEDENGARAN BERHAMPIRAN KAMPUNG TANDUO






UPDATE LAHAD DATU: 

Daripada Krew MyMassa yang berada di Felda Sahabat, Lahad Datu, beberapa letupan bom dapat didengar dipercayai daripada jet pejuang tentera Malaysia, Sukhoi yang dijatuhkan di Kg Tanduo.

Selain itu, berita diperolehi serangan mortar ke arah kampung tersebut turut dijalankan

Kg. Tanduo merupakan lokasi persembunyian kumpulan penceroboh dari Kepulauan Sulu, Filipina.


DOAKAN KESELAMATAN PASUKAN KESELAMATAN KITA. 

NEGARA MALAYSIA, NEGARA BERDAULAT!


Sumber: MyMassa

SERANGAN BERMULA DI LAHAD DATU!



10.00 pagi: Hospital di Tungku tutup dan seorang penduduk kampung berkata, satu halangan telah diletakkan bagi melarang orang ramai memasuki bandar itu.
9.50 pagi: Banyak ambulans dihantar dari Tawau. Pengamal media dilarang memasuki kawasan Felda 16 dekat bandar Cenderawasih.
9.45 pagi: Kira-kira 300 penduduk kampung di balai raya Tanjung Labian meminta makanan apabila mereka tidak mendapatkannya sejak malam Isnin. Mereka menyelamatkan diri dari Tanjung Batu selepas mendengar terdapat laporan mengenai penceroboh bersenjata.
8.30 pagi: Trak tentera dilihat memasuki kawasan itu. Skuad elit tentera dan polis berada di darat dan dipercayai terlibat dalam tembak-menembak dengan lelaki bersenjata.
7.30 pagi: Sekurang-kurangnya enam letupan berterusan didengari dan wartawan di resort Sahabat 16 berkata, jet kembali terbang rendah.
7 pagi: Beberapa jet pejuang melalui kampung Tanduo, diikuti dengan tembakan meriam.
LAHAD DATU: Serangan pada waktu subuh dilakukan bagi mengusir baki kumpulan bersenjata Sulu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa, dalam satu kenyataan ringkas.
Jet pejuang pada awal pagi Selasa mulai terbang rendah melalui kumpulan bersenjata yang mengepung kampung Tanduo sejak 9 Februari.
Letupan berterusan didengari apabila polis dan tentera mengambil langkah menentang lelaki bersenjata yang dilaporkan membuat tembakan kembali.
Keadaan di sekitar Tanjung Labian, kira-kira 7 kilometer dari kampung Tanduo di Felda Village 17 begitu tegang dengan lebih 300 penduduk kampung berkumpul di balai raya yang mendengar letupan.

Sumber: Talk With Hand

OPERASI SERANGAN KG TANDUO, KENYATAAN PENUH PM



DEMI KEDAULATAN NEGARA



KUALA LUMPUR: Berikut adalah kenyataan penuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung serangan di Kampung Tanduo, Lahad Datu: 


Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada 12 Februari 2013, kerajaan mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah.

Pihak polis sudah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius. 

Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah. 

Pada hari Jumaat lalu, mereka melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh; sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna. 

Selepas serangan yang pertama, saya menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak. 

Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. 
Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka. 

Kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat. 

Pada jam 7 pagi ini pasukan keselamatan melancarkan serangan di Kampung Tanduo.

BERITA TERKINI AKAN MENYUSUL



Sumber: MyMassa

Monday, 4 March 2013

Insiden Lahad Datu: (Eksklusif) "Penasihat Sultan Sulu" Jawab Fitnah Pembangkang


Artikel MyMassa:



Ikuti penerangan eksklusif daripada Lokman Noor Bin Adam yang dituduh oleh pihak pembangkang terlibat dalam pencerobohan askar "Kesultanan Sulu" di Sabah:


Saya terpanggil untuk menjawab tuduhan bodoh yang dilemparkan oleh puak pembangkang yang mengatakan saya menasihati Sultan Palsu yang menyerang negara kita hari ini.

Tohmahan ini ternyata langkah terdesak Anwar Ibrahim yang gelabah kerana pertemuan beliau dengan Nur Misuari dan pertemuan Jeffry Kitingan dengan Raja Muda Sulu  Palsu terbongkar.

Izinkan saya menceritakan serba ringkas tentang hubungan Malaysia dengan Kesultanan Sulu yang sebenar, sebelum kita terus dikelirukan oleh pembangkang.

Sabah atau dulunya dikenali sebagai North Borneo merupakan sekeping tanah yang dimiliki oleh Sultan Brunei. Ianya telah dihadiahkan kepada Sultan Sulu yang telah membantu Brunei dalam perperangan. Peringkat awal, North Borneo telah di panjakkan oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overback. Overback kemudiannya telah berkerjasama dengan Alferd Dent untuk menubuhkan North Borneo Company.

Malangnya, bila mereka mengenakan cukai kepala, penduduk North Borneo telah bangkit menentang.  Ketika inilah tentera British telah diundang untuk melindungi mereka.

Sekitar tahun 1959, Tun Datu Mustapa telah ke Sulu untuk menyelamatkan Sultan Julaspi Kiram yang ketika itu diancam bunuh oleh kerabatnya sendiri kerana perebutan tahta. Peringkat awal, Sultan Julaspi telah menetap di Sabah, sebelum kerajaan Malaysia memberikan beliau sebuah rumah di Lorong Maaruf Bangsar. Pada tahun 1963, Sultan Julaspilah orang yang bertanggungjawab membuat kenyataan menyokong Sabah menyertai Malaysia dan ianya terbit di muka depan akhbar Malaysia dengan tajuk "Sultan Sulu Restu Sabah Sertai Malaysia".

Ini bererti Sabah secara automatik menjadi sebahagian dari Malaysia, sebuah negara yang berdaulat dan tidak lagi boleh dituntut oleh mana-mana pihak. Malangnya, setika Sultan Julaspi berada di Malaysia, muncul beberapa orang "imposter" Kiram yang menabalkan diri mereka sebagai Sultan Sulu yang baru. Mereka inilah yang dihasut oleh pihak pembangkang untuk menceroboh Sabah.

Saya akui, saya pernah dilantik oleh Sultan Sulu yang sebenar, iaitu Sultan Roodinood, Anak kepada Sultan Julaspi Kiram sebagai Penasihat beliau sekitar tahun 2005 untuk berurusan dengan Kerajaan Malaysia berhubung kebajikan mereka. Saya juga akui pernah mencetak kad nama jawatan tersebut bagi urusan rasmi dengan Kerajaan Malaysia.  Untuk pengesahan pekara ini, anda boleh merujuk kepada Menteri Luar ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Ketika pertemuan saya dengan Tan Sri Syed Hamid Albar sekitar tahun 2006 menceritakan tentang kesusahan kerabat Sultan Sulu ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar telah menasihatkan saya untuk menyertai UMNO semula. Inilah antara punca saya menyertai UMNO pada tahun 2007.  Sejak 2006 saya memang tak pernah jumpa Sultan Roodinood Julaspi Kiram dan saya tak pernah dibayar elaun untuk tugas sukarela yang saya buat untuk beliau.  Sepanjang tempoh saya mengenali beliau, beliau tinggal di Manila dan bukan di Sulu tempat Sultan Palsu yang menyerang negara kita.

Apa yang rakyat perlu tahu hari ini ialah, baik Sultan Sebenar atau Sultan Palsu, semuanya tak berduit untuk menghantar beratus orang penceroboh memasuki Sabah, membeli M16, pelancar roket dan beli bot laju dan sebagainya. Bagaimana secara tiba-tiba menjelang pilihanraya dan selepas pertemuan Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari serta pertemuan Jefrry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu, pihak Kesultanan Sulu Palsu ini mampu membentuk sebuah pasukan tentera sedangkan dulunya mereka beli uniformpun tidak mampu.


Lokman Noor Bin Adam
4hb Mac, 2013



semoga pencerahan ini dapat disebarkan kepada rakyat Malaysia. Jangan sesekali tertipu dengan tuduhan bodoh pembangkang yang sedang mencedok di air yang keroh dalam insiden pencerobohan di sabah.

PADERI FILIPINA MENDEDAHKAN 4 KALI CUBAAN MENCEROBOH SABAH SEJAK 2012



Seorang Paderi Filipina yang juga menyusun strategi politik, Pastor Boy Saycon, semalam tampil mengaku menjadi penasihat Sultan Jamalul Kiram III dalam tuntutan ke atas Sabah. 

Menurut Setiausaha Agung Majlis Untuk Hal-Ehwal Filipina (COPA) itu, tindakan berkenaan dibuat atas kapasiti peribadidan tiada kena-mengena dengan jawatannya. 

Kata Saycon diamengetahui rancangan menceroboh Sabah itu sejak Ogos tahun lalu,tetapi dia membantah cadangan berkenaan. 

"Ada empat cubaan menyeberang ke Sabah sebelum ini, tetapi saya menghalang semua cadangan itu," katanya 

Saycon berkata cubaan pertama dibuat pada Ogos 2012 dan ia dimaklumkan jurucakap Jamalul, Abraham Idjirani. 

Justeru kata Saycon dia berbincang dengan Jamalul Kiram dan menyakinkan Sultan Sulu itu supaya menasihati adiknya, Agbinuddin tidak meneruskan cadangan itu. 

Kali kedua cubaan itu dibuat pada September 2012 dan Saycon menghantar Abraham ke Sulu untuk berbincang dengan Agbimuddin. 

"Tujuannya supaya mereka membatalkan niat itu," katanya. 

Sebelum dia bercakap dengan Agbimuddin, Saycon berkata, dia dapat tahu raja muda itu mempertikaikan tindakan Jamalul menghalang rancangan berkenaan ketika pengikut Sultan Sulu itu di Sabah ditindas. 

Katanya, pengikut Sultan Sulu di Sabah malu kerana tidak berbuat apa-apa. 

"Agbimuddin mengadu pengikut mereka menghadapi tidakan pihak berkuasa di Sabah", katanya. 

Saycon berkata penduduk keturunan sulu disebat polis sebelum diusir keluar ke Sulu dan Tawi-tawi 

Selepas kerajaan Filipina menandatangani perjanjian damai dengan Barisan Pembebasan Islam Moro Oktober tahun lalu, wujud ketegangan dalam pentabiran Sultan Sulu, tetapi tiada rancangan memasuki Sabah disebut ketika itu. 

Cubaan kali ketiga, Saycon, berlaku pada November tahun lalu. 

"Keluarga Sultan Sulu khuatir dan kecewa kerana permintaan mereka kepada kerajaan untuk memasukan isu Sabah dalam rundingan damai dengan Bangsamoro tidak dipertimbangkan," katanya. Inquirer Globalnation. 

PecahPalakMikir: Adakah apa yang sedang berlaku di Lahad Datu sekarang kerana Anwar telah beri janji" kpd sultan sulu untuk ambil Sabah kalau Pakatan Rakyat menang pru13?